• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Persediaan Temuduga

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan medan pertempuran anda dengan ratusan calon-calon Pembantu Tadbir Kewangan yang lain. Dalam sesi temuduga inilah anda perlu tonjolkan mengapa anda perlu dipilih untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ini, bukannya orang lain. Jadi, artikel ini akan cuba membantu anda untuk memberikan tips-tips yang berguna sebelum anda hadir ke Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

Jangan datang temuduga dengan otak yang kosong!

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

ana anda bertugas sepenuh masa dalam bidang kewangan bagi membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  • Menyediakan gaji kakitangan;
  • Selenggara buku vot
  • Membuat kutipan hasil
  • Menyediakan baucar bayaran
  • Menguruskan pembayaran bil-bil
  • Mengeluarkan resit penerimaan bayaran
  • Menerima penyata tuntutan elaun-elaun
  • Menyelenggara buku tunai
  • Menyediakan penyata pemungut/audit
  • Mengeluarkan waran peruntukan mengurus
  • Menyediakan laporan perbelanjaan
  • Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender
  • Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer
  • Menyediakan surat-menyurat
  • Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa

Pastikan anda sekurang-kurangnya mengetahui tentang ‘Akta Acara Kewangan 1957′, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’.

Penguasaan Bahasa Inggeris

Anda perlu menguasai penggunaan Bahasa Inggeris ini memandangakan bahasa ini kebiasaannya menjadi bahasa pengantar dalam sesi temuduga.

Berdasarkan pengalaman calon-calon terdahulu, mereka biasanya disuruh untuk memperkenalkan diri di dalam Bahasa Inggeris.

Bahkan, ada juga yang berkongsi bahawa sesi temuduga mereka hampir 50% dijalankan dalam Bahasa Inggeris!

Semoga info-info yang kami kongsi ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua untuk lebih kemas mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami, jangan lupa subscribe emel anda di bawah ini, ya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ketahui Cara Bagaimana Memohon Program Latihan Separa Perubatan. Langkah demi Langkah dikongsikan.

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana Memohon Program Latihan Separa Perubatan? Anda rasa susah untuk memohon Program Latihan Separa Perubatan ini? Sebenarnya salah tanggapan anda. Mari, kami bantu terangkan kepada anda, Bagaimana Memohon Program Latihan Separa Perubatan sebenarnya. Semudah 1 2 3 sahaja!

Bagaimana Memohon Program Latihan Separa Perubatan

Pastikan anda TIDAK TERLAMBAT untuk membuat permohonan bidang separa perubatan.

Bagaimana Memohon Program Latihan Separa Perubatan:

Langkah paling pertama dan utama, ialah anda perlu mendaftar di Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Selepas anda siap mengisi segala butiran yang diperlukan dalam SPA8i tersebut, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuat tapisan untuk pemilihan dan mengeluarkan calon yang telah disenarai pendek untuk ditemuduga.

Bagaimana anda nak tahu anda terpilih untuk ditemuduga atau tidak?

Lazimnya, pihak SPA akan menghantar surat terus kepada anda ATAU anda boleh membuat semakan secara online di laman web SPA. Bagi sebarang butiran mengenai temuduga tersebut boleh dilihat di Senarai Penjadualan Temuduga.

Selepas beberapa bulan anda ditemuduga, anda boleh menyemak keputusan sama ada anda berjaya atau tidak untuk menjalani Latihan Separa Perubatan di Senarai Keputusan Temuduga. Jika anda terpilih untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan, kami ucapkan Tahniah! Jika anda tidak terpilih, jangan putus asa. Teruskan mencuba dan mencuba lagi untuk ambilan akan datang.

Oh, ya! Biasanya SPA akan membuat DUA kali panggilan temuduga dalam masa setahun iaitu pada bulan JUN dan NOVEMBER. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!

Anda nak tahu apakah kelayakan yang diperlukan untuk memohon Latihan Separa Perubatan ini, anda boleh baca di SINI. Untuk lebih khusus, sambung baca di entri yang INI.

Apa yang istimewanya, program ini DIKHUSUSKAN kepada adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!

Anda mahu info yang lebih lagi dari kami? Subscribe emel anda di bawah ini untuk dapatkan artikel-artikel kami akan datang yang sarat dengan pelbagai info semasa secara PERCUMA.

atau..

Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Semoga artikel ini dapat membantu anda semua!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Jangan terlambat! Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang Lengkap dan Perlu Dimiliki Segera.

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang Tepat ini sebenarnya tidak begitu diberi perhatian oleh calon-calon yang bakal ditemuduga. Jangan buat sambil lewa! Jika anda bakal menceburi bidang Latihan Separa Perubatan ini, anda perlu peka dengan panduang temuduga yang akan kami kongsikan dengan anda. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca artikel Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sehingga habis!

panduan temuduga latihan separa perubatan

Pastikan anda sudah tahu cara yang betul untuk menghadapi temudua bagi Latihan Separa Perubatan.

Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang anda perlu tahu:

1- Contoh-contoh soalan yang ditanya ketika temuduga

Di sini kami sertakan sebahagian soalan yang biasanya ditanya sebagai panduan kepada anda sebelum menghadiri temuduga Latihan Separa Perubatan.

  1. Perkenalkan diri anda.
  2. Sebutkan bidang kokurikulum yang anda sertai semasa sekolah.
  3. Berikan sebab mengapa anda berminat untuk menceburi bidang separa perubatan.
  4. Apakah kelayakan anda untuk menceburi bidang ini.
  5. Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada untuk terlibat dalam Latihan Separa Perubatan.
  6. Terangkan bagaimana anda akan menyesuaikan diri untuk berurusan dengan pesakit dari pelbagai peringkat umur.
  7. Apa bidang-bidang dalam Latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
  8. Sebutkan 5 kolej Latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
  9. Apakah perbezaan antara klinik dan hospital.
  10. Siapa Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini?
  11. Siapa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?
  12. Apakah konsep yang cuba dibawa pada penubuhan Klinik 1 Malaysia?
  13. Apakah punca demam malaria dan cara untuk mengatasinya.
  14. Sebutkan 3 penyakit yang berpunca dari air?
  15. Apa pandangan anda tentang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
  16. Kenapa kami perlu pilih anda untuk menjalani Latihan Separa Perubatan ini?
  17. Apa kelemahan-kelemahan anda yang berkaitan dengan bidang ini?
  18. Bagaimana anda mengatasi kelemahan-kelemahan anda dalam kerjaya ini?
  19. Mengapa anda tidak pilih untuk berkerja dengan sektor swasta?
  20. Berikan cara penyelesaian jika anda sebagai seorang ketua, apa yang anda akan lakukan untuk memastikan staf-staf anda berdisiplin ketika berkerja?
  21. Adakah anda mampu untuk berikan sepenuh komitmen jika anda dihantar ke pedalaman?
  22. Bandingkan tugas jururawat dan jururawat pergigian.
  23. Apakah bidang yang menjadi pilihan anda?
  24. Mengapa anda memilih bidang latihan ini?
  25. Anda ada sebarang soalan untuk ditanya?

2- Faktor Kegagalan Calon Latihan Separa Perubatan dalam Temuduga

Suka untuk kami ingatkan, anda perlu sangat untuk ambil tahu beberapa perkara kecil yang mungkin anda nampak remeh, tapi bakal memusnahkan harapan anda daripada dipilih untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan.

Antara kesilapan kecil tetapi kerap dilakukan oleh calon-calon temuduga bagi Latihan Separa Perubatan adalah seperti berikut:-

  • Jawapan yang diberikan kepada panel penemuduga kurang tepat
  • Resume yang dipersembahkan tidak menarik
  • Tidak tahu bagaimana hendak jawab soalan yang diberikan
  • Tidak confident ketika ditemuduga
  • Perwatakan yang tidak kemas @ selekeh

Ada juga beberapa kesalahan-kesalahan lain yang anda mungkin terlepas pandang, akhirnya mengakibatkan anda GAGAL untuk terpilih dalam pekerjaan anda. Klik SINI untuk ketahui lebih lanjut.

Rahsia Gagal Temuduga

Anda sudah dapat sedikit sebanyak Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan? Jika ya, tahniah! Teruskan buat persiapan dan persediaan yang rapi sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga! Pastikan anda adalah calon yang paling tepat untuk dipilih bagi menyertai Latihan Separa Perubatan ini.

Jika belum..

Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel ini sehingga akhir. Semoga info-info SEPARA PERUBATAN yang diberikan dapat membantu anda kelak.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Apakah Syarat-Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan yang masih anda tak tahu?

oleh admin Leave a Comment

Syarat-syarat memohon Latihan Separa Perubatan sebenarnya bergantung kepada program yang dipilih. Eh, sebenarnya ada berapa program dalam latihan separa perubatan ini? Untuk makluman anda, ada 2 program yang dijalankan. Anda mahu tahu lebih lanjut apakah syarat memohon Latihan Separa Perubatan ini sebenarnya? Teruskan setia membaca artikel ini untuk kami bongkarkan, apakah syarat-syarat memohon Latihan Separa Perubatan!

syarat memohon latihan separa perubatan

Anda pasti lebih bersemangat untuk terjun dalam bidang Latihan Separa Perubatan selepas membaca artikel ini!

Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan:-

1) Sijil

Apa kelayakan yang anda perlu ada bagi program Sijil di bawah Latihan Separa Perbuatan?

1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains

3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!

Di bawah program Sijil ini, ada 3 program yang ditawarkan untuk anda iaitu:-

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Jururawat Masyarakat
  3. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

2) Diploma

1- Wajib ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2- Lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan)

3- Lulus 6 matapelajaran, 2 daripadanya mestilah kepujian.

Di bawah program Diploma pula, ada 10 program yang ditawarkan untuk anda, seperti:

  1. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  3. Latihan Jururawat Pergigian
  4. Latihan Juru X-Ray
  5. Latihan Jururawat
  6. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  9. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Farmasi.

Anda sudah kenal pasti program yang mana anda mahu dan bersesuaian dengan kelayakan anda?

Oh, ya! Latihan Separa Perubatan ini akan dibuka tawaran untuk permohonan sebanyak DUA KALI sahaja dalam masa setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Jadi, jangan berlengah! Bersiap sedia untuk permohonan yang akan datang.

Fast action, fast result!

Diharapkan agar artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan jiwa anda. Terima kasih kerana terus setia membaca artikel Apakah Syarat-Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan yang masih anda tak tahu? sehingga habis.

Jangan lupa, subscribe emel anda ya untuk dapatkan artikel-artikel kami akan datang yang sarat dengan pelbagai info semasa secara PERCUMA. Diulang, PERCUMA!

atau..

Adakah anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Jumpa lagi untuk entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! 15 Soalan Temuduga Bomba yang sengaja dirahsiakan daripada umum

oleh admin Leave a Comment

15 Soalan Temuduga Bomba yang SENGAJA DIRAHSIAKAN dari umum. Eh, anda tahu mengapa Soalan Temuduga Bomba ini dirahsiakan? Ketahui apakah 15 Soalan Temuduga Bomba tersebut dalam entri ini.

soalan temuduga bomba

Anda betul-betul berminat menjadi salah seorang ahli bomba? Jadi, teruskan baca artikel ini.

Oh! 15 Soalan Temuduga Bomba yang sengaja dirahsiakan dari umum.

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

  2. Adakah anda sudah berkahwin?

  3. Mengapa anda mahu berkhidmat dalam kerjaya bomba?

  4. Terangkan mengenai misi dan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

  5. Siapakah nama Ketua Pengarah JBPM?

  6. Bagaimana anda mengendalikan kebakaran yang berlaku di rumah dan di pejabat?

  7. Apakah contoh bahan kimia yang boleh menyebabkan kebakaran?

  8. Bagaimana untuk merawat luka yang melecur akibat terkena air panas?

  9. Sebutkan cara yang paling berkesan untuk memadamkan kebakaran akibat elektrik.

  10. Ceritakan bagaimana anda menggunakan alat pemadam api.

  11. Katakan anda tinggal di sebuah rumah banglo 3 tingkat, di manakah tempat yang sesuai untuk memasang alat pengesan asap?

  12. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk diletakkan di rumah?

  13. Sekiranya anda terperangkap dalam sebuah bangunan yang dipenuhi asap, bagaimanakah anda hendak menyelamatkan diri dengan cara yang paling selamat?

  14. Apakah keburukan memakai sarung tangan basah semasa mengendalikan periuk yang panas?

  15. Apakah cara yang paling berkesan untuk memadamkan api yang terbakar dalam periuk semasa anda memasak di dapur?

Anda sudah ada jawapan untuk soalan-soalan ini? Jika ya, bagus! Jika belum, inilah peluang anda untuk memperkemaskan persediaan anda sebelum tiba hari temuduga! Jangan bertangguh untuk buat persiapan.

Untuk makluman anda, soalan-soalan ini kami peroleh daripada laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kami harap, perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat persediaan yang mantap untuk menghadapi temuduga sebagai kakitangan bomba. Buat sehabis baik ya! Elakkan kecacatan yang boleh menyebabkan anda gagal dalam sesi temuduga.

Semoga berjaya dalam apa yang anda lakukan! Jangan lupa subscribe email anda ya untuk terus dapatkan entri-entri terkini kami secara PERCUMA!

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Contoh Soalan Temuduga SPA.

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Temuduga SPA adalah perkara penting kepada anda, anda dan anda sebelum melangkah ke dunia temuduga! Ramai sebenarnya calon-calon temuduga SPA tertanya-tanya, bagaimanakah contoh soalan temuduga SPA ini?  Apa yang biasanya ditanya? Maklumat mana yang perlu diambil tahu? Jangan risau! Insya Allah dalam entri ini, kami akan cuba menyelesaikan soalan-soalan anda mengenai soalan temuduga SPA.

contoh soalan temuduga spa

Persiapan yang rapi amat diperlukan untuk anda menghadapi temuduga SPA ini!

Contoh Soalan Temuduga SPA

Empat item utama yang biasanya akan ditanya ketika temuduga:-

1- Tentang latar belakang anda

2- Kaitan jawatan yang dipohon dengan SPA

3- Dasar kerajaan

4- Isu-isu semasa, sama ada dalam negara dan luar negara.

1- Latar Belakang Anda

  • Perkenalkan diri seara ringkas -Waktu ini adalah waktu yang paling tepat untuk anda tonjolkan pada panel penemuduga, kenapa mereka perlu pilih anda untuk isi kekosongan jawatan tersebut.
  • Apa kelebihan anda yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan?
  • Ceritakan projek akhir semester anda. Jika anda ada menjalani latihan praktikal akhir semester, jangan lupa ceritakan sekali kemahiran yang anda ada hasil latihan praktikal tersebut.
  • Apa kelemahan anda? Bagaimana anda uruskan kelemahan anda dalam bekerja?

2- Sejauh mana anda faham tentang jawatan yang dipohon?

  • Apa yang anda tahu, job scope jawatan yang anda mohon?
  • Apa kepakaran yang anda perlu ada dan kaitannya dengan jawatan yang anda mohon?
  • Apa inisiatif untuk menambah baik jabatan jika menyandang jawatan tersebut?
  • Apa sumbangan yang anda boleh berikan apabila diberi peluang menjawat jawatan tersebut?

3- Dasar Kerajaan

  • Anda tahu bagaimana konsep KPI diaplikasi untuk ukur tahap kecekapan para mnteri dalam melaksanakana tugas?
  • Apa yang anda faham tentang konsep satu Malaysia?
  • Terangkan bajet tahunan negara? Apa fungsi BR1M kepada ekonomi negara?
  • Senaraikan dasar-dasar negara yang telah dilaksanakan?

4- Isu-isu semasa

Isu semasa dalam negara

  • Konflik ekonomi negara?
  • Bencana-bencana yang berlaku di Malaysia tahun 2015.
  • Tahap penganguran graduan Malaysia?
  • Diskaun PTPTN.

Isu semasa luar negara

  • Krisis negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Rohingya.
  • Krisis ekonomi Greece.
  • Campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran sesebuah negara.

Macam-macam lagi sebenarnya isu yang boleh ditanya. Tujuan panel penemuduga bertanya isu-isu semasa adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan anda terhadap dunia luar. Kerana kebanyakan calon yang datang, mereka hanya excellent atas kertas, sehingga terlupa khabar dunia luar.

Selepas anda bersusah-payah mencari 1001 kerja kosong, pastikan anda tidak mensia-siakan peluang untuk membuat sehabis baik, ketika anda diberi peluang untuk sampai ke fasa temuduga. Jangan lupa., intai-intai apa perkara-perkara yang membuatkan anda gagal dalam temuduga.

Diharap agar entri Oh! Contoh Soalan Temuduga SPA ini membantu anda untuk merapikan lagi persiapan anda menghadapi temuduga. Mana tahu, kali ini rezeki anda untuk terpilih menyandang jawatan yang anda mohon tersebut. Siapa tahu?

Semoga terus sukses dalam apa jua yang anda lakukan. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama kami membaca sehingga akhir artikel ini!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan

oleh admin Leave a Comment

9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan kali ini sebenarnya untuk membantu anda semua bagaimana untuk perform dalam sesi temuduga anda. Berapa ramai daripada anda yang tahu apa perkara yang menyebabkan kita gagal dalam suatu temuduga tertentu? Sebenarnya, ramai di antara kita yang sibuk memburu rahsia lulus temuduga dan mengabaikan perkara-perkara “remeh” yang menyebabkan mereka gagal temuduga kerjaya dan tidak tahu rahsia gagal temuduga kerjaya.

Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya

Banyak perkara orang anggap remeh, tapi menyebabkan anda GAGAL dalam temuduga!

Antara 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang akan dibongkarkan di sini ialah:-

#1: Datang ke temuduga tanpa persediaan.

Anda perlu ingat, bila anda terpilih disenarai pendekkan dalam temuduga, bermaksud anda mempunyai kriteria-kriteria yang perlu untuk sesuatu jawatan tersebut. Jadi, takkan nak datang temuduga tanpa buat persediaan yang sepatutnya? Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga dapat lihat anda tidak serius dan seolah-olah tidak berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

#2: Tidak yakin untuk ditemuduga.

Ramai orang tidak perasan, ketidak yakinan kita biasanya boleh dilihat melalui air muka kita. Kita tahu kita bakal ditemuduga, tapi kita masuk tanpa persediaan maklumat-maklumat yang sepatutnya, menjadikan kita rasa tidak yakin untuk bertemu dengan panel penemuduga.

#3: Beri resume anda pada penemuduga!

Jangan simpan resume anda, terutamanya selepas anda masuk ke bilik untuk ditemuduga. Bila nak bagi resume tersebut? Ok,  selepas anda masuk ke dalam bilik temuduga, beri salam dan hadiahkan senyuman pada panel. Kemudian, hulurkan resume anda kepada mereka sebelum anda duduk.

#4: Duduk sebelum disuruh.

Ini juga secara tidak langsung menunjukkan adab anda. Selepas masuk ke dalam bilik tersebut, tolong kekal berdiri sebelum dipersilakan duduk oleh para panel.

#5: Postur badan ketika ditemuduga.

Elakkan dari memegang sebarang benda lain semasa ditemuduga, misalnya memegang beg tangan ketika ditemuduga. Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga akan lihat anda seorang yang gugup atau tidak mempunyai keyakinan diri. Pastikan postur badan anda sentiasa tegak dan jangan lupa hadiahkan senyuman kepada para panel semasa anda ditemuduga.

#6: Bermain dengan pen atau mengetuk-ngetuk jari di meja.

Nampak remeh, kan? Main pen sahaja, bukannya menguap depan panel. Tapi, sebenarnya sikap ini mencerminkan sikap anda yang tidak serius ketika ditemuduga dan nampak agak tidak beradab.

#7: Tidak menegur panel penemuduga bila bertembung.

Jika anda berpeluang bertembung dengan panel penemuduga, misalnya pada waktu rehat. Jika anda berani menegur, secara tak langsung anda menunjukkan sikap anda yang mesra dan mudah bergaul.

#8: Zero pengetahuan asas tentang organisasi negara.

Ini paling bahaya. Soalan yang biasanya penemuduga akan tanya adalah berkisar dengan organisasi negara, misalnya nama Agung Negara, nama Perdana Menteri terdahulu hingga terkini, siapa nama Timbalan Perdana Menteri?

#9: Zero pengetahuan asas tentang negeri anda sendiri.

Ini juga tidak sepatutnya berlaku. Misalnya anda ditemuduga untuk kekosongan jawatan dalam badan kerajaan negeri. Sudah semestinya panel akan bertanya soalan berkisar negeri anda. Kena jadi orang yang tackle pengetahuan am, barulah ada sedikit nilai tambah pada diri anda.

9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini hanyalah sebagai panduan untuk kita semua. Ada banyak lagi perkara-perkara yang anda anggap remeh, tetapi boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga anda.

Pastikan anda jadi orang yang teliti dan bersedia dengan 1001 maklumat berkisar pengetahuan am dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Diharap agar entri 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persiapan yang lebih mantap untuk menghadapi sesi temuduga anda!

Terima kasih kerana membaca entri Oh! 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan! Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Panduan Temuduga Jururawat U29

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Jururawat U29 ini dikongsikan untuk rujukan pembaca OhKerjaya.com. Pertama sekali Jururawat Pelatih U29 ini ditawarkan pihak kerajaan dan proses pengambilan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

kerjaya jururawat

Kerjaya Kejururawatan

 

Syarat Lantikan Jururawat U29

Bagi anda yang layak dan mempunyai syarat-syarat seperti di bawah, mohonlah untuk laluan kerjaya jururawat pelatih U29. Syaratnya;

Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

  • Gaji Permulaan : RM1,687.59

Kemudian lulus bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk pengetahuan anda, jururawat pelatih u29 termasuk di dalam kumpulan sokongan dan diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Sosial.

Panduan Temuduga Jururawat U29

Soalan Popular Temuduga Jururawat Pelatih

Bagi pembaca tegar OhKerjaya.com, kami senaraikan soalan lazim yang berkemungkinan besar akan ditanya dalam temuduga jururawat pelatih u29.

1. Siapakah ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?

2. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

3. Namakan timbalan kepada beliau?

4. Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?

5. Apakah tugas Kementerian Kesihatan Malaysia?

6. Sebutkan motto Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia?

7. Apakah pendapat anda tentang Klinik 1Malaysia?

8. Ebola Viral Disease atau EVD menjadi isu yang berlegar dalam masyarakat kita baru-baru ini. bagaimana EVD berjangkit dan apa pula langkah pencegahan yang wajar diambil?

9. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen berkaitan denggi. Apa yang anda tahu mengenainya?

10. Berikan beberapa maklumat yang anda tahu mengenai h7n9.

Penting untuk diingatkan agar jangan setakat mencari jawapan sahaja. Luaskan bacaan anda dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang ada pengalaman ditemuduga untuk jawatan jururawat pelatih u29.

Untuk yang bakal ke sesi temuduga, harapnya artikel Oh! Panduan Temuduga Jururawat U29 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Maklumat Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 2015

oleh admin Leave a Comment

Maklumat Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 2015 ini ditulis bagi memenuhi permintaan yang tinggi dikalangan pembaca OhKerjaya.com. Penolong Pustakawan merupakan salah satu jawatan yang ditawarkan pihak kerajaan dan proses pelantikan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bagi anda yang berkelayakan dan mempunyai syarat-syarat seperti dibawah, mohonlah jawatan Penolong Pustakawan Gred S27.

Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 termasuk di dalam kumpulan sokongan dan diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Sosial.

Selain dari itu, pegawai yang dilantik juga akan mengikuti latihan yang disediakan,bergantung pada ketua jabatan/perkhidmatan yang berkenaan.

Dibawah, kami sediakan maklumat jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 untuk kemudahan anda.

Anda juga berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Penolong Pustakawan Gred S32 sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

Berikut adalah syarat lantikan yang diperlukan :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
  • Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,661.95]

iii. Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Penolong Pustawan Gred S27

Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27

Atas permintaan dari calon-calon, pihak kami, OhKerjaya.com telah bekerjasama dengan Tim InfoKerjaya untuk menghasilkan satu panduan temuduga. Panduan ini sangat lengkap dan merangkumi pelbagai aspek bermula dari persediaan sebelum temuduga, cara pemakaian yang sesuai, dan paling eksklusif Contoh Soalan Temuduga yang sering ditanya panel penemuduga.

Layari Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27 untuk maklumat lanjut.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Kenapa Kerjaya Jururawat Kerajaan Diminati Ramai?

oleh admin Leave a Comment

Kenapa kerjaya jururawat kerajaan diminati ramai? Tentu anda tertanya-tanya kenapa, bukan? Mesti ada banyak kelebihan yang terdapat dalam kerjaya kejururawatan. Ketahui lagi kenapa kerjaya jururawat kerajaan diminati ramai.

Ada banyak kelebihan bekerja sebagai seorang jururawat, lagi-lagi jika anda berkhidmat di sektor kerajaan. Disebabkan kelebihan-kelebihan inilah ramai yang minat dengan bidang kejururawatan.

Antara keistimewaan yang anda akan perolehi nanti sebagai jururawat kerajaan adalah:

Kelebihan Kerjaya Jururawat

#1 – Kenaikan Gaji Setiap Tahun

Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi gaji anda. Mana tidaknya, anda berkhidmat untuk kerajaan. Sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Anda akan dapati amat sukar di luar sana untuk menikmati kenaikan gaji di mana-mana selain di sektor awam.

#2 – Imbuhan Tetap Khidmat Awam

Ini merupakan satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat untuk negara. Sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan untuk anda.

#3 – Elaun Sara Hidup (COLA)

Tahukah anda, COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? Jika anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya tinggi, semuanya mahal dari tambang bas hingga ke tol. Ini tentu membantu anda.

#4 – Imbuhan Tetap Perumahan

Seorang jururawat kerajaan akan diberi sewa rumah bagi yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Bagi yang berkhidmat di Sabah & Sarawak, anda diberi elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi daripada elaun rumah sewa.

#5 – Elaun Kerja Lebih Masa

Jika anda perlukan duit lebih, ini peluang anda untuk bekerja lebih masa. Anda akan dibayar mengikut lebihan masa bekerja. Banyak hospital utama kerajaan menawarkan perkhidmatan 24 jam seminggu. Jangan lepaskan peluang ini.

Kerjaya Sebagai Jururawat

Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan? Anda berminat dengan laluan kerjaya jururawat yang mana satu?

Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti dapatkan ebook ini! 

Apa yang ebook ini dapat bantu anda? Apa intipati menarik yang didedahkan dalam ebook ini?

  1. Anda akan didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Ini penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
  2. 5 kelebihan sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca… ini yang dikatakan lumayan!
  3. Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.

dan banyak lagi kami dedahkan dalam ebook ini…

Nak tahu semuanya? Dapatkan ebook tersebut segera dengan klik di sini! 

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran