• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Persediaan Temuduga / Apakah Syarat-Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan yang masih anda tak tahu?

Apakah Syarat-Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan yang masih anda tak tahu?

oleh admin Leave a Comment

Syarat-syarat memohon Latihan Separa Perubatan sebenarnya bergantung kepada program yang dipilih. Eh, sebenarnya ada berapa program dalam latihan separa perubatan ini? Untuk makluman anda, ada 2 program yang dijalankan. Anda mahu tahu lebih lanjut apakah syarat memohon Latihan Separa Perubatan ini sebenarnya? Teruskan setia membaca artikel ini untuk kami bongkarkan, apakah syarat-syarat memohon Latihan Separa Perubatan!

syarat memohon latihan separa perubatan

Anda pasti lebih bersemangat untuk terjun dalam bidang Latihan Separa Perubatan selepas membaca artikel ini!

Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan:-

1) Sijil

Apa kelayakan yang anda perlu ada bagi program Sijil di bawah Latihan Separa Perbuatan?

1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains

3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!

Di bawah program Sijil ini, ada 3 program yang ditawarkan untuk anda iaitu:-

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Jururawat Masyarakat
  3. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

2) Diploma

1- Wajib ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2- Lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan)

3- Lulus 6 matapelajaran, 2 daripadanya mestilah kepujian.

Di bawah program Diploma pula, ada 10 program yang ditawarkan untuk anda, seperti:

  1. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  3. Latihan Jururawat Pergigian
  4. Latihan Juru X-Ray
  5. Latihan Jururawat
  6. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  9. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Farmasi.

Anda sudah kenal pasti program yang mana anda mahu dan bersesuaian dengan kelayakan anda?

Oh, ya! Latihan Separa Perubatan ini akan dibuka tawaran untuk permohonan sebanyak DUA KALI sahaja dalam masa setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Jadi, jangan berlengah! Bersiap sedia untuk permohonan yang akan datang.

Fast action, fast result!

Diharapkan agar artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih kerjaya yang bersesuaian dengan jiwa anda. Terima kasih kerana terus setia membaca artikel Apakah Syarat-Syarat Memohon Latihan Separa Perubatan yang masih anda tak tahu? sehingga habis.

Jangan lupa, subscribe emel anda ya untuk dapatkan artikel-artikel kami akan datang yang sarat dengan pelbagai info semasa secara PERCUMA. Diulang, PERCUMA!

atau..

Adakah anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Jumpa lagi untuk entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran