• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Motivasi Kerjaya

Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?

oleh admin 1 Comment

Skop tugas Pembantu Pengurus Jualan

Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan ok? Mungkin anda berminat untuk berkerja di bahagian pengurus jualan kelak, apakah diskripsi tugas anda ketika berkerja nanti?

Diskripsi Skop Tugas Sebagai Pembantu Pengurus Jualan

1. Tanggungjawab keseluruhan adalah bagi mewujudkan dan menyelaraskan semua strategi jualan, rancangan, kempen dan fungsi.

2. Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi produk syarikat, termasuk harga, dasar pengedar dan program pengiklanan. Membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan dan mencapai peluang yang disasarkan.

3. Menjalankan program untuk penyelidikan pasaran dan analisis termasuk segmen pasaran, corak pembelian dan analisis pesaing.

4. Memberi cadangan untuk memperbaiki atau menambah reka bentuk produk baru dan membantu dalam pembangunan dan ujian produk.

5. Mengekalkan hubungan dengan agensi-agensi pengiklanan, syarikat media dan pengedar.

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Pembantu Pengurus Pemasaran

– Tahap pendidikan: Minimum Diploma / Ijazah / setaraf dalam perniagaan / bidang yang berkaitan

– Pengalaman: Lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam industri berkaitan.

– Kemahiran: Berpengetahuan / berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Pakej yang menarik akan ditawarkan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman; bersama-sama dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya bagi calon-calon dengan sifat-sifat peribadi yang bagus dan rekod kerjaya yang cemerlang.

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan jangkaan gaji dan tarikh boleh mula berkhidmat, bersama-sama dengan gambar berukuran passport ke email. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?

oleh admin Leave a Comment

Skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran

Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran ok? Mungkin anda berminat untuk berkerja di bahagian pengurus pemasaran kelak, apakah diskripsi tugas anda ketika berkerja nanti?

Diskripsi Skop Tugas Sebagai Pembantu Pengurus Pemasaran

1. Mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa.

2. Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan.

3. Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan.

4. Mengurus aktiviti bagi mempromosi produk.

5. Perancangan acara, organisasi dan pelaksanaan

6. Memantau perkembangan aktiviti promosi

7. Berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai

8. Membangunkan program komunikasi pemasaran yang berkesan

9. Menulis bahan pemasaran seperti brosur dan laman web

10. Memantau kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai

11. Mengurus belanjawan pemasaran dan memastikan semua aktiviti pemasaran sentiasa menepati belanjawan

12. Memastikan pengagihan bahan pemasaran secara berkesan

13. Memantau aktiviti pesaing dan menilai kempen pemasaran

14. Menulis dan mengedarkan siaran akhbar

15. Menguruskan penggambaran dan mengemaskini pangkalan data pengemelan

16. Menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan brand positioning

17. Menguruskan analisis berkala terhadap usaha pemasaran dan kempen

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai Pembantu Pengurus Pemasaran

– Tahap pendidikan: Diploma Minimum / Ijazah / setara dalam bidang perniagaan / bidang yang berkaitan

– Pengalaman: Lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam industri berkaitan.

– Kemahiran: Berpengetahuan / berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Pakej yang menarik akan ditawarkan setimpal dengan kelayakan dan pengalaman; bersama-sama dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya bagi calon-calon dengan sifat-sifat peribadi yang bagus dan rekod kerjaya yang cemerlang.

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar CV dengan menyatakan jangkaan gaji dan tarikh boleh mula berkhidmat, bersama-sama dengan gambar berukuran passport. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kenapa tak jadikan kerjaya swasta sebagai pilihan?

oleh admin 1 Comment

Kenapa tak jadikan kerjaya swasta sebagai pilihan

Kenapa tak jadikan kerjaya swasta sebagai pilihan ok? Sedangkan kita sendiri sudah tahu bagaimana keadaan ekonomi negara sekarang, yang mana memberikan kesan pengambilan baru dalam sektor awam terpaksa dibekukan untuk sementara waktu.

Bukan suatu perkara yang mudah bagi para graduan hari ini yuntuk tembus dalam pasaran kerjaya sektor swasta.

Resume telah ditulis dan diedar ke merata-rata syarikat swasta yang ada.

Namun, pernah kita tertanya-tanya, mengapa mereka amat sukar menembusi sektor swasta?

kerjaya swasta sebagai pilihan

kenapa tak nak masuk ke sektor swasta selepas sektor awam bekukan pengambilan?

Jawapannya mudah sahaja!

Kerana graduan tak tahu cara sebenar untuk dapat kerja swasta. Itu sahaja. FULLSTOP!

Jai, anda tahu apa yang anda perlukan?

Anda sebenarnya amat memerlukan maklumat yang tepat dari segi strategi dan taktik untuk dapat tembus dalam pasaran swasta.

Bukan semata-mata tulis resume dan hantar ke seberapa banyak syarikat swasta. Sila hentikan perbuatan begini jika anda tak mahu masuk senarai ditolak dan gagal dapat kerja.

Lebih baik juga jika anda mendapatkan maklumat tambahan melalui ebook yang memberikan panduan kepada anda untuk tackle  pekerjaan dalam sektor swasta.

>> Dapatkan panduan tackle Pekerjaan Dalam Sektor Swasta di SINI. <<

Selamat maju jaya!

Dapatkan panduan tackle Pekerjaan Dalam Sektor Swasta sekarang

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel, betul ke?

oleh admin Leave a Comment

Ada Apa dengan KABEL? Kenapa orang sering memperkaitkan jawatan kosong khususnya dalam sektor awam dengan kabel? Mungkin ramai di antara kita mempunyai mindset “Ada kabel, ada kerja”. Terkadang, calon yang menggunakan kabel ini adalah calon yang tidak layak. Jom, kita kupas tajuk Ada Apa dengan KABEL ini sebaiknya.

ada apa dengan kabel

Percaya dengan kuasa kabel atau kuasa Allah?

Ada Apa dengan KABEL?

Apa maksud KABEL?

Kabel maksudnya, orang yang berpengaruh dalam suatu jabatan di mana tempat seseorang itu memohon kerja.

Bagaimana KABEL memainkan fungsi kepada calon-calon sektor awam?

Kabel ini digunakan untuk menempatkan “calon” tersebut, no matter what. Sama ada dia memang layak, atau dia tidak layak, tapi tetap mahu dikira sebagai “calon layak”.

Jika hal ini yang berlaku, secara tidak langsung kita telah menzalimi calon-calon lain yang lebih layak dari kita.

Adakah BOLEH untuk guna KABEL?

Sebenarnya, KABEL ini bagi pandangan saya adalah individu yang telah mencaalrkan nama dan berpotensi untuk merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi disebabkan tindakan tidak jujur dari mereka.

Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.

Disebabkan isu kabel inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Bedah, ada kabel tolong dia”.

Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak!

Biasanya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Kadang kala, sebab itulah wujudnya  kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak.

Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan jayanya?

Guna KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan.

Untuk pengetahuan anda, jika anda berhajat menggunakan KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan, baik batalkan sahaja niat anda. Mengapa? Kerana taktik ini tidak berkesan.

Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai-pegawai tertentu. Mereka ini amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon.

Tapi tak dinafikan, ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Apa jua cara yang anda guna untuk mendapatkan kerja, cuba anda fikir kembali. Betul atau tidak cara yang digunakan.

Jangan lupa dalam Islam, berkali-kali mengingatkan kita untuk mencari rezeki dari sumber yang baik, bagi memastikan apa yang tumbuh dalam darah daging kita, dari perkara yang baik-baik.

ada apa dengan kabel2

Rezeki yang baik membuahkan hasil yang baik

Rezeki yang baik, jika diberikan kepada keluarga kita, insya Allah semuanya akan menjad baik-baik juga.

Jadi sekarang, jangan risau. Biarpun kita tiada kabel, kita usaha untuk lakukan yang terbaik. Insya Allah, yakinlah dengan Allah swt yang akan membantu kita.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga anda terus maju jaya dalam apa jua kebaikan yang anda lakukan.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kisah motivasi dan kisah kejayaan dalam Temuduga yang jarang didengari

oleh admin Leave a Comment

Kali ini, kami mahu kongsikan bersama-sama anda, sebuah kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga salah seorang calon SPA yang mana sekarang beliau telah memegang jawatan dalam sektor awam. Mengapa penting untuk tahu kisah kejayaan ini? Kami mahukan kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga menjadi pembakar semangat kepada kita semua, supaya tidak kenal erti putus asa terutamanya dalam hal mencari kerja.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga

Usaha sehabis baik dan yakinlah segalanya terletak pada kekuasaan-Nya.

Kisah Motivasi dan Kisah Kejayaan Temuduga.

Saudara Jamal,

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat ebook saudara. 6tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana yang mengganggur. Apalah yang hendak dibanggakan, berbekalkan segulung Diploma dalam bidang
Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.32 sahaja!. Memang mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga SPA sebanyak 6 kali, kali terakhir baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan baik saya bernama Sofia, anak kepada seorang pegawai atasan tentera, ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Sumber Manusia. Sofia memang seorang
yg pandai, CGPA 3.40, dan keistimewaan yg ada pada Sofia adalah dia seorang yg petah berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila berhujah. Jadi, tidak mustahil jika Sofia boleh dapat kerja, kabel besar kan? Tapi dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat, ibubapa Sofia terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA SOFIA PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah calon yg ke 14, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 17 calon. Saya sampai pukul 7.25pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama 20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa macam tak puas pulak. Hehee

Sewaktu menghadiri temuduga, ini adalah seisi soalan antara panel dan saya setelah apa yg diajar oleh Sofia.

Panel : Boleh Puan Rahani ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?
Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya dah tanya kepada semua calon sebelum ini soalan yang bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Rahani, apa yg awak tahu mengenai sistem terbuka atau open source?
Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap “maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.

Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat
berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2
. (pinjam ayat Sofia) i luv you so much!!!)

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,”terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di sebuah jabatan. Yang hairannya salah seorg kawan saya turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.5 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yang saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi mampu menjawat jawatan di SPA namun berbekalkan keyakinan dan semangat yang tinggi mengatasi segalanya.

Kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kisah-Kisah Temuduga Untuk Renungan Pembaca OhKerjaya

oleh admin 1 Comment

Entri kali ini kami akan kongsikan Kisah Temuduga Untuk Renungan pembaca-pembaca semua. Semoga apa yang dikongsikan oleh kawan-kawan yang lain dalam entri ini dapat dijadikan panduan kepada kita, khususnya dalam hal menghadapi temuduga.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Asam garam temuduga – ada yang gagal, ada yang berjaya.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah Temuduga 1

assalamualaikum…

Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail, saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukun negara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya.

penemuduga bertanya kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tidak membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.” Itu sahaja yang saya ucapkan.

Ini lah pengalaman saya menghadiri temuduga.

Kisah Temuduga 2

Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat , saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya sedih, keluarga susah, mak dan ayah cuma pesawah padi, dah uzur…

Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya mohon… Hanya Tuhan yang tahu penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan.. Sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil …pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan… stress….tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti.. saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit di kalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam perkhidmatan awam… Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak mampu ….

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal dalam temuduga… Moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang…

Terima kasih

Amma

Kisah Temuduga 3

Kepada saudara Jamal.

Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya. Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya.. Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah bagus, mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam.. maka saya pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses..

Setelah saya memiliki e-book tersebut. Saya baca dari awal hingga abis, sehingga paham.. Oh, lupa pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2 keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3 minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Regency Specialist Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya, gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da bersedia dari awal. Ini semua berkat dari saya membaca E-book tersebut..

Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris.. antaranya seperti please introduce your personal in English, what you can do if you get this job.. Lebih kurang cam 2 la soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa Inggeris dengan cekap, tapi saya cuba menjawab soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin.. Kadang2 kene gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu.. Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks, hope we can Meet again at other time..hehe hentam saja lah..

Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss.. lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon lain masa 2..

Emm..saya sekarang ni dalam opis, kebetulan ada masa terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum, semasa dan Selepas interview.. Btol tak??

So, saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Jamal kerana menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book Ini untuk dibuat rujukan ..

Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan syarat setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak baca..tak paham..dan tak praktikkan..

K bye..

Kisah Temuduga 4

 

Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti saya, saya juga seorang yang diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.

Sueri..

Kisah Temuduga 5

Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)

salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni…

ok…citernya mcm ni…..

Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal… saya kahwin dan ikut suami ke Kuala Terengganu…

Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 Islam Hadhari… Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…

Soalan yang pertama ditanya mcm biasa…background kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu kahwin dan bercerai… Lastnyer penemuduga bertanya, “mcm mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM”. lantas saya menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…

Selepas daripada itu, siap la sesi temuduga saya…antara ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting kita mesti berani mempertahankan hujah kita

Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan – versi dialek SABAH)

helo encik jamal…

Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar sampai degree. Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree akaun selama 4 thn.. saya menjalani pratikal ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat part time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn welfare pekerja.

Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred 41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg kastam buat, tugas2 kastam.. awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat.. dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika wakil jabatan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2 panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik interview dekat 45 minit..

Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memberi soalan yg kita tahu nak jawab.

semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke SABAH an..
sekian..

Kisah-kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami.

Jumpa lagi entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

oleh admin Leave a Comment

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga pasti pernah dilalui oleh setiap orang. Kami yakin, anda pasti mempunyai cerita tersendiri tentang kejayaan atau kegagalan temuduga anda. Apa kata anda kongsikan di sini pengalaman temuduga anda, sama ada anda berjaya atau telah gagal dalam temuduga tersebut. Mana tahu, ia boleh menjadi panduan kepada kawan-kawan lain yang bakal menghadapi temuduga.

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga

Berjaya atau gagal dalam temuduga bukanlah penamat segalanya.

Bagi anda yang telah berjaya diterima bekerja dalam sektor awam atau sektor swasta, tahniah kami ucapkan. Selaamt menjalankan kerja dengan penuh amanah.

Kepada anda yang telah mencuba berkali-kali namun gagal dalam temuduga anda, jangan risau! Jangan putus asa. teruskan berusaha. Usaha dan yakin, insya Allah giliran anda pula untuk diterima masuk dalam sektor awam atau swasta untuk berkhidmat.

Sampai sini dahulu coretan untuk hari ini. Mungkin anda mahu panduan lulus temuduga ini?

Jangan lupa ya! Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga anda di sini untuk manfaat kita bersama.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Tugas-Tugas Umum Pegawai Tadbir Diplomatik Sepantas Lalu

oleh admin Leave a Comment

Tugas umum Pegawai Tadbir Diplomatik bukanlah suatu tugas yang mampu dilaksanakan oleh semua orang. Hanya mereka yang telah mengikuti latihan-latihan tertentu sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik sahajalah yang benar-benar layak untuk menjawat jawatan tersebut. Teruskan membaca artikel ini jika anda betul-betul berminat mengetahui apakah tugas-tugas umum Pegawai Tadbir Diplomatik.

Tugas Umum Pegawai Tadbir Diplomatik

Anda mesti lebih rasa lebih bersemangat untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik selepas membaca artikel ini.

Tugas-tugas umum Pegawai Tadbir Diplomatik:-

  1. Menjadi perancang, penggubal dan pelaksana dasar-dasar awam seperti pengurusan sumber manusia, ekonomi, sumber kewangan,  pentadbiran sosial dan pembangunan tanah.

  2. Bertugas untuk menjaga hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan negara, pertahanan dan pengurusan teknologi maklumat.

  3. Berpeluang untuk berkhidmat di luar negara sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

8 bidang utama sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik:-

1- Pengurusan Sumber Ekonomi

2- Pengurusan Sumber Kewangan

3- Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi

4- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

5- Perancangan dan Pengursan Sosial dan Infrastruktur

6- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan.

7- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri

8- Keselamatan dan Pertahanan Negara

Oh ya! Untuk pengetahuan anda, terdapat sedikit keunikan dalam prosedur pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Selepas membuat permohonan, calon Pegawai Tadbir Diplomatik akan menjalani peperiksaan bertulis. Jika lulus ujian tersebut, calon-calon ini akan ditemuduga. Calon yang berjaya melepasi temuduga akan diberikan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik yang berstatus sementara. Mereka ini hanya layak menjadi Pegawai tetap selepas mendapat Diploma Pengurusan Awam dan juga selepas selesai mengikuti latihan-latihan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Diharap agar info yang diberikan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk memahami secara kasar mengenai jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jangan lupa subscribe emel anda bagi mendapatkan info-info mengenai kerjaya terkini yang amat berguna untuk anda.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Oh! Apakah 10 Pekerjaan Gaji Paling Tinggi di Malaysia?

oleh admin Leave a Comment

10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia – perkara yang mungkin tak ramai mahasiswa atau masyarakat ambil tahu. Kenapa anda perlu tahu tentang pekerjaan gaji tinggi di Malaysia?

Jika anda tahu apakah pekerjaan-pekerjaan tersebut,secara tak langsung ia memotivasikan anda untuk belajar dan bekerja dengan lebih tekun dan gigih dalam bidang anda sekarang untuk selesa di masa hadapan. Jom kita lihat, apakah 10 pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di Malaysia!

Pekerjaan Gaji Paling Tinggi

Jom lihat jika pekerjaan anda tersenarai dalam gaji tertinggi di Malaysia!

10 pekerjaan di Malaysia yang menawarkan gaji tertinggi adalah seperti berikut:-

PEKERJAAN

GAJI

Farmasi

RM 3,640

Strategi Korporat

RM 3,200

Perkhidmatan Awam

RM 3,054

Doktor

RM 2,719

Jualan – Kejuruteraan/IT

RM 2,612

Geofizik

RM 2,600

Penerbangan

RM 2,533

Sains Aktuarial

RM 2,457

Korporat

RM 2,456

IT – Perisian

RM 2,452

Oh ya! Ada info baik yang saya mahu kongsi dengan anda semua! Pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif khususnya seperti bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat biasanya memperoleh gaji permulaan yang lebih tinggi pada waktu permulaan, iaitu sekitar RM 2,800 sebulan!

Ini adalah berdasarkan kaji selidik dari laman web Jobstreet.com berdasarkan senarai gaji yang ditawarkan oleh para majikan, sekitar 1 Januari sehingga 31 Ogos 2013.

Entri 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia ini hanyalah sebagai panduan untuk kita semua. Sebagai motivasi kepada kita supaya belajar dengan lebih tekun hari ini, untuk tackle ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Perlu tetapkan matlamat dan capai objektif dalam kerjaya anda, bukan kejar gaji semata-mata, ok?

Saya amat berharap supaya anda tidak memilih bidang pengajian anda berdasarkan gaji yang ditawarkan semata-mata. Tapi pilihlah bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan anda.

Ingat, gaji yang ditawarkan biasanya setimpal dengan pekerjaan yang anda lakukan. Semakin rumit sesuatu pekerjaan tersebut, semakin tinggilah “habuan” yang bakal anda peroleh.

Semoga entri 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat anda untuk lebih serius dalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri Oh! 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia! 

Semoga sukses selalu!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Oh! 5 Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan Yang Tak Didedahkan

oleh admin Leave a Comment

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang tak didedahkan kepada masyarakat umum. Anda tahu apa kelebihan-kelebihan dan keseronokan bercuti dalam kerja kerajaan? Jom kita ambil tahu apa faedah-faedah yang seronok cuti yang kakitangan awam dapat dan tidak didedahkan kepada umum!

Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan

Sebenarnya, banyak kelonggaran cuti yang diberikan kepada penjawat awam, yang kita semua tak tahu!

Antara keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kakitangan awam bakal dapat ialah:-

#1: Kemudahan untuk Cuti Sakit

Anda semua tahu bahawa sudah ada polisi baru yang membenarkan kakitangan awam untuk dapat cuti sakit walaupun menggunakan surat cuti sakit dari klinik swasta? Haaaa Prosedur baru ini dibuat bagi membantu kakitangan awam unuk mudahkan urusan mereka mohon cuti sakit.

#2: Sempena isteri bersalin, suami juga dapat cuti!

Ini pula keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kedua! Daripada cuti sebanyak 3 hari, pihak pentadbiran kerajaan telah menambah lagi 4 hari untuk para suami bercuti sempena menyambut kelahiran cahaya mata yang baru. Khusus kepada para suami kakitangan awam sahaja ya!

#3: Mahu cuti tanpa gaji atau cuti dibawa ke hadapan atau cuti separuh gaji?

Berkhidmatlah dengan kerajaan! Anda boleh mohon untuk cuti tanpa gaji, iaitu paling maksimum selama 3 tahun atau lebih mengikut jawatan anda. Untuk cuti tanpa gaji ini, anda boleh mohon untuk cuti selama tiga tahun berturut-turut atau ambil cuti secara berperingkat hingga cukup kuota 3 tahun yang diberi. Jika ada cuti anda pada tahun ini yang masih berbaki, cuti tersebut boleh dibawa ke hadapan! Jadi, pilihlah cuti jenis macam mana yang sesuai dengan urusan anda.

#4: Cuti bersalin!

Bagi kakitangan wanita, pihak pentadbiran memberikan anda cuti bersalin selama 42 hari! Panjang, bukan? Maka manfaatkanlah cuti bersalin yang anda peroleh untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta! Jika anda cuti lebih dari 42 hari, cuti itu dikira sebagai cuti sakit.

#5: Cuti untuk melaksanakan haji.

Saya yakin, ramai yang tidak tahu bahawa pentadbiran kerajaan menyediakan kelonggaran cuti yang khusus bagi penjawat awam yang hendak menjalani ibadah haji. Dengan adanya cuti ini, secara tak langsung penjawat awam diberi kelebihan untuk menunaikan ibadah haji, tanpa perlu tunggu masa pencen, barulah tunaikan ibadah haji.

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini adalah sebahagian cuti yang kami kongsi dengan anda dalam artikel ini. Disebabkan banyak kelonggaran cuti dalam kerja sektor awam inilah yang menarik minta orang ramai untuk memohon kerja dengan kerajaan!

Seronok kan bercuti? Manfaatkan cuti yang ada dengan sebaiknya. Jangan saja-saja bercuti tanpa sebab ya! Itu ponteng namanya. Selamat bekerja! Semoga artikel 5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini membantu anda.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran