• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Persediaan Temuduga

Boleh percaya ke Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?

oleh admin Leave a Comment

Boleh percaya ke Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan amat-amat membantu anda sebelum anda membuat sebarang pembelian. Tambahan pula, Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan biasanya sarat dengan tips-tips yang amat berguna sebagai panduan anda. Entri kali ini kami akan kongsikan beberapa perkara yang penting berkaitan dengan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

Dapatkan bahan-bahan bantuan yang bersesuaian mengikut jawatan yang anda pohon.

Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK)

Anda dipanggil ke sesi temuduga untuk berkhidmat dalam sektor awam?

Tahniah!

Tapi…

Sudahkah anda membuat persiapan yang sepatutnya?

Tersangat rugi jika anda pergi ke sesi temuduga kerja SPA ataupun mana-mana agensi kerajaan tanpa persediaan kerana peluang tidak datang selalu. Mungkin, ini peluang terakhir anda dipanggil temuduga kerja kerajaan.

Jadi persiapkan diri anda dengan sebaiknya.

Apa yang RLTKK dah sumbangkan?

Buat pengetahuan anda semua, pakej RLTKK telah membantu ribuan calon temuduga kerja kerajaan sejak 2009 dan telah melalui 6 kali proses update agar kandungannya relevan dengan keperluan temuduga yang terkini.

Kali terakhir RLTKK ini dikemaskini pada awal tahun 2015.

Panduan ini dikeluarkan dalam bentuk e-book berformat pdf.

Buat masa ini RLTKK belum lagi dihasilkan dalam format bercetak dengan tujuan memudahkan proses kemaskini dibuat dengan pantas dan mudah diperoleh kepada bakal pembeli.

Ringkasan Kandungan RLTKK

Untuk pengetahuan anda, RLTKK menyediakan 5 modul, iaitu 1 Modul Utama dan diikuti dengan 4 Modul Tambahan.

Modul 1: Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan – Apa yang perlu dibuat sebelum,semasa  dan selepas temuduga.

Intipati Modul 1:

  • Anda perlu tahu 4 tindakan yang perlu anda lakukann sebelum anda menghadiri temuduga. Jika tidak tahu, persediaan anda pasti tidak lengkap.
  • Dapat 5% markah percuma dengan menampilkan pakaian yang tertentu.
  • Bagaimana melatih diri anda untu hebat bercakap di hadapan panel penemuduga.
  • Ketahui cara yang singkat untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat bagi m,entasai perasaan gementar apabila disoal di dalam bahasa Inggeris.
  • Ketahi cara yang mudah untuk menjangkakan soalan-soalan dari panel penemuduga.
  • Anda tidak dipanggil temuduga? Ketahui 7 sebabnya di dalam RLTKK.
  • Anda berkelulusan Ijazah, tapi mahu mohon kelulusan dengan jawatan SPM sahaja. Bolehkah?
  • Apabila panel bertanya, “Mengapa kami perlu memilih anda?” Ketahui cara sebenar untuk menjawab soalan ini.
  • Dan banyak lagi perkara lain yang kami tidak nyatakan di sini.

Modul 2: Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan – Teknik Paling efektif Untuk Menjawab Soalan Temuduga.

Intipati Modul 2:

  • Ketahui teknik menjawab soalan-soalan killer yang bakal ditanya berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Apakah soalan yang menguji communication skill anda? Soalan ini sebenarnya untuk menguji tahap kemampuan berfikir, kreativiti, keyakinan, kematangan, kebolehkerjasamaan dan kebolehan anda.
  • Ketahui bentuk soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa berkerja.
  • Soalan berkaitan dengan Essential Professional Skill ini adalah untuk mengetahui profesionaliti anda dalam menguruskan kerja. Ini kerana sektor awam amat menitikberatkan budaya kerjaya yang profesional bagi menjaga kredibiliti mereka.
  • Cara menjawab soalan killer seperti latar belakang anda, kekuatan dan kelemahan anda, kerjaya terakhir anda, soalan khusus bagi pelajar yang berada di tahun akhir, atau lepasan universiti atau lepasan sekolah menengah.

Modul 3: Kejayaan Dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan – Kisah-kisah motivasi yang memotivasikan.

Intipati Modul 3:

  • Mengetahui cerita kejayaan dari calon yang telah berjaya melalui temuduga dan telah menjadi penjawat awam.
  • Mengetahui cerita kegagalan dari calon yang telah melalui temuduga kerajaan dan tidak menjadi penjawat awam.
  • Ketahui apa yang perlu anda lakukan dan elakkan daripada lakukan ketika ditemuduga, supaya tidak emngulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh calon-calon lain.
  • Kisah-kisah yang dikongsikan adalah sebagai motivasi kepada anda. Ada sebuah kisah sedih yang kami kongsikan dalam RLTKK ini, yang bakal membuatkan anda menitiskan air mata dan menghargai kehidupan anda.
  • Kisah seorang insan yang amat berjasa membantu rakyat Malaysia dalam mencari kerja sektor awam.

Modul 4: Rahsia Penulisan Resume Temuduga.

Intipati Modul 4:

  • Anda mungkin mengetahui cara menulis resume, tapi adakah anda pasti resume tersebut mampu memikat hati majikan anda?
  • Kami ada menyediakan template resume yang khas untuk memudahkan anda, terus tulis resume anda.
  • Perlu sediakan resume dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Jangan risau kerana RLTKK ada menyediakan resume dalam kedua-dua versi bahasa ini.

Modul 5: Soalan Dan Jawapan Temuduga kerja Kerajaan.

Intipati Modul 5:

  • Dapatkan set soalan dan jawapan yang RLTKK sediakan khas untuk anda bagi membantu anjda membuat persiapan yang rapi.
  • 46 soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga bagi mereka mengenali diri anda. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan efektif.
  • Jangan risau mengenai pengalaman kerja anda kerana RLTKK menyediakan 17 soalan tentang kelayakan dan pengalaman untuk rujukan anda.
  • Perkara penting untuk anda tahu ialah job scope jawatan yang anda mohon. RLTKK membocorkan 45 soalan tentang Info Jawatan yang anda perlu tahu.
  • Dan banyak lagi soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Intergriti dan Akhlak, dan juga soaalan berkaitan Psikologi telah dihimpunkan dalam RLTKK. Jadi, anda tak perlu risau untuk menghadapi temuduga nanti!

Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Siapa yang memerlukan RLTKK ini?

  1. Anda ingin memceburi sektor awam dan sedang melakukan persediaan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan.
  2. Anda bakal menghadapi temuduga kerja kerajaan/spa tetapi tidak pernah  mempunyai pengalaman menghadiri temuduga kerja kerajaan/sektor awam sebelum ini.
  3. Anda sering gagal dalam temuduga kerja sektor awam dan sehingga kini masih tidak mengetahui apakah punca kegagalan tersebut.
  4. Anda ingin tahu skema dan contoh-contoh soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga.
  5. Anda ingin tahu cara yang betul untuk memberikan jawapan yang berkesan dan memberikan impak positif kepada panel penemuduga terhadap anda.

Bagaimana RLTKK membantu anda?

1. Membantu anda membuat persediaan secara menyeluruh.

RLTKK ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan kajian terperinci berkaitan dengan temuduga dalam sektor awam, khususnya yang melibatkan pihak Suruhanjay Perkhidmatan Awam (SPA).

Kajian ini termasuklah melibatkan:

  • Perbincangan dengan bekas calon-calon temuduga yang telah lulus temuduga kerja kerajaan.
  • Perbincangan dengan bekas penal-panel temuduga kerja kerajaan.
  • Rujukan terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah di pasaran dan juga yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

2.Menjimatkan masa anda untuk melakukan persiapan temuduga kerja.

Dengan memiliki panduan RLTKK ini anda :

  • Anda tidak perlu lagi tercari-cari contoh soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel temuduga kerja kerajaan.
  • Anda tidak perlu lagi teragak-agak dengan perkara yang diinginkan oleh panel penemuduga.
  • Anda tidak perlu lagi berjam-jam mencari tips apa persediaan yang perlu dibuat dan cara untuk menjawab soalan temuduga dengan berkesan.

3.Menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu diberi penekanan dan perhatian utama.

Anda perlu tahu perkara yang panel penemuduga inginkan dan apa yang mereka mahu lihat dari anda.

E-book RLTTK ini akan membantu anda untuk fokus kepada perkara-perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan anda dalam melakukan persediaan temuduga.

4.Memberi panduan kepada anda bagaimana untuk memberikan jawapan dengan berkesan.

Jawapan yang anda lontarkan semasa sesi temuduga memainkan peranan utama menentukan sama ada berjaya lulus aau tidak.

Inilah tujuan utama penulisan ebook RLTK ini- untuk mengajar anda bagaimana untuk merangka jawapan terhadap setiap persoalan yang mungkin ditanya oleh panel temuduga.

5.Membantu anda menulis resume dengan effektif.

Perkara ini di huraikan dengan jelas di dalam modul ke 5 RLTKK .

Dengan adanya perkara-perkara ini, kami percaya dapat membantu anda meningkatkan prestasi anda untuk menghadapi temuduga kerja anda kelak.

Kelebihan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

1. Bahasa yang digunakan mudah difahami.

2. Pembahagian isi kandungan mengikut modul-modul membolehkan anda memberi tumpuan satu persatu secara teratur dan berkesan.

3. Kandungan ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri.

Selain itu, dalam ebook ini juga merupakan hasil kajian yang meliputi:

  • Perbincangan bersama calon-calon yang telah berjaya lulus,
  • Perbincangan bersama panel-panel temuduga kerja kerajaan,
  • Rujukan terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah berkaitan temuduga yang lain.

4. Panduan ini boleh digunapakai untuk semua jawatan perkhidmatan awam.

5. Jaminan pulangan wang kepada anda.

Kekurangan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.

1.Fokus yang diberikan oleh Ebook ini biasanya kepada kerja kerajaan.

Kebanyakan panduan yang diberikan adalah bersesuaian dengan kerja kerajaan. Tetapi, jika bijak mengaplikasikan apa yang diajar dalam panduan ini untuk temuduga kerja swasta maka ia tidak menjad masalah.

2. Ebook ini adalah buku digital dalam bentuk pdf.

Konsep ebook ialah buku digital dalam bentuk pdf. Mengapa buku digital? Memudahkan anda untuk membaca di mana-mana, tanpa perlu membawa buku yang berat-berat.

Jika anda tidak selesa dengan pembacaan melalui laptop atau telefon pintar, RLTKK sangat tidak sesuai untuk anda.

Tetapi jika anda tetap mahukan juga, anda terpaksa mencetak e-book ini.

3.Harga minimum eBook biasanya sekitar RM40

Kami pasti, ada sesetengah dari kita mengatakan nilai ini terlalu tinggi. Namun perlu anda ingat, nilai ilmu dan maklumat yang disampaikan dalam buku ini jauh lebih tinggi dari harga eBook itu sendiri.

Jadi, kami sangat-sangat menggalakkan anda untuk mendapatkan ebook yang berkaitan bagi membantu anda memperkemaskan persiapan anda untuk menghadapi temuduga kerja khususnya kerja kerajaan.

 Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Terima kasih kerana membaca artikel Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sehingga tamat. Semoga anda semua mendapat manfaat dari hasil tulisan ini.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga?

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga? Anda tahu tak, sebenarnya tidak susah untuk meneka apakah soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga kepada anda semasa sesi temuduga.

Bagaimana? Jom baca tips-tips yang akan kami kongsikan, Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga.

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga

Bersiap sedia mendalami diri anda sendiri, sebelum ditanya oleh panel.

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga

1 – Sila dalami apakah bidang kerja anda.

Tahukah anda, sebenarnya  kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

2 – Sila peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.

Soalan ini merupakan soalan yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Sebenarnya, penemuduga nak lihat adakah anda peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

3 – Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.

Jangan malu untuk bertanya pengalaman rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka ketika ditemuduga. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan soalan yang bakal ditanya kepada anda.

4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.

Ini tips yang agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Dengan anda membayangkan posisi anda sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya jika  anda ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda.

5 – Baca bahan-bahan bantuan yang membantu.

Misalnya ebook yang dijual secara online sekarang. Kebiasaannya, ebook-ebook yang dijual sarat dengan tips-tips yang berpatutan dan merupakan gabungan pengalaman-pengalaman dari calon-calon yang telah menghadiri temuduga. Jadi apalagi! Jangan lokek untuk spend sedikit duit anda bagi mendapatkan ilmu yang sangat bermanfaat!

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat. Semoga apa yang telah kami kongsikan, dapat anda manfaatkan untuk menghadiri temuduga anda kelak.

Jumpa lagi entri yang akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga? Sila jujur dengan diri anda..

oleh admin Leave a Comment

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga? Suatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan apabila anda ditembak dengan soalan-soalan tertentu oleh panel penemuduga. Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk anda mengawal diri supaya tidak terlalu beremosi semasa sesi temuduga? Jom teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan tips-tips yang menarik dengan anda!

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Beremosi Semasa Sesi Temuduga

Kawal minda, jiwa dan emosi anda ketika di”torture” semasa temuduga.

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?

Contoh Situasi “Beremosi” oleh Calon Temuduga.

1. Calon marah apabila berasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga. Panel tu saja nak psiko anda.

2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.

3. Calon berasa diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.

4. Calon terlalu bermosi ketika menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel untuk mendapatkan sesuatu jawatan tersebut.

5. Bila panel beri soalan yang agak “up” sikit, calon memuncungkan bibir tanda protes.

Tips untuk Mengatasi Suasana Beremosi Semasa Sesi Temuduga.

1. Sentiasa ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Seperti orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita apabila ditanya soalan-soalan tertentu. Kerana dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya.

2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. INi supaya anda lebih berasa yakin dan bersemangat dan tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi.

3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendah diri  dan menghormati penemuduga kita.

4. Cuba untuk bertenang sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

5. Banyakkan senyuman walau sesusah mana kita di psikologi oleh para panel kerana senyuman itu penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6. Berikan penekanan dalam jawapan yang kita berikan untuk menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume kita. Misalnya, berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga.

Baiklah, setakat ini dahulu yang kami kongsikan kepada anda.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa untuk subscribe emel anda untuk mendapatkan pelbagai info yang terkini daripada kami.

Semoga terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Anda perlu beringat bila nak pergi temuduga! Ini amaran kami..

oleh admin Leave a Comment

Jika anda merupakan calon yang bakal menghadiri temuduga, ingat beberapa perkara sebelum terus ke temuduga. Walaupun sekarang banyak iklan mengenai kekosongan jawatan, namun anda perlu peka, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan calon itu diterima untuk bekerja dalam jawatan yang dipohon. Jom ketahui kriteria yang diambil kira oleh penemuduga ke atas calon yang memohon jawatan tersebut.

beringat-bila-pergi-temuduga

Anda sudah bersedia untuk ditemuduga?

Beringat bila pergi temuduga!

1. Status pekerjaan calon

Di bawah pakej rangsangan ekonomi, calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Ini kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri adalah untuk membantu sesiapa yang hilang atau tiada sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudah berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga amat sengit. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan

Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai

Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan.

Tetapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidakadilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh mohon jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan. Ada caranya, iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit.

Tipsnya:

  1. Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda.
  2. Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita.
  3. Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Namun, lebih baik untuk berterus-terang supaya kita lebih tenang dan yakin untuk menjawab soalan temuduga. Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, insya Allah ada rezeki yang lebih baik.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga tips yang diberikan ini dapat menjadi panduan yang berguna buat anda semua.

Teruskan berusaha dan jangan sesekali putus asa.

Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan? Adakah ini jawapan anda?

oleh admin 2 Comments

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan? Sudah pasti kerana kedudukan yang terjamin, bukan? Tidak dinafikan, antara kelebihan berkerja dengan kerajaan ialah anda mempunyai kedudukan yang tetap dalam perkhidmatan. Banyak lagi kelebihan lain bekerja dengan kerajaan.

Namun, bagaimanakah anda akan mempersembahkan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga apabila ditanya kepada anda, mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengapa berminat kerja kerajaan

Berikan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga anda.

Mengapa Anda Berminat dengan Kerja Kerajaan?

Kami yakin dan pasti, pelbagai jawapan yang bakal diberikan oleh calon-calon yang ditemuduga. Berikut kami senaraikan, jenis jawapan yang KURANG BAGUS dan jawapan yang kami CADANGKAN untuk anda jawab kepada para panel penemuduga kelak.

Jawapan yang KURANG BAGUS.

“Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

“Saya minat kerja kerjaan ini sebab ada keluarga saya yang bekerja di sektor awam”

atau

“Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini, mana tahu ada rezeki saya di sini”

atau

“Banyak kelebihan jika saya dapat kerja kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

“Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor awam”

Jawapan yang DICADANGKAN.

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Pekerjaan yang saya minati semenjak zaman persekolahan saya adalah dalam sektor awam. Tambahan pula, kedua ibu bapa saya amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain dapat berkhidmat di sektor awam, saya juga mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya saya seperti menghadiri seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Dengan memilih untuk berkhidmat di sektor awam, saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

6. Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Anda nampak perbezaan jawapan yang kami berikan? Bukankah anda kelihatan lebih matang jika menjawab mengikut apa yang kami cadangkan kepada anda?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini? Apa ada pada anda ya?

oleh admin 1 Comment

Soalan “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?” sebenarnya merupakan soalan “maut” yang penemuduga “hadiahkan” kepada kita. Mengapa? Sebenarnya soalan ini bertujuan untuk melihat kematangan anda mempromosikan diri anda bagi merebut jawatan yang ditawarkan.

Melalui jawapan anda sebenarnya, mempengaruhi panel penemuduga sama ada untuk menerima atau menolak anda dari mendapat jawatan yang dipohon.

Kali ini, kami akan kongsikan tips-tips jawapan untuk anda menjawab soalan mengapakah anda patut dipilih bagi jawatan yang dipohon.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan

Promosikan diri anda untuk meyakinkan panel bahawa anda layak untuk jawatan yang dipohon.

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?

Jawapan yang biasanya menyebabkan KEGAGALAN CALON untuk terpilih bagi jawatan tersebut.

– “Apalah yang aku nak jawab ni? Takkan nak puji diri sendiri pula.”

– “Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.”

– “Saya memiliki CGPA tinggi dan sememangnya saya layak untuk jawatan yang ditawarkan. Bukannya mudah nak dapat CGPA tinggi di universiti.”

– “Saya sudah tahu skop tugas jawatan ini sebab ibu bapa saya juga bekerja dalam jawatan yang saya mohon ini.”

– “Saya memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”

Jawapan yang SEPATUTNYA diberikan kepada panel penemuduga.

Berikut kami senaraikan contoh jawapan yang bersesuaian untuk menjawab soalan penemuduga, “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kelebihan berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang diberi atau untuk sebarang masalah yang timbul.

• Saya mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dalam khalayak ramai, bagi setiap lapisan masyarakat. Selain itu, saya juga mampu melaksanakan tugas dengan baik.

• Saya amat komited dalam kerja-kerja yang diberikan. Saya juga mampu memberi kerjasama dalam kerja berpasukan, saling membantu ahli kumpulan untuk mencapai visi dan misi organisasi/jabatan saya.

• Saya berkemahiran untuk menyiapkan tugas mengikut prioriti dan mampu menjalankan tugas secara teratur. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya boleh menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Oleh sebab itu, sayalah calon yang terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Mungkin, anda pernah menjalani temuduga namun “tersangkut” pada bahagian ini. Mungkin juga, anda merupakan orang yang bakal ditemuduga.

Amalkan tips-tips yang diberikan. Inilah masa yang terbaik untuk anda “jual” diri anda sendiri. Bukanlah berniat menunjuk-nunjuk, tapi bakat dan sikap-sikap positif yang ada dalam diri anda perlu ditonjolkan pada waktu-waktu sebegini untuk memancing perhatian panel.

Semoga anda mendapat manfaat yang besar dari artikel ini untuk dipraktiskan pada masa akan datang.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kami doakan anda terus sukses dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Allahumma amiin!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga? Mari baca penyelesaiannya ini..

oleh admin Leave a Comment

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga – anda pernah mengalaminya? Pasti anda berasa tidak senang duduk sewaktu sedang ditemuduga apabila anda berada dalam keadaan gugup. Malah, lebih teruk lagi bila keadaan tersebut mengganggu konsentrasi anda yang mahu fokus dalam sesi temuduga. Mahu tahu tips-tips berguna untuk mengatasi masalah gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

gugup, gemuruh gagap ditemuduga

Kedudukan tangan anda juga sebenarnya boleh menampakkan sama ada anda gugup atau dalam keadaan yang tenang.

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga.

1. Berlatih untuk pandang tepat ke mata panel penemuduga apabila beliau/mereka mengutarakan soalan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberanian dan keyakinan anda.

2. Sewaktu anda menjawab soalan, sila jawab dengan jelas supaya panel penemuduga faham apa yang anda ingin sampaikan. Sebenarnya, kalau kita bercakap dengan jelas, ia juga akan membantu meningkatkan tahap keyakinan kita.

3. Jika anda rasa gemuruh, tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan sebelum memulakan percakapan anda.

4. Bagi yang beragama Islam, amalkan untuk membaca sebarang zikrullah atau selawat atau ayat Seribu Dinar dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda sepanjang proses temuduga.

5. Apa kata anda bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Ini sebenarnya memainkan peranan psikologi yang secara automatik, membuatkan kita akan rasa lebih rileks.

6. Tips terakhir, sila tegakkan badan anda dan duduk dalam keadaan yang lurus menghadap kepada panel penemuduga ketika ditemuduga. Duduk dalam posisi yang tegak akan menjadikan anda bertambah yakin.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda untuk dijadikan panduan ketika anda menghadapi temuduga kelak.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Selamat maju jaya dari kami Team Oh Kerjaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga mengenai temuduga yang mereka lalui amat membimbangkan. Ini kerana boleh mendorong calon-calon tersebut berasa over-confident dan mengambil ringan dalam temuduga yang dilalui. Mari kita lihat, apakah perkara yang biasanya disalah anggap oleh calon-calon temuduga.

salah anggapan calon-calon temuduga

Yakin itu penting. Awas, jangan sampai over-confident!

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga.

1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu.

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.

Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Maklumat ini kami peroleh daripada Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Anda pasti tertanya-tanya, di manakan anda boleh mendapatkan sumber “soalan bocor” untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 ini, bukan?

Tahniah kerana anda telah datang ke website yang betul, yang mana kami akan kongsikan dengan anda Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17

Buat persediaan yang mantap berkaitan jawatan pilihan anda!

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17.

Ketahui Skop Tugas jawatan Pembantu Tadbir mengikut bahagian.

Sedikit maklumat dari kami untuk pengetahuan anda bahawa Pembantu Tadbir Gred 17 terdiri daripada pelbagai bidang perkhidmatan seperti Perkeranian/Operasi, Kewangan dan Undang-Undang.

Di bawah ini kami senaraikan skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 mengikut bahagian masing-masing.

1) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian yang selari dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian seperti menyelenggara fail atau dokumen, pengiraan, menyediakan laporan bulanan dan statistik.

2) Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

  • Bertanggungjawab bagi tugas-tugas kewangan dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan yang berkaitan.
  • Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

3) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17

  • Bertanggungjawab menyediakan fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam lain mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Soalan yang kami sediakan untuk anda di bawah ini adalah soalan yang mungkin anda rasa simple dan remeh. Untuk pengetahuan anda, soalan beginilah sebenarnya soalan yang menyerlahkan identiti diri anda tanpa anda sedar. Pastikan anda membuat persiapan yang mantap bagi menjawab persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan.

  1. Cara Perkenalkan Diri
  2. Mengapa tidak sambung belajar ke IPT
  3. Pengalaman kerja terdahulu?
  4. Kenapa memohon jawatan ini?

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua untuk membantu anda membuat persiapan rapi sebelum ditemuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred 17.

Terima kasih kerana membaca artikel Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Panduan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini dirahsiakan?

Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda memberikan tips dan info Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41

Pastikan anda mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kuat untuk menceburi bidang ini.

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Ringkasan mengenai Pegawai Psikologi S41.

  • Skop tugas seorang Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti – aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
  • Pegawai Psikologi S41 adalah jawatan dalam kategori kumpulan Pengurusan dan Professional. Pegawai Psikologi S41 yang layak akan berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam Sektor Kerajaan.

Syarat untuk menjadi Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaGaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,521.70 atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,828.32 dan
Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL).

  1. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41. Namun, ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Antara Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi S41

Berikut kami berikan contoh–contoh soalan temuduga yang kebiasaannya akan disoal oleh penemuduga. Pastikan anda bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan.

  1. Bagaimana Cara Anda Perkenalkan Diri
  2. Pengalaman kerja terdahulu?
  3. Kenapa memohon jawatan ini?

Terima kasih kerana anda telah meluangkan masa dengan membaca info dalam Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 ini. Semoga apa yang kami kongsikan dengan anda dapat membantu anda membuat persiapan sebelum melangkah ke fasa temuduga bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41.

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

  • 1
  • 2
  • 3
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran