• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Persediaan Temuduga / Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga?

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga?

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga? Anda tahu tak, sebenarnya tidak susah untuk meneka apakah soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga kepada anda semasa sesi temuduga.

Bagaimana? Jom baca tips-tips yang akan kami kongsikan, Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga.

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga

Bersiap sedia mendalami diri anda sendiri, sebelum ditanya oleh panel.

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga

1 – Sila dalami apakah bidang kerja anda.

Tahukah anda, sebenarnya  kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

2 – Sila peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.

Soalan ini merupakan soalan yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Sebenarnya, penemuduga nak lihat adakah anda peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

3 – Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.

Jangan malu untuk bertanya pengalaman rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka ketika ditemuduga. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan soalan yang bakal ditanya kepada anda.

4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.

Ini tips yang agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Dengan anda membayangkan posisi anda sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya jika  anda ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda.

5 – Baca bahan-bahan bantuan yang membantu.

Misalnya ebook yang dijual secara online sekarang. Kebiasaannya, ebook-ebook yang dijual sarat dengan tips-tips yang berpatutan dan merupakan gabungan pengalaman-pengalaman dari calon-calon yang telah menghadiri temuduga. Jadi apalagi! Jangan lokek untuk spend sedikit duit anda bagi mendapatkan ilmu yang sangat bermanfaat!

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat. Semoga apa yang telah kami kongsikan, dapat anda manfaatkan untuk menghadiri temuduga anda kelak.

Jumpa lagi entri yang akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran