Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan medan pertempuran anda dengan ratusan calon-calon Pembantu Tadbir Kewangan yang lain. Dalam sesi temuduga inilah anda perlu tonjolkan mengapa anda perlu dipilih untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ini, bukannya orang lain. Jadi, artikel ini akan cuba membantu anda untuk memberikan tips-tips yang berguna sebelum anda hadir ke Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.
Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.
Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
ana anda bertugas sepenuh masa dalam bidang kewangan bagi membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
- Menyediakan gaji kakitangan;
- Selenggara buku vot
- Membuat kutipan hasil
- Menyediakan baucar bayaran
- Menguruskan pembayaran bil-bil
- Mengeluarkan resit penerimaan bayaran
- Menerima penyata tuntutan elaun-elaun
- Menyelenggara buku tunai
- Menyediakan penyata pemungut/audit
- Mengeluarkan waran peruntukan mengurus
- Menyediakan laporan perbelanjaan
- Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender
- Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer
- Menyediakan surat-menyurat
- Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa
Pastikan anda sekurang-kurangnya mengetahui tentang ‘Akta Acara Kewangan 1957′, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’.
Penguasaan Bahasa Inggeris
Anda perlu menguasai penggunaan Bahasa Inggeris ini memandangakan bahasa ini kebiasaannya menjadi bahasa pengantar dalam sesi temuduga.
Berdasarkan pengalaman calon-calon terdahulu, mereka biasanya disuruh untuk memperkenalkan diri di dalam Bahasa Inggeris.
Bahkan, ada juga yang berkongsi bahawa sesi temuduga mereka hampir 50% dijalankan dalam Bahasa Inggeris!
Semoga info-info yang kami kongsi ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua untuk lebih kemas mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga.
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami, jangan lupa subscribe emel anda di bawah ini, ya!