• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for 2015

Archives for 2015

Oh! Semak Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan

oleh admin Leave a Comment

Semakan keputusan peperiksaan pegawai penerangan S41 ini dikongsikan kepada anda yang telah menghadiri peperiksaan pegawai penerangan S41 2015.

Berikut merupakan link semakan secara online yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti di bawah.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41 2015

Harus diingatkan, masih ada dua lagi penilaian oleh pihak SPA bagi calon yang berjaya dalam keputusan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 sebelum dapat menjawat jawatan Pegawai Penerangan. Tahap penilaian yang dimaksudkan ialah Sesi Penilaian Assessment Center (PAC) dan temuduga Pegawai Penerangan S41.

 

gambar queue ohkerjaya

Gambar oleh gadl cc

Sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ini, anda tidak perlu bersedih kerana anda boleh jadikan peperiksaan ini sebagai pengalaman dan mendapat kelebihan untuk menjawab soalan-soalan pada peperiksaan sesi terbaru nanti.

Kenalpasti dahulu kelemahan anda, cuba mengatasi kembali topik-topik yang anda lemah tersebut dan gunakan pengalaman tersebut untuk mengatasi calon lain. Semoga berjaya kepada yang kurang berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27: Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 untuk tahun 2014 kepada calon yang terpilih.Adakah anda calon bagi peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Arib S27? Sudahkah anda bersedia dengan bentuk soalan yang bakal diajukan nanti? Jangan risau lagi, satu panduan khas telah disediakan kepada semua calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan bagi Gred S27 kali ini.

Berdasarkan pengalaman daripada calon, pihak Oh Kerjaya berbesar hati untuk membantu anda supaya boleh menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah menggunakan contoh soalan yang diperoleh daripada peperiksaan yang terdahulu.

Secara ringkasnya, calon haruslah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 sebagaimana persaingan dengan calon yang lain semakin tinggi saban tahun.

gambar exam ohkerjaya

Punca Ramai Yang Gagal

Kita semua sedia maklum bahawa statistik yang gagal dalam peperiksaan bertulis ini adalah tinggi kerana tiada persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti ini.

Mungkin ianya tampak remeh bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya ramai yang sudah bersedia daripada awal untuk mendapatkan pekerjaan seperti Penolong Pegawai Arkib S27 ini.

Calon haruslah bersedia daripada bentuk dan jenis soalan yang akan dikemukakan nanti. Secara amnya, peperiksaan bertulis ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu bahagian A dan bahagian B sahaja.

  • bahagian A – Pengetahuan Am
  • bahagian B – Daya Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan Peperiksaan Penjawat Awam

Bahagian A
Soalan : 50
Markah : 40 minit

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon di mana ianya lebih berkait dengan soalan yang lebih terarah kepada pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini?
A – England
B – Brazil
C – Sepanyol
D – Perancis

Bahagian B 
Soalan : 40
Markah : 45 minit

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

 

Filed Under: Peperiksaan Bertulis

Oh! Apakah Definisi Kerjaya yang perlu anda tahu

oleh admin Leave a Comment

Apakah definisi kerjaya yang perlu anda tahu? Menurut Zunker kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Lagi definisi kerjaya menurut Omar Awang menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan didalam kehidupan seseorang. Tolbert mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu.

Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Ketahui dengan lebih lanjut apakah definisi kerjaya yang perlu anda tahu.

gambar career ohkerjaya

DEFINISI PENDIDIKAN KERJAYA

Terdapat pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasimengikut bidang masing-masing. Berikut diterangkan perkara tersebut. Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokuskepada kerjaya.

Perkara ini bermula dari peringkat awal, mungkin pada peringkat rendah danberlanjutan hinnga ke peringkat dewasa. Pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran, tetapi pendidikan kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi, psikologi, social mahupun ekonomi.

Dari sudut lain pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan.

Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi, melatih, memberi kaunseling, dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan. Ia juga memberi penekanan kepada nilai instrumental semua jenis. Apakah Definisi Kerjaya yang perlu anda tahu.

Filed Under: Motivasi Kerjaya

Oh! Cara Pemilihan Kerjaya yang Betul

oleh admin 2 Comments

gambar career ohkerjaya

 

Cara Pemilihan Kerjaya : Cara pemilihan kerjaya memerlukan penelitian yang rapi dari segi hala tuju pemilihan kerjaya yang sesuai mengikut bidang masing-masing. Individu akan cuba melaksanakan konsep kendiri di mana individu tersebut memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri.

Lebih jelas lagi konsep kendiri ini merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara individu tersebut menganggap tentang dirinya secara postif mahupun negatif.

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan pelbagai keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin bertambah kemungkinan individu tersebut untuk berjaya dalam bidang yang dipilih.

Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens iaitu keserasian antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Ketahui lebih lanjut cara pemilihan kerjaya yang betul!

Masalah Pemilihan Kerjaya Remaja

Masalah pemilihan kerjaya dalam remaja terjadi kerana remaja tiada kebolehan dalam membuat sebarang keputusan tentang kerjaya. Hal ini terjadi apabila remaja mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada hala tuju serta tidak mempunyai minat.

Masalah ini juga berlaku disebabkan remaja gagal menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya.

Sesetengah remaja juga kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat yang jelas berkaitan dengan dunia pekerjaan.

Strategi Pemilihan Kerjaya

Pemilihan kerjaya memerlukan pelbagai strategi yang proaktif agar individu tidak tersalah langkah dalam memilih kerjaya.

Strategi yang dimaksudkan ialah dengan mengenalpasti pelbagai sifat serta ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu dengan mengenal potensi yang ada pada diri individu.

Selain itu, individu hendaklah mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan agar dapat mengenali dunia pekerjaan dengan lebih mendalam lagi. Individu juga haruslah memadankan pekerjaan dengan individu seperti memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

Jenis Kerjaya Mengikut Bidang Yang Diminati

Pelbagai sifat serta ciri yang ada dalam diri setiap individu. Oleh itu, individu haruslah mengenalpasti sifat serta ciri-ciri yang ada pada diri agar mudah untuk membuat pilihan pekerjaan supaya selari dengan kemampuan diri.

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)

a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.

2. INVESTIGATIF – ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)

a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

3. SOSIAL – ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.

4. ENTERPRISING – ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

5. KONVENSIONAL – ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid bergantungan.

 

Kesimpulannya, pemilihan kerjaya mengikut minat dan bidang masing-masing adalah perlu bagi setiap orang. Kesilapan memilih kerjaya diluar bidang anda hanya akan merosakkan minat anda sendiri sekaligus pastinya tidak akan bertahan lama di alam pekerjaan itu nanti.

Jadi jangan hairanlah jika mereka yang mungkin kurang berpendidikan tinggi masih boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda atas usaha dan niat mereka yang tidak mengenal erti susah payah. Semoga berjaya!

Filed Under: Motivasi Kerjaya

Oh! Tips Temuduga Sektor Kerajaan

oleh admin Leave a Comment

Tips temuduga sektor kerajaan ini dikongsikan khas untuk panduan anda. Cara mudah untuk berjaya adalah dengan merujuk panduan. Dengan mengikuti panduan yang diberi, kita telah meningkatkan peratusan untuk berjaya.

Tentunya tips temuduga sektor kerajaan ini adalah satu daripada beribu panduan yang mesti anda rujuk sebagai persediaan sebelum ke sesi temuduga nanti. Ketahui lebih lanjut tips temuduga sektor kerajaan.

 

Ketika sesi temuduga dijalankan, apa yang penting anda haruslah dilihat oleh panel penemuduga sebagai seorang yang professional, kemas dan boleh dipercayai. Perkara ini amat penting supaya perlakuan yang disarankan tersebut dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.

Seandainya penemuduga mula berasa selesa dan yakin atas kata-kata anda, anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk berpeluang memperoleh jawatan yang dipohon.

Berikut adalah tips temuduga dan panduan ringkas untuk anda kelihatan lebih professional di mata panel penemuduga:

1. Bagi lelaki, pastikan anda memakai baju kemeja lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek dan elakkan memakai baju berwarna gelap.

2. Bagi perempuan, memakai baju kurung adalah digalakkan dan elakkan pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.

3. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diiringi dengan bacaan selawat.

4. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan rapat sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.

5. Awasi bahasa anda apabila berkomunikasi. Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda masuk ke bilik temuduga. Kemesraan penting kerana anda hanya dapat persembahkan dan tonjolkan keperibadian anda hanya dalam tempoh 30 minit sahaja.

6. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan terlebih dahulu kemudian barulah berjabat tangan.

7. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk. Disamping itu, ucapkan terima kasih.

8. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.

9. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.

10. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dalam keadaan tergesa-gesa.

11. Elakkan memotong percakapan panel penemuduga. Perlakuan ini jelas menunjukkan anda tidak menghormati mereka.

12. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.

13. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga dan berikan jawapan serta segala tumpuan kepada beliau.

14. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap dengan suara yang lantang. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.

15. Setelah selesai sesi soal jawab temuduga, ucapkan terima kasih dan akhirkan kata-kata dengan harapan agar anda dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat tersebut sekiranya diterima.

3221301604_70c55d65ce_interview
Kesimpulannya, persediaan awal sebelum menghadiri sesi temuduga amatlah digalakkan. Persediaan awal ini perlu dilaksanakan bagi bertujuan anda mendapatkan ketenangan diri.

Kekurangan membuat persediaan awal boleh menyebabkan anda kelihatan kurang yakin dan gelisah ketika berhadapan dengan panel penemuduga. Jadi, boleh lah amalkan tips temuduga yang dikongsikan.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Punca Gagal Temuduga Kerja Kerajaan

oleh admin Leave a Comment

Punca gagal temuduga kerja ini dikongsikan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga terutamanya temuduga kerajaan khusus sebagai panduan dan pengajaran untuk anda. Berikut merupakan punca-punca yang dapat dikongsikan kepada anda. Ketahui lebih lanjut punca gagal temuduga kerja.

 

 

 

Seringkali terjadi calon temuduga gagal mendapat jawatan yang dipohon. Pernahkan terfikir disebalik kegagalan tersebut terdapat punca-punca yang datang dari calon itu sendiri?

Ayuh ketahui punca-punca kegagalan calon temuduga mendapat kerja kerajaan sebagai pengajaran dan panduan buat anda semua yang bakal menghadiri sesi temuduga jawatan kerajaan 2015.

 

Punca Gagal Temuduga Kerja Kerajaan

 

1. Tidak Membuat Persiapan / Persediaan Secukupnya

Kebanyakan calon temuduga tidak mengambil serius tentang persediaan menghadapi temuduga. Sekiranya persediaan dibuat pun hanyalah sekadar sahaja. Tanpa persediaan dan persiapan yang rapi, anda sebenarnya bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.

 

 

2. Terlalu Pasif Semasa Temuduga

Terdapat calon yang bersikap pasif semasa sesi temuduga berjalan. Lebih jelas lagi tidak wujud elemen interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.

 

 

3. Dokumen Tidak Lengkap

Calon tidak membawa sebarang dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

 

4. Lewat Menghadiri Temuduga

Terdapat calon yang hadir lewat ke sesi temuduga SPA. Walaupun calon mampu menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama, calon tidak komited atau bersungguh-sungguh terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, panel penemuduga akan beranggapan kemungkinan calon akan bersifat sedemikian apabila berkerja nanti.

 

5. Tidak Tahu Tentang Isu Semasa

Terdapat calon yang tiada pengetahuan langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am amat rendah. Hal ini digambarkan seperti ‘katak di bawah tempurung’ dimana calon tahu tentang dunianya sahaja.

 

6. Tidak Jujur Dalam Menjawab Soalan

Kejujuran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran yang terdapat dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukannya jujur mendedahkan sesuatu yang bersifat negatif. Kejujuran anda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam akan dinilai dengan lebih terperinci.

 

7. Tidak Tahu Mengenai Temuduga Yang Dihadiri

Terdapat calon yang menghadiri temuduga tanpa mengetahui tentang temuduga yang dijalankan. Ini adalah salah satu kesilapan besar yang perlu calon elakkan. Situasi seperti ini jelas menunjukkan calon tidak serius dan tidak komited dengan jawatan yang dipohon.

 

8. Pemakaian Yang Tidak Sesuai

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri temuduga. Ini kerana aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri temuduga. Aspek pemakaian bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah turut mempengaruhi anda sendiri. Dengan pemakaian yang beretika, hebat dan professional, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan diri anda.

 

9. Tidur Lewat Pada Malam Sebelum Temuduga

Hal ini seringkali dilakukan oleh calon temuduga dimana calon tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari temuduga. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran dan kecergasan diri calon.

Tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup boleh memberikan kesan negatif seperti gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur yang tidak cukup. Selain itu, ia juga memberi kesan buruk terhadap tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda yang cerdas, anda bakal ‘bergelut’ menahan ‘asakan’ soalan dari panel penemuduga.

 

Kesimpulannya, calon temuduga perlulah menjauhi sikap sambil lewa dan tidak peka dalam menghadapi temuduga. Sikap sambil lewa dan tidak peka ini boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga kerajaan. Namun, dalam setiap persaingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah.

Walaupun begitu, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda tidak berusaha dalam mencapai kerjaya yang diidam-idamkan. Oleh itu, jadikan punca-punca yang dinyatakan di atas sebagai panduan, rujukan serta pengajaran kepada anda pada masa akan datang agar tidak tersalah langkah ketika menghadiri temuduga.

 

tips-temuduga-interview

 

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga

oleh admin Leave a Comment

 

cc

 

Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga. Perkara yang tidak disukai penemuduga ini dikongsikan kepada anda khusus kepada yang bakal menghadiri temuduga. Anda perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang ini bagi memikat hati penemuduga. Jika anda tidak melakukan apa yang mereka tidak sukai, mereka akan menyukai anda lebih dari calon temuduga lain. Ketahui lebih lanjut perkara yang tidak disukai penemuduga.

 

Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara berlebih-lebihan.

2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, yang mana ini dapat dilihat daripada jawapan anda sendiri.

5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.

 

Kesimpulannya, calon temuduga hendaklah mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak disukai penemuduga. Hal ini perlu bagi membolehkan calon berpeluang mendapatkan jawatan yang dipohon.

Membuat perkara yang tidak disukai penemuduga bukan sahaja membosankan penemuduga, malah calon membuatkan penemuduga merasa jelik dengan sikap anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan yang dipohon. Jadi elakkan 6 perkara diatas.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan tanpa kabel

oleh admin Leave a Comment

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan tanpa kabel: Khas buat anda yang ingin berkeja di sektor kerajaan tetapi tidak tahu caranya. Dibongkarkan “Rahsia Sulit” bagaimana untuk lulus temuduga kerja kerajaan dengan mudah tanpa menggunakan sebarang “kabel”.

Sejak Feb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini. Tak percaya? terus bacaan hingga habis… Pelbagai jawatan dari terendah hingga peringkat tertinggi mereka telah berjaya, anda bagaimana?

Sebelum berjaya memasuki sektor awam, ada halangan terbesar yang perlu dilalui oleh semua orang. Iaitu TEMUDUGA…Sebelum anda hadir temuduga, sedikit soalan buat anda.

Adakah anda pernah mengalami masalah seperti berikut?

  • Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun.
  • Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang – ulang kali, tapi masih tidak dipanggil – panggil menghadiri temuduga.
  • Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.
  • Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik…Takut sangat!
  • Anda tercari – cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya…
  • Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil – kebil mata anda….blur!
  • Anda ditanya soalan ‘killer’ oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..
  • Anda serang dibayangi mitos – “nak masuk gov kena ada kabel”. Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!
  • Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut!
  • Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup…Anda benar – benar risau..
  • Anda ingin tahu apa soalan – soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya…
  • Dan bermacam – macam problem lagi yang bermain – main dalam fikiran anda…(tak perlu diceritakan semuanya – 10 page tak habis:)

Ya, itu baru sekelumit dari masalah yang sedang melanda rakan – rakan kita yang ingin mencari kerja di sektor awam…..Bukan senang nak dapat kerja di sektor awam ini jika anda tidak tahu rahsianya…Mungkin anda akan berkata ” tiada rahsia – rahsianya, dipanggil temuduga, datang, dan jawab je apa – apa soalan yang ditanya”. Adakah anda pasti dengan melakukan itu saja anda mampu berjaya dapatkan kerja yang anda idam – idamkan, iatu kerja kerajaan?

Anda silap!

Ianya tidak semudah anda sangkakan..Oleh sebab itulah laporan ini ditulis khas buat anda. Ianya disediakan khas untuk membantu orang seperti anda yang sememangnya menginginkan kerjaya di sektor awam sebagai kerjaya tetap.

Kini anda tak perlu risau lagi…

Kini anda tidak perlu pening-peningkan kepala memikirkan “bagaimana la aku nak lulus temuduga ni yer?”. Kerisauan dan ketakutan anda akan saya selesaikan kerana saya bukannya menyediakan “kabel besar” yang boleh menjamin anda lulus temuduga tersebut tetapi kaedah-kaedah dan teknik-teknik rahsia yang terbukti berkesan yang dapat membantu anda lulus temuduga. Insyallah………………

Adakah anda tidak sabar lagi ? Oleh itu, saya bongkarkan rahsia ini kepada anda yang benar-benar ingin bekerja di sektor awam dimana ianya adalah kerja yang diidam-idamkan oleh anda selama ini…

Sebelum anda membaca laporan ini, sudah lebih 8000 orang telah mendapatkan pakej informasi bernilai tinggi ini. Anda lihat saja bukti mereka yang telah mendapatkan panduan ini.

tips-temuduga-interview

Bagaimana ebook ini boleh membantu anda?

  • Ianya ditulis dengan bahasa mudah difahami dan mudah dipraktikkan tidak kira samada anda berkelulusan SPM ke, Diploma ke, Ijazah atau ada ‘master’ sekalipun.
  • Ianya menjimatkan masa anda dalam membuat persediaan temuduga di mana anda tidak perlu buang masa masih tercari-cari tips temuduga lain yang belum tentu sesuai dengan anda.
  • Panduan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga.
  • Berbagai-bagai rahsia untuk menjadi kelihatan hebat semasa hari temuduga yang tidak diketahui oleh ramai orang akan didedahkan kepada anda.
  • Ianya sesuai bagi mana-manapun temuduga tidak kira apa jawatan yang anda pohon.
  • Ianya proven/terbukti telah membantu ramai orang berjaya dalam temuduga dengan panduan ini.

Sila klik link ini untuk mendapatkan ebook yang telah banyak membantu calon lulus temuduga.

 

[su_note]Baca selanjutnya: Rahsia Bijak Temuduga – Pakej Panduan Lengkap Persediaan Temuduga Kerja[/su_note]

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! 7 Strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap] 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda, ya, anda menentukan masa depan sendiri. Tiada orang lain yang akan merancang untuk anda. Untuk masa depan yang cemerlang, anda sepatutnya mempunyai strategi untuk merancang masa depan khususnya dalam merancang masa depan kerjaya anda.

Sama ada anda sudah lama tidak bekerja atau sudah lama mengangggur, anda harus mengetahui 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda. Anda tidak perlu mengusutkan lagi fikiran anda, kami sedia membantu. Oleh itu, kami sediakan artikel ini buat bacaan anda. Teruskan membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.

1. Senaraikan sebanyak mungkin tawaran jawatan kosong.

Maklumat tersebut perlu selari dengan kebolehan dan kelulusan anda. Sumber yang paling mudah dicari ialah di internet contohnya laman www.jobstreet.com, suratkhabar harian dan tabloid, poster dan rakan-rakan. Kemudian pilih jawatan kosong yang bersesuaian dengan diri anda. Ambil kira faktor seperti tempat, pengangkutan, kelulusan, skop kerja, cara bekerja dan kos sara hidup.

2. Kemaskini biodata peribadi.

Buat semakan pada butir-butir peribadi anda sebelum ianya dicetak dan dihantar kepada bakal majikan. Ada maklumat yang perlu ditambah dan ada yang perlu dikeluarkan.

3. Tampilkan profil yang kemas.

Kekemasan pakaian anda mampu mempengaruhi bakal majikan supaya mengambil anda sebagai salah seorang kakitangan di sana. Penampilan yang lusuh dan tak terurus bakal merosakkan imej anda dan organisasi yang dianggotai oleh anda. Penampilan mencerminkan pengurusan.

strategi memulakan kerjaya

4. Tonjolkan keupayaan anda.

Kebolehan diri anda bukanlah untuk disimpan. Tetapi untuk ditampilkan supaya keupayaan anda diiktiraf. Bukan mudah hendak membuktikan data dalam resume sebagai persembahan di depan bakal majikan.

5. Rancang teliti soalan temuduga yang bakal ditanya.

Resume yang anda sediakan adalah cerminan soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya. Oleh itu gambaran jawapan haruslan anda karang lebih awal supaya dapat menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya.

6. Mengapa perlu lantik anda?

Mereka membelanjakan wang setiap bulan untuk memberi pulangan yang bernilai kepada syarikat. Jadi apa jenis sumbangan yang bakal anda berikan pada mereka? Anda perlu fikirkan apakah sumbangan yang bakal anda kongsikan untuk membuktikan bahawa anda bernilai untuk bekerja bersama mereka.

7. Isi borang dengan cermat.

Usah jadikan borang permohonan kerja anda sebagai tempat conteng. Jaga kebersihan borang dan bekas yang dipadam.

Mahu tahu lebih lanjut strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda? Saya sarankan anda untuk mendapatkan e-book ini yang telah banyak membantu ramai orang dalam merancang masa depan kerjaya. Semoga anda berjaya dalam kerjaya suatu hari nanti dan selamat maju jaya saya ucapkan. Terima kasih kerana membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.

Filed Under: Motivasi Kerjaya

Oh! Ini soalan Temuduga Kerjaya Kastam untuk anda

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]Ini soalan temuduga kerjaya kastama untuk anda, anda harus membacanya. Jangan lepaskan peluang ini. Kebanyakan calon gagal temuduga disebabkan tiada persediaan yang rapi. Persediaan tersebut termasuklah mengkaji soalan-soalan yang pernah di tanya. Oleh itu, kami kongsikan pada anda soalan temuduga kerjaya kastam.

1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang akademik, sukan dan unit beruniform.

2. Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih kursus atau kerjaya tersebut.

3. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.

4. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.

5. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat kaitkan dengan kastam.

6. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.

7. Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.

8. Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.

9. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia ada fungsinya yang khusus.

10. Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.

11. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.

12. Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan kastam.

13. Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya sekali. Terangkan secara ringkas

 

Mahu tahu lagi soalan temuduga kerjaya kastam? Untuk persediaan yang lebih lengkap dan terperinci, anda harus mengetahui lebih banyak soalan yang akan di tanya semasa sesi temuduga kerjaya kastam. Anda disarankan untuk memiliki dan membaca ebook yang telah banyak membantu ramai calon lulus temuduga. Terima kasih kerana membaca artikel ini soalan temuduga kerjaya kastam untuk anda.

 

Filed Under: Persediaan Temuduga

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran