Apakah definisi kerjaya yang perlu anda tahu? Menurut Zunker kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Lagi definisi kerjaya menurut Omar Awang menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan didalam kehidupan seseorang. Tolbert mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu.
DEFINISI PENDIDIKAN KERJAYA
Perkara ini bermula dari peringkat awal, mungkin pada peringkat rendah danberlanjutan hinnga ke peringkat dewasa. Pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran, tetapi pendidikan kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi, psikologi, social mahupun ekonomi.
Dari sudut lain pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan.
Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi, melatih, memberi kaunseling, dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan. Ia juga memberi penekanan kepada nilai instrumental semua jenis. Apakah Definisi Kerjaya yang perlu anda tahu.
Leave a Reply