• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Persediaan Temuduga / Oh! Tips Temuduga Sektor Kerajaan

Oh! Tips Temuduga Sektor Kerajaan

oleh admin Leave a Comment

Tips temuduga sektor kerajaan ini dikongsikan khas untuk panduan anda. Cara mudah untuk berjaya adalah dengan merujuk panduan. Dengan mengikuti panduan yang diberi, kita telah meningkatkan peratusan untuk berjaya.

Tentunya tips temuduga sektor kerajaan ini adalah satu daripada beribu panduan yang mesti anda rujuk sebagai persediaan sebelum ke sesi temuduga nanti. Ketahui lebih lanjut tips temuduga sektor kerajaan.

 

Ketika sesi temuduga dijalankan, apa yang penting anda haruslah dilihat oleh panel penemuduga sebagai seorang yang professional, kemas dan boleh dipercayai. Perkara ini amat penting supaya perlakuan yang disarankan tersebut dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.

Seandainya penemuduga mula berasa selesa dan yakin atas kata-kata anda, anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk berpeluang memperoleh jawatan yang dipohon.

Berikut adalah tips temuduga dan panduan ringkas untuk anda kelihatan lebih professional di mata panel penemuduga:

1. Bagi lelaki, pastikan anda memakai baju kemeja lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek dan elakkan memakai baju berwarna gelap.

2. Bagi perempuan, memakai baju kurung adalah digalakkan dan elakkan pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.

3. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diiringi dengan bacaan selawat.

4. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan rapat sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.

5. Awasi bahasa anda apabila berkomunikasi. Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda masuk ke bilik temuduga. Kemesraan penting kerana anda hanya dapat persembahkan dan tonjolkan keperibadian anda hanya dalam tempoh 30 minit sahaja.

6. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan terlebih dahulu kemudian barulah berjabat tangan.

7. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk. Disamping itu, ucapkan terima kasih.

8. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.

9. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.

10. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dalam keadaan tergesa-gesa.

11. Elakkan memotong percakapan panel penemuduga. Perlakuan ini jelas menunjukkan anda tidak menghormati mereka.

12. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.

13. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga dan berikan jawapan serta segala tumpuan kepada beliau.

14. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap dengan suara yang lantang. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.

15. Setelah selesai sesi soal jawab temuduga, ucapkan terima kasih dan akhirkan kata-kata dengan harapan agar anda dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat tersebut sekiranya diterima.

3221301604_70c55d65ce_interview
Kesimpulannya, persediaan awal sebelum menghadiri sesi temuduga amatlah digalakkan. Persediaan awal ini perlu dilaksanakan bagi bertujuan anda mendapatkan ketenangan diri.

Kekurangan membuat persediaan awal boleh menyebabkan anda kelihatan kurang yakin dan gelisah ketika berhadapan dengan panel penemuduga. Jadi, boleh lah amalkan tips temuduga yang dikongsikan.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran