Sama ada anda sudah lama tidak bekerja atau sudah lama mengangggur, anda harus mengetahui 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda. Anda tidak perlu mengusutkan lagi fikiran anda, kami sedia membantu. Oleh itu, kami sediakan artikel ini buat bacaan anda. Teruskan membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.
1. Senaraikan sebanyak mungkin tawaran jawatan kosong.
Maklumat tersebut perlu selari dengan kebolehan dan kelulusan anda. Sumber yang paling mudah dicari ialah di internet contohnya laman www.jobstreet.com, suratkhabar harian dan tabloid, poster dan rakan-rakan. Kemudian pilih jawatan kosong yang bersesuaian dengan diri anda. Ambil kira faktor seperti tempat, pengangkutan, kelulusan, skop kerja, cara bekerja dan kos sara hidup.
2. Kemaskini biodata peribadi.
Buat semakan pada butir-butir peribadi anda sebelum ianya dicetak dan dihantar kepada bakal majikan. Ada maklumat yang perlu ditambah dan ada yang perlu dikeluarkan.
3. Tampilkan profil yang kemas.
Kekemasan pakaian anda mampu mempengaruhi bakal majikan supaya mengambil anda sebagai salah seorang kakitangan di sana. Penampilan yang lusuh dan tak terurus bakal merosakkan imej anda dan organisasi yang dianggotai oleh anda. Penampilan mencerminkan pengurusan.
4. Tonjolkan keupayaan anda.
Kebolehan diri anda bukanlah untuk disimpan. Tetapi untuk ditampilkan supaya keupayaan anda diiktiraf. Bukan mudah hendak membuktikan data dalam resume sebagai persembahan di depan bakal majikan.
5. Rancang teliti soalan temuduga yang bakal ditanya.
Resume yang anda sediakan adalah cerminan soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya. Oleh itu gambaran jawapan haruslan anda karang lebih awal supaya dapat menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya.
6. Mengapa perlu lantik anda?
Mereka membelanjakan wang setiap bulan untuk memberi pulangan yang bernilai kepada syarikat. Jadi apa jenis sumbangan yang bakal anda berikan pada mereka? Anda perlu fikirkan apakah sumbangan yang bakal anda kongsikan untuk membuktikan bahawa anda bernilai untuk bekerja bersama mereka.
7. Isi borang dengan cermat.
Usah jadikan borang permohonan kerja anda sebagai tempat conteng. Jaga kebersihan borang dan bekas yang dipadam.
Mahu tahu lebih lanjut strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda? Saya sarankan anda untuk mendapatkan e-book ini yang telah banyak membantu ramai orang dalam merancang masa depan kerjaya. Semoga anda berjaya dalam kerjaya suatu hari nanti dan selamat maju jaya saya ucapkan. Terima kasih kerana membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.
Leave a Reply