• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Berita Semasa

Senarai Agensi Kerajaan

oleh admin 2 Comments

Senarai 241 Agensi Kerajaan Review Ebook

Senarai Agensi Kerajaan ini kami hadiahkan kepada anda untuk menunjukkan “jalan belakang” supaya anda tetap terus dapat berkhidmat dengan sektor awam, tanpa membabitkan SPA.

Namun, kami peringatkan kepada anda bahawa senarai agensi kerajaan yang kami akan kongsi dengan anda ini bukanlah “kabel” yang memudahkan anda diterima dan diserap dalam sektor kerajaan. Sebaliknya, agensi-agensi ini sebagai pemudah cara untuk anda masuk ke sektor awam dengan persaingan yang minimum.

senarai agensi kerajaan

Jangan fikir tiada jalan lain untuk masuk ke sektor awam.

Senarai Agensi Kerajaan

Berkesankah jika guna Agensi Kerajaan?

Kaedah ini sebenarnya bergantung kepada konsep rezeki juga kerana ia bergantung sama ada agensi yang dipohon itu mempunyai kekosongan atau tidak. Jika ada kekosongan, biasanya mereka akan memanggil calon-calon yang telah disenarai pendek untuk ditemuduga.

Contoh Senarai Agensi Kerajaan.

Sebelum kami beritahu kepada anda sebahagian daripada senarai agensi kerajaan ini, mari kami keluarkan statistik bilangan agensi kerajaan yang ada mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah statistiknya:-

  • 5 buah agensi di Perlis
  • 5 buah agensi di Kedah
  • 6 buah agensi di Pulau Pinang
  • 14 buah agensi di Perak
  • 7 buah agensi di Selangor
  • 21 buah agensi di Melaka
  • 7 buah agensi di Negeri Sembilan
  • 16 buah agensi di Johor
  • 18 buah agensi di Pahang
  • 6 buah agensi di Kelantan
  • 10 buah agensi di Terengganu
  • 29 buah agensi di Sabah
  • 28 buah agensi di Sarawak
  • 6 buah agensi di Kuala Lumpur
  • 2 buah agensi di Putrajaya

Berikut adalah sebahagian daripada agensi kerajaan menurut negeri-negeri:-

      • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
      • Lembaga Pembangunan Langkawi
      • Perbadanan Bukit Bendera
      • Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
      • Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
      • Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
      • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
      • Yayasan Negeri Sembilan
      • Institut Pengurusan & Integriti Melaka (INSPIM)
      • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Anda tahu, jika anda memohon kerja kerajaan mengikut negeri anda, besar kemungkinan peluang untuk anda diterima menjawat jawatan yang dipohon, memandangkan kurangnya persaingan. Selain itu, ia menjimatkan masa anda untuk mencari satu persatu badan kerajaan yang ada di Malaysia ini.

Semoga dengan info yang diberikan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mencari sektor yang bersesuaian dengan anda dalam sektor awam.

Klik untuk dapatkan Senarai penuh 421 Agensi Kerajaan.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Graduan Semakin Banyak dan Sukar Nak Dapat Kerja, Apa Nasib Anda?

oleh admin Leave a Comment

Graduan Semakin Banyak dan Sukar Nak Dapat Kerja, Apa Nasib Anda

Kelebihan Kerja Swasta juga tidak kurangnya jika mahu dibandingkan dengan kerja kerajaan. Antaranya, anda berpeluang untuk mendapatkan bonus yang lebih tinggi daripada kerja di sektor awam. Anda mahu tahu apa lagi kelebihan yang bakal anda peroleh jika berkhidmat di sektor swasta? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan-kelebihan bekerja dalam syarikat swasta.

kelebihan kerja swasta

Cepat buru kerja kosong dari sektor swasta pula.

Kelebihan Kerja Swasta.

Janji Kerajaan

Program yang sedang dijalankan oleh kerajaan dinamakan sebagai Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Program ini bermaksud kerajaan sedang menjalankan proses pembekuan bagi kemasukan baru sebarang jawatan.

Menurut statistik Pekerjaan & Perburuhan 2014, sebanyak sektor swasta menawarkan 8.53 jutapekerja berbanding dengan sektor kerajaan yang mana hanya menawarakan 1.63 juta sahaja.

Pada tahun ini pula, Perdana Menteri telah menjanjikan bahawa terdapat 3.3 juta kekosongan dengan bekerja di bawah sektor swasta. Ini kerana pihak kerajaan telah mengadakan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam laporan ETP ini, kerajaan turut memberikan komitmen  bagi memastikan Program ETP ini tercapai dengan bantuan pihak swasta.

Ini juga dibuktikan dengan tertubuhnya ‘Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)’ di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa inisiatif lain.

Sebab itu, anda jangan hanya fokus kepada kerja di sektor kerajaan sahaja. Alihkan fokus anda kepada kerjaya swasta memandangkan kekosongan yang ditawarkan dalam sektor ini jauh lebih tinggi berbanding sektor kerajaan.

Anda tahu, apa kelebihan yang anda akan dapat jika anda berkhidmat dalam sektor swasta?

Kelebihan Kerja di Sektor Swasta yang Anda Perlu Tahu

  • Gaji yang boleh dirunding. Konsep kerjka di sektor swasta ialah anda cadangkan gaji anda!
  • Caruman KWSP.
  • Polisi Takaful dan Insurans.
  • Komitmen dalam kerjaya yang lebih mementingkan elemen disiplin. 
  • Bonus. Ada sesetengah syarikat yang menyediakan bonus tahunan, ada juga yang memberikan bonus setiap kali berjaya mencapai tahap keuntungan yang disasarkan.
  • Cuti. Ada faedah cuti yang anda berhak dapat kerana pakan mempunyai cuti tahunan kerana ianya telah disyaratkan oleh jabatan buruh.
  • Tidak terikat. Kebiasaanya anda akan diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan yang anda boleh berhenti tanpa syarat. Jika anda dah mula kerja 2 bulan dan dapati ianya tidak serasi, anda boleh terus berhenti dan cari kerja lain.

Jadikan Kerja Swasta sebagai Pilihan Anda!

Anda dah tahu cara sebenar untuk mencari kerja di sektor swasta bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lengahkan peluang yang anda untuk anda merebut pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca artikel ini bersama kami.

Klik untuk dapatkan Strategi sebenar cari kerja di sektor Swasta

Jangan lupa subscribe emel anda bersama kami untuk dapatkan pelbagai info yang terkini dengan PERCUMA!

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Ekonomi gawat! Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan?

oleh admin Leave a Comment

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat? Persoalan yang membuatkan kami tertanya-tanya. Sudah tahu ekonomi gawat, kerja kerajaan juga yang diburu. Mengapa kita tidak mempercambahkan kreativiti kita dengan memohon kerja di sektor swasta daripada mengharapkan kerja dalam sektor awam sahaja? Baik, di bawah ini kami akan kongsikan kupasan yang menarik mengenai isu ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan

Jangan fokus untuk cari kerja kerajaan semata-mata.

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat?

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya “penanam – penanam anggur” ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan2

Hutang sudah perlu dibayar, kerja masih belum kunjung tiba.

Akan tetapi, anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam

Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus….

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan

oleh admin 1 Comment

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan bukanlah perkara yang baru sebenarnya. Namun, ramai dari kalangan fresh graduate kebanyakannya telah melatah mendengar berita

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan, memandangkan mereka golongan yang amat memerlukan pekerjaan. Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan dengan anda Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan

Anda sudah ambil tindakan alternatif menangani masalah pembekuan kerja sektor awam?

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan?

1) Sebagai langkah untuk mengawal saiz perkhidmatan awam

Graduan lepasan universiti saban tahun semakin meningkat. Lalu, wujudnya persaingan yang sengit antara para graduan untuk merebut satu-dua jawatan kerajaan yang kosong. Tapi jangan risau! Insya Allah kami team Oh! Kerjaya akan cuba membantu anda semua untuk merealisasikan impian anda untuk berkerja dazlam sektor awam.

2) Kekosongan jawatan MASIH wujud kerana wujudnya faktor seperti persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan kakitangan awam yang lain.

Maklumat yang amat penting untuk anda tahu ialah pengambilan baru tidak dibekukan 100%, sebaliknya anda masih mempunyai peluang untuk mebgisi kekosongan jawatan dalam sektor awam jika berlaku kes-kes seperti berikut.

3) Pembekuan jawatan pernah dilaksanakan pada tahun-tahun terdahulu. ndekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.

Untuk makluman anda, sebenarnya isu pembekuan jawatan baru dalam sektor awam ini telah lama dilaksanakan seperti tahun 2008, 2010 dan 2011. Hal ini kebiasaannya bersifat sementara, namun tetap memakan masa untuk menunggu keadaan pulih seperti sediakala. Namun, jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa! Teruskan memburu kerja dalam bidang swasta pula.

4) Berlaku penyeimbangan antara perkhidmatan awam dengan peluang pekerjaan di sektor swasta.

Perkara ini sebenarnya memberikan kesan yang baik juga tanpa kita sedar. Ini kerana, para graduan akan beralih penumpuan dalam mencari kerja kepada bidang swasta. Terdapat pelbagai syarikat yang memerlukan kepakaran fresh graduate seperti anda untuk memajukan syarikat mereka. Hal ini selaras dengan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang Perlu Anda Lakukan?

  1. Kemaskini borang SPA8i sekerap mungkin.
  2. Cari kerja dalam sektor awam dan juga swasta.  Antara laman web yang berkaitan adalah seperti Portal JobsMalaysia
  3. Jangan lupa untuk terokai peluang kerjaya dalam sektor swasta juga bagi menambah pengalaman kerana Pengalaman kerja di sektor swasta sangat berbeza dengan sektor awam. Sekurang-kurangnya, dengan pengalaman yang anda ada bolehlah dijadikan sebagai modal meningkatkan prestasi kerja anda di tempat baharu kelak!
  4. Pastikan resume anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru. Jangan lupa untuk ‘menggoda’ bakal majikan anda melalui persembahan resume anda!

Jadi, anda suda jelas dengan isu pembekuan kerja kerajaan ini.

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua!

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Tergempar! 410 Pelatih Separa Perubatan Bertaraf Sijil Diperlukan Segera!

oleh admin 1 Comment

410 Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil sangat diperlukan sekarang. Disebabkan semakin banyak klinik-klinik dan hospital baru telah beroperasi, kakitangan baru seperti Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil adalah diperlukan. Ini bermaksud, terdapat 410 kekosongan jawatan dalam sektor awam untuk dipenuhi oleh anda, asalkan anda merupakan Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil.

Pelatih Separa Perubatan

Cepat-cepat mohon kekosongan Latihan Separa Perubatan. Anda SANGAT diperlukan!

Ketahui perkara-perkara PENTING untuk menjadi Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil.

Syarat-syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:-

1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains

3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!

Umur calon ketika lantikan adalah seperti berikut:-

  1. Mestilah tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
  3. Bagi pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Bidang latihan yang diperlukan bagi mengisi kekosongan Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil adalah seperti berikut:-

  • Jururawat
  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam
Pelatih Separa Perubatan2

Jangan lewat memohon sebagai Pelatih Separa Perubatan jika anda sudah mempunyai kelayakan!

Seperti dalam post-post yang lalu, kami ingatkan kembali kepada anda semua calon-calon Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil untuk membuat permohonan secara ONLINE di laman web SPA8i.

Cepat-cepat bertindak ya! Sementara kekosongan masih ada. Mana tahu, kali ini rezeki berpihak kepada anda untuk diterima berkhidmat dalam sektor awam.

Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Semoga berjaya dan terus berjaya dalam kerjaya anda!

Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca artikel 410 Pelatih Separa Perubatan Bertaraf Sijil Diperlukan ini.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015

oleh admin Leave a Comment

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 merupakan detik-detik yang amat ditunggu oleh para pekerja setelah berkerja keras selama sebulan. Adakah anda tahu tarikh sebenar gaji para pekerja dalam perkhidmatan awam? Selain daripada anda boleh menyemak penyata gaji secara online, di sini kami lampirkan tarikh-tarikh sebenar gaji anda akan dibayar!

Jadi, teruskan membaca artikel ini!

tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam

Gaji oh Gaji!

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015.

Bulan

Tarikh

Hari

Cuti Umum

Januari

22.01.2015

Khamis

—

Februari

12.02.2015

Khamis

Tahun Baru Cina

19-20/2/2015

Mac

25.03.2015

Rabu

—

April

23.04.2015

Khamis

—

Mei

21.05.2015

Khamis

Pesta Keamatan/Menuai

30-31/5/2015

Jun

25.06.2015

Khamis

Hari Gawai

1-2/6/2015

Julai

09.07.2015

Khamis

Hari Raya Puasa

17-18/7/2015

Ogos

25.08.2015

Selasa

—

September

17.09.2015

Khamis

Hari Raya Haji

24/9/2015

Oktober

22.10.2015

Khamis

—

November

25.11.2015

Rabu

Hari Deepavali

10/11/2015

Disember

17.12.2015

Khamis

Hari Krismas

25/12/2015

Selepas anda tahu Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015, mudahlah untuk anda sebagai kakitangan awam merancang percutian bersama keluarga. Jangan lupa untuk pastikan tarikh cuti sekolah tally dengan tarikh gaji anda, ya!

Oh, ya!  Jangan lupa rajin-rajin untuk rujuk Jabatan Akauntan Negara ye untuk tengok maklumat terkini tentang Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 yang terkini, jika ada sebarang pindaan tarikh.

Kami harap, entri Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 ini dapat menjadi garis panduan untuk anda merancang kegunaan gaji anda sebaik-baiknya.

Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Terima kasih kerana setia membaca sehingga akhir, dan jangan lupa untuk daftar EMEL daripada laman OhKerjaya untuk mendapatkan update entri baru secara PERCUMA.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia

oleh admin Leave a Comment

8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Mesti anda hairan dan tertanya-tanya, betul ke masih wujud pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini? Sudah semestinya – YA! Masih wujud lagi di Malaysia ini pekerjaan gaji tinggi tanpa memerlukan Ijazah.

Apa pekerjaan-pekerjaan tersebut?

pekerjaan-gaji-tinggi-tanpa-ijazah

Eh, ada rupanya pekerjaan yang tawarkan gaji yang tinggi walaupun tanpa segulung Ijazah?

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia.

#1: Juruterbang

Cuba anda teka, berapa gaji basic untuk juruterbang a.k.a pilot? RM 4,000 ke atas! Itu baru gaji basic sahaja. Walaupun pekerjaan sebagai pilot ini tidak memerlukan segulung ijazah, tetapi untuk menjadi seorang pilot, anda perlu memasuki kolej penerbangan yang yurannya hampir mencecah ratusan ribu ringgit! Itu belum termasuk lagi kos untuk mendapatkan lesen-lesen tertentu seperti Private Pilot Licence (PPL), Commercial Pilot Licence (CPL) dan juga  Airline Transport Pilot Licence (ATPL).

Sanggup?

#2: Financial Adviser

Financial Adviser atau Penasihat Kewangan merupakan salah satu dari 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Job scope sebagai seorang penasihat kewangan ialah anda bertanggungjawab untuk menasihati pelaburan kewangan klien anda. Misalnya, anda perlu menerangkan kepada klien, produk pelaburan manakah yang patuh syariah, khususnya kepada orang Islam disamping memberikan pulangan yang baik kepada anda.

Kelayakan minima bagi pekerjaan ini adalah SPM sahaja, namun ia menjanjikan gaji yang agak lumayan kepada anda, sekitar RM 3,000 dan ke atas!

#3: Ejen Insurans

Tugas utama ejen insurans adalah mencari pelanggan baru untuk menerangkan produk insurans mereka kepada pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu, ejen insurans juga perlu rajin untuk follow up perkembangan klien-klien mereka dan juga mengkaji dasar daripada syarikat insurans yang lain.

Berapa gaji yang ditawarkan? Anda jangan terkejut kerana gaji mereka boleh mencecah sekitar RM 4,500. Lagi banyak pelanggan yang mereka dapat, lagi banyak

#4: Broker Tanah

Jangan tak tahu, pekerjaan sebagai broker tanah atau ejen hartanah ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina! Walaupun tiada Ijazah yang khusus untuk menjadi broker tanah, namun anda perlu mempunyai Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) terlebih dahulu!

Jangan bimbang soal gaji, kerana gaji anda sekitar 5-6 angka! Lumayan, bukan?

#5: Oil & gas

Sebut sahaja oil & gas, saya pasti ramai yang membayangkan gajinya lumayan. Memang benar, gaji yang ditawarkan sangat lumayan, tapi setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung. Ada pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan bidang oil & gas ini. Namun kena ingat, anda perlu mempunyai sijil CSWIP dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran.

#6: Safety & Health Officer

Sesiapa yang menjawat jawtaan ini, mereka berperanan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pekerjaan melalui DOSH.

#7: Tukang wayar

Wireman adalah orang yang sentiasa diperlukan kerana tugas mereka yang bermain dengan pengendalian litar dan wayar-wayar.

#8: Bidang Teknologi Maklumat

Bidang Teknologi Maklumat atau bidang IT bukanlah bidang yang asing dengan masyarakat hari ini. Tahukah anda, pekerjaan kelapan  daripada 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini menawarkan pelbagai pekerjaan seperti computer programmer, software programmer dan mobile app developer.

 

Anda teruja selepas tahu yang sebenarnya 8 pekerjaan ini menawarkan gaji yang tinggi kepada anda walaupun tanpa segulung Ijazah?

Ijazah dan pointer yang tinggi bukanlah jaminan untuk anda mendapat gaji dalam tahap comfort zone. Sebaliknya, Ijazah hanyalah sebagai corak untuk mempercantikkan biodata dan resume anda. Memperkenalkan kepada pegawai penemuduga, anda ada kelayakan yang sepatutnya berdasarkan pekerjaan yang dipohon.

Tapi, saya tidaklah pula menyarankan anda untuk fokus kepada gaji sahaja dan mengabaikan pelajaran. Perlu seiring, supaya ilmu dan amalnya berjalan selari.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia. Semoga artikel ini menggilap semangat anda untuk mendapatkan pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah yang bersesuaian dengan anda.

 

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Cara Semak Gaji Secara Online menggunakan Servis e-Penyata Gaji

oleh admin 3 Comments

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji adalah satu sistem yang digunakan khusus kepada penjawat awam. Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada juga yang tidak tahu yang gaji penjawat awam boleh diakses melalui e-Penyata gaji.

Servis e-Penyata Gaji ini telah disediakan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) bagi membantu kakitangan awam menyemak gaji mereka dengan cepat dan mudah.

Anda tahu cara-cara untuk menggunakan e-Penyata Gaji ini?

Teruskan membaca artikel ini!

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji.

#1: Klik pada Portal Rasmi ANM

Anda akan lihat 3 item ini selepas akses ke Portal Rasmi ANM.

Cara Semak Gaji Online (1)

Inilah apa yang anda akan lihat ketika membuka laman web Jabatan AKauntan Negara.

#2: Klik logo paling kiri.

Logo tersebut ada tertulis e-Penyata Gaji & Laporan. Kemudian, anda hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan / Pasport anda berserta Kata Laluan untuk proses log in.

Cara Semak Gaji Secara Online (2)

Masukkan data-data anda di sini untuk yang sudah pernah log in. Jika belum, teruskan baca artikel ini.

#3: Daftar dulu jika baru pertama kali mahu akses!

Di bawah kotak “Daftar Masuk”, ada tulisan “Pertama Kali Mendaftar”. Jika anda baru nak gunakan e-Penyata Gaji ini, daftar dahulu ya, baru boleh log in!

#4: Boleh mula semak slip gaji anda!

Mudah, bukan? Oh, ya! Selain daripada anda menyemak gaji anda menggunakan servis e-Penyata gaji ini, anda juga boleh menyemak laporan tahunan pendapatan anda.

Data-data ini akan kekal tersimpan di dalam laman web ANM ini. Secara tidak langsung, memudahkan anda untuk cetak apa-apa maklumat yang anda mahu pada bila-bila masa sahaja. Oh, mudahnya!

Anda sudah faham bagaimana cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji?

Banyak betul kan kelebihan kakitangan awam ni? Sudahlah cuti yang diberikan juga banyak, ada pula cara mudah untuk akses gaji dan pendapat tahunan!

Semoga entri Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji dapat membantu memudahkan anda mengakses maklumat pendapatan anda secara online, dengan cepat dan mudah!

Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Terima kasih kerana setia membaca sehingga akhir, dan jangan lupa untuk daftar EMEL daripada laman OhKerjaya.com untuk mendapatkan update entri baru secara PERCUMA.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! 4 Pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib dilakukan oleh anda

oleh admin Leave a Comment

4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan walaupun rata-rata diberitakan bahawa pengambilan pekerja baru dalam sektor awam dibekukan. Persoalannya, apa tindakan kita untuk menghadapi berita pembekuan pengambilan pekerja baru khususnya dalam sektor awam? Anda mahu tahu, apa 4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan?

Pelan Tindakan Pasca Pembekuan

Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda akan dapat hasilnya!

Antara 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ialah:-

#1: Sentiasa “update” maklumat anda dalam SPA8i.

Anda mungkin tidak tahu, kekerapan anda mengemaskini maklumat anda dalam laman sesawang SPA8i sebenarnya membuka peluang anda untuk lebih mudah terpilih untuk bekerja dengan badan kerajaan. Kenapa? Kerana sebenarnya sentiasa ada kekosongan jawatan dalam sektor awam. Bayangkan jika ada kakitangan yang berhenti atau pencen atau telah meninggal dunia. Nah, bukankah itu peluang kerja untuk anda?

#2: Peka dengan info kekosongan jawatan dengan badan-badan kerajaan.

Jangan bergantung kepada satu sumber sahaja. Maksud saya, jika anda mahu mohon kerja kerajaan, jangan merasa cukup dengan mengisi SPA8i sahaja. Ingat, ada berates-ratus badan kerajaan di Malaysia ini yang setiap hari sebenarnya menawarkan jawatan kosong pada anda!

#3: Cari peluang kerja dalam sektor awam dan swasta.

Jangan hadkan diri kita, fokus mencari kerja dalam sektor swasta sahaja. Jika anda pernah mempunyai pengalaman kerja dengan sektor swasta, anda mempunyai sedikit kelebihan kerana pengalaman anda. Yang penting, terus usaha mencari kerja kosong dalam sektor awam atau swasta.

#4: Pastikan maklumat dalam resume anda sentiasa dikemaskini.

Ya! Ini juga termasuk dalam pelan tindakan pasca pembekuan yang anda wajib buat! Sila dan sila pastikan yang resume anda sentiasa diupdate. Jika ada sebarang jawatan kosong  nanti, anda tinggal “alter” sedikit objektif resume anda, supaya selari dengan jawatan yang dipohon.

4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini hanyalah sebagai panduan sahaja, untuk membantu anda supaya tidak “give up” dalam mencari kerja terutamanya dalam sektor awam. Peluang masih ada dan sebenarnya masih banyak.

Yang penting, anda jangan cepat putus asa dan teruskan memburu kerja. Selamat memburu kerja! Semoga artikel 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh Tidak! Tarikh Temuduga Sebagai Calon Jenazah

oleh admin 1 Comment

Temuduga Sebagai Calon Jenazah ini untuk semua graduan di dunia yang fana ini. Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

Kekosongan Jawatan:

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

Tarikh Temuduga:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

Lokasi Temuduga:

Di dalam kubur (alam barzakh).

Kelayakan:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

Panel / Penemuduga:

Mungkar dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

Cara Memohon Temuduga Jenazah:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

Tips Untuk Berjaya Dalam Temuduga Tertutup ini:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W : ‘Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.’

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya’.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat, mungkin mereka perlu tahu mengenai Temuduga Jenazah sebelum terlambat.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

  • 1
  • 2
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran