• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Berita Semasa

Oh! Benarkah 84.7% Masih Perlukan Pekerjaan Yang Diidamkan?

oleh admin Leave a Comment

Benarkah 84.7% Masih Perlukan Pekerjaan Yang Diidamkan? Survey yang OhKerjaya jalankan semalam mendapati masih ramai graduan yang perlukan kerjaya idaman mereka.

Keputusannya adalah seperti berikut:

84.7% mereka perlukan kerjaya idaman
5.1% mereka tidak perlukannya
10.2% mereka sudah selesa dengan pekerjaan sekarang.

Anda di kategori mana?

Jika anda di kategori 84.7% itu, anda sangat bertuah kerana Tim Oh Kerjaya!  sangat prihatin untuk membantu anda mencapai impian anda itu.

Sebenarnya pintu pertama yang harus diberi perhatian dan keutamaan adalah terletak pada RESUME yang anda akan hantar kepada bakal majikan baru anda nanti.

Lihatlah di sini berapa ramai yang telah berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan selepas mengetahui betapa pentingnya resume yang “Powerfull”

NOTA KAKI: Jika anda tak tahu cara nak dapatkan panduan menulis resume ini, anda boleh lihat 7 langkah mudah untuk memiliki semua panduan yang bakal merubah hidup anda kelak di bawah ini, dengan izin Tuhan.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Peluang Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Februari 2015

oleh admin Leave a Comment

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia membuka peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam untuk bulan Februari 2015. SPA sedang mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam yang mempunyai ciri ciri:

  1. Cepat
  2. Tepat
  3. Integriti
  4. Produktif
  5. Kreatif
  6. Taat Setia kepada Organisasi
  7. Bersifat Sedia Membantu

Lulusan Ijazah (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)
Bidang: Sains Pertuturan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– mempunyai 72 kekosongan

Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran)
Bidang: Audiologi
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– 23 Kekosongan sahaja yang tinggal

Jurutera (Elektronik) Gred J41
Bidang: Kejuruteraan Elektronik
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– ada 17 kekosongan sahaja

Jurutera (Elektrik) Gred J41
Bidang: Kejuruteraan Elektrik
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– 15 kekosongan

Leftenan Muda Maritim Gred XA13
Bidang: Undang-undang/ Undang-undang Maritim, Kejuruteraan Mekanikal/ Elektrik/ Elektronik/ Jentera/ Perkapalan/ Aeronautik, Sains/Teknologi dalam Marin/Maritim / Samudera/ Oceanography, Sains Komputer.
(Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
– ada 40 kekosongan sahaja lagi

Lulusan Diploma (Kumpulan Sokongan I)

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
Bidang: Undang-undang
(Jabatan Peguan Negara)
– mempunyai 11 kekosongan

Penolong Pegawai Syariah Gred LS27
Bidang: Perundangan Islam/ Syariah, Fiqh/ Usul Al Fiqh, Fiqh dan Fatwa, Syariah dan Undang-undang, Syariah dan Pengurusan, Syariah dan Politik, Pengajian Islam (Syariah), Syariah Islamiyyah
(Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
– 4 kekosongan sahaja lagi

Info mengenai peluang perkerjaan ini di Oh Kerjaya

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.

Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Dalam bulan Mac ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk beberapa Kementerian / Jabatan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.

Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 1 Mac 2015 (Ahad) jam 11.59 malam.

Cara memohon jawatan kosong – Oh Kerjaya

Mohonlah secara online di Portal SPA:

http://www.spa.gov.my

Info lanjut?

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di ruangan komentar dibawah, pasukan Oh Kerjaya akan membantu anda kurang 24 jam.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 Diperlukan!

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Terbuka Tapisan Pertama Bagi Mengisi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Jawatan Kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jangan lepaskan peluang ini!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri Temuduga Terbuka Tapisan Pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

  • 8 Mac 2015 (Ahad)
  • 10 Mac 2015 (Selasa)
  • 12 Mac 2015 (Khamis)

Semua sesi temuduga akan berlangsung pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari di Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6, Aras 1, Kompleks Kota Darul Naim. Terhad kepada 30 orang sahaja.

Jawatan Kosong

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaunan)

i. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Gaji (termasuk elaun): Gaji adalah dibayar secara elaun sebanyak RM 2 336 sebulan (Secara Pukal) tanpa diberi pergerakan gaji tahunan.

(Gaji Pokok : RM 1 746 + ITKA : RM 160.00 + ITP : RM 180 + COLA : RM 250)

iii.  Taraf Lantikan : Pegawai Berelaun (Bergaji Pukal)

      Dekripsi Tugas : Bertanggungjawab membangun perisian baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Peringatan

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba aal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Sumber : laman SPA

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja

oleh admin Leave a Comment

RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja. Percayakah anda RESUME adalah penyebab 367,000 graduan atau pencari kerja gagal mendapat kerja idaman mereka? Sebelum itu..Baca fakta ini…

  • 367,000 GAGAL mendapat kerja adalah kerana tidak tahu menghantar resume merupakan antara fakta menarik yang berlaku dalam senario sektor pekerjaan Malaysia.
  • Kegagalan memikat majikan juga merupakan antara faktor utama ramai pencari kerja kerajaan dan swasta gagal menjawat jawatan yang diimpikan.
  • Susah betul nak dipanggil temuduga. Padahal ‘skill’ temuduga dah TIP TOP dah…
  • Resume dah hantar kepada 37 buah syarikat. Satu pun tak sangkut…

Ok, itu antara fakta sebenar dan keluhan yang seringkali OhKerjaya terima dari pencari kerja.

Panduan Terbaru Kami – Rahsia Resume Kerja (RRK)

Ramai graduan pandang mudah pada resume kerana ianya hanya sekadar tulis latarbelakang kita dan akademik
Tetapi graduan tidak tahu, resume harus ditulis dengan ‘seni’nya dan harus menepati kriteria yang betulResume AHMAD tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Chong Keat.

Resume Chong Keat tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Kalaivani.

Ya, betul, anda harus ‘craft’ resume anda menjadi sesuatu yang unik dan  mewakili anda. Bukan sekadar menceritakan tentang latar belakang akademik terbaik anda hanya untuk “menjual” kepada bakal majikan sahaja. Anda perlu lakukan lebih dari itu.

Jangan abaikan resume. Hasilkan resume yang terbaik untuk anda dipanggil ke temuduga.

Anda perlukan rujukan ini kerana dalamnya ada ‘blueprint’ resume yang graduan abaikan. Ia hasil dari kajian kami selama ini.

Akses laman jualan Rahsia Resume Kerja (RRK)

Apa Yang Terkandung Dalam Rahsia Resume Kami?

Rahsia Resume Kerja yang baru sahaja kami edarkan pada hari ini mempunyai komponen berikut:
  1. Persediaan Resume Kerja – 92 muka surat
  2. 10 Template Resume Menarik – Pasang Siap Untuk Anda
  3. Cover Letter Sukses – 3 Contoh Cover Letter Sukses
  4. Soal Jawab Spesifik Resume – 39 muka surat
  5. Resume 5 Angka – 4 Contoh Resume Berjaya

Sekiranya OhKerjaya merasakan RESUME sesuatu yang perlu maka anda boleh dapatkan panduan tersebut di bawah.

https://ohkerjaya.com/panduan-rahsia-resume-kerja

OK! Jumpa di ruangan download nanti ya. OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa, Penulisan Resume

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran