• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Persediaan Temuduga

Oh! Panduan Temuduga Kerjaya Jururawat U29

oleh admin Leave a Comment

Panduan temuduga untuk kerjaya jururawat U29 ini dikongsikan khas untuk calon jururawat yang akan menghadapi temuduga. Kita semua tahu kerjaya jururawat adalah antara kerjaya pilihan dan mendapat tumpuan ramai pencari kerja. Tidak disangkal lagi kerjaya kejururawatan ini merupakan satu kerjaya yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan.

Pada tahun 2014 sahaja, ribuan peluang pekerjaan dalam bidang kejururawatan ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Setiap tahun, pihak SPA melaksanakan urusan pengisian semula untuk kekosongan jawatan ini dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, peluang untuk memohon sentiasa terbuka kepada yang layak.

Faktor Calon Gagal Melepasi Temuduga Jururawat

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon melepas proses temuduga kerja. Dua yang paling ketara adalah; (1) Tidak tahu bagaimana cara menjawab soalan temuduga yang dikemukakan dan (2) bagaimana cara berhadapan dengan penemuduga.

Dua faktor di atas dapat kami kenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kegagalan calon. Selain itu, kegagalan calon “mengambil hati” panel temuduga, penampilan selekeh juga termasuk.

Walau bagaimanapun… jangan risau, rilek ok…

Dalam penulisan kali ini, pihak OhKerjaya.com ingin berkongsi dengan anda Panduan Khas Temuduga Jururawat Malaysia. Panduan ini digunakan oleh calon temuduga jururawat yang telah berjaya untuk mendapat gambaran yang jelas tentang jenis soalan yang berkemungkinan besar akan di tanya dalam sesi temuduga nanti.

Panduan Temuduga Untuk Kerjaya Jururawat U29

Adakah anda ingin tahu panduan khas temuduga jururawat Malaysia? Anda juga mungkin ingin tahu;

#1 – Panduan Asas Kerjaya Jururawat

Anda akan diterangkan secara ringkas dan asas kepada kerjaya kejururawatan.

#2 – Permohonan Bagi Lepasan SPM

Ramai lepasan SPM yang bertanya bagaimana ingin membuat permohonan menjadi jururawat. Ketahuinya secara terperinci…

#3 – Permohonan Bagi Lepasan Diploma

Adakah anda lepasan Diplama dan ingin tahu cara buat permohonan untuk kerjaya jururawat? Ketahuinya… wahh yang ini eksklusif untuk anda.

#4 – Panduan Lengkap Temuduga

Anda akan didedahkan dengan Rahsia Bagaimana Untuk Menghadiri Temudga. Ini supaya anda lebih yakin dan bersedia!

#5 – Soalan Lazim Temuduga Jururawat

Mesti anda ingin tahu himpunan soalan-soalan temuduga jururawat yang sering diajukan oleh panel temuduga kan? Ya, semuanya ada…

Panduan Khas Temuduga Jururawat Malaysia

Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan? Anda berminat dengan laluan kerjaya jururawat yang mana satu? Inginkan panduan supaya anda lepas menghadapi temuduga untuk menjadi jururawat yang berjaya?

Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti dapatkan ebook ini! 

Dapatkan ebook tersebut segera dengan klik di sini! 

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu

oleh admin 4 Comments

Apakah jenis bidang jururawat yang perlu anda tahu? Anda mesti sudah tahu apa tugas seorang jururawat kan? Jika belum, anda boleh baca post lepas. Kami kongsikan apakah tugas jururawat dan kenapa anda sepatutnya tidak memandang rendah pada kerjaya sebagai jururawat.

Jika anda perasan, terdapat beberapa warna jalur pada cap atau tudung jururawat. Sebenarnya setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas berlainan pada jururawat.

Contohnya, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 manakala jalur ungu pula adalah Jururawat Masyarakat U19. Bergantung pada hospital.

Ketahui Lanjut Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat

Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu

#1 – Jururawat Pelatih

Jururawat ini masih seorang pelajar kejururawatan dan sedang mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf. Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun RM1165.58 sebulan.

Lazimnya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

#2 – Jururawat Masyarakat Gred U19

Jururawat ini mesti berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 tidak termasuk elaun. Mereka juga biasanya dipanggil jururawat kebidanan.

Biasanya, jururawat ini memakai topi atau tudung jururawat berjalur warna ungu.

#3 – Jururawat Terlatih Gred U29

Jururawat ini adalah dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Institusi tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 belum masuk elaun. Jururawat jenis ini dapat kita kenal dengan jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat mereka.

#4 – Jururawat Terlatih Gred U41

Jururawat jenis ini pula adalah dari kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan adalah RM2259.08 tidak termasuk elaun.

#5 – Jururawat Pergigian U29

Mereka mestilah dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugasnya berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat. Gaji permulaannya adalah RM1687.

Kerjaya Sebagai Jururawat

Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan? Anda berminat dengan laluan kerjaya jururawat yang mana satu?

Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti dapatkan ebook ini! 

Apa yang ebook ini dapat bantu anda? Apa intipati menarik yang didedahkan dalam ebook ini?

  1. Anda akan didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Ini penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
  2. 5 kelebihan sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca… ini yang dikatakan lumayan!
  3. Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.

dan banyak lagi kami dedahkan dalam ebook ini…

Nak tahu semuanya? Dapatkan ebook tersebut segera dengan klik di sini! 

Ketahui Lanjut Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat TERHAD

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Apakah Tugas Jururawat?

oleh admin 1 Comment

Apakah tugas jururawat yang perlu anda tahu? Mungkin anda selalu dengar kerjaya jururawat di arab saudi. Sebenarnya laluan kerjaya jururawat ada banyak. Di sini kami ingin kongsikan serba sedikit info tentang kerjaya kejururawatan yang kami tahu.

Jangan pandang lekeh pada kerjaya sebagai jururawat. Seorang doktor tidak mungkin dapat lakukan kerjanya sebaik yang boleh tanpa bantuan dari seorang jururawat. Tak begitu?

Setiap prosedur atau rawatan yang dilakukan kepada pesakit memerlukan bantuan dari seorang jururawat.

Contohnya, ketika doktor lelaki sedang memberi rawatn kepada pesakit wanita, jururawat wanita perlu menemani doktor tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Tugas jururawat yang paling popular adalah ketika membuat pembedahan, seorang jururawat bedah perlu membantu doktor menyediakan peralatan kelengkapan pembedahan.

Jadi, jangan pandang rendah pada tugas seorang jururawat. Mereka semua adalah kakitangan yang penting dalam sistem kesihatan.

Kerjaya Sebagai Jururawat

Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan?

Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti dapatkan ebook ini! 

Apa yang ebook ini dapat bantu anda? Apa intipati menarik yang didedahkan dalam ebook ini?

  1. Anda akan didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Ini penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
  2. 5 kelebihan sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca… ini yang dikatakan lumayan!
  3. Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.

dan banyak lagi kami dedahkan dalam ebook ini…

Nak tahu semuanya? Dapatkan ebook tersebut segera dengan klik di sini! 

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

oleh admin 1 Comment

Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu | Sebelum pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut dan segan untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak majikan. Teruskan membaca jenis temuduga yang perlu anda tahu.

1. Temuduga Tradisional

Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga Sikap

Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda sepatutnya mampu menjangka soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya. Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga Berkumpulan

Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.

4. Temuduga Makan Tengahari

Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan. Terima kasih kerana membaca Jenis Temuduga Yang Perlu Anda Tahu.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Bukan Semua Temuduga Sama Seperti yang Anda Sangkakan

oleh admin Leave a Comment

Bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan. Mungkin apa yang anda sangkakan adalah temuduga berbentuk tradisional di mana anda hanya berhadapan dengan seorang penemuduga. Bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan, anda berkemungkinan besar dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel. Baca lagi bukan semua temuduga sama seperti yang anda sangkakan.

Selain itu, anda mungkin juga akan lalui temuduga yang diberikan dalam bentuk tekanan. Temuduga yang memerlukan anda membuat pembentangan atau temuduga skrin.

Walau bagaimanapun, calon tidak sepatutnya lari dari matlamat asal iaitu untuk menjadi calon terbaik di antara yang lain. Hal ini kerana dari beratus calon yang memohon pekerjaan, majikan hanya akan pilih yang terbaik untuk diterima bekerja dalam syarikatnya.

Memiliki pengetahuan yang lebih daripada calon lain akan membantu anda membuat persediaan dengan lebih berkesan. Oleh itu, di sini kami kongsikan beberapa jenis temuduga yang perlu anda tahu;

Temuduga Skrin

Sebelum pergi ke temuduga, anda akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan untuk memanggil anda atau tidak. Jadi anda perlu membuat persedian yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

Temuduga Panel

Ia sememangnya bakal memberikan sedikit tekanan apabila anda berhadapan dengan dua atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan anda akan memeberikan lebih banyak pendapat tentang anda.

Tugas anda ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan ‘eye-contact’ dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan anda kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.

Temuduga Tekanan

Anda akan diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah anda. Semasa anda cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi meninggalkan anda. Tiada penjelasan diberikan.

Anda ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan anda di bawah tekanan untuk melihat bagaimana anda memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan terhadap anda tidak akan membuatkan anda kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan anda. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang anda menghadapinya.

Temuduga Kes

Bakal majikan anda akan memberikan topik atau permasalahan untuk anda bentangkan sebelum anda hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana anda berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda ada sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakah penonton anda, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.

Beauty Parade

Bakal majikan anda bercadang untuk mengambil anda sebagai pekerja, namun beliau mahu anda berjumpa dengan beberapa orang individu. Kini anda berada dalam “beauty parade”, jadi anda harus lebih terampil. Penampilan pakaian anda harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil anda bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.

Persembahan Konsisten

Bermula dari temuga skrin hingga ke proses temuduga, anda perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Anda sudahpun faham kesemua format temuduga mungkin dihadapi. Anda juga tahu apa yang perlu diberi perhatian dan bagaimana cara terbaik untuk melakukan persediaan.

Menjadi diri sendiri ketika ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten oleh penemuduga. Bakal majikan akan mula mempercayai anda dan berasa selesa dengan personaliti diri yang anda tonjolkan. Secara semulajadinya, anda akan menjadi diri yang terbaik tidak kira apa sahaja bentuk temuduga yang akan ditempuhi dalam perjalanan menuju kerjaya impian.

Selamat maju jaya diucapkan kepada calon yang bakal menghadapi sesi temuduga. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Bukan Semua Temuduga Sama Seperti yang Anda Sangkakan.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Panduan Hadir Temuduga oleh SPA

oleh admin Leave a Comment

Panduan Hadir Temuduga oleh SPA ok? Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik malangnya sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga. Yang pernah gagal, jangan ulanginya lagi, ini Panduan Hadir Temuduga untuk anda.

Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips berkesan untuk menghadiri temuduga secara umum. Tak kira apa jua jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh amalkan tips ini. Jangan lupa disertakan doa. Selamat membaca dan mengamalkan Panduan Hadir Temuduga oleh SPA.

Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja

1. Menepati masa

Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awal sebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan disebabkan kelewatan dan gagal merancang masa dengan baik, anda berputih mata.

2. Berpakaian kemas dan sesuai

Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

3. Amalkan kesederhanaan

Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya? Baik, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:

– gunakan solekan yang minimum

– pemakaian minyak wangi yang sesuai

– gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif

– elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan

– bercakap dengan jelas dan bahasa mudah

4. Membina hubungan dan berkeyakinan

Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, tak perlu tunjuk muka sombong walau kita memiliki Ph.D sekalipun. Rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.

– Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun

– Sesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.

– Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.

– Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.

5. Berfikiran positif.

Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya’Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!

Selamat mencuba dan selamat maju jaya kami ucapkan. Terima kasih kerana membaca Panduan Hadir Temuduga oleh SPA.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Soalan Dilarang Tanya Ketika Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Apakah soalan dilarang tanya ketika sesi temuduga? Ya, ada beberapa persoalan yang tidak patut anda bangkitkan. Anda memang dibenarkan bertanya jika diberi peluang. Walau bagaimanapun, ada soalan yang dilarang tanya ketika sesi temuduga. Teruskan membaca, soalan dilarang tanya ketika sesi temuduga.

1. Apakah projek yang dijalankan oleh syarikat ini?

Anda sepatutnya sudah tahu mengenai perkara ini, anda harus menjalankan sedikit kajian mengenai syarikat tersebut.

2. Adakah saya akan datang ke pejabat setiap hari atau bila dipanggil sahaja?

Melainkan temuduga ini untuk jawatan penjual, separuh masa atau kemungkinan cara bekerjanya memang begitu. Anggaplah untuk jawatan itu, anda akan datang bekerja setiap hari.

3. Berapa gaji untuk jawatan ini?

Jika mereka tidak tanyakan kepada anda tentang jangkaan anda mengenai berapa jumlah bayaran, jangan bangkitkan hal ini.

4. Berapa lama cuti yang saya ada?

Jangan tanyakan berapa lama cuti yang ditetapkan untuk anda dan bagaimana anda boleh gunakannya nanti. Bincangkan perkara ini hanya apabila anda memang sudah diterima bekerja dalam syarikat.

5. Berapa hari lagi saya perlu tunggu untuk masuk kerja?

Jangan tanya berapa lama anda harus tunggu sebelum ditawarkan bekerja.

 

Selamat maju jaya untuk anda saya ucapkan! Terima kasih kerana membaca Soalan Dilarang Tanya Ketika Sesi Temuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

oleh admin Leave a Comment

Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga? Tentu sekali majikan atau penemuduga tidak sepatutnya menjadi satu-satunya yang bertanya soalan ketika sesi temuduga.

Hal ini penting sebagai calon untuk memutuskan adakah kerjaya tersebut bersesuaian dengan matlamat anda. Oleh itu, anda wajib tahu soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga. Selanjutnya, baca lagi soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga.

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga?

Kerjaya yang dipohon mungkin menjadi kerjaya sepanjang hayat anda. Justeru, pilihlah dengan sepenuh kewarasan anda dengan berfikiran jauh.

Sebagai tambahan, bertanya soalan yang betul dan tepat dapat menjadikan anda calon terkehadapan berbanding calon lain. Ini kerana anda telah menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut.

Tentunya orang yang berminat dengan apa yang dikerjakan lebih berprestasi tinggi dari mereka yang melakukannya kerana terpaksa. Berikut soalan  yang patut anda Tanya kepada penemuduga untuk mengetahui jika itu adalah kerja yang anda cari-cari selama ini.

Soalan  yang patut anda Tanya kepada penemuduga

  1. Boleh tuan terangkan budaya kerja yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di syarikat ini?
  2. Apakah tanggungjawab mereka yang memegang jawatan ini dari hari ke hari?
  3. Apakah jalan untuk kerjaya yang lebih hebat melalui jawatan ini?
  4. Boleh tuan terangkan sedikit tentang beberapa projek yang saya akan ikut sama jayakan?
  5. Untuk jawatan ini, berapa kali atau hari seminggu yang dijangka saya akan ‘travel’ ke luar untuk menjalankan urusan kerja?
  6. Adakah saya akan bekerja secara individu atau berkumpulan?
  7. Kepada siapa saya mahu rujuk dan melaporkan diri untuk jawatan ini?
  8. Adakah tuan merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam beberapa bulan ini?
  9. Adakah syarikat ini menawarkan atau menyediakan latihan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu dan sebagainya?
  10. Berapa kerap syarikat ini menjalankan penilaian semula prestasi kerja pekerja?
  11. Apakah perkara yang tuan suka tentang syarikat ini?
  12. Apakah perkara yang tuan tidak suka sepanjang bekerja di sini, mengapa?
  13. Boleh tuan terangkan rancangan syarikat ini untuk mengembangkan perniagaannya? Adakah tuan merancang untuk melancarkan produk baru atau memulakan projek baru?
  14. Adakah masa bekerja di sini lebih fleksibel atau adakah insuran kesihatan disediakan?
  15. Adakah hari permulaan untuk jawatan ini?
  16. Apakah langkah seterusnya untuk jawatan ini? Bagaimana nanti untuk saya mengetahui maklumat lebih lanjut?
  17. Ada apa-apa lagi perkara yang tuan mahu saya jawab dan beri penjelasan?

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Semoga berjaya! Terima kasih kerana meluangkan masa membaca Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Bagaimana Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana untuk kekal tenang ketika sesi temuduga? Kita semua tahu yang sesi temuduga membuatkan kita tertekan. Hal ini menyebabkan anda gagal mempamerkan diri anda yang sebenar dan profesional diri. Akibatnya, anda mungkin tidak akan diterima bekerja di bawah syarikat tersebut. Di bawah, anda akan dapati tips bagaimana untuk kekal tenang ketika sesi temuduga. Oleh itu, anda mesti terus membaca Bagaiaman Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga.

Anda harus belajar dan berlatih untuk mengawal diri sendiri semasa sesi temuduga. Jika tidak, mereka akan fikir anda tidak mampu untuk bekerja di bawah tekanan. Jangan lupa yang jika anda kekal tenang, anda secara tidak langsung akan menunjukkan keyakinan diri dan perwatakan diri sebenar kepada mereka. Ini sekali gus dapat menaikkan peratus kemungkinan anda diambil bekerja dengan mereka.

Persediaan Rapi

Jangan malas untuk melakukan sedikit kerja rumah. Apa yang perlu anda kaji termasuk;

  1. Tanggungjawab kerja yang akan dipikul untuk jawatan diminta atau ditawarkan.
  2. Syarikat; apa matlamat, apa yang dilakukan, apa yang sedang dan akan dilakukan dan sebagainya. Anda perlu tahu banyak tentang syarikat.
  3. Budaya kerja di syarikat tersebut. Hal ini kerana ada yang mengamalkan budaya Jepun yang sangat menekankan displin kerja.

Pastikan anda pergi ke tempat temuduga dengan gambaran yang jelas kenapa anda inginkan sangat jawatan tersebut. Juga apa yang membuatkan anda berada di situ, di sesi temuduga tersebut, pada ketika itu.

Anda boleh lakukan sesi temuduga ‘olok-olok’ bersama keluarga atau kawan anda. Tidak pun, anda boleh lakukannya sendiri di depan cermin.

Berlatih beberapa tajuk yang mungkin dibualkan atau disoal ketika sesi temuduga. Anda juga disarankan untuk menyenaraikan soalan yang berkemungkinan besar akan ditanya oleh penemuduga.

Cetak beberapa salinan resume anda beberapa hari sebelum sesi temuduga. Jangan tunggu pagi hari kejadian baru nak tergesa-gesa menyediakan salinan resume.

Sediakan pakaian anda apa yang patut, pastikan kesemuanya lengkap dan siap digosok. Dapatkan tidur yang cukup pada malam sebelum sesi temuduga, dalam lingkungan 7-8 jam. Rancang perjalanan anda dan cuba untuk sampai 15-20 minit awal. Jangan sesekali lewat.

Jadi Pendengar yang Baik

Jadilah pendengar yang baik dan aktif. Jawab apa sahaja yang ditanyakan kepada anda. Jangan semata-mata menjawab soalan tersebut atau menjawab dengan jawapan yang sangat lari dari kehendak sebenar soalan.

Juga, anda tidak patut menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Ingat, sesi temuduga adalah perbualan di antara dua pihak bukannya siasatan jenayah. Anda akan diberika peluang untuk bercakap dengan lapang.

Rehatkan diri anda dan ambil masa untuk mendengar penemuduga bercakap.

Berfikir Positif

Tidak perlu bersusah payah cuba untuk meneka apa yang penemuduga fikirkan tentang diri anda. Teruskan berfikir positif. Hal ini dapat membantu anda menenangkan diri. Hasilnya, anda mampu untuk menumpukan 100% perhatian kepada kemahiran diri anda dan berjaya menyudahkan sesi temuduga dengan mudah.

Pamerkan kekuatan diri anda, nyatakan kepada mereka anda adalah calon terbaik untuk mengisi jawatan berkenaan. Semoga artikel Bagaimana Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga ini dapat membantu anda lulus temuduga dengan cemerlang.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga? Saya yakin inilah detiknya di mana calon sangat gementar dan tiada idea tentang apa yang patut mereka lakukan. Bagaimana anda meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga sangat penting. Jangan biarkan detik ini merosakkan persediaan yang telah anda buat sekian lama. Untuk lebih tenang dan fokus semasa sesi temuduga, baca lanjut tentang bagaimana anda sepatutnya meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga.

‘Warm-up’ sebutan vokal

Anda mesti bercakap dengan lancer dan yakin. Sebutan yang jelas akan memudahkan penemuduga untuk memahami dengan lebih baik apa yang anda cuba sampaikan.

Karisma

Anda mesti buatkan diri anda mudah disukai orang. Bahkan inilah kunci kepada keberjayaan temuduga. Ingat, majikan bukan memilih anda semata-mata untuk menggajikan anda. Mereka akan berurusan dengan mereka setiap hari di tempat kerja, mesyuarat dan mengadakan sesi perbincangan bersama.

Tunjukkan kepada mereka yang anda adalah orangnya yang patut dipilih untuk bekerja bersama mereka.

Persediaan

Sebagai tambahan, anda disarankan untuk melakukan sedikit kajian tentang majikan anda. Baca tulisan yang ditulis oleh mereka dalam web-web syarikat atau milik mereka sendiri. Cari laman sosial seperti Facebook atau Twitter mereka. Hal ini untuk anda mendapatkan gambaran tentang hidup mereka. Natijahnya, anda mampu berbual dengan mereka seperti seorang kawan.

Tenangkan Diri

Apa sahaja ritual yang dapat menenagkan fikiran anda adalah sangat penting. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sesi temuduga ini dapat membuatkan anda tertekan. Mana tidaknya, jika anda tidak berjaya, anda terpaksa bekerja keras mencari kerja lain pula. Pada ketika itu siapa yang akan membayar segala bil dan perbelanjaan harian kita?

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal tenang adalah dengan mendengar muzik. Anda akan lihat ini dibuat oleh kebanyakan atlet sebelum ke gelanggang. Hal ini dapat membantu anda untuk kekal tenang dan fokus.

Akhir sekali, ambil nafas sedalam-dalamnya, ukirkan senyuman yang manis. Masuk ke dewan temuduga dengan tenang, fokus dan yakin! Terima kasih kerana membaca Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran