Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan amat-amat membantu anda sebelum anda membuat sebarang pembelian. Tambahan pula, Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan biasanya sarat dengan tips-tips yang amat berguna sebagai panduan anda. Entri kali ini kami akan kongsikan beberapa perkara yang penting berkaitan dengan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.
Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK)
Anda dipanggil ke sesi temuduga untuk berkhidmat dalam sektor awam?
Tahniah!
Tapi…
Sudahkah anda membuat persiapan yang sepatutnya?
Tersangat rugi jika anda pergi ke sesi temuduga kerja SPA ataupun mana-mana agensi kerajaan tanpa persediaan kerana peluang tidak datang selalu. Mungkin, ini peluang terakhir anda dipanggil temuduga kerja kerajaan.
Jadi persiapkan diri anda dengan sebaiknya.
Apa yang RLTKK dah sumbangkan?
Buat pengetahuan anda semua, pakej RLTKK telah membantu ribuan calon temuduga kerja kerajaan sejak 2009 dan telah melalui 6 kali proses update agar kandungannya relevan dengan keperluan temuduga yang terkini.
Kali terakhir RLTKK ini dikemaskini pada awal tahun 2015.
Panduan ini dikeluarkan dalam bentuk e-book berformat pdf.
Buat masa ini RLTKK belum lagi dihasilkan dalam format bercetak dengan tujuan memudahkan proses kemaskini dibuat dengan pantas dan mudah diperoleh kepada bakal pembeli.
Ringkasan Kandungan RLTKK
Untuk pengetahuan anda, RLTKK menyediakan 5 modul, iaitu 1 Modul Utama dan diikuti dengan 4 Modul Tambahan.
Modul 1: Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan – Apa yang perlu dibuat sebelum,semasa dan selepas temuduga.
Intipati Modul 1:
- Anda perlu tahu 4 tindakan yang perlu anda lakukann sebelum anda menghadiri temuduga. Jika tidak tahu, persediaan anda pasti tidak lengkap.
- Dapat 5% markah percuma dengan menampilkan pakaian yang tertentu.
- Bagaimana melatih diri anda untu hebat bercakap di hadapan panel penemuduga.
- Ketahui cara yang singkat untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat bagi m,entasai perasaan gementar apabila disoal di dalam bahasa Inggeris.
- Ketahi cara yang mudah untuk menjangkakan soalan-soalan dari panel penemuduga.
- Anda tidak dipanggil temuduga? Ketahui 7 sebabnya di dalam RLTKK.
- Anda berkelulusan Ijazah, tapi mahu mohon kelulusan dengan jawatan SPM sahaja. Bolehkah?
- Apabila panel bertanya, “Mengapa kami perlu memilih anda?” Ketahui cara sebenar untuk menjawab soalan ini.
- Dan banyak lagi perkara lain yang kami tidak nyatakan di sini.
Modul 2: Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan – Teknik Paling efektif Untuk Menjawab Soalan Temuduga.
Intipati Modul 2:
- Ketahui teknik menjawab soalan-soalan killer yang bakal ditanya berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.
- Apakah soalan yang menguji communication skill anda? Soalan ini sebenarnya untuk menguji tahap kemampuan berfikir, kreativiti, keyakinan, kematangan, kebolehkerjasamaan dan kebolehan anda.
- Ketahui bentuk soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa berkerja.
- Soalan berkaitan dengan Essential Professional Skill ini adalah untuk mengetahui profesionaliti anda dalam menguruskan kerja. Ini kerana sektor awam amat menitikberatkan budaya kerjaya yang profesional bagi menjaga kredibiliti mereka.
- Cara menjawab soalan killer seperti latar belakang anda, kekuatan dan kelemahan anda, kerjaya terakhir anda, soalan khusus bagi pelajar yang berada di tahun akhir, atau lepasan universiti atau lepasan sekolah menengah.
Modul 3: Kejayaan Dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan – Kisah-kisah motivasi yang memotivasikan.
Intipati Modul 3:
- Mengetahui cerita kejayaan dari calon yang telah berjaya melalui temuduga dan telah menjadi penjawat awam.
- Mengetahui cerita kegagalan dari calon yang telah melalui temuduga kerajaan dan tidak menjadi penjawat awam.
- Ketahui apa yang perlu anda lakukan dan elakkan daripada lakukan ketika ditemuduga, supaya tidak emngulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh calon-calon lain.
- Kisah-kisah yang dikongsikan adalah sebagai motivasi kepada anda. Ada sebuah kisah sedih yang kami kongsikan dalam RLTKK ini, yang bakal membuatkan anda menitiskan air mata dan menghargai kehidupan anda.
- Kisah seorang insan yang amat berjasa membantu rakyat Malaysia dalam mencari kerja sektor awam.
Modul 4: Rahsia Penulisan Resume Temuduga.
Intipati Modul 4:
- Anda mungkin mengetahui cara menulis resume, tapi adakah anda pasti resume tersebut mampu memikat hati majikan anda?
- Kami ada menyediakan template resume yang khas untuk memudahkan anda, terus tulis resume anda.
- Perlu sediakan resume dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Jangan risau kerana RLTKK ada menyediakan resume dalam kedua-dua versi bahasa ini.
Modul 5: Soalan Dan Jawapan Temuduga kerja Kerajaan.
Intipati Modul 5:
- Dapatkan set soalan dan jawapan yang RLTKK sediakan khas untuk anda bagi membantu anjda membuat persiapan yang rapi.
- 46 soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga bagi mereka mengenali diri anda. Perkenalkan diri anda kepada mereka dengan efektif.
- Jangan risau mengenai pengalaman kerja anda kerana RLTKK menyediakan 17 soalan tentang kelayakan dan pengalaman untuk rujukan anda.
- Perkara penting untuk anda tahu ialah job scope jawatan yang anda mohon. RLTKK membocorkan 45 soalan tentang Info Jawatan yang anda perlu tahu.
- Dan banyak lagi soalan tentang Penyelesaian Masalah, Kenegaraan, Isu Semasa, Intergriti dan Akhlak, dan juga soaalan berkaitan Psikologi telah dihimpunkan dalam RLTKK. Jadi, anda tak perlu risau untuk menghadapi temuduga nanti!
Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Siapa yang memerlukan RLTKK ini?
- Anda ingin memceburi sektor awam dan sedang melakukan persediaan untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan.
- Anda bakal menghadapi temuduga kerja kerajaan/spa tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menghadiri temuduga kerja kerajaan/sektor awam sebelum ini.
- Anda sering gagal dalam temuduga kerja sektor awam dan sehingga kini masih tidak mengetahui apakah punca kegagalan tersebut.
- Anda ingin tahu skema dan contoh-contoh soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga.
- Anda ingin tahu cara yang betul untuk memberikan jawapan yang berkesan dan memberikan impak positif kepada panel penemuduga terhadap anda.
Bagaimana RLTKK membantu anda?
1. Membantu anda membuat persediaan secara menyeluruh.
RLTKK ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan kajian terperinci berkaitan dengan temuduga dalam sektor awam, khususnya yang melibatkan pihak Suruhanjay Perkhidmatan Awam (SPA).
Kajian ini termasuklah melibatkan:
- Perbincangan dengan bekas calon-calon temuduga yang telah lulus temuduga kerja kerajaan.
- Perbincangan dengan bekas penal-panel temuduga kerja kerajaan.
- Rujukan terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah di pasaran dan juga yang dikeluarkan oleh pihak SPA.
2.Menjimatkan masa anda untuk melakukan persiapan temuduga kerja.
Dengan memiliki panduan RLTKK ini anda :
- Anda tidak perlu lagi tercari-cari contoh soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel temuduga kerja kerajaan.
- Anda tidak perlu lagi teragak-agak dengan perkara yang diinginkan oleh panel penemuduga.
- Anda tidak perlu lagi berjam-jam mencari tips apa persediaan yang perlu dibuat dan cara untuk menjawab soalan temuduga dengan berkesan.
3.Menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu diberi penekanan dan perhatian utama.
Anda perlu tahu perkara yang panel penemuduga inginkan dan apa yang mereka mahu lihat dari anda.
E-book RLTTK ini akan membantu anda untuk fokus kepada perkara-perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan anda dalam melakukan persediaan temuduga.
4.Memberi panduan kepada anda bagaimana untuk memberikan jawapan dengan berkesan.
Jawapan yang anda lontarkan semasa sesi temuduga memainkan peranan utama menentukan sama ada berjaya lulus aau tidak.
Inilah tujuan utama penulisan ebook RLTK ini- untuk mengajar anda bagaimana untuk merangka jawapan terhadap setiap persoalan yang mungkin ditanya oleh panel temuduga.
5.Membantu anda menulis resume dengan effektif.
Perkara ini di huraikan dengan jelas di dalam modul ke 5 RLTKK .
Dengan adanya perkara-perkara ini, kami percaya dapat membantu anda meningkatkan prestasi anda untuk menghadapi temuduga kerja anda kelak.
Kelebihan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.
1. Bahasa yang digunakan mudah difahami.
2. Pembahagian isi kandungan mengikut modul-modul membolehkan anda memberi tumpuan satu persatu secara teratur dan berkesan.
3. Kandungan ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri.
Selain itu, dalam ebook ini juga merupakan hasil kajian yang meliputi:
- Perbincangan bersama calon-calon yang telah berjaya lulus,
- Perbincangan bersama panel-panel temuduga kerja kerajaan,
- Rujukan terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah berkaitan temuduga yang lain.
4. Panduan ini boleh digunapakai untuk semua jawatan perkhidmatan awam.
5. Jaminan pulangan wang kepada anda.
Kekurangan Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.
1.Fokus yang diberikan oleh Ebook ini biasanya kepada kerja kerajaan.
Kebanyakan panduan yang diberikan adalah bersesuaian dengan kerja kerajaan. Tetapi, jika bijak mengaplikasikan apa yang diajar dalam panduan ini untuk temuduga kerja swasta maka ia tidak menjad masalah.
2. Ebook ini adalah buku digital dalam bentuk pdf.
Konsep ebook ialah buku digital dalam bentuk pdf. Mengapa buku digital? Memudahkan anda untuk membaca di mana-mana, tanpa perlu membawa buku yang berat-berat.
Jika anda tidak selesa dengan pembacaan melalui laptop atau telefon pintar, RLTKK sangat tidak sesuai untuk anda.
Tetapi jika anda tetap mahukan juga, anda terpaksa mencetak e-book ini.
3.Harga minimum eBook biasanya sekitar RM40
Kami pasti, ada sesetengah dari kita mengatakan nilai ini terlalu tinggi. Namun perlu anda ingat, nilai ilmu dan maklumat yang disampaikan dalam buku ini jauh lebih tinggi dari harga eBook itu sendiri.
Jadi, kami sangat-sangat menggalakkan anda untuk mendapatkan ebook yang berkaitan bagi membantu anda memperkemaskan persiapan anda untuk menghadapi temuduga kerja khususnya kerja kerajaan.
Ketahui Lanjut Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Terima kasih kerana membaca artikel Review Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan sehingga tamat. Semoga anda semua mendapat manfaat dari hasil tulisan ini.