• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini? Apa ada pada anda ya?

oleh admin 1 Comment

Soalan “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?” sebenarnya merupakan soalan “maut” yang penemuduga “hadiahkan” kepada kita. Mengapa? Sebenarnya soalan ini bertujuan untuk melihat kematangan anda mempromosikan diri anda bagi merebut jawatan yang ditawarkan.

Melalui jawapan anda sebenarnya, mempengaruhi panel penemuduga sama ada untuk menerima atau menolak anda dari mendapat jawatan yang dipohon.

Kali ini, kami akan kongsikan tips-tips jawapan untuk anda menjawab soalan mengapakah anda patut dipilih bagi jawatan yang dipohon.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan

Promosikan diri anda untuk meyakinkan panel bahawa anda layak untuk jawatan yang dipohon.

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?

Jawapan yang biasanya menyebabkan KEGAGALAN CALON untuk terpilih bagi jawatan tersebut.

– “Apalah yang aku nak jawab ni? Takkan nak puji diri sendiri pula.”

– “Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.”

– “Saya memiliki CGPA tinggi dan sememangnya saya layak untuk jawatan yang ditawarkan. Bukannya mudah nak dapat CGPA tinggi di universiti.”

– “Saya sudah tahu skop tugas jawatan ini sebab ibu bapa saya juga bekerja dalam jawatan yang saya mohon ini.”

– “Saya memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”

Jawapan yang SEPATUTNYA diberikan kepada panel penemuduga.

Berikut kami senaraikan contoh jawapan yang bersesuaian untuk menjawab soalan penemuduga, “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kelebihan berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang diberi atau untuk sebarang masalah yang timbul.

• Saya mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dalam khalayak ramai, bagi setiap lapisan masyarakat. Selain itu, saya juga mampu melaksanakan tugas dengan baik.

• Saya amat komited dalam kerja-kerja yang diberikan. Saya juga mampu memberi kerjasama dalam kerja berpasukan, saling membantu ahli kumpulan untuk mencapai visi dan misi organisasi/jabatan saya.

• Saya berkemahiran untuk menyiapkan tugas mengikut prioriti dan mampu menjalankan tugas secara teratur. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya boleh menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Oleh sebab itu, sayalah calon yang terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Mungkin, anda pernah menjalani temuduga namun “tersangkut” pada bahagian ini. Mungkin juga, anda merupakan orang yang bakal ditemuduga.

Amalkan tips-tips yang diberikan. Inilah masa yang terbaik untuk anda “jual” diri anda sendiri. Bukanlah berniat menunjuk-nunjuk, tapi bakat dan sikap-sikap positif yang ada dalam diri anda perlu ditonjolkan pada waktu-waktu sebegini untuk memancing perhatian panel.

Semoga anda mendapat manfaat yang besar dari artikel ini untuk dipraktiskan pada masa akan datang.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kami doakan anda terus sukses dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Allahumma amiin!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel, betul ke?

oleh admin Leave a Comment

Ada Apa dengan KABEL? Kenapa orang sering memperkaitkan jawatan kosong khususnya dalam sektor awam dengan kabel? Mungkin ramai di antara kita mempunyai mindset “Ada kabel, ada kerja”. Terkadang, calon yang menggunakan kabel ini adalah calon yang tidak layak. Jom, kita kupas tajuk Ada Apa dengan KABEL ini sebaiknya.

ada apa dengan kabel

Percaya dengan kuasa kabel atau kuasa Allah?

Ada Apa dengan KABEL?

Apa maksud KABEL?

Kabel maksudnya, orang yang berpengaruh dalam suatu jabatan di mana tempat seseorang itu memohon kerja.

Bagaimana KABEL memainkan fungsi kepada calon-calon sektor awam?

Kabel ini digunakan untuk menempatkan “calon” tersebut, no matter what. Sama ada dia memang layak, atau dia tidak layak, tapi tetap mahu dikira sebagai “calon layak”.

Jika hal ini yang berlaku, secara tidak langsung kita telah menzalimi calon-calon lain yang lebih layak dari kita.

Adakah BOLEH untuk guna KABEL?

Sebenarnya, KABEL ini bagi pandangan saya adalah individu yang telah mencaalrkan nama dan berpotensi untuk merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi disebabkan tindakan tidak jujur dari mereka.

Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.

Disebabkan isu kabel inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Bedah, ada kabel tolong dia”.

Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak!

Biasanya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Kadang kala, sebab itulah wujudnya  kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak.

Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan jayanya?

Guna KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan.

Untuk pengetahuan anda, jika anda berhajat menggunakan KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan, baik batalkan sahaja niat anda. Mengapa? Kerana taktik ini tidak berkesan.

Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai-pegawai tertentu. Mereka ini amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon.

Tapi tak dinafikan, ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Apa jua cara yang anda guna untuk mendapatkan kerja, cuba anda fikir kembali. Betul atau tidak cara yang digunakan.

Jangan lupa dalam Islam, berkali-kali mengingatkan kita untuk mencari rezeki dari sumber yang baik, bagi memastikan apa yang tumbuh dalam darah daging kita, dari perkara yang baik-baik.

ada apa dengan kabel2

Rezeki yang baik membuahkan hasil yang baik

Rezeki yang baik, jika diberikan kepada keluarga kita, insya Allah semuanya akan menjad baik-baik juga.

Jadi sekarang, jangan risau. Biarpun kita tiada kabel, kita usaha untuk lakukan yang terbaik. Insya Allah, yakinlah dengan Allah swt yang akan membantu kita.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga anda terus maju jaya dalam apa jua kebaikan yang anda lakukan.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Ekonomi gawat! Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan?

oleh admin Leave a Comment

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat? Persoalan yang membuatkan kami tertanya-tanya. Sudah tahu ekonomi gawat, kerja kerajaan juga yang diburu. Mengapa kita tidak mempercambahkan kreativiti kita dengan memohon kerja di sektor swasta daripada mengharapkan kerja dalam sektor awam sahaja? Baik, di bawah ini kami akan kongsikan kupasan yang menarik mengenai isu ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan

Jangan fokus untuk cari kerja kerajaan semata-mata.

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat?

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya “penanam – penanam anggur” ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan2

Hutang sudah perlu dibayar, kerja masih belum kunjung tiba.

Akan tetapi, anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam

Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus….

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga? Mari baca penyelesaiannya ini..

oleh admin Leave a Comment

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga – anda pernah mengalaminya? Pasti anda berasa tidak senang duduk sewaktu sedang ditemuduga apabila anda berada dalam keadaan gugup. Malah, lebih teruk lagi bila keadaan tersebut mengganggu konsentrasi anda yang mahu fokus dalam sesi temuduga. Mahu tahu tips-tips berguna untuk mengatasi masalah gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

gugup, gemuruh gagap ditemuduga

Kedudukan tangan anda juga sebenarnya boleh menampakkan sama ada anda gugup atau dalam keadaan yang tenang.

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga.

1. Berlatih untuk pandang tepat ke mata panel penemuduga apabila beliau/mereka mengutarakan soalan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberanian dan keyakinan anda.

2. Sewaktu anda menjawab soalan, sila jawab dengan jelas supaya panel penemuduga faham apa yang anda ingin sampaikan. Sebenarnya, kalau kita bercakap dengan jelas, ia juga akan membantu meningkatkan tahap keyakinan kita.

3. Jika anda rasa gemuruh, tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan sebelum memulakan percakapan anda.

4. Bagi yang beragama Islam, amalkan untuk membaca sebarang zikrullah atau selawat atau ayat Seribu Dinar dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda sepanjang proses temuduga.

5. Apa kata anda bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Ini sebenarnya memainkan peranan psikologi yang secara automatik, membuatkan kita akan rasa lebih rileks.

6. Tips terakhir, sila tegakkan badan anda dan duduk dalam keadaan yang lurus menghadap kepada panel penemuduga ketika ditemuduga. Duduk dalam posisi yang tegak akan menjadikan anda bertambah yakin.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda untuk dijadikan panduan ketika anda menghadapi temuduga kelak.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Selamat maju jaya dari kami Team Oh Kerjaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga mengenai temuduga yang mereka lalui amat membimbangkan. Ini kerana boleh mendorong calon-calon tersebut berasa over-confident dan mengambil ringan dalam temuduga yang dilalui. Mari kita lihat, apakah perkara yang biasanya disalah anggap oleh calon-calon temuduga.

salah anggapan calon-calon temuduga

Yakin itu penting. Awas, jangan sampai over-confident!

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga.

1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu.

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.

Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Maklumat ini kami peroleh daripada Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran