• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

oleh admin Leave a Comment

Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga? Tentu sekali majikan atau penemuduga tidak sepatutnya menjadi satu-satunya yang bertanya soalan ketika sesi temuduga.

Hal ini penting sebagai calon untuk memutuskan adakah kerjaya tersebut bersesuaian dengan matlamat anda. Oleh itu, anda wajib tahu soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga. Selanjutnya, baca lagi soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga.

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga?

Kerjaya yang dipohon mungkin menjadi kerjaya sepanjang hayat anda. Justeru, pilihlah dengan sepenuh kewarasan anda dengan berfikiran jauh.

Sebagai tambahan, bertanya soalan yang betul dan tepat dapat menjadikan anda calon terkehadapan berbanding calon lain. Ini kerana anda telah menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut.

Tentunya orang yang berminat dengan apa yang dikerjakan lebih berprestasi tinggi dari mereka yang melakukannya kerana terpaksa. Berikut soalan  yang patut anda Tanya kepada penemuduga untuk mengetahui jika itu adalah kerja yang anda cari-cari selama ini.

Soalan  yang patut anda Tanya kepada penemuduga

  1. Boleh tuan terangkan budaya kerja yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di syarikat ini?
  2. Apakah tanggungjawab mereka yang memegang jawatan ini dari hari ke hari?
  3. Apakah jalan untuk kerjaya yang lebih hebat melalui jawatan ini?
  4. Boleh tuan terangkan sedikit tentang beberapa projek yang saya akan ikut sama jayakan?
  5. Untuk jawatan ini, berapa kali atau hari seminggu yang dijangka saya akan ‘travel’ ke luar untuk menjalankan urusan kerja?
  6. Adakah saya akan bekerja secara individu atau berkumpulan?
  7. Kepada siapa saya mahu rujuk dan melaporkan diri untuk jawatan ini?
  8. Adakah tuan merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam beberapa bulan ini?
  9. Adakah syarikat ini menawarkan atau menyediakan latihan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu dan sebagainya?
  10. Berapa kerap syarikat ini menjalankan penilaian semula prestasi kerja pekerja?
  11. Apakah perkara yang tuan suka tentang syarikat ini?
  12. Apakah perkara yang tuan tidak suka sepanjang bekerja di sini, mengapa?
  13. Boleh tuan terangkan rancangan syarikat ini untuk mengembangkan perniagaannya? Adakah tuan merancang untuk melancarkan produk baru atau memulakan projek baru?
  14. Adakah masa bekerja di sini lebih fleksibel atau adakah insuran kesihatan disediakan?
  15. Adakah hari permulaan untuk jawatan ini?
  16. Apakah langkah seterusnya untuk jawatan ini? Bagaimana nanti untuk saya mengetahui maklumat lebih lanjut?
  17. Ada apa-apa lagi perkara yang tuan mahu saya jawab dan beri penjelasan?

Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Semoga berjaya! Terima kasih kerana meluangkan masa membaca Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Bagaimana Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana untuk kekal tenang ketika sesi temuduga? Kita semua tahu yang sesi temuduga membuatkan kita tertekan. Hal ini menyebabkan anda gagal mempamerkan diri anda yang sebenar dan profesional diri. Akibatnya, anda mungkin tidak akan diterima bekerja di bawah syarikat tersebut. Di bawah, anda akan dapati tips bagaimana untuk kekal tenang ketika sesi temuduga. Oleh itu, anda mesti terus membaca Bagaiaman Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga.

Anda harus belajar dan berlatih untuk mengawal diri sendiri semasa sesi temuduga. Jika tidak, mereka akan fikir anda tidak mampu untuk bekerja di bawah tekanan. Jangan lupa yang jika anda kekal tenang, anda secara tidak langsung akan menunjukkan keyakinan diri dan perwatakan diri sebenar kepada mereka. Ini sekali gus dapat menaikkan peratus kemungkinan anda diambil bekerja dengan mereka.

Persediaan Rapi

Jangan malas untuk melakukan sedikit kerja rumah. Apa yang perlu anda kaji termasuk;

  1. Tanggungjawab kerja yang akan dipikul untuk jawatan diminta atau ditawarkan.
  2. Syarikat; apa matlamat, apa yang dilakukan, apa yang sedang dan akan dilakukan dan sebagainya. Anda perlu tahu banyak tentang syarikat.
  3. Budaya kerja di syarikat tersebut. Hal ini kerana ada yang mengamalkan budaya Jepun yang sangat menekankan displin kerja.

Pastikan anda pergi ke tempat temuduga dengan gambaran yang jelas kenapa anda inginkan sangat jawatan tersebut. Juga apa yang membuatkan anda berada di situ, di sesi temuduga tersebut, pada ketika itu.

Anda boleh lakukan sesi temuduga ‘olok-olok’ bersama keluarga atau kawan anda. Tidak pun, anda boleh lakukannya sendiri di depan cermin.

Berlatih beberapa tajuk yang mungkin dibualkan atau disoal ketika sesi temuduga. Anda juga disarankan untuk menyenaraikan soalan yang berkemungkinan besar akan ditanya oleh penemuduga.

Cetak beberapa salinan resume anda beberapa hari sebelum sesi temuduga. Jangan tunggu pagi hari kejadian baru nak tergesa-gesa menyediakan salinan resume.

Sediakan pakaian anda apa yang patut, pastikan kesemuanya lengkap dan siap digosok. Dapatkan tidur yang cukup pada malam sebelum sesi temuduga, dalam lingkungan 7-8 jam. Rancang perjalanan anda dan cuba untuk sampai 15-20 minit awal. Jangan sesekali lewat.

Jadi Pendengar yang Baik

Jadilah pendengar yang baik dan aktif. Jawab apa sahaja yang ditanyakan kepada anda. Jangan semata-mata menjawab soalan tersebut atau menjawab dengan jawapan yang sangat lari dari kehendak sebenar soalan.

Juga, anda tidak patut menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Ingat, sesi temuduga adalah perbualan di antara dua pihak bukannya siasatan jenayah. Anda akan diberika peluang untuk bercakap dengan lapang.

Rehatkan diri anda dan ambil masa untuk mendengar penemuduga bercakap.

Berfikir Positif

Tidak perlu bersusah payah cuba untuk meneka apa yang penemuduga fikirkan tentang diri anda. Teruskan berfikir positif. Hal ini dapat membantu anda menenangkan diri. Hasilnya, anda mampu untuk menumpukan 100% perhatian kepada kemahiran diri anda dan berjaya menyudahkan sesi temuduga dengan mudah.

Pamerkan kekuatan diri anda, nyatakan kepada mereka anda adalah calon terbaik untuk mengisi jawatan berkenaan. Semoga artikel Bagaimana Untuk Kekal Tenang Ketika Sesi Temuduga ini dapat membantu anda lulus temuduga dengan cemerlang.

Filed Under: Persediaan Temuduga

Oh! Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Bagaimana meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga? Saya yakin inilah detiknya di mana calon sangat gementar dan tiada idea tentang apa yang patut mereka lakukan. Bagaimana anda meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga sangat penting. Jangan biarkan detik ini merosakkan persediaan yang telah anda buat sekian lama. Untuk lebih tenang dan fokus semasa sesi temuduga, baca lanjut tentang bagaimana anda sepatutnya meluangkan masa pada detik-detik terakhir sebelum sesi temuduga.

‘Warm-up’ sebutan vokal

Anda mesti bercakap dengan lancer dan yakin. Sebutan yang jelas akan memudahkan penemuduga untuk memahami dengan lebih baik apa yang anda cuba sampaikan.

Karisma

Anda mesti buatkan diri anda mudah disukai orang. Bahkan inilah kunci kepada keberjayaan temuduga. Ingat, majikan bukan memilih anda semata-mata untuk menggajikan anda. Mereka akan berurusan dengan mereka setiap hari di tempat kerja, mesyuarat dan mengadakan sesi perbincangan bersama.

Tunjukkan kepada mereka yang anda adalah orangnya yang patut dipilih untuk bekerja bersama mereka.

Persediaan

Sebagai tambahan, anda disarankan untuk melakukan sedikit kajian tentang majikan anda. Baca tulisan yang ditulis oleh mereka dalam web-web syarikat atau milik mereka sendiri. Cari laman sosial seperti Facebook atau Twitter mereka. Hal ini untuk anda mendapatkan gambaran tentang hidup mereka. Natijahnya, anda mampu berbual dengan mereka seperti seorang kawan.

Tenangkan Diri

Apa sahaja ritual yang dapat menenagkan fikiran anda adalah sangat penting. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sesi temuduga ini dapat membuatkan anda tertekan. Mana tidaknya, jika anda tidak berjaya, anda terpaksa bekerja keras mencari kerja lain pula. Pada ketika itu siapa yang akan membayar segala bil dan perbelanjaan harian kita?

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal tenang adalah dengan mendengar muzik. Anda akan lihat ini dibuat oleh kebanyakan atlet sebelum ke gelanggang. Hal ini dapat membantu anda untuk kekal tenang dan fokus.

Akhir sekali, ambil nafas sedalam-dalamnya, ukirkan senyuman yang manis. Masuk ke dewan temuduga dengan tenang, fokus dan yakin! Terima kasih kerana membaca Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga.

Filed Under: Persediaan Temuduga

OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja

oleh admin Leave a Comment

RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja. Percayakah anda RESUME adalah penyebab 367,000 graduan atau pencari kerja gagal mendapat kerja idaman mereka? Sebelum itu..Baca fakta ini…

  • 367,000 GAGAL mendapat kerja adalah kerana tidak tahu menghantar resume merupakan antara fakta menarik yang berlaku dalam senario sektor pekerjaan Malaysia.
  • Kegagalan memikat majikan juga merupakan antara faktor utama ramai pencari kerja kerajaan dan swasta gagal menjawat jawatan yang diimpikan.
  • Susah betul nak dipanggil temuduga. Padahal ‘skill’ temuduga dah TIP TOP dah…
  • Resume dah hantar kepada 37 buah syarikat. Satu pun tak sangkut…

Ok, itu antara fakta sebenar dan keluhan yang seringkali OhKerjaya terima dari pencari kerja.

Panduan Terbaru Kami – Rahsia Resume Kerja (RRK)

Ramai graduan pandang mudah pada resume kerana ianya hanya sekadar tulis latarbelakang kita dan akademik
Tetapi graduan tidak tahu, resume harus ditulis dengan ‘seni’nya dan harus menepati kriteria yang betulResume AHMAD tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Chong Keat.

Resume Chong Keat tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Kalaivani.

Ya, betul, anda harus ‘craft’ resume anda menjadi sesuatu yang unik dan  mewakili anda. Bukan sekadar menceritakan tentang latar belakang akademik terbaik anda hanya untuk “menjual” kepada bakal majikan sahaja. Anda perlu lakukan lebih dari itu.

Jangan abaikan resume. Hasilkan resume yang terbaik untuk anda dipanggil ke temuduga.

Anda perlukan rujukan ini kerana dalamnya ada ‘blueprint’ resume yang graduan abaikan. Ia hasil dari kajian kami selama ini.

Akses laman jualan Rahsia Resume Kerja (RRK)

Apa Yang Terkandung Dalam Rahsia Resume Kami?

Rahsia Resume Kerja yang baru sahaja kami edarkan pada hari ini mempunyai komponen berikut:
  1. Persediaan Resume Kerja – 92 muka surat
  2. 10 Template Resume Menarik – Pasang Siap Untuk Anda
  3. Cover Letter Sukses – 3 Contoh Cover Letter Sukses
  4. Soal Jawab Spesifik Resume – 39 muka surat
  5. Resume 5 Angka – 4 Contoh Resume Berjaya

Sekiranya OhKerjaya merasakan RESUME sesuatu yang perlu maka anda boleh dapatkan panduan tersebut di bawah.

https://ohkerjaya.com/panduan-rahsia-resume-kerja

OK! Jumpa di ruangan download nanti ya. OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa, Penulisan Resume

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Kastam W27

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Kastam W27. Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

Format Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 mempunyai 3 seksyen utama iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan AM Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen C: Ujian Psikometrik

Seksyen A: Pengetahuan AM Masa : 40 Minit Bilangan Soalan : 50

Seksyen ini akan menguji pengetahuan anda secara meluas. Sebenarnya ini seksyen yang paling sukar. Rajin-rajinlah buka suratkhabar untuk isu-isu awal 2014 – 10 JULAI bagi isu semasa. Jangan lupa maklumat berkaitan KASTAM dan yang berkaitan dengan KDRM

Berikut merupakan contoh soalan Pengetahuan AM peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah Anda akan diasak dengan penilaian soalan Matematik, kemahiran logik dan cara anda interpretasi data.Tip untuk seksyen ini ambil masa buat latih tubi soalan matematik SPM. Yang lain memerlukan anda berfikir dengan cepat dan kritis. Akan ada sedikit kekeliruan pada soalan dan jawapan seksyen ini. Dan itu adalah cabaran yang sengaja dirangka untuk menapis anda! Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27, Seksyen B Matematik yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan. Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Seksyen C: Ujian Psikometrik Namanya sedikit menggerunkan tetapi ketahuilah ini adalah seksyen penilaian yang paling seronok. Anda tidak perlu berfikir untuk soalan ini.

Contoh soalan: 1. Adakah anda seorang perokok?
Jawapan: Ya atau Tidak 2.

Brazil merupakan tuan rumah Piala Dunia 2014?

Jawapan: Ya atau tidak p/s: ramai je yang tersenyum baca soalan di ataskan…

Tip untuk anda; – Jawab dengan pantas – Keluarkan nilai positif anda – Sembunyikan nilai negatif anda. Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Kastam W27.

Filed Under: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran