• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

oleh admin 6 Comments

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini merupakan perkara yang selalu menjadi isu utama para graduan bagi menghasilkan resume kerja yang terbaik dan mampu memukau majikan ketika ditemuduga. Sebenarnya, mudah sahaja untuk untuk anda tulis resume yang menarik untuk mohon kerja dan memukau majikan anda melalui temuduga!

Sudah bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar?

Sudah bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar?

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk hasilkan resume kerja dan pukau majikan anda melalui temuduga?

Anda mahu tahu cara untuk pukau majikan anda melalui resume kerja anda dan juga melalui temuduga?

Baik, jom lihat cara-caranya di bawah..

#1: “Copy Paste” Resume daripada Internet?

Bahaya! Cara ini adalah cara paling bahaya untuk anda pikat majikan anda! Template resume kerja memang boleh didapati dengan mudah di hujung jari anda, tapi satu perkara anda perlu ingat!

Bayangkan ada sepuluh orang yang guna template resume yang sama dengan anda, yang bersumberkan dari internet dan dihantar kepada majikan yang sama. Apa persepsi majikan anda?

sebenarnya, secara tidak langsung, anda sudah “merendahkan” sedikit market value diri anda. Anda kena ingat, anda sedang dinilai oleh majikan walaupun hanya melalui helaian kertas!

Lebih baik jika anda gunakan sepenuh kreativiti anda untuk persembahkan diri anda kepada bakal majikan anda!

#2: Resume Tanpa Edit!

Apa maksudnya? Resume tanpa edit ialah anda hasilkan satu resume untuk satu jawatan tertentu. kemudian, anda gunakan resume yang sama untuk mohon jawatan yang lain.

Saya bagi contoh, anda mohon kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam dan buat resume kerja berdasarkan jawatan tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga mohon jawatan sebagi Guru dan anda terus hantar resume untuk kerja Guru, menggunakan resume kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam.

Sepatutnya, anda pastikan satu resume, satu jawatan. Barulah anda boleh tonjolkan spesifikasi anda dalam jawatan yang dipohon pada majikan anda.

#3: Berapa Panjang Resume Kerja Anda?

Jangan panjang-panjang, kerana majikan anda tidak ada banyak masa untuk “kenal” dengan anda.

Pastikan resume kerja anda mengandungi maklumat yang ringkas dan padat mengenai anda. Masukkan pencapaian sekurang-kurangnya 3 tahun yang terkini sahaja.

#4: Gambar Untuk Resume Kerja.

Gunakan gambar yang boleh menampakkan anda seorang yang ceria bagi menarik minat majikan untuk mengambil anda sebagai  pekerjanya.

#5: Pakaian Untuk Temuduga.

Bagi yang beragama Islam khususnya wanita, lebih elok jika anda memakai pakaian mengikut syarak.

#6: Terangkan Latar Belakang Anda.

Ini soalan pertama yang biasanya majikan akan minta anda untuk ceritakan. Jika anda cerita anda berasal dari mana, bilangan adik-beradik, anda gagal!

Soalan ini adalah soalan pembuka untuk anda promote diri anda pada majikan. Jelaskan pencapaian-pencapaian anda sebelum ini, misalnya anda penerima anugerah “Pekerja Contoh”.

Secara tidak langsung, jika anda ceritakan kelebihan anda, anda mampu memikat dan memukau majikan dengan mempamerkan kelebihan anda.

#7: Confident!

Ini adalah perkara paling penting ketika anda ditemuduga! Pastikan anda menjawab soalan anda dengan yakin dan jangan lokek untuk senyum pada bakal majikan anda!

Saya harap tips-tips di atas dapat membantu anda bagaimana untuk hasilkan resume kerja yang tip top, dalam masa yang sama mampu memukau majikan anda bila anda ditemuduga. Semoga berjaya mendapat pekerjaan yang baik!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

oleh admin Leave a Comment

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 akan berlangsung pada 15 April 2015 ini mengikut jadual peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Calon boleh buat semakan segera di sini http://e-semakan.spa.gov.my/jadual/

peperiksaan-spa-s27-penolong-penerangan

E-Semakan SPA 2015

 

 

Contoh soalan dan nota rujukan peperiksaan online penolong penerangan s27 telahpun dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya dalam masa terdekat ini secara terhad untuk membantu calon exam.

Untuk pengetahuan calon, contoh soalan yang pihak Tim Infokerjaya sediakan bukanlah soalan sebenar ataupun ramalan tetapi ia adalah contoh soalan sahaja. Ingat ya!

Dan masih tak percaya?

Tim Infokerjaya adalah sebuah Tim yang komited sejak tahun 2009 lagi yang telah membantu lebih dari 65,000 Graduan lepasan Universiti untuk lulus dalam exam kerja kerajaan berpandukan kajian-kajian soalan yang mereka kaji berdasarkan isu-isu semasa, sosial, ekonomi, budaya masyarakat dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan RUJUKAN PANTAS CONTOH SOALAN  PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 ini, calon hanya perlu mendaftar di dalam senarai menunggu kami di bawah ini:

KLIK SINI: http://ohkerjaya.com/preview-penolong-penerangan/

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 ini mengandungi dua bahagian yang berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang terbaik di dalam semua bahagian jawapan.

Calon-calon dinasihatkan untuk tidak hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja. Peperiksaan ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B Dan Seksyen C.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan Am

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon. Ianya lebih berkait dengan soalan yang berbentuk pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1. Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini

A – England

B – Brazil 

C – Sepanyol

D – Perancis

 

2. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

B-Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

C-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

D-Kementerian Sumber Manusia

 

3. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara

III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.

IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.

soalan-peperiksaan-arkib-penolong-s27

 

Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.

soalan-peperiksaan-arkib-s27-1

 

Panduan Lulus Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Jika anda mahu menjawab peperiksaan ini dengan baik, saya menyarankan calon untuk mendapatkan panduan khas yang dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya.

Panduan ini adalah lengkap dari segi cara menjawab dan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

KENAPA PERLU? Ini bertujuan supaya anda dapat membiasakan diri anda dengan skop soalan untuk peperiksaan ini dengan berbekalkan koleksi soalan yang disediakan.

Calon haruslah membuat persediaan awal dengan topik soalan dan cara menjawab soalan dengan betul mengikut skema jawapan yang diberikan supaya calon akan lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Isi kandungan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 adalah nota tambahan yang lengkap berkaitan dengan jawatan yang bakal disandang ditambah lagi dengan pelbagai koleksi soalan yang semestinya dapat membantu calon dalam menjawab peperiksaan online dengan mudah.

Didalam peperiksaan online, calon sudah semestinya boleh merujuk dari laman web seperti google tetapi calon tidak akan sempat untuk mencari maklumat yang diperlukan.

Oleh itu, calon perlu gunakan kebijaksanaan sendiri untuk mendapatkan rujukan pantas  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 ini.

preview copy penolong penerangan

Preview Copy Penolong Penerangan TERHAD!

 

Cara Mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Calon dinasihatkan untuk menjadi yang terawal kerana panduan ini adalah terhad dan ianya dikawal dan sentiasa diselia oleh Tim Infokerjaya untuk menjaga kualiti setiap Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan yang telah dikeluarkan.

Oleh sebab itu, calon dinasihatkan untuk mendapatkan panduan ini dengan klik pada pautan di bawah.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

Semoga membantu! Kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

oleh admin Leave a Comment

OH Graduan! Dapatkan Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 di sini percuma untuk anda. Mungkin ada yang bertanya Preview Copy ini untuk apa dan apa manfaat untuk diri anda.

preview copy penolong penerangan

Preview Copy Penolong Penerangan TERHAD!

MUAT TURUN PERCUMA SEKARANG: Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Preview Copy ini merupakan versi percuma dari versi penuh rujukan peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27 yang dikeluarkan oleh pihak Infokerjaya PLT.

Sejak tahun 2009, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda di sini.

Atas pengalaman ini kami mahu bantu anda dan lebih ramai lagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan dan berjaya dalam kerjaya pilihan anda.

Jika anda serius, kami juga serius dalam membantu anda!

Tawaran menarik menanti anda jika membeli full version Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Ini adalah rujukan utama yang mengandungi keseluruhan penerangan format peperiksaan. Antara kandungannya;

  • Anda akan tahu keseluruhan format 3 Seksyen penilaian Penolong Pegawai Penerangan
  • Faham apa sebenarnya yang dinilai pada setiap seksyen
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B
  • Lebih 100 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C
  • Strategi menjawab soalan setiap seksyen
  • Apa sebenarnya yang dinilai pada Seksyen C dan bagaimana ramai tersungkur dengannya!
  • 30 ++ Nota Ringkas untuk persediaan pantas anda. Ini bakal menjimatkan masa persediaan anda!
  • … dan banyak lagi

Rujukan ini bakal meletakkan anda dalam keadaan ‘sedar & sedia’ untuk menghadapi peperiksaan online pada 15 APRIL ini.

Maklumat lanjut anda boleh terus ke laman kami di sini: Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Panduan Temuduga Jururawat U29

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Jururawat U29 ini dikongsikan untuk rujukan pembaca OhKerjaya.com. Pertama sekali Jururawat Pelatih U29 ini ditawarkan pihak kerajaan dan proses pengambilan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

kerjaya jururawat

Kerjaya Kejururawatan

 

Syarat Lantikan Jururawat U29

Bagi anda yang layak dan mempunyai syarat-syarat seperti di bawah, mohonlah untuk laluan kerjaya jururawat pelatih U29. Syaratnya;

Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

  • Gaji Permulaan : RM1,687.59

Kemudian lulus bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk pengetahuan anda, jururawat pelatih u29 termasuk di dalam kumpulan sokongan dan diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Sosial.

Panduan Temuduga Jururawat U29

Soalan Popular Temuduga Jururawat Pelatih

Bagi pembaca tegar OhKerjaya.com, kami senaraikan soalan lazim yang berkemungkinan besar akan ditanya dalam temuduga jururawat pelatih u29.

1. Siapakah ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?

2. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

3. Namakan timbalan kepada beliau?

4. Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?

5. Apakah tugas Kementerian Kesihatan Malaysia?

6. Sebutkan motto Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia?

7. Apakah pendapat anda tentang Klinik 1Malaysia?

8. Ebola Viral Disease atau EVD menjadi isu yang berlegar dalam masyarakat kita baru-baru ini. bagaimana EVD berjangkit dan apa pula langkah pencegahan yang wajar diambil?

9. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen berkaitan denggi. Apa yang anda tahu mengenainya?

10. Berikan beberapa maklumat yang anda tahu mengenai h7n9.

Penting untuk diingatkan agar jangan setakat mencari jawapan sahaja. Luaskan bacaan anda dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang ada pengalaman ditemuduga untuk jawatan jururawat pelatih u29.

Untuk yang bakal ke sesi temuduga, harapnya artikel Oh! Panduan Temuduga Jururawat U29 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Contoh Soalan Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17 ok? Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan dijalankan pada 3 APRIL 2015 (JUMAAT).

Adakah anda terpilih? Semak di E-Semakan SPA.

Calon dianggarkan sekitar 45,000 dengan jawatan kekosongan yang ada ialah 700 Kekosongan. Lihat pengumuman SPA di bawah:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan II
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Pengenalan: Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan asas yang relevan dengan kerja-kerja harian dalam pengurusan dan pentadbiran yang perlu diketahui oleh semua pegawai yang berkenaan. Selain itu, kemahiran menaip pegawai juga akan dinilai.

Tujuan Peperiksaan: Memenuhi sebahagian syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

CONTOH SOALAN SEKSYEN A – Pengetahuan Am

1. Rekod merujuk kepada

I. Bahandalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwaatau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar,bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektroniktanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan I

2. Mengapakah rekod perlu diwujudkan?

A. Sebagai bahan bukti kepada sesuatu perkara yang berlaku sama adaperistiwa, arahan, keputusan, nasihat atau cadangan yang dibuat semasa melaksnakansesuatu tugas rasmi.
B. Untuk menyediakan maklumat dan rekod yang tepat dan memastikan rekoddisediakan pada individu yang tepat.
C. Memastikan rekod disediakan pada waktu dan tempat yang sesuai sertatepat dan rekod diurus sebaik mungkindan mengurangkan bebanan kos.
D. Memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses memutuskankeputusan

CONTOH SOALAN SEKSYEN B – Daya Menyelesaikan Masalah

  1. Sebuah mesin fotostat dengan kos RM 1,800.00 telah dibeli pada 1 Januari 2005. Aset ini disusutnilaikan pada 15 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

CONTOH SOALAN SEKSYEN C – Ujian Psikometrik

1. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju      B.Tidaksetuju C. Tidak Pasti

2. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya              B. Tidak          C. Tidak Pasti

3. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada sayakerana ianya kesukaan saya.

A. Ya             B.Tidak            C. Tidak Pasti

4. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A.Ya        B. Tidak              C. Tidak Pasti

5. Saya selalu didenda di zaman persekolahandahulu
A. Setuju   B. Tidak setuju   C. Tidak Pasti

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri peperiksaan online ini, nota dan rujukan akan diterbitkan oleh Tim InfoKerjaya iaitu sebuah kumpulan pengkaji soalan dan contoh soalan berdasarkan format peperiksaan SPA sebelum ini. Rujukan pantas ini untuk membantu calon membuat persediaan awal sebelum tibanya peperiksaan pada 3 April nanti.

Tim Info Kerjaya telah keluarkan banyak Panduan Peperiksaan yang telah membantu calon merujuk dan membiasakan diri untuk menjawab exam seperti yang anda boleh lihat di bawah ini.

ANDA CALON PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR GRED N17?

Anda perlukan:

# Bahan Rujukan Pantas!
# Puluhan Contoh Soalan Setiap Seksyen A B dan C!
# Tips Lulus Exam Pembantu Tadbir!
# Khidmat Nasihat Daripada Tim InfoKerjaya Secara Berterusan

Berikan peluang untuk diri anda dibantu untuk LULUS peperiksaan online N17 dengan PERSEDIAAN Awal!

SILA KLIK DI SINI SEKARANG!

P.S: Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran