• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2026

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / 2015 / Archives for August 2015

Archives for August 2015

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga? Sila jujur dengan diri anda..

oleh admin Leave a Comment

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga? Suatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan apabila anda ditembak dengan soalan-soalan tertentu oleh panel penemuduga. Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk anda mengawal diri supaya tidak terlalu beremosi semasa sesi temuduga? Jom teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan tips-tips yang menarik dengan anda!

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Beremosi Semasa Sesi Temuduga

Kawal minda, jiwa dan emosi anda ketika di”torture” semasa temuduga.

Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?

Contoh Situasi “Beremosi” oleh Calon Temuduga.

1. Calon marah apabila berasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga. Panel tu saja nak psiko anda.

2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.

3. Calon berasa diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.

4. Calon terlalu bermosi ketika menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel untuk mendapatkan sesuatu jawatan tersebut.

5. Bila panel beri soalan yang agak “up” sikit, calon memuncungkan bibir tanda protes.

Tips untuk Mengatasi Suasana Beremosi Semasa Sesi Temuduga.

1. Sentiasa ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Seperti orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita apabila ditanya soalan-soalan tertentu. Kerana dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya.

2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. INi supaya anda lebih berasa yakin dan bersemangat dan tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi.

3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendah diri  dan menghormati penemuduga kita.

4. Cuba untuk bertenang sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

5. Banyakkan senyuman walau sesusah mana kita di psikologi oleh para panel kerana senyuman itu penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.

6. Berikan penekanan dalam jawapan yang kita berikan untuk menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume kita. Misalnya, berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.

7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga.

Baiklah, setakat ini dahulu yang kami kongsikan kepada anda.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa untuk subscribe emel anda untuk mendapatkan pelbagai info yang terkini daripada kami.

Semoga terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Anda perlu beringat bila nak pergi temuduga! Ini amaran kami..

oleh admin Leave a Comment

Jika anda merupakan calon yang bakal menghadiri temuduga, ingat beberapa perkara sebelum terus ke temuduga. Walaupun sekarang banyak iklan mengenai kekosongan jawatan, namun anda perlu peka, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan calon itu diterima untuk bekerja dalam jawatan yang dipohon. Jom ketahui kriteria yang diambil kira oleh penemuduga ke atas calon yang memohon jawatan tersebut.

beringat-bila-pergi-temuduga

Anda sudah bersedia untuk ditemuduga?

Beringat bila pergi temuduga!

1. Status pekerjaan calon

Di bawah pakej rangsangan ekonomi, calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Ini kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri adalah untuk membantu sesiapa yang hilang atau tiada sumber pendapatan.

Walau bagaimanapun, mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudah berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga amat sengit. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.

2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan

Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.

Berkeyakinan? Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.

Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan yang ditanya.

3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai

Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan.

Tetapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.

Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidakadilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh mohon jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan. Ada caranya, iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit.

Tipsnya:

  1. Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda.
  2. Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita.
  3. Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga

Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Namun, lebih baik untuk berterus-terang supaya kita lebih tenang dan yakin untuk menjawab soalan temuduga. Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, insya Allah ada rezeki yang lebih baik.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga tips yang diberikan ini dapat menjadi panduan yang berguna buat anda semua.

Teruskan berusaha dan jangan sesekali putus asa.

Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan? Adakah ini jawapan anda?

oleh admin 2 Comments

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan? Sudah pasti kerana kedudukan yang terjamin, bukan? Tidak dinafikan, antara kelebihan berkerja dengan kerajaan ialah anda mempunyai kedudukan yang tetap dalam perkhidmatan. Banyak lagi kelebihan lain bekerja dengan kerajaan.

Namun, bagaimanakah anda akan mempersembahkan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga apabila ditanya kepada anda, mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengapa berminat kerja kerajaan

Berikan jawapan yang terbaik kepada panel penemuduga anda.

Mengapa Anda Berminat dengan Kerja Kerajaan?

Kami yakin dan pasti, pelbagai jawapan yang bakal diberikan oleh calon-calon yang ditemuduga. Berikut kami senaraikan, jenis jawapan yang KURANG BAGUS dan jawapan yang kami CADANGKAN untuk anda jawab kepada para panel penemuduga kelak.

Jawapan yang KURANG BAGUS.

“Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya terjamin berbanding kerja swasta.”

atau

“Saya minat kerja kerjaan ini sebab ada keluarga saya yang bekerja di sektor awam”

atau

“Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini, mana tahu ada rezeki saya di sini”

atau

“Banyak kelebihan jika saya dapat kerja kerajaan ini. Cuti banyak!”

atau

“Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor awam”

Jawapan yang DICADANGKAN.

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Pekerjaan yang saya minati semenjak zaman persekolahan saya adalah dalam sektor awam. Tambahan pula, kedua ibu bapa saya amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3. Selain dapat berkhidmat di sektor awam, saya juga mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya saya seperti menghadiri seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Dengan memilih untuk berkhidmat di sektor awam, saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata ”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

6. Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan – kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.

Anda nampak perbezaan jawapan yang kami berikan? Bukankah anda kelihatan lebih matang jika menjawab mengikut apa yang kami cadangkan kepada anda?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini? Apa ada pada anda ya?

oleh admin 1 Comment

Soalan “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?” sebenarnya merupakan soalan “maut” yang penemuduga “hadiahkan” kepada kita. Mengapa? Sebenarnya soalan ini bertujuan untuk melihat kematangan anda mempromosikan diri anda bagi merebut jawatan yang ditawarkan.

Melalui jawapan anda sebenarnya, mempengaruhi panel penemuduga sama ada untuk menerima atau menolak anda dari mendapat jawatan yang dipohon.

Kali ini, kami akan kongsikan tips-tips jawapan untuk anda menjawab soalan mengapakah anda patut dipilih bagi jawatan yang dipohon.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan

Promosikan diri anda untuk meyakinkan panel bahawa anda layak untuk jawatan yang dipohon.

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?

Jawapan yang biasanya menyebabkan KEGAGALAN CALON untuk terpilih bagi jawatan tersebut.

– “Apalah yang aku nak jawab ni? Takkan nak puji diri sendiri pula.”

– “Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.”

– “Saya memiliki CGPA tinggi dan sememangnya saya layak untuk jawatan yang ditawarkan. Bukannya mudah nak dapat CGPA tinggi di universiti.”

– “Saya sudah tahu skop tugas jawatan ini sebab ibu bapa saya juga bekerja dalam jawatan yang saya mohon ini.”

– “Saya memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi”

Jawapan yang SEPATUTNYA diberikan kepada panel penemuduga.

Berikut kami senaraikan contoh jawapan yang bersesuaian untuk menjawab soalan penemuduga, “Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?”

“Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

• Saya mempunyai kelebihan berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang diberi atau untuk sebarang masalah yang timbul.

• Saya mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dalam khalayak ramai, bagi setiap lapisan masyarakat. Selain itu, saya juga mampu melaksanakan tugas dengan baik.

• Saya amat komited dalam kerja-kerja yang diberikan. Saya juga mampu memberi kerjasama dalam kerja berpasukan, saling membantu ahli kumpulan untuk mencapai visi dan misi organisasi/jabatan saya.

• Saya berkemahiran untuk menyiapkan tugas mengikut prioriti dan mampu menjalankan tugas secara teratur. Saya
berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

• Akhir sekali saya boleh menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Oleh sebab itu, sayalah calon yang terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Mungkin, anda pernah menjalani temuduga namun “tersangkut” pada bahagian ini. Mungkin juga, anda merupakan orang yang bakal ditemuduga.

Amalkan tips-tips yang diberikan. Inilah masa yang terbaik untuk anda “jual” diri anda sendiri. Bukanlah berniat menunjuk-nunjuk, tapi bakat dan sikap-sikap positif yang ada dalam diri anda perlu ditonjolkan pada waktu-waktu sebegini untuk memancing perhatian panel.

Semoga anda mendapat manfaat yang besar dari artikel ini untuk dipraktiskan pada masa akan datang.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kami doakan anda terus sukses dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Allahumma amiin!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel, betul ke?

oleh admin Leave a Comment

Ada Apa dengan KABEL? Kenapa orang sering memperkaitkan jawatan kosong khususnya dalam sektor awam dengan kabel? Mungkin ramai di antara kita mempunyai mindset “Ada kabel, ada kerja”. Terkadang, calon yang menggunakan kabel ini adalah calon yang tidak layak. Jom, kita kupas tajuk Ada Apa dengan KABEL ini sebaiknya.

ada apa dengan kabel

Percaya dengan kuasa kabel atau kuasa Allah?

Ada Apa dengan KABEL?

Apa maksud KABEL?

Kabel maksudnya, orang yang berpengaruh dalam suatu jabatan di mana tempat seseorang itu memohon kerja.

Bagaimana KABEL memainkan fungsi kepada calon-calon sektor awam?

Kabel ini digunakan untuk menempatkan “calon” tersebut, no matter what. Sama ada dia memang layak, atau dia tidak layak, tapi tetap mahu dikira sebagai “calon layak”.

Jika hal ini yang berlaku, secara tidak langsung kita telah menzalimi calon-calon lain yang lebih layak dari kita.

Adakah BOLEH untuk guna KABEL?

Sebenarnya, KABEL ini bagi pandangan saya adalah individu yang telah mencaalrkan nama dan berpotensi untuk merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan/kementerian/organisasi disebabkan tindakan tidak jujur dari mereka.

Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.

Disebabkan isu kabel inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si Bedah, ada kabel tolong dia”.

Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. Bukan salah mereka, tetapi salah orang tertentu yang tidak jujur dan tidak amanah.

Sejauh mana keberkesanan dengan menggunakan KABEL ini?

Adakah ianya 100% berkesan? Sama sekali tidak!

Biasanya, penggunaan ‘kabel’ ini amat berkesan hanya jika permohonan jawatan sektor awam adalah bukan dari persekutuan. Ianya ada melibatkan jawatan untuk pihak berkuasa tempatan, di universiti, dan lain – lain. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dan penceritaan orang kepada saya. Sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak tahu. Kadang kala, sebab itulah wujudnya  kakitangan yang ada hubungan saudara dalam satu pejabat. Inilah hasilnya dengan menggunakan ‘kabel’

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang saya katakan tadi? Sudah tentu tidak.

Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan jayanya?

Guna KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan.

Untuk pengetahuan anda, jika anda berhajat menggunakan KABEL untuk temuduga bagi sektor awam di peringkat Persekutuan, baik batalkan sahaja niat anda. Mengapa? Kerana taktik ini tidak berkesan.

Kerana pemilihan adalah dikawal dengan ketat dan telus oleh pegawai-pegawai tertentu. Mereka ini amat mementingkan kualiti, kejujuran dan integriti dalam proses pemilihan calon.

Tapi tak dinafikan, ada juga yang berjaya dengan cara ini.

Apa jua cara yang anda guna untuk mendapatkan kerja, cuba anda fikir kembali. Betul atau tidak cara yang digunakan.

Jangan lupa dalam Islam, berkali-kali mengingatkan kita untuk mencari rezeki dari sumber yang baik, bagi memastikan apa yang tumbuh dalam darah daging kita, dari perkara yang baik-baik.

ada apa dengan kabel2

Rezeki yang baik membuahkan hasil yang baik

Rezeki yang baik, jika diberikan kepada keluarga kita, insya Allah semuanya akan menjad baik-baik juga.

Jadi sekarang, jangan risau. Biarpun kita tiada kabel, kita usaha untuk lakukan yang terbaik. Insya Allah, yakinlah dengan Allah swt yang akan membantu kita.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga anda terus maju jaya dalam apa jua kebaikan yang anda lakukan.

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Ekonomi gawat! Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan?

oleh admin Leave a Comment

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat? Persoalan yang membuatkan kami tertanya-tanya. Sudah tahu ekonomi gawat, kerja kerajaan juga yang diburu. Mengapa kita tidak mempercambahkan kreativiti kita dengan memohon kerja di sektor swasta daripada mengharapkan kerja dalam sektor awam sahaja? Baik, di bawah ini kami akan kongsikan kupasan yang menarik mengenai isu ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan

Jangan fokus untuk cari kerja kerajaan semata-mata.

Mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan ketika Ekonomi Gawat?

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya “penanam – penanam anggur” ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

Ekonomi gawat Kerja Kerajaan2

Hutang sudah perlu dibayar, kerja masih belum kunjung tiba.

Akan tetapi, anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam

Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus….

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga? Mari baca penyelesaiannya ini..

oleh admin Leave a Comment

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga – anda pernah mengalaminya? Pasti anda berasa tidak senang duduk sewaktu sedang ditemuduga apabila anda berada dalam keadaan gugup. Malah, lebih teruk lagi bila keadaan tersebut mengganggu konsentrasi anda yang mahu fokus dalam sesi temuduga. Mahu tahu tips-tips berguna untuk mengatasi masalah gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga?

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

gugup, gemuruh gagap ditemuduga

Kedudukan tangan anda juga sebenarnya boleh menampakkan sama ada anda gugup atau dalam keadaan yang tenang.

Gugup, gemuruh, gagap ditemuduga.

1. Berlatih untuk pandang tepat ke mata panel penemuduga apabila beliau/mereka mengutarakan soalan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberanian dan keyakinan anda.

2. Sewaktu anda menjawab soalan, sila jawab dengan jelas supaya panel penemuduga faham apa yang anda ingin sampaikan. Sebenarnya, kalau kita bercakap dengan jelas, ia juga akan membantu meningkatkan tahap keyakinan kita.

3. Jika anda rasa gemuruh, tarik nafas dan lepaskan nafas perlahan-lahan sebelum memulakan percakapan anda.

4. Bagi yang beragama Islam, amalkan untuk membaca sebarang zikrullah atau selawat atau ayat Seribu Dinar dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda sepanjang proses temuduga.

5. Apa kata anda bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Ini sebenarnya memainkan peranan psikologi yang secara automatik, membuatkan kita akan rasa lebih rileks.

6. Tips terakhir, sila tegakkan badan anda dan duduk dalam keadaan yang lurus menghadap kepada panel penemuduga ketika ditemuduga. Duduk dalam posisi yang tegak akan menjadikan anda bertambah yakin.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda untuk dijadikan panduan ketika anda menghadapi temuduga kelak.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Selamat maju jaya dari kami Team Oh Kerjaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga

oleh admin Leave a Comment

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga mengenai temuduga yang mereka lalui amat membimbangkan. Ini kerana boleh mendorong calon-calon tersebut berasa over-confident dan mengambil ringan dalam temuduga yang dilalui. Mari kita lihat, apakah perkara yang biasanya disalah anggap oleh calon-calon temuduga.

salah anggapan calon-calon temuduga

Yakin itu penting. Awas, jangan sampai over-confident!

Salah Anggapan Calon-Calon Temuduga.

1. Memiliki Kelulusan Yang Cemerlang Samada Ijazah, Diploma mahupun Sijil

Bukan begitu sebenarnya. Bukan bekas graduan yang mempunyai CGPA 4.0 yang dicari oleh panel penemuduga akan tetapi adalah mereka yang mampu dan berkelayakan untuk menanggung kerja yang bakal disandang. Kelulusan yang cemerlang ini cuma membantu dari segi meningkatkan peratus kebarangkalian kita untuk dipanggil menghadiri temuduga. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang sekalipun, akan tetapi tidak “perform” semasa sesi temuduga [anda juga boleh gagal. Ramai calon yang beranggapan seperti ini telah gagal dalam temuduga kerja kerajaan, termasuklah saya dulu.

2. Seseorang Calon Itu Mesti Banyak Bercakap SemasaTemuduga

Memang tidak dinafikan banyak bercakap akan membantu kita semasa temuduga. Akan tetapi apakah butiran percakapan kita? Adakah kita bercakap sesuatu yang tidak kena mengena atau tidak membawa erti berkenaan soalan yang ditanya? Jika ya, buruk padahnya yang diterima jika anda berbuat sedemikian. Apa yang penting adalah, setiap yang kita ucapkan haruslah berkaitan dengan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga bukannya jawapan yang meleret-leret atau syok sendiri.

3. Lebih Lama Ditemuduga, Lebih Tinggi “chances” Untuk Lulus Temuduga

Cuba kita lihat, adakah seorang penyanyi yang menyanyi lama di atas pentas dalam satu program realiti seperti AF akan berjaya menjadi johan? Sudah pasti tidak. Begitu juga dengan temuduga, tidak semestinya jika akan lulus temuduga tersebut jika kita ditemuduga dalam 30-45 minit. Semuanya bergantung kepada kualiti kita dalam proses temuduga tersebut samada dari segi kebolehan kita menjawab soalan, penampilan diri kita, kelayakan kita, bakat, kekreatifan kita dan lain-lain lagi.

4. Ada Surat Sokongan/Kabel

Sekiranya kita memiliki kabel taupun orang dalam, tidak dinafikan kadang-kadang ianya membantu kita berjaya dalam temuduga. Akan tetapi adakah kesemuanya yang menggunakan kabel ini berjaya? Tidak sama sekali. Berapa kerat saja yang menggunakan kabel ataupun orang dalam yang berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Ada kabel sahaja tidak berguna jika semasa temuduga menggelabah dan gagal menawan hati panel penemuduga.Daripada pemerhatian saya, kebanyakan calon yang berjaya dalam temuduga tersebut adalah mereka yang berusaha sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan dalaman. Apa yang saya tahu, melalui temuduga SPA, boleh dikatakan tiada calon yang menggunakan kabel yang berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya calon tersebut memang benar-benar tidak layak. Lagipun, cuba kita fikirkan, kita mahukan pekerjaan yang tetap secara halal dan bersih serta juga adil. Adakah kita sanggup untuk mendapat pekerjaan tetap secara tidak bersih dan tidak jujur?

5. Senang Je Soalan Yang Ditanya.

Ini satu lagi anggapan salah yang sering difikirkan oleh calon. Tak semestinya kita dapat menjawab soalan yan g ditanya kita akan lulus temuduga tersebut. Ada juga calon yang tidak dapat menjawab soalan yang berjaya dalam temuduga tersebut. Mengapa? Sebenarnya panel ingin melihat kejujuran ataupun kelainan pada diri kita. Dan juga cara kita menjawabnya.. Jika soalan ditanya contohnya “Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 5? Adakah anda jawab Datuk Seri Najib Razak? Fikir-fikirkan lah cara anda menjawab yang sesuai…

6. Panel Penemuduga Sukakan Saya

Suasana temuduga meriah, ceria dan ada gelak ketawa. Sudah pasti kita menyangka kita akan berjaya. Belum tentu…Ini semua taktik je..Hehehhe Tetapi tidak dinafikan juga jika panel penemuduga memang benar sukakan kita, mereka akan kelihatan mesra dan ceria. Ada 2 kemungkinan di sini, samada kita memang benar-benar disukai atau mereka sekadar menjaga hati kita saja. Jadi jangan la gembira sangat yer…

Maklumat ini kami peroleh daripada Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Kisah motivasi dan kisah kejayaan dalam Temuduga yang jarang didengari

oleh admin Leave a Comment

Kali ini, kami mahu kongsikan bersama-sama anda, sebuah kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga salah seorang calon SPA yang mana sekarang beliau telah memegang jawatan dalam sektor awam. Mengapa penting untuk tahu kisah kejayaan ini? Kami mahukan kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga menjadi pembakar semangat kepada kita semua, supaya tidak kenal erti putus asa terutamanya dalam hal mencari kerja.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga

Usaha sehabis baik dan yakinlah segalanya terletak pada kekuasaan-Nya.

Kisah Motivasi dan Kisah Kejayaan Temuduga.

Saudara Jamal,

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat ebook saudara. 6tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana yang mengganggur. Apalah yang hendak dibanggakan, berbekalkan segulung Diploma dalam bidang
Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.32 sahaja!. Memang mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga SPA sebanyak 6 kali, kali terakhir baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan baik saya bernama Sofia, anak kepada seorang pegawai atasan tentera, ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Sumber Manusia. Sofia memang seorang
yg pandai, CGPA 3.40, dan keistimewaan yg ada pada Sofia adalah dia seorang yg petah berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila berhujah. Jadi, tidak mustahil jika Sofia boleh dapat kerja, kabel besar kan? Tapi dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat, ibubapa Sofia terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA SOFIA PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah calon yg ke 14, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 17 calon. Saya sampai pukul 7.25pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama 20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa macam tak puas pulak. Hehee

Sewaktu menghadiri temuduga, ini adalah seisi soalan antara panel dan saya setelah apa yg diajar oleh Sofia.

Panel : Boleh Puan Rahani ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?
Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya dah tanya kepada semua calon sebelum ini soalan yang bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Rahani, apa yg awak tahu mengenai sistem terbuka atau open source?
Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap “maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.

Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat
berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2
. (pinjam ayat Sofia) i luv you so much!!!)

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,”terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di sebuah jabatan. Yang hairannya salah seorg kawan saya turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.5 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yang saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi mampu menjawat jawatan di SPA namun berbekalkan keyakinan dan semangat yang tinggi mengatasi segalanya.

Kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kisah-Kisah Temuduga Untuk Renungan Pembaca OhKerjaya

oleh admin 1 Comment

Entri kali ini kami akan kongsikan Kisah Temuduga Untuk Renungan pembaca-pembaca semua. Semoga apa yang dikongsikan oleh kawan-kawan yang lain dalam entri ini dapat dijadikan panduan kepada kita, khususnya dalam hal menghadapi temuduga.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Asam garam temuduga – ada yang gagal, ada yang berjaya.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah Temuduga 1

assalamualaikum…

Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail, saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukun negara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya.

penemuduga bertanya kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tidak membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.” Itu sahaja yang saya ucapkan.

Ini lah pengalaman saya menghadiri temuduga.

Kisah Temuduga 2

Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat , saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya sedih, keluarga susah, mak dan ayah cuma pesawah padi, dah uzur…

Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya mohon… Hanya Tuhan yang tahu penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan.. Sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil …pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan… stress….tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti.. saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit di kalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam perkhidmatan awam… Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak mampu ….

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal dalam temuduga… Moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang…

Terima kasih

Amma

Kisah Temuduga 3

Kepada saudara Jamal.

Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya. Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya.. Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah bagus, mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam.. maka saya pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses..

Setelah saya memiliki e-book tersebut. Saya baca dari awal hingga abis, sehingga paham.. Oh, lupa pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2 keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3 minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Regency Specialist Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya, gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da bersedia dari awal. Ini semua berkat dari saya membaca E-book tersebut..

Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris.. antaranya seperti please introduce your personal in English, what you can do if you get this job.. Lebih kurang cam 2 la soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa Inggeris dengan cekap, tapi saya cuba menjawab soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin.. Kadang2 kene gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu.. Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks, hope we can Meet again at other time..hehe hentam saja lah..

Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss.. lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon lain masa 2..

Emm..saya sekarang ni dalam opis, kebetulan ada masa terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum, semasa dan Selepas interview.. Btol tak??

So, saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Jamal kerana menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book Ini untuk dibuat rujukan ..

Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan syarat setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak baca..tak paham..dan tak praktikkan..

K bye..

Kisah Temuduga 4

 

Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti saya, saya juga seorang yang diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.

Sueri..

Kisah Temuduga 5

Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)

salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni…

ok…citernya mcm ni…..

Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal… saya kahwin dan ikut suami ke Kuala Terengganu…

Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 Islam Hadhari… Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…

Soalan yang pertama ditanya mcm biasa…background kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu kahwin dan bercerai… Lastnyer penemuduga bertanya, “mcm mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM”. lantas saya menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…

Selepas daripada itu, siap la sesi temuduga saya…antara ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting kita mesti berani mempertahankan hujah kita

Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan – versi dialek SABAH)

helo encik jamal…

Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar sampai degree. Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree akaun selama 4 thn.. saya menjalani pratikal ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat part time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn welfare pekerja.

Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred 41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg kastam buat, tugas2 kastam.. awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat.. dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika wakil jabatan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2 panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik interview dekat 45 minit..

Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memberi soalan yg kita tahu nak jawab.

semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke SABAH an..
sekian..

Kisah-kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami.

Jumpa lagi entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2026 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran