• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Peperiksaan Online

Semak segera! Peperiksaan Online bagi memasuki Perkhidmatan Pereka Gred B41 pada 29 Julai 2015

oleh admin 1 Comment

Peperiksaan Online bagi memasuki Perkhidmatan Pereka Gred B41 pada 29 Julai 2015. Maklumat terkini Jadual Peperiksaan Online ada diterangkan dalam makluman Perkhidmatan Pereka Gred B41 ini.

Info Peperiksaan Online – Perkhidmatan Pereka Gred B41

Tarikh Peperiksaan: 29 Julai 2015
Masa: 03:00 PTG – 03:40 PTG

Mahu semak di Portal SPA?

KLIK DI SEMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEREKA GRED B41

Semakan Peperiksaan Online Pereka Gred B41

Sila klik link di atas

Maklumat lanjut tentang Perkhidmatan Pereka

Gred: B41

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
B41RM1,926.00RM8,687.00RM225.00

 

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41 

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan
    • Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis; atau
      GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM1,926.00 ]
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      GRED B41 [ Gaji Permulaan : RM2,133.30 ]

Ujian Khas:

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Sekali lagi, anda boleh membuat semakan no IC anda di portal RASMI SPA dengan KLIK SINI.

Sebarkan maklumat ini dengan share di Facebook, Twitter, dan Instagram.

 

Sebagai bantuan, dapatkan pakej rujukan lengkap dengan klik dibawah:

KLIK SINI untuk PAKEJ RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PEREKA B41 & B17

(Anda perlu dapatkan pakej ini jika mahu lulus Peperiksaan kali ini)

 

Giliran anda?

Sudahkah anda menyemak dan adakah anda dipanggil?

 

 

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

PERHATIAN buat lepasan SPM yang berminat menjalani Latihan Separa Perubatan di Malaysia. Ada pengumuman penting di sini!

oleh admin Leave a Comment

Pengambilan sebagai Separa Perubatan di Malaysia biasanya dibuka khusus untuk para pelajar lepasan SPM. Kerjaya sebagai Separa Perubatan merupakan kerjaya yang diminati ramai. Ini kerana selepas anda tamat mengikuti latihan tersebut, anda akan ditawarkan untuk berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Entri kali ini, kami akan berkongsi pelbagai maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk menyertai Latihan Separa Perubatan di Malaysia!

separa perubatan di Malaysia

Anda tahu bagaimana cara untuk menyertai Latihan Separa Perubatan di Malaysia?

Pengambilan Sebagai Separa Perubatan di Malaysia.

Apa bidang yang ditawarkan dalam Separa Perubatan di Malaysia?

Ada 13 bidang yang ditawarkan jika anda mengikuti Latihan Separa Perubatan. Apa yang anda perlu buat ialah, PILIH bidang mana yang sesuai dengan jiwa anda. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Jururawat Masyarakat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Oh ya! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan ini di sini.

Bila permohonan untuk Latihan Separa Perubatan di Malaysia ini dibuka?

Permohonan akan dibuka DUA KALI setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Flow untuk memohon Latihan Separa Perubatan di Malaysia.

  1. Anda perlu mengisi permohonan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika ini kali pertama anda log in di laman sesawang SPA, anda perlu Daftar Pengguna terlebih dahulu sebelum log in.
  2. Bagi yang LAYAK untuk menduduki Peperiksaan Online, pihak SPA akan memaklumkan kepada anda  melalui emel atau sms. Anda sudah tahu, bagaimana bentuk soalan bagi Peperiksaan Online Separa Perubatan? Klik sini.
  3. Jika anda LULUS peperiksaan online tersebut, anda akan disenarai pendekkan untuk tapisan kedua – TEMUDUGA!
  4. Bagi calon yang LULUS TEMUDUGA, anda kemudian akan mengikuti latihan selama 2 tahun setengah bagi program Sijil dan 3 tahun bagi program Diploma di kolej kejururawatan atau isntitusi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh anda mengikuti latihan tersebut, anda akan mendapat elaun bulanan dan juga beberapa elaun tamabahan yang lain.
  5. Selepas anda LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat Sijil atau Diploma, insya Allah anda bakal dilantik untuk menjawat jawatan di dalam KKM mengikut bidang latihan anda. Anda akan menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.
  6. Jika anda lulusan SIJIL, anda akan bermula dengan jawatan Staf Separa Perubatan Gred U17/Gred U/19. Manakala jika anda lulusan DIPLOMA, jawatan anda adalah Staf Separa Perubatan Gred U29.

Semoga entri ini dapat membantu anda memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Separa Perubatan di Malaysia.

Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Syarat Permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada DUA bahagian. Baca penuh di sini!

oleh admin Leave a Comment

Syarat Permohonan Separa Perubatan yang mungkin ramai yang telah terlepas pandang. Anda mahu tahu apa syarat permohonan separa perubatan bagi tahun 2015? Dalam entri kami yang sebelum ini, kami telah jelaskan kepada anda secara terperinci apakah syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan. 

syarat permohonan separa perubatan

Anda dah buat keputusan untuk mohon Sijil atau Diploma?

Apakah Syarat Permohonan Separa Perubatan untuk tahun 2015?

1) Sijil

Apa kelayakan yang anda perlu ada bagi program Sijil di bawah Latihan Separa Perbuatan?

1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains

3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!

Di bawah program Sijil ini, ada 3 program yang ditawarkan untuk anda iaitu:-

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Jururawat Masyarakat
  3. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

2) Diploma

1- Wajib ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2- Lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan)

3- Lulus 6 matapelajaran, 2 daripadanya mestilah kepujian.

Di bawah program Diploma pula, ada 10 program yang ditawarkan untuk anda, seperti:

  1. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  3. Latihan Jururawat Pergigian
  4. Latihan Juru X-Ray
  5. Latihan Jururawat
  6. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  9. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  10. Latihan Penolong Pegawai Farmasi.

Kami ada informasi tambahan untuk anda!

Ya! Khas untuk anda yang bakal berkecimpung dalam dunia Latihan Separa Perubatan ini!

Peperiksaan Online

  • Peperiksaan online ini akan dijalankan pada jam 8.00 pm.
  • Pastikan line internet anda bebas dari sebarang gangguan.
  • Skop soalan akan diberitahu oleh pihak SPA melalui semakan online.
  • Mengandungi 2 seksyen soalan iaitu Seksyen Pengetahuan Am dan Seksyen Psikometrik.
  • Seksyen Pengetahuan Am – adalah berkisar bidang perubatan, penyakit, pentadbiran Malaysia dan teknologi maklumat.
  • Seksyen Ujian Psikometrik – soalan ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan para pemohon.

Paling penting, jangan lupa bahawa permohonan ini adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ya! Bukan ejen-ejen lain!

Terima kasih kerana membaca dengan teliti artikel Syarat Permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada DUA bahagian. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat persediaan yang cemerlang!

Jangan lupa subscribe emel anda untuk dapatkan artikel-artikel kami akan datang yang sarat dengan pelbagai info semasa secara PERCUMA.

dan..

Adakah anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Jumpa lagi untuk entri akan datang!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

oleh admin Leave a Comment

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 akan berlangsung pada 15 April 2015 ini mengikut jadual peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Calon boleh buat semakan segera di sini http://e-semakan.spa.gov.my/jadual/

peperiksaan-spa-s27-penolong-penerangan

E-Semakan SPA 2015

 

 

Contoh soalan dan nota rujukan peperiksaan online penolong penerangan s27 telahpun dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya dalam masa terdekat ini secara terhad untuk membantu calon exam.

Untuk pengetahuan calon, contoh soalan yang pihak Tim Infokerjaya sediakan bukanlah soalan sebenar ataupun ramalan tetapi ia adalah contoh soalan sahaja. Ingat ya!

Dan masih tak percaya?

Tim Infokerjaya adalah sebuah Tim yang komited sejak tahun 2009 lagi yang telah membantu lebih dari 65,000 Graduan lepasan Universiti untuk lulus dalam exam kerja kerajaan berpandukan kajian-kajian soalan yang mereka kaji berdasarkan isu-isu semasa, sosial, ekonomi, budaya masyarakat dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan RUJUKAN PANTAS CONTOH SOALAN  PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 ini, calon hanya perlu mendaftar di dalam senarai menunggu kami di bawah ini:

KLIK SINI: http://ohkerjaya.com/preview-penolong-penerangan/

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27 ini mengandungi dua bahagian yang berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang terbaik di dalam semua bahagian jawapan.

Calon-calon dinasihatkan untuk tidak hanya tertumpu kepada satu bahagian sahaja. Peperiksaan ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B Dan Seksyen C.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan Am

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon. Ianya lebih berkait dengan soalan yang berbentuk pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1. Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini

A – England

B – Brazil 

C – Sepanyol

D – Perancis

 

2. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?

A-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

B-Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

C-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

D-Kementerian Sumber Manusia

 

3. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara

III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.

IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.

soalan-peperiksaan-arkib-penolong-s27

 

Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.

soalan-peperiksaan-arkib-s27-1

 

Panduan Lulus Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Jika anda mahu menjawab peperiksaan ini dengan baik, saya menyarankan calon untuk mendapatkan panduan khas yang dikeluarkan oleh Tim InfoKerjaya.

Panduan ini adalah lengkap dari segi cara menjawab dan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

KENAPA PERLU? Ini bertujuan supaya anda dapat membiasakan diri anda dengan skop soalan untuk peperiksaan ini dengan berbekalkan koleksi soalan yang disediakan.

Calon haruslah membuat persediaan awal dengan topik soalan dan cara menjawab soalan dengan betul mengikut skema jawapan yang diberikan supaya calon akan lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Isi kandungan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 adalah nota tambahan yang lengkap berkaitan dengan jawatan yang bakal disandang ditambah lagi dengan pelbagai koleksi soalan yang semestinya dapat membantu calon dalam menjawab peperiksaan online dengan mudah.

Didalam peperiksaan online, calon sudah semestinya boleh merujuk dari laman web seperti google tetapi calon tidak akan sempat untuk mencari maklumat yang diperlukan.

Oleh itu, calon perlu gunakan kebijaksanaan sendiri untuk mendapatkan rujukan pantas  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 ini.

preview copy penolong penerangan

Preview Copy Penolong Penerangan TERHAD!

 

Cara Mendapatkan Panduan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Calon dinasihatkan untuk menjadi yang terawal kerana panduan ini adalah terhad dan ianya dikawal dan sentiasa diselia oleh Tim Infokerjaya untuk menjaga kualiti setiap Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan yang telah dikeluarkan.

Oleh sebab itu, calon dinasihatkan untuk mendapatkan panduan ini dengan klik pada pautan di bawah.

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27

Semoga membantu! Kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

oleh admin Leave a Comment

OH Graduan! Dapatkan Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 di sini percuma untuk anda. Mungkin ada yang bertanya Preview Copy ini untuk apa dan apa manfaat untuk diri anda.

preview copy penolong penerangan

Preview Copy Penolong Penerangan TERHAD!

MUAT TURUN PERCUMA SEKARANG: Preview Copy Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Preview Copy ini merupakan versi percuma dari versi penuh rujukan peperiksaan online penolong pegawai penerangan S27 yang dikeluarkan oleh pihak Infokerjaya PLT.

Sejak tahun 2009, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda di sini.

Atas pengalaman ini kami mahu bantu anda dan lebih ramai lagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan dan berjaya dalam kerjaya pilihan anda.

Jika anda serius, kami juga serius dalam membantu anda!

Tawaran menarik menanti anda jika membeli full version Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Ini adalah rujukan utama yang mengandungi keseluruhan penerangan format peperiksaan. Antara kandungannya;

  • Anda akan tahu keseluruhan format 3 Seksyen penilaian Penolong Pegawai Penerangan
  • Faham apa sebenarnya yang dinilai pada setiap seksyen
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A
  • 60++ Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B
  • Lebih 100 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C
  • Strategi menjawab soalan setiap seksyen
  • Apa sebenarnya yang dinilai pada Seksyen C dan bagaimana ramai tersungkur dengannya!
  • 30 ++ Nota Ringkas untuk persediaan pantas anda. Ini bakal menjimatkan masa persediaan anda!
  • … dan banyak lagi

Rujukan ini bakal meletakkan anda dalam keadaan ‘sedar & sedia’ untuk menghadapi peperiksaan online pada 15 APRIL ini.

Maklumat lanjut anda boleh terus ke laman kami di sini: Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Contoh Soalan Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17 ok? Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan dijalankan pada 3 APRIL 2015 (JUMAAT).

Adakah anda terpilih? Semak di E-Semakan SPA.

Calon dianggarkan sekitar 45,000 dengan jawatan kekosongan yang ada ialah 700 Kekosongan. Lihat pengumuman SPA di bawah:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan II
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Pengenalan: Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan asas yang relevan dengan kerja-kerja harian dalam pengurusan dan pentadbiran yang perlu diketahui oleh semua pegawai yang berkenaan. Selain itu, kemahiran menaip pegawai juga akan dinilai.

Tujuan Peperiksaan: Memenuhi sebahagian syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Perkeranian Dan Operasi Gred N17

CONTOH SOALAN SEKSYEN A – Pengetahuan Am

1. Rekod merujuk kepada

I. Bahandalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwaatau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar,bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektroniktanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan I

2. Mengapakah rekod perlu diwujudkan?

A. Sebagai bahan bukti kepada sesuatu perkara yang berlaku sama adaperistiwa, arahan, keputusan, nasihat atau cadangan yang dibuat semasa melaksnakansesuatu tugas rasmi.
B. Untuk menyediakan maklumat dan rekod yang tepat dan memastikan rekoddisediakan pada individu yang tepat.
C. Memastikan rekod disediakan pada waktu dan tempat yang sesuai sertatepat dan rekod diurus sebaik mungkindan mengurangkan bebanan kos.
D. Memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses memutuskankeputusan

CONTOH SOALAN SEKSYEN B – Daya Menyelesaikan Masalah

  1. Sebuah mesin fotostat dengan kos RM 1,800.00 telah dibeli pada 1 Januari 2005. Aset ini disusutnilaikan pada 15 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

CONTOH SOALAN SEKSYEN C – Ujian Psikometrik

1. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju      B.Tidaksetuju C. Tidak Pasti

2. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya              B. Tidak          C. Tidak Pasti

3. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada sayakerana ianya kesukaan saya.

A. Ya             B.Tidak            C. Tidak Pasti

4. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A.Ya        B. Tidak              C. Tidak Pasti

5. Saya selalu didenda di zaman persekolahandahulu
A. Setuju   B. Tidak setuju   C. Tidak Pasti

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Nota dan Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri peperiksaan online ini, nota dan rujukan akan diterbitkan oleh Tim InfoKerjaya iaitu sebuah kumpulan pengkaji soalan dan contoh soalan berdasarkan format peperiksaan SPA sebelum ini. Rujukan pantas ini untuk membantu calon membuat persediaan awal sebelum tibanya peperiksaan pada 3 April nanti.

Tim Info Kerjaya telah keluarkan banyak Panduan Peperiksaan yang telah membantu calon merujuk dan membiasakan diri untuk menjawab exam seperti yang anda boleh lihat di bawah ini.

ANDA CALON PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TADBIR GRED N17?

Anda perlukan:

# Bahan Rujukan Pantas!
# Puluhan Contoh Soalan Setiap Seksyen A B dan C!
# Tips Lulus Exam Pembantu Tadbir!
# Khidmat Nasihat Daripada Tim InfoKerjaya Secara Berterusan

Berikan peluang untuk diri anda dibantu untuk LULUS peperiksaan online N17 dengan PERSEDIAAN Awal!

SILA KLIK DI SINI SEKARANG!

P.S: Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Contoh Soalan Dan Format Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

oleh admin Leave a Comment

Pada 25 Mac 2015 ini akan diadakan Peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Anda boleh membuat semakan menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau klik link semakan di bawah.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Untuk calon yang belum jelas tentang jawatan tersebut, anda boleh baca post lepas berkaitan jawatan sebagai Pegawai Psikologi. Kami sertakan juga maklumat tentang gaji dan syarat lantikan. (Sila baca di sini)

Format Peperiksaan Online SPA

Bermula tahun 2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia memperkenalkan format peperiksaan online terdiri daripada 3 seksyen utama iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan Am

Soalan bergantung pada jawatan yang ditawarkan. Untuk Pegawai Psikologi contohnya berkemungkinan besar akan ditanya tentang pengetahuan am dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini lebih memfokuskan kepada ujian berkaitan pengiraan. Ada tiga komponen ujian iaitu;

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data
  • Konsep Matematik

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Untuk makluman anda, ujian ini masih baru diperkenalkan. Ia sebenarnya bagi menguji sikap calon tentang apakah reaksi bagi setiap situasi yang diberikan.

Exam bagi seksyen ini agak mengelirukan bagi kami. Jadi kami kongsikan contoh soalan peperiksaan pegawai psikologi s41 ini untuk anda. Harapnya ia dapat sedikit sebanyak memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda tentang jenis soalan yang akan ditanya nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Psikologi S41

Contoh soalan exam online ini adalah contoh rasmi yang diedarkan melalui Portal SPA.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 25 Mac 2015

oleh admin Leave a Comment

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Di Malaysia, selalunya bidang ini dikaitkan dengan perkhidmatan kaunseling. Pegawai yang bertugas dikenali sebagai Pegawai Psikologi S41 (perkhidmatan awam). Mereka bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

Gaji Pegawai Psikologi S41

Di bawah ini kami senaraikan gaji bagi jawatan Pegawai Psikologi S41 yang berkhidmat di kementerian/jabatan perkhidmatan awam.

Gaji Minimum:

  • RM 1,909.00

Gaji Maksimum:

  • RM 8,644.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan adalah RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Psikologi S41

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,112.86 atau 

2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,112.86 atau

3. Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,521.70 atau

4. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,828.32 dan

5. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon Wajib Lulus Exam Online Pegawai Psikologi S41

Tahukah anda, bermula tahun 2014 SPA memperkenalkan peperiksaan online. Antara exam terbesar tahun lepas termasuklah:

1. Peperiksaan Online Kastam W41
2. Peperiksaan Online Pegawai Pentadbir Diplomatik M41
3. Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Untuk makluman anda, exam online Pegawai Psikologi S41 ini merupakan peperiksaan online pertama SPA bagi tahun 2015.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran