• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Berita Semasa

Oh! Benarkah 84.7% Masih Perlukan Pekerjaan Yang Diidamkan?

oleh admin Leave a Comment

Benarkah 84.7% Masih Perlukan Pekerjaan Yang Diidamkan? Survey yang OhKerjaya jalankan semalam mendapati masih ramai graduan yang perlukan kerjaya idaman mereka.

Keputusannya adalah seperti berikut:

84.7% mereka perlukan kerjaya idaman
5.1% mereka tidak perlukannya
10.2% mereka sudah selesa dengan pekerjaan sekarang.

Anda di kategori mana?

Jika anda di kategori 84.7% itu, anda sangat bertuah kerana Tim Oh Kerjaya!  sangat prihatin untuk membantu anda mencapai impian anda itu.

Sebenarnya pintu pertama yang harus diberi perhatian dan keutamaan adalah terletak pada RESUME yang anda akan hantar kepada bakal majikan baru anda nanti.

Lihatlah di sini berapa ramai yang telah berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan selepas mengetahui betapa pentingnya resume yang “Powerfull”

NOTA KAKI: Jika anda tak tahu cara nak dapatkan panduan menulis resume ini, anda boleh lihat 7 langkah mudah untuk memiliki semua panduan yang bakal merubah hidup anda kelak di bawah ini, dengan izin Tuhan.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Peluang Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Februari 2015

oleh admin Leave a Comment

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia membuka peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam untuk bulan Februari 2015. SPA sedang mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam yang mempunyai ciri ciri:

  1. Cepat
  2. Tepat
  3. Integriti
  4. Produktif
  5. Kreatif
  6. Taat Setia kepada Organisasi
  7. Bersifat Sedia Membantu

Lulusan Ijazah (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)
Bidang: Sains Pertuturan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– mempunyai 72 kekosongan

Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pendengaran)
Bidang: Audiologi
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– 23 Kekosongan sahaja yang tinggal

Jurutera (Elektronik) Gred J41
Bidang: Kejuruteraan Elektronik
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– ada 17 kekosongan sahaja

Jurutera (Elektrik) Gred J41
Bidang: Kejuruteraan Elektrik
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
– 15 kekosongan

Leftenan Muda Maritim Gred XA13
Bidang: Undang-undang/ Undang-undang Maritim, Kejuruteraan Mekanikal/ Elektrik/ Elektronik/ Jentera/ Perkapalan/ Aeronautik, Sains/Teknologi dalam Marin/Maritim / Samudera/ Oceanography, Sains Komputer.
(Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
– ada 40 kekosongan sahaja lagi

Lulusan Diploma (Kumpulan Sokongan I)

Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
Bidang: Undang-undang
(Jabatan Peguan Negara)
– mempunyai 11 kekosongan

Penolong Pegawai Syariah Gred LS27
Bidang: Perundangan Islam/ Syariah, Fiqh/ Usul Al Fiqh, Fiqh dan Fatwa, Syariah dan Undang-undang, Syariah dan Pengurusan, Syariah dan Politik, Pengajian Islam (Syariah), Syariah Islamiyyah
(Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
– 4 kekosongan sahaja lagi

Info mengenai peluang perkerjaan ini di Oh Kerjaya

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.

Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Dalam bulan Mac ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk beberapa Kementerian / Jabatan.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.

Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 1 Mac 2015 (Ahad) jam 11.59 malam.

Cara memohon jawatan kosong – Oh Kerjaya

Mohonlah secara online di Portal SPA:

http://www.spa.gov.my

Info lanjut?

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di ruangan komentar dibawah, pasukan Oh Kerjaya akan membantu anda kurang 24 jam.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 Diperlukan!

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Terbuka Tapisan Pertama Bagi Mengisi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Jawatan Kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jangan lepaskan peluang ini!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri Temuduga Terbuka Tapisan Pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

  • 8 Mac 2015 (Ahad)
  • 10 Mac 2015 (Selasa)
  • 12 Mac 2015 (Khamis)

Semua sesi temuduga akan berlangsung pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari di Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6, Aras 1, Kompleks Kota Darul Naim. Terhad kepada 30 orang sahaja.

Jawatan Kosong

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaunan)

i. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Gaji (termasuk elaun): Gaji adalah dibayar secara elaun sebanyak RM 2 336 sebulan (Secara Pukal) tanpa diberi pergerakan gaji tahunan.

(Gaji Pokok : RM 1 746 + ITKA : RM 160.00 + ITP : RM 180 + COLA : RM 250)

iii.  Taraf Lantikan : Pegawai Berelaun (Bergaji Pukal)

      Dekripsi Tugas : Bertanggungjawab membangun perisian baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Peringatan

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba aal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Sumber : laman SPA

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! E Penyata Gaji untuk Kakitangan Kerajaan (Slip Gaji Online)

oleh admin Leave a Comment

E-Penyata Gaji untuk kakitangan kerajaan kini lebih memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat semakan gaji secara online. Dengan adanya e penyata gaji yang di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, slip gaji kini boleh di semak secara online dan mudah di akses di mana sahaja. Kebiasaannya semakan ini boleh di buat sehari sebelum tarikh gaji kerajaan di keluarkan.

Untuk menyemak status anda, sila layari portal yang telah di sediakan oleh Jabatan Akauntan Negara. Sila lihat maklumat di bawah:

1. Layari : Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

2. Layari : Semakan e penyata gaji ( semakan gaji secara online untuk kakitangan kerajaan )

3. Jika untuk mendapatkan panduan cara pendaftaran untuk e penyata gaji, anda boleh dapatkan di sini :

[ Panduan Pendaftaran e penyata gaji ] 

Antara Fungsi lain yang istimewa yang terdapat pada sistem ini adalah anda boleh menyemak laporan pendapatan tahunan secara online. Penyata ini akan di simpan dalam sistem dan memudahkan anda boleh print pada bila-bila masa sahaja. Surat pekeliling yang telah dikeluarkan untuk perlaksanaan sistem e penyata gaji ini. 

Itu sahaja daripada admin. Di harap maklumat ini dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan untuk mengetahui cara dan tujuan menggunakan portal e penyata gaji ini.

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Maklumat Jawatan Perangkawan Gred E41

oleh admin Leave a Comment

Berikut merupakan maklumat jawatan perangkawan gred E41 dari sumber sah  – SPA 2015.

Perangkawan Gred E41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,914.00RM8,649.00RM225.00
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Associateship Institute of Statisticians London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,117.57 ] atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,526.41 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Dapatkan maklumat jawatan perangkawan gred E41 terus ke emel anda. Mahu?

Filed Under: Berita Semasa

OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja

oleh admin Leave a Comment

RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja. Percayakah anda RESUME adalah penyebab 367,000 graduan atau pencari kerja gagal mendapat kerja idaman mereka? Sebelum itu..Baca fakta ini…

  • 367,000 GAGAL mendapat kerja adalah kerana tidak tahu menghantar resume merupakan antara fakta menarik yang berlaku dalam senario sektor pekerjaan Malaysia.
  • Kegagalan memikat majikan juga merupakan antara faktor utama ramai pencari kerja kerajaan dan swasta gagal menjawat jawatan yang diimpikan.
  • Susah betul nak dipanggil temuduga. Padahal ‘skill’ temuduga dah TIP TOP dah…
  • Resume dah hantar kepada 37 buah syarikat. Satu pun tak sangkut…

Ok, itu antara fakta sebenar dan keluhan yang seringkali OhKerjaya terima dari pencari kerja.

Panduan Terbaru Kami – Rahsia Resume Kerja (RRK)

Ramai graduan pandang mudah pada resume kerana ianya hanya sekadar tulis latarbelakang kita dan akademik
Tetapi graduan tidak tahu, resume harus ditulis dengan ‘seni’nya dan harus menepati kriteria yang betulResume AHMAD tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Chong Keat.

Resume Chong Keat tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Kalaivani.

Ya, betul, anda harus ‘craft’ resume anda menjadi sesuatu yang unik dan  mewakili anda. Bukan sekadar menceritakan tentang latar belakang akademik terbaik anda hanya untuk “menjual” kepada bakal majikan sahaja. Anda perlu lakukan lebih dari itu.

Jangan abaikan resume. Hasilkan resume yang terbaik untuk anda dipanggil ke temuduga.

Anda perlukan rujukan ini kerana dalamnya ada ‘blueprint’ resume yang graduan abaikan. Ia hasil dari kajian kami selama ini.

Akses laman jualan Rahsia Resume Kerja (RRK)

Apa Yang Terkandung Dalam Rahsia Resume Kami?

Rahsia Resume Kerja yang baru sahaja kami edarkan pada hari ini mempunyai komponen berikut:
  1. Persediaan Resume Kerja – 92 muka surat
  2. 10 Template Resume Menarik – Pasang Siap Untuk Anda
  3. Cover Letter Sukses – 3 Contoh Cover Letter Sukses
  4. Soal Jawab Spesifik Resume – 39 muka surat
  5. Resume 5 Angka – 4 Contoh Resume Berjaya

Sekiranya OhKerjaya merasakan RESUME sesuatu yang perlu maka anda boleh dapatkan panduan tersebut di bawah.

https://ohkerjaya.com/panduan-rahsia-resume-kerja

OK! Jumpa di ruangan download nanti ya. OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa, Penulisan Resume

Oh! Semak Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan

oleh admin Leave a Comment

Semakan keputusan peperiksaan pegawai penerangan S41 ini dikongsikan kepada anda yang telah menghadiri peperiksaan pegawai penerangan S41 2015.

Berikut merupakan link semakan secara online yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti di bawah.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41 2015

Harus diingatkan, masih ada dua lagi penilaian oleh pihak SPA bagi calon yang berjaya dalam keputusan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 sebelum dapat menjawat jawatan Pegawai Penerangan. Tahap penilaian yang dimaksudkan ialah Sesi Penilaian Assessment Center (PAC) dan temuduga Pegawai Penerangan S41.

 

gambar queue ohkerjaya

Gambar oleh gadl cc

Sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ini, anda tidak perlu bersedih kerana anda boleh jadikan peperiksaan ini sebagai pengalaman dan mendapat kelebihan untuk menjawab soalan-soalan pada peperiksaan sesi terbaru nanti.

Kenalpasti dahulu kelemahan anda, cuba mengatasi kembali topik-topik yang anda lemah tersebut dan gunakan pengalaman tersebut untuk mengatasi calon lain. Semoga berjaya kepada yang kurang berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Info Pendaftaran Pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang anda mungkin belum tahu

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap]Info Pendaftaran Suruhanjaya Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA) yang anda mungkin belum tahu, akan anda ketahui sebentar sahaja lagi. Ramai yang belum tahu tentang maklumat ini. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda serba sedikit info menegenai Pendafataran Pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami ketahui. Semoga dengan membaca artikel ini dapat membantu anda dalam memudahkan urusan pendaftaran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca Info Pendaftaran Pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang anda mungkin belum tahu.

Pengenalan SMSM

Pada Januari 1997, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996. Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Pendaftaran Permohonan

Pemohon boleh memohon jawatan dengan menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bahagian ‘Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas)’. Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh lima tahun. Pemohon tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemohon-pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.

Jawatan Yang Boleh Dipohon

Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM, SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia/Sijil Politeknik/Sijil yang diiktiraf Kerajaan.

Urusan pengambilan bagi jawatan-jawatan kelayakan SRP/PMR dan ke bawah telah diwakilkan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan berkenaan. Kementerian/Jabatan tersebut akan mengiklankan jawatan tersebut di dalam akhbar tempatan dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah berhubung terus dengan Kementerian/Jabatan berkenaan apabila iklan dikeluarkan.

Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.

Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan.

Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah dua belas minggu daripada tarikh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan lengkap pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 24 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal . Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my

Bilakah Ada Kekosongan Jawatan?

Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sebagai contoh sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.

Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.

Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.

Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.

Peperiksaan

Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu, skim perkhidmatan mensyaratkan calon lulus peperiksaan khas yang ditadbir oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitu kognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal.

Calon-calon yang lulus peperiksaan khas akan dipanggil temu duga. Bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus peperiksaan disyaratkan lulus tapisan di ‘Assesment Centre’ sebelum dipanggil temu duga.

Temu Duga

Calon-calon yang berjaya melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pusat temu duga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan juga beberapa pusat temu duga kecil serta ibu negeri di Sabah dan Sarawak. Calon-calon akan dipanggil temu duga seberapa boleh di pusat temu duga yang dipilih atau yang berhampiran. Bagi membantu Lembaga Temu Duga, Suruhanjaya biasanya akan menjemput wakil dari Kementerian/Jabatan bersama Suruhanjaya mengendalikan temu duga. Ahli Suruhanjaya yang menjadi penemu duga terdiri dari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran, Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan, Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya. Kesemua penemu duga adalah mahir dalam mengendalikan temu duga berdasarkan pengalaman mereka di sektor awam.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

KEISTIMEWAAN CALON PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Terdapat Pegawai Sedang Berkhidmat dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing apabila memperolehi kelayakan akademik yang tinggi atau lulus Peperiksaan Khas. Keistimewaan bagi calon-calon PSL ialah sekiranya mereka layak mengikut skim perkhidmatan, mereka akan terus dipanggil temu duga tanpa dikenakan apa-apa tapisan. Walau bagaimanapun mereka perlu bersaing dengan calon lantikan terus iaitu perlantikan mereka akan mengikut prosedur dan peraturan yang sama dengan calon-calon lain kerana lantikan mereka bukanlah secara automatik.

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatam Awam (SPA)? Saya pernah baca e-book ini dan saya kira ia dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut menegenai SPA. Semoga berjaya! Terima kasih kerana meluangkan masa membaca Info Pendaftaran Pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang anda mungkin belum tahu.

Filed Under: Berita Semasa

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran