• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Kisah motivasi dan kisah kejayaan dalam Temuduga yang jarang didengari

oleh admin Leave a Comment

Kali ini, kami mahu kongsikan bersama-sama anda, sebuah kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga salah seorang calon SPA yang mana sekarang beliau telah memegang jawatan dalam sektor awam. Mengapa penting untuk tahu kisah kejayaan ini? Kami mahukan kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga menjadi pembakar semangat kepada kita semua, supaya tidak kenal erti putus asa terutamanya dalam hal mencari kerja.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

kisah motivasi dan kisah kejayaan temuduga

Usaha sehabis baik dan yakinlah segalanya terletak pada kekuasaan-Nya.

Kisah Motivasi dan Kisah Kejayaan Temuduga.

Saudara Jamal,

Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri temuduga. Mungkin pengalaman saya ini mampu menambah maklumat ebook saudara. 6tahun dulu saya adalah salah seorang ribuan di luar sana yang mengganggur. Apalah yang hendak dibanggakan, berbekalkan segulung Diploma dalam bidang
Kejuruteraan Komputer dan CGPA hanya 2.32 sahaja!. Memang mustahil saya nak dapat kerja.

Saya pernah menghadiri temuduga SPA sebanyak 6 kali, kali terakhir baru saya dapat setelah saya dapat rahsia dari kawan baik saya. Kawan baik saya bernama Sofia, anak kepada seorang pegawai atasan tentera, ibunya juga seorang pegawai tinggi kerajaan berkhidmat di Kem Sumber Manusia. Sofia memang seorang
yg pandai, CGPA 3.40, dan keistimewaan yg ada pada Sofia adalah dia seorang yg petah berkata2 dan mampu membuat org terkedu apabila berhujah. Jadi, tidak mustahil jika Sofia boleh dapat kerja, kabel besar kan? Tapi dia menafikan sekeras2 nya, dia tidak menggunakan kedudukan yg ada pada ibu dan ayahnya untuk medapatkan kerja sehinggakan setelah dia dapat, ibubapa Sofia terkejut kerana mereka pun sendiri tidak tahu bila anak mereka menghadiri temuduga.

APA RAHSIA SOFIA PADA SAYA?

Saya melangkah masuk, berpakaian kemas baju kurung warna ungu, serba unggu, saya fikir ungu itu warna lembut dan itulah baju pertama saya pakai kembali sewaktu melapor diri ke JPA. Saya hanya bermekap ala kadar sahaja, Saya adalah calon yg ke 14, saya dtg lambat, hari tu interbiu ada 17 calon. Saya sampai pukul 7.25pagi dan pukul 12.30 t/hari baru dipanggil masuk. Setiap calon disoal selama 20-30 minit tetapi saya hanya 15 minit sahaja, rasa macam tak puas pulak. Hehee

Sewaktu menghadiri temuduga, ini adalah seisi soalan antara panel dan saya setelah apa yg diajar oleh Sofia.

Panel : Boleh Puan Rahani ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang?

Panel : Baiklah, siapa nama sultan Perak?
Masa ini saya jawab penuh, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah Ghahrullah.

Masa tuh 2 org panel terkedu, dalam banyak2 calon saya yg jawab panjang dan penuh. Saya selamba je jawab, tuan tak perlu soal saya lagi sebab saya dah tanya kepada semua calon sebelum ini soalan yang bakal di soal dan semua dah ada jawapan. Mereka ketawa.

(Soalan IT) Puan Rahani, apa yg awak tahu mengenai sistem terbuka atau open source?
Masa tuh saya blank sangat, tapi saya tetap maintain senyum dan cakap “maaf tuan, saya pernah dengar tapi dah lupa”

Soalan pasal networking, saya terangkan mengenai LAN, MAN dan WAN.

Mengenai isu semasa, pasal perbentangan budget 2005. Saya cerita kan apa yg saya tahu sehingga panel kata OK.

Last sekali, sewaktu dia beri saya peluang untuk bercakap sebelum sesi tamat. Masa nih saya gunakan peluang sebaik mungkin, “Tuan, saya adalah antara ribuan di luar sana yg mengharapkan dapat
berkhidmat di sektor awam. Saya sedar saya bukanlah pandai, terbaik tetapi jika tuan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sektor awam ini, saya akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan saya dan belajar untuk jadi yg terbaik. Tiada satu pun manusia di dunia ini yg terus jadi pandai tanpa berusaha dan terus belajar kan? Sewaktu saya cakap nih, saya tenang dan tenung mata mereka dalam2
. (pinjam ayat Sofia) i luv you so much!!!)

Salah seorang drpd panel itu senyum pada saya dan berkata,”terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga ini, insyaallah saya akan tolong kamu, semoga kita berjumpa lagi.

Saya melangkah keluar dengan satu perasaan yg lega dan saya yakin saya dapat jawatan ini, betul setelah 4 bulan saya di tempatkan di sebuah jabatan. Yang hairannya salah seorg kawan saya turut serta menghadiri interbiu, CGPA dia 3.5 namun dia tak berjaya.

Kesimpulan yang saya dapat adalah tak semua yg memperolehi CGPA tinggi mampu menjawat jawatan di SPA namun berbekalkan keyakinan dan semangat yang tinggi mengatasi segalanya.

Kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Kisah-Kisah Temuduga Untuk Renungan Pembaca OhKerjaya

oleh admin 1 Comment

Entri kali ini kami akan kongsikan Kisah Temuduga Untuk Renungan pembaca-pembaca semua. Semoga apa yang dikongsikan oleh kawan-kawan yang lain dalam entri ini dapat dijadikan panduan kepada kita, khususnya dalam hal menghadapi temuduga.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Asam garam temuduga – ada yang gagal, ada yang berjaya.

Kisah Temuduga Untuk Renungan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Kisah Temuduga 1

assalamualaikum…

Nama saya Amy (nama sebenar dirahsiakan). Saya merupakan pelajar di sebuah IPTA di utara semenanjung Malaysia dan sedang menuntut di dalam bidang kejuruteraan. Saya berpengalaman menghadiri temuduga di SPA dan telah mendapat jawatan tersebut, tetapi terpaksa menolak. Mungkin ini merupakan satu kerugian bagi saya,tetapi, saya ada alasan saya tersendiri mengapa saya menolak jawatan tersebut.

Setelah mendapat keputusan SPM pada tahun 2004, seperti biasa, saya mengisi semua borang termasuk UPU, IKBN dan tidak ketinggalan borang SPA secara online. Memandangkan keputusan yang saya perolehi bukanlah keputusan yang boleh dibanggakan (3A) sahaja, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya telah diterima untuk menyambung pelajaran ke program matrikulasi panggilan kedua selama setahun.

Keputusan saya di matrikulasi juga tidaklah membanggakan dengan mendapat CGPA 2.44 sahaja. Saya tetap mencuba untuk mengisi borang UPU. Setelah keputusan UPU diumumkan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dimana saya menuntut sekarang. Tetapi, dalam minggu yang sama saya mendapat surat panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Tarikhnya adalah pada hari rabu dan hari isnin minggu yang berikutnya saya terpaksa mendaftar ke IPTA.

Saya mencuba nasib untuk temuduga di SPA dengan niat ingin meraih pengalaman perasaan ditemuduga memandangkan saya tidak pernah menghadiri temuduga. Berikut adalah sesi temuduga yang saya alami.

Saya memakai baju kurung berwarna merah lembut, bertudung putih serta berkasut tutup penuh dan bersolek ala kadar sesuai dengan imej saya. Dengan hanya membawa sebuah fail, saya duduk menunggu giliran untuk ditemuduga sambil ditemani arwah ayah. Sebaik sahaja nama saya dipanggil, saya masuk dengan perasaan berdebar-debar sambil memberi salam kepada penemuduga. Setelah dibenarkan duduk, barulah saya melangkah untuk duduk.

penemuduga: Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Saya menceritakan seringkas mungkin mengenai diri saya
—-> nama penuh, adik beradik, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, tempat asal, taraf pendidikan.

penemuduga: Sebutkan rukun negara.

alhamdulillah saya dapat menghafalnya.

penemuduga bertanya kepada saya,
“dah ada org bgtau yer…” saya hanya menjawab ringkas,
“kebetulan tuan, saya selalu mendengar iklan di televisyen…” mereka hanya tersenyum dgn jawapan saya.

penemuduga: Apakah nama yang dipertuan Agong?

Saya lupa nama penuh yang dipertuan Agong yang pada masa itu ialah Sultan Perlis, tapi saya tetap mencuba, saya tidak dapat menjawabnya, dengan sopan saya meminta maaf.

Penemuduga juga ada menanyakan saya istilah yang digunakan dalam akaun, tetapi saya jujur mengatakan saya tidak pernah mendengar kerana saya tidak mengambil subjek akaun.

penemuduga: Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?

Saya menjawab tentang dasar kerajaan yang mengutamakan pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Saya hanya manjawab ala kadar berdasarkan pembacaan saya dan saya juga mendengar pendapat mereka tentang isu ini. Saya juga tidak membangkang pendapat mereka sebaliknya hanya mengangguk dan mendengar pendapat mereka. Saya hanya bersuara apabila ditanya.

Kemudian, saya diberi peluang untuk bertanya, tetapi saya hanya berkata,”saya tiada soalan untuk ditanyakan, tetapi, saya amat berharap saya akan diterima untuk jawatan ini. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas walaupun saya tiada pengalaman untuk menguruskan akaun. saya akan bertanya pada mereka yang lebih pengalaman supaya saya dapat menjalankan tugas dengan baik. terima kasih.” Itu sahaja yang saya ucapkan.

Ini lah pengalaman saya menghadiri temuduga.

Kisah Temuduga 2

Salam hormat.

Encik untuk pengetahuan saya merupakan lulusan universiti berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. grad pada 2002 , start pada tu tiap2 tahun saya renew permohonan dalam perkhidmatan awam. Bayangkan encik, dalam tujuh tahun ni saya berhempas pulas mendapatkan kerja yang bersesuaian tapi tak berjaya. Impian saya nak berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Tapi sampai sekarang belum dapat , saya sabar dan mencuba lagi. Selama ni memohon hanya dua kali ditawarkan temuduga . Jawatan Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir. Saya prepare untuk setiap temuduga.. tapi kat mana silapnya ,, saya tak tau… saya sedih, keluarga susah, mak dan ayah cuma pesawah padi, dah uzur…

Duit dah banyak habis,,, beli borang, setem, fotostat sijil2 , dan macam2 lagi….setiap iklan dalam paper saya mohon… Hanya Tuhan yang tahu penderitaan emosi saya selama 7 tahun ni.. sekarang ni saya menganggur kerana tiada pekerjaan.. Sempat bekerja sebagai kerani di kedai kecil …pendapatan pun cukup2 makan adalah dalam RM500. 00 sebulan.

Bila gagal dua kali temuduga , ianya merupakan kesan yang besar bagi saya,, seminggu saya macam diawang-awangan… stress….tak dapat menerima hakikat ni… walhal semua saya dah study apa yang akan ditemuduga nanti.. saya akur akhirnya mungkin tiada rezeki.

Encik, sejak saya study lagi cita2 saya nak berkhidmat dalam sektor awam…kerana persaingan yang sungguh sengit di kalangan lulusan ijazah untuk mendapatkan kerja.. saya juga memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM…

Saya berdoa supaya semangat saya tak padam untuk memohon dalam perkhidmatan awam… Sayu dihati ni, emak saya menangis melihat keadaan saya kerana sejak dari sekolah lagi saya berhempas pulas belajar, sanggup bersusah payah demi pelajaran bila berjaya nanti nak tolong keluarga … tapi sampai sekarang ni saya tak mampu ….

Jadi untuk pengetahuan cik, saya adalah diantara lulusan ijazah yang merasai betapa perit dan maungnya bila gagal dalam temuduga… Moga encik dapat memberi dorongan atau kata nasihat yang perlu saya lakukan sekarang…

Terima kasih

Amma

Kisah Temuduga 3

Kepada saudara Jamal.

Disini saya ingin menceritakan pengalaman dan kejayaan saya. Tentang temuduga yang saya hadiri tempoh hari… Mungkin kisah ini terlalu panjang tapi ia bermakna buat saya.. Sejak saya memiliki line internet dirumah,,memang saya gemar melayari internet..tp…bab yang positif la.. Selepas Saya tamat exam stpm,hati saya terpanggil untuk mencari pekerjaan di internet.. Lalu saya cari lah laman web kerja Kerajaan ..manalah tau ada jawatan kosong yang ditawarkan, sebab saya memang inginkan kerja di Sektor Awam.. Cari punya cari,,saya terpandang satu tajuk yang saya kira sangat menarik iaitu e-book rahsia lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Saya berkata, wah! Ini sudah bagus, mengenangkan saya pun tidak ada pengalaman dan pengetahuan tentang interwiew dalam sektor awam.. maka saya pun klik pada tajuk tersebut..bila dikaji, saya nak memiliki e-book 2 untuk dibuat rujukan..saya pun membelinya dengan melalui beberapa proses..

Setelah saya memiliki e-book tersebut. Saya baca dari awal hingga abis, sehingga paham.. Oh, lupa pulak, satu hal lagi, sebelum ini saya dah banyak send resume di tempat2 keje samada sektor awam dan swasta… Selang 3 minggu kemudian, saya dapat panggilan dari Regency Specialist Hospital..mereka menawarkan jawatan Data Entry Clerk kepada saya.. Saya pun apa lagi terus setuju la.. Esoknya saya pergi interview di hospital tersebut.. Pakaian saya, gaya saya, cara percakapan saya semuanya saya ikut daripada E-book lulus temuduga spa tersebut.. Kiranya saya da bersedia dari awal. Ini semua berkat dari saya membaca E-book tersebut..

Semasa di interview..saya disoal dlm bahasa Inggeris.. antaranya seperti please introduce your personal in English, what you can do if you get this job.. Lebih kurang cam 2 la soalannye, pulak tu saya tak boleh berbahasa Inggeris dengan cekap, tapi saya cuba menjawab soalan mereka dengan tenang, senyuman dan yakin.. Kadang2 kene gelak juga dengan mereka..mungkin salah kot bahasa inggeris Saya..tapi x pe lah asalkan saya tak diam membisu.. Masa selesai interview 2 saya ckp la..thanks, hope we can Meet again at other time..hehe hentam saja lah..

Selang 3 hari, saya dapat panggilan sekali lagi dari Regency Specialist Hospital.. Akhirnya jawatan Data Entry Clerk jatuh di tangan saya.. Berjaya juga akhirnya..opss.. lupa nak cakap..masa saya pergi interview ade 4 orang calon lain masa 2..

Emm..saya sekarang ni dalam opis, kebetulan ada masa terluang..kerja pun dapat diselesaikan awal…so saya ambil peluang ini untuk menceritakan pengalaman saya. Kalau e-book ini saya tak baca atau tak ada..mungkin saya Tak dapat pekerjaan sekarang ini..yelaa…mungkin pakaian saya ikut suka hati..tak tau adab2 sebelum, semasa dan Selepas interview.. Btol tak??

So, saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Jamal kerana menyediakan e-book ini..saya rasa semua orang yang belum dapat pekerjaan tapi kelulusan bagus patut memiliki e-book Ini untuk dibuat rujukan ..

Sekian terima kasih..dan selamat maju jaya untuk en.jamal Dan sesiapa yang membaca kisah ini.. Tapi dengan syarat setelah memiliki e-book ini,,anda perlu baca bnyk Kali sehingga paham. Tak de maknanya kalau beli tapi tak baca..tak paham..dan tak praktikkan..

K bye..

Kisah Temuduga 4

 

Saya turut bersimpati dan harap cik Amma bersabar mungkin itu ada dugaan hidup kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Seperti saya, saya juga seorang yang diketegorikan orang miskin.Saya terpaksa menanggung pembelajaran sendiri dengan kerja sambilan dan hanya cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi dengan kehidupan di bandar KL.

Ayah saya hanya penoreh getah dan tidak mampu menampung adik-beradik kami yang ramai. Hanya saya seorang yang merantau ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran dan berusaha berkerja sambilan untuk menampung kehidupan sendiri dengan harapan mendapat perkerjaan yang lebih baik selepas tamat pengajian kelak.

Saya juga terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Sabah. Walaupun ayah saya tidak dapat mengirim duit untuk perbelanjaan saya tetap kuat dan tabah untuk mencari rezeki disini. Tapi saya tidak pernah salahkan ibubapa saya malah harapan saya suatu hari nanti saya dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.

Saya juga berasa tertekan bila saya tamat pengajian nanti adakah nasib saya sama dengan garaduan2 lain apatah lagi saya hanya taraf diploma landscape sahaja. Tapi dengan adanya nasihat dan panduan daripada Jamal saya rasa saya lebih tenang menghadapi kemungkinan dan sentiasa berdoaa kpa Tuhan.

Sueri..

Kisah Temuduga 5

Dari seorang peguam syarie (nama dirahsiakan)

salam…
hai cik jamal…
terima kasih ya atas email yg berguna tu…
saya pun ada satu pengalaman temuduga yang nak dikongsi ni…

ok…citernya mcm ni…..

Pada tahun 2006, bulan 10 saya baru jer habis praktikal kat Penjara Pengkalan Chepa…pada bulan tersebut juga saya kehilangan ibu tersayang…al-fatihah- habis praktikal… saya kahwin dan ikut suami ke Kuala Terengganu…

Dalam bulan 12.2006 saya di panggil temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah. Tempat temuduga di Kelantan. SUK Kota Bharu…hari ditemuduga tu saya pakai baju kurung warna kuning lembut, tudung warna hitam dan kasut penuh. Saya dtg temuduga ni xder persiapan langsung…masa tgh menunggu giliran tu, adala saya tengok ciri2 Islam Hadhari… Sampai giliran saya di panggil, Ya Allah…berdebarnya…tp masih cool lg…

Soalan yang pertama ditanya mcm biasa…background kita…lepas tu masuk isu semasa…bab hal keluarga…isu kahwin dan bercerai… Lastnyer penemuduga bertanya, “mcm mana nak masuk kerja kerajaan sedangkan BI saya x lulus dlm SPM”. lantas saya menjawab la…mmg dalam sijil saya x lulus…tp saya blh bercakap BI…lantas mereka menyuruh saya bercakap dlm BI….so…saya tunjukla kebolehan saya…

Selepas daripada itu, siap la sesi temuduga saya…antara ramai2 yang ditemuduga…sayalah yang paling lama ditemuduga. Alhamdulillah bulan 4.2007 saya dipanggil untuk jawatan tersebut. Sekarang saya bekerja sebagai peguam syarie. Itulah pengalaman saya semasa ditemuduga. apa yang penting kita mesti berani mempertahankan hujah kita

Kisah Temuduga 6 (versi asal dikekalkan – versi dialek SABAH)

helo encik jamal…

Selamat petang..saya orang Sabah. tinggal pedalaman dan kebanyakaan anak kampung saya mungkin tima saya tu bilangan anak kampung saya jarang dpt sambung belajar sampai degree. Mungkin saya salah seorang yg bertuah.Ini pengalaman saya ketika di interview.

Selepas sahaja saya tamat pengajian di UMS Kota Kinabalu dalam degree akaun selama 4 thn.. saya menjalani pratikal ketika semester terakhir..saya pratikal selama 3 bln dan diserapkan sebagai permanent staff di audit firm sebagai tax consultant sebab saya senang dgn kerja ni.lagi pun semasa semester break ketika d ums pun saya selalu buat part time di company ni jadi saya rasa mereka terus mangambil saya. Saya suka dan senang dgn kerja ni.Senior manager yg bagus dan partner (big boss) yg concern dgn welfare pekerja.

Saya juga aada memohon jawatan kerajaan gred 41..dgn rezeki Tuhan saya di panggil exam utk memasuki skim 14 jawatan gred 41.Saya seorang sahaja yg lulus dari antara coursemate saya yg sama2 apply jawatan berkaitan. Tidak lama kemudian saya dipanggil unttk first temuduga jawatan penguasa kastam w41..sya memang excited dan buat persiapan rapi seperti cari carta organisasi jabatan, cara kerja kastam, apa yg kastam buat, tugas2 kastam.. awal pagi saya dtg interview ketika itu saya msh kerja dgn audit firm swasta.Time interview tu..sya org pertama
diinterview dan saya sgt nervous sebab sya punya fizikal adalah yg pling kecil sebab anggapan saya kastam hanya mau mereka yg tegap, tinggi, kuat.. dalam hati sya berbisik, tak apalah sya sudah sampai baik teruskan sahaja.

Ketika masuk saya ketuk pintu bagi salam selamat pagi..sya tak duduk terus..selagi dia tak benarkan sya duduk sya tidak duduk..pastu dia bagi duduk and suruh perkenalkan diri dlm bahasa inggeris.Saya jwab dgn senyuman..ketika wakil jabatan kastam tanya sya soalan2 yg pelik2..sya jawb berdasarkan apa yg saya kaji sahaja.Dan dgn sya tak sangka2 panel tu soal saya dan dia pula yg jawab sendiri. Saya just menangguk sahaja dan seolah2 sesi temuduga tu macam jadi berbual antara kawan tapi sya tak lebih2. Sebab saya juga ingin tahu bidang tugas kastam. Bila sya habis interview, kawan selepas saya bagitahu saya berada di dlm bilik interview dekat 45 minit..

Selepas interview tu sya selalu pigi church and bawa dlm doa semoga disitu rezeki sya..syukur Tuhan..sya di pgl utk lapor diri di akademi akmal melaka pada 27 julai 2008..dgn dgn secara kasarnya sya sdh berkhidmat di jabatan kastam diraja malaysia hampir 8 bulan dan bertugas sebagai penguasa kastam w41 di stesen Sandakan.

Biarlah kita jauh di pedlaman sekalipun..kalau kita berusaha dan tekad pasti disitu rezeki kita. Saya bersyukur sangat2. even fizikal kita kecil jgn lah kita rendah diri,mesti kita ada kekuatan dalaman lain yg org tegap atau kuat ada. Mungkin kita pandai membawa diri ketika interview, mudah terima nasihat dan pandangn ketika panel memberi soalan yg kita tahu nak jawab.

semoga penglaman ni memberi motivasi kpa yg lain utk masuk jawtan kerajaan. sya minta maaf jika bahasa saya lebih ke SABAH an..
sekian..

Kisah-kisah ini kami pinjam dari Blog Temuduga Kerja Kerajaan

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jangan lupa subscribe emel anda untuk mendapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami.

Jumpa lagi entri akan datang!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Anda pasti tertanya-tanya, di manakan anda boleh mendapatkan sumber “soalan bocor” untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 ini, bukan?

Tahniah kerana anda telah datang ke website yang betul, yang mana kami akan kongsikan dengan anda Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17

Buat persediaan yang mantap berkaitan jawatan pilihan anda!

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17.

Ketahui Skop Tugas jawatan Pembantu Tadbir mengikut bahagian.

Sedikit maklumat dari kami untuk pengetahuan anda bahawa Pembantu Tadbir Gred 17 terdiri daripada pelbagai bidang perkhidmatan seperti Perkeranian/Operasi, Kewangan dan Undang-Undang.

Di bawah ini kami senaraikan skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 mengikut bahagian masing-masing.

1) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian yang selari dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian seperti menyelenggara fail atau dokumen, pengiraan, menyediakan laporan bulanan dan statistik.

2) Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

  • Bertanggungjawab bagi tugas-tugas kewangan dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan yang berkaitan.
  • Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

3) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17

  • Bertanggungjawab menyediakan fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam lain mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Soalan yang kami sediakan untuk anda di bawah ini adalah soalan yang mungkin anda rasa simple dan remeh. Untuk pengetahuan anda, soalan beginilah sebenarnya soalan yang menyerlahkan identiti diri anda tanpa anda sedar. Pastikan anda membuat persiapan yang mantap bagi menjawab persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan.

  1. Cara Perkenalkan Diri
  2. Mengapa tidak sambung belajar ke IPT
  3. Pengalaman kerja terdahulu?
  4. Kenapa memohon jawatan ini?

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua untuk membantu anda membuat persiapan rapi sebelum ditemuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred 17.

Terima kasih kerana membaca artikel Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Panduan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini dirahsiakan?

Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda memberikan tips dan info Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41

Pastikan anda mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kuat untuk menceburi bidang ini.

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Ringkasan mengenai Pegawai Psikologi S41.

  • Skop tugas seorang Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti – aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
  • Pegawai Psikologi S41 adalah jawatan dalam kategori kumpulan Pengurusan dan Professional. Pegawai Psikologi S41 yang layak akan berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam Sektor Kerajaan.

Syarat untuk menjadi Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaGaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,521.70 atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,828.32 dan
Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL).

  1. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41. Namun, ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Antara Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi S41

Berikut kami berikan contoh–contoh soalan temuduga yang kebiasaannya akan disoal oleh penemuduga. Pastikan anda bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan.

  1. Bagaimana Cara Anda Perkenalkan Diri
  2. Pengalaman kerja terdahulu?
  3. Kenapa memohon jawatan ini?

Terima kasih kerana anda telah meluangkan masa dengan membaca info dalam Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 ini. Semoga apa yang kami kongsikan dengan anda dapat membantu anda membuat persiapan sebelum melangkah ke fasa temuduga bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41.

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan

oleh admin 1 Comment

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan bukanlah perkara yang baru sebenarnya. Namun, ramai dari kalangan fresh graduate kebanyakannya telah melatah mendengar berita

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan, memandangkan mereka golongan yang amat memerlukan pekerjaan. Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan dengan anda Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan

Anda sudah ambil tindakan alternatif menangani masalah pembekuan kerja sektor awam?

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan?

1) Sebagai langkah untuk mengawal saiz perkhidmatan awam

Graduan lepasan universiti saban tahun semakin meningkat. Lalu, wujudnya persaingan yang sengit antara para graduan untuk merebut satu-dua jawatan kerajaan yang kosong. Tapi jangan risau! Insya Allah kami team Oh! Kerjaya akan cuba membantu anda semua untuk merealisasikan impian anda untuk berkerja dazlam sektor awam.

2) Kekosongan jawatan MASIH wujud kerana wujudnya faktor seperti persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan kakitangan awam yang lain.

Maklumat yang amat penting untuk anda tahu ialah pengambilan baru tidak dibekukan 100%, sebaliknya anda masih mempunyai peluang untuk mebgisi kekosongan jawatan dalam sektor awam jika berlaku kes-kes seperti berikut.

3) Pembekuan jawatan pernah dilaksanakan pada tahun-tahun terdahulu. ndekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.

Untuk makluman anda, sebenarnya isu pembekuan jawatan baru dalam sektor awam ini telah lama dilaksanakan seperti tahun 2008, 2010 dan 2011. Hal ini kebiasaannya bersifat sementara, namun tetap memakan masa untuk menunggu keadaan pulih seperti sediakala. Namun, jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa! Teruskan memburu kerja dalam bidang swasta pula.

4) Berlaku penyeimbangan antara perkhidmatan awam dengan peluang pekerjaan di sektor swasta.

Perkara ini sebenarnya memberikan kesan yang baik juga tanpa kita sedar. Ini kerana, para graduan akan beralih penumpuan dalam mencari kerja kepada bidang swasta. Terdapat pelbagai syarikat yang memerlukan kepakaran fresh graduate seperti anda untuk memajukan syarikat mereka. Hal ini selaras dengan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang Perlu Anda Lakukan?

  1. Kemaskini borang SPA8i sekerap mungkin.
  2. Cari kerja dalam sektor awam dan juga swasta.  Antara laman web yang berkaitan adalah seperti Portal JobsMalaysia
  3. Jangan lupa untuk terokai peluang kerjaya dalam sektor swasta juga bagi menambah pengalaman kerana Pengalaman kerja di sektor swasta sangat berbeza dengan sektor awam. Sekurang-kurangnya, dengan pengalaman yang anda ada bolehlah dijadikan sebagai modal meningkatkan prestasi kerja anda di tempat baharu kelak!
  4. Pastikan resume anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru. Jangan lupa untuk ‘menggoda’ bakal majikan anda melalui persembahan resume anda!

Jadi, anda suda jelas dengan isu pembekuan kerja kerajaan ini.

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua!

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran