• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! 15 Soalan Temuduga Bomba yang sengaja dirahsiakan daripada umum

oleh admin Leave a Comment

15 Soalan Temuduga Bomba yang SENGAJA DIRAHSIAKAN dari umum. Eh, anda tahu mengapa Soalan Temuduga Bomba ini dirahsiakan? Ketahui apakah 15 Soalan Temuduga Bomba tersebut dalam entri ini.

soalan temuduga bomba

Anda betul-betul berminat menjadi salah seorang ahli bomba? Jadi, teruskan baca artikel ini.

Oh! 15 Soalan Temuduga Bomba yang sengaja dirahsiakan dari umum.

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

  2. Adakah anda sudah berkahwin?

  3. Mengapa anda mahu berkhidmat dalam kerjaya bomba?

  4. Terangkan mengenai misi dan visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

  5. Siapakah nama Ketua Pengarah JBPM?

  6. Bagaimana anda mengendalikan kebakaran yang berlaku di rumah dan di pejabat?

  7. Apakah contoh bahan kimia yang boleh menyebabkan kebakaran?

  8. Bagaimana untuk merawat luka yang melecur akibat terkena air panas?

  9. Sebutkan cara yang paling berkesan untuk memadamkan kebakaran akibat elektrik.

  10. Ceritakan bagaimana anda menggunakan alat pemadam api.

  11. Katakan anda tinggal di sebuah rumah banglo 3 tingkat, di manakah tempat yang sesuai untuk memasang alat pengesan asap?

  12. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai untuk diletakkan di rumah?

  13. Sekiranya anda terperangkap dalam sebuah bangunan yang dipenuhi asap, bagaimanakah anda hendak menyelamatkan diri dengan cara yang paling selamat?

  14. Apakah keburukan memakai sarung tangan basah semasa mengendalikan periuk yang panas?

  15. Apakah cara yang paling berkesan untuk memadamkan api yang terbakar dalam periuk semasa anda memasak di dapur?

Anda sudah ada jawapan untuk soalan-soalan ini? Jika ya, bagus! Jika belum, inilah peluang anda untuk memperkemaskan persediaan anda sebelum tiba hari temuduga! Jangan bertangguh untuk buat persiapan.

Untuk makluman anda, soalan-soalan ini kami peroleh daripada laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kami harap, perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat persediaan yang mantap untuk menghadapi temuduga sebagai kakitangan bomba. Buat sehabis baik ya! Elakkan kecacatan yang boleh menyebabkan anda gagal dalam sesi temuduga.

Semoga berjaya dalam apa yang anda lakukan! Jangan lupa subscribe email anda ya untuk terus dapatkan entri-entri terkini kami secara PERCUMA!

Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015

oleh admin Leave a Comment

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 merupakan detik-detik yang amat ditunggu oleh para pekerja setelah berkerja keras selama sebulan. Adakah anda tahu tarikh sebenar gaji para pekerja dalam perkhidmatan awam? Selain daripada anda boleh menyemak penyata gaji secara online, di sini kami lampirkan tarikh-tarikh sebenar gaji anda akan dibayar!

Jadi, teruskan membaca artikel ini!

tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam

Gaji oh Gaji!

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015.

Bulan

Tarikh

Hari

Cuti Umum

Januari

22.01.2015

Khamis

—

Februari

12.02.2015

Khamis

Tahun Baru Cina

19-20/2/2015

Mac

25.03.2015

Rabu

—

April

23.04.2015

Khamis

—

Mei

21.05.2015

Khamis

Pesta Keamatan/Menuai

30-31/5/2015

Jun

25.06.2015

Khamis

Hari Gawai

1-2/6/2015

Julai

09.07.2015

Khamis

Hari Raya Puasa

17-18/7/2015

Ogos

25.08.2015

Selasa

—

September

17.09.2015

Khamis

Hari Raya Haji

24/9/2015

Oktober

22.10.2015

Khamis

—

November

25.11.2015

Rabu

Hari Deepavali

10/11/2015

Disember

17.12.2015

Khamis

Hari Krismas

25/12/2015

Selepas anda tahu Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015, mudahlah untuk anda sebagai kakitangan awam merancang percutian bersama keluarga. Jangan lupa untuk pastikan tarikh cuti sekolah tally dengan tarikh gaji anda, ya!

Oh, ya!  Jangan lupa rajin-rajin untuk rujuk Jabatan Akauntan Negara ye untuk tengok maklumat terkini tentang Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 yang terkini, jika ada sebarang pindaan tarikh.

Kami harap, entri Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2015 ini dapat menjadi garis panduan untuk anda merancang kegunaan gaji anda sebaik-baiknya.

Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Terima kasih kerana setia membaca sehingga akhir, dan jangan lupa untuk daftar EMEL daripada laman OhKerjaya untuk mendapatkan update entri baru secara PERCUMA.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Contoh Soalan Temuduga SPA.

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Temuduga SPA adalah perkara penting kepada anda, anda dan anda sebelum melangkah ke dunia temuduga! Ramai sebenarnya calon-calon temuduga SPA tertanya-tanya, bagaimanakah contoh soalan temuduga SPA ini?  Apa yang biasanya ditanya? Maklumat mana yang perlu diambil tahu? Jangan risau! Insya Allah dalam entri ini, kami akan cuba menyelesaikan soalan-soalan anda mengenai soalan temuduga SPA.

contoh soalan temuduga spa

Persiapan yang rapi amat diperlukan untuk anda menghadapi temuduga SPA ini!

Contoh Soalan Temuduga SPA

Empat item utama yang biasanya akan ditanya ketika temuduga:-

1- Tentang latar belakang anda

2- Kaitan jawatan yang dipohon dengan SPA

3- Dasar kerajaan

4- Isu-isu semasa, sama ada dalam negara dan luar negara.

1- Latar Belakang Anda

  • Perkenalkan diri seara ringkas -Waktu ini adalah waktu yang paling tepat untuk anda tonjolkan pada panel penemuduga, kenapa mereka perlu pilih anda untuk isi kekosongan jawatan tersebut.
  • Apa kelebihan anda yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan?
  • Ceritakan projek akhir semester anda. Jika anda ada menjalani latihan praktikal akhir semester, jangan lupa ceritakan sekali kemahiran yang anda ada hasil latihan praktikal tersebut.
  • Apa kelemahan anda? Bagaimana anda uruskan kelemahan anda dalam bekerja?

2- Sejauh mana anda faham tentang jawatan yang dipohon?

  • Apa yang anda tahu, job scope jawatan yang anda mohon?
  • Apa kepakaran yang anda perlu ada dan kaitannya dengan jawatan yang anda mohon?
  • Apa inisiatif untuk menambah baik jabatan jika menyandang jawatan tersebut?
  • Apa sumbangan yang anda boleh berikan apabila diberi peluang menjawat jawatan tersebut?

3- Dasar Kerajaan

  • Anda tahu bagaimana konsep KPI diaplikasi untuk ukur tahap kecekapan para mnteri dalam melaksanakana tugas?
  • Apa yang anda faham tentang konsep satu Malaysia?
  • Terangkan bajet tahunan negara? Apa fungsi BR1M kepada ekonomi negara?
  • Senaraikan dasar-dasar negara yang telah dilaksanakan?

4- Isu-isu semasa

Isu semasa dalam negara

  • Konflik ekonomi negara?
  • Bencana-bencana yang berlaku di Malaysia tahun 2015.
  • Tahap penganguran graduan Malaysia?
  • Diskaun PTPTN.

Isu semasa luar negara

  • Krisis negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Rohingya.
  • Krisis ekonomi Greece.
  • Campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran sesebuah negara.

Macam-macam lagi sebenarnya isu yang boleh ditanya. Tujuan panel penemuduga bertanya isu-isu semasa adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan anda terhadap dunia luar. Kerana kebanyakan calon yang datang, mereka hanya excellent atas kertas, sehingga terlupa khabar dunia luar.

Selepas anda bersusah-payah mencari 1001 kerja kosong, pastikan anda tidak mensia-siakan peluang untuk membuat sehabis baik, ketika anda diberi peluang untuk sampai ke fasa temuduga. Jangan lupa., intai-intai apa perkara-perkara yang membuatkan anda gagal dalam temuduga.

Diharap agar entri Oh! Contoh Soalan Temuduga SPA ini membantu anda untuk merapikan lagi persiapan anda menghadapi temuduga. Mana tahu, kali ini rezeki anda untuk terpilih menyandang jawatan yang anda mohon tersebut. Siapa tahu?

Semoga terus sukses dalam apa jua yang anda lakukan. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama kami membaca sehingga akhir artikel ini!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia

oleh admin Leave a Comment

8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Mesti anda hairan dan tertanya-tanya, betul ke masih wujud pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini? Sudah semestinya – YA! Masih wujud lagi di Malaysia ini pekerjaan gaji tinggi tanpa memerlukan Ijazah.

Apa pekerjaan-pekerjaan tersebut?

pekerjaan-gaji-tinggi-tanpa-ijazah

Eh, ada rupanya pekerjaan yang tawarkan gaji yang tinggi walaupun tanpa segulung Ijazah?

Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia.

#1: Juruterbang

Cuba anda teka, berapa gaji basic untuk juruterbang a.k.a pilot? RM 4,000 ke atas! Itu baru gaji basic sahaja. Walaupun pekerjaan sebagai pilot ini tidak memerlukan segulung ijazah, tetapi untuk menjadi seorang pilot, anda perlu memasuki kolej penerbangan yang yurannya hampir mencecah ratusan ribu ringgit! Itu belum termasuk lagi kos untuk mendapatkan lesen-lesen tertentu seperti Private Pilot Licence (PPL), Commercial Pilot Licence (CPL) dan juga  Airline Transport Pilot Licence (ATPL).

Sanggup?

#2: Financial Adviser

Financial Adviser atau Penasihat Kewangan merupakan salah satu dari 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia! Job scope sebagai seorang penasihat kewangan ialah anda bertanggungjawab untuk menasihati pelaburan kewangan klien anda. Misalnya, anda perlu menerangkan kepada klien, produk pelaburan manakah yang patuh syariah, khususnya kepada orang Islam disamping memberikan pulangan yang baik kepada anda.

Kelayakan minima bagi pekerjaan ini adalah SPM sahaja, namun ia menjanjikan gaji yang agak lumayan kepada anda, sekitar RM 3,000 dan ke atas!

#3: Ejen Insurans

Tugas utama ejen insurans adalah mencari pelanggan baru untuk menerangkan produk insurans mereka kepada pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu, ejen insurans juga perlu rajin untuk follow up perkembangan klien-klien mereka dan juga mengkaji dasar daripada syarikat insurans yang lain.

Berapa gaji yang ditawarkan? Anda jangan terkejut kerana gaji mereka boleh mencecah sekitar RM 4,500. Lagi banyak pelanggan yang mereka dapat, lagi banyak

#4: Broker Tanah

Jangan tak tahu, pekerjaan sebagai broker tanah atau ejen hartanah ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina! Walaupun tiada Ijazah yang khusus untuk menjadi broker tanah, namun anda perlu mempunyai Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) terlebih dahulu!

Jangan bimbang soal gaji, kerana gaji anda sekitar 5-6 angka! Lumayan, bukan?

#5: Oil & gas

Sebut sahaja oil & gas, saya pasti ramai yang membayangkan gajinya lumayan. Memang benar, gaji yang ditawarkan sangat lumayan, tapi setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung. Ada pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan bidang oil & gas ini. Namun kena ingat, anda perlu mempunyai sijil CSWIP dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran.

#6: Safety & Health Officer

Sesiapa yang menjawat jawtaan ini, mereka berperanan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pekerjaan melalui DOSH.

#7: Tukang wayar

Wireman adalah orang yang sentiasa diperlukan kerana tugas mereka yang bermain dengan pengendalian litar dan wayar-wayar.

#8: Bidang Teknologi Maklumat

Bidang Teknologi Maklumat atau bidang IT bukanlah bidang yang asing dengan masyarakat hari ini. Tahukah anda, pekerjaan kelapan  daripada 8 pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah di Malaysia ini menawarkan pelbagai pekerjaan seperti computer programmer, software programmer dan mobile app developer.

 

Anda teruja selepas tahu yang sebenarnya 8 pekerjaan ini menawarkan gaji yang tinggi kepada anda walaupun tanpa segulung Ijazah?

Ijazah dan pointer yang tinggi bukanlah jaminan untuk anda mendapat gaji dalam tahap comfort zone. Sebaliknya, Ijazah hanyalah sebagai corak untuk mempercantikkan biodata dan resume anda. Memperkenalkan kepada pegawai penemuduga, anda ada kelayakan yang sepatutnya berdasarkan pekerjaan yang dipohon.

Tapi, saya tidaklah pula menyarankan anda untuk fokus kepada gaji sahaja dan mengabaikan pelajaran. Perlu seiring, supaya ilmu dan amalnya berjalan selari.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel Oh Tidak! 8 Pekerjaan Gaji Tinggi Tanpa Ijazah di Malaysia. Semoga artikel ini menggilap semangat anda untuk mendapatkan pekerjaan gaji tinggi tanpa Ijazah yang bersesuaian dengan anda.

 

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Cara Semak Gaji Secara Online menggunakan Servis e-Penyata Gaji

oleh admin 3 Comments

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji adalah satu sistem yang digunakan khusus kepada penjawat awam. Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada juga yang tidak tahu yang gaji penjawat awam boleh diakses melalui e-Penyata gaji.

Servis e-Penyata Gaji ini telah disediakan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) bagi membantu kakitangan awam menyemak gaji mereka dengan cepat dan mudah.

Anda tahu cara-cara untuk menggunakan e-Penyata Gaji ini?

Teruskan membaca artikel ini!

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji.

#1: Klik pada Portal Rasmi ANM

Anda akan lihat 3 item ini selepas akses ke Portal Rasmi ANM.

Cara Semak Gaji Online (1)

Inilah apa yang anda akan lihat ketika membuka laman web Jabatan AKauntan Negara.

#2: Klik logo paling kiri.

Logo tersebut ada tertulis e-Penyata Gaji & Laporan. Kemudian, anda hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan / Pasport anda berserta Kata Laluan untuk proses log in.

Cara Semak Gaji Secara Online (2)

Masukkan data-data anda di sini untuk yang sudah pernah log in. Jika belum, teruskan baca artikel ini.

#3: Daftar dulu jika baru pertama kali mahu akses!

Di bawah kotak “Daftar Masuk”, ada tulisan “Pertama Kali Mendaftar”. Jika anda baru nak gunakan e-Penyata Gaji ini, daftar dahulu ya, baru boleh log in!

#4: Boleh mula semak slip gaji anda!

Mudah, bukan? Oh, ya! Selain daripada anda menyemak gaji anda menggunakan servis e-Penyata gaji ini, anda juga boleh menyemak laporan tahunan pendapatan anda.

Data-data ini akan kekal tersimpan di dalam laman web ANM ini. Secara tidak langsung, memudahkan anda untuk cetak apa-apa maklumat yang anda mahu pada bila-bila masa sahaja. Oh, mudahnya!

Anda sudah faham bagaimana cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji?

Banyak betul kan kelebihan kakitangan awam ni? Sudahlah cuti yang diberikan juga banyak, ada pula cara mudah untuk akses gaji dan pendapat tahunan!

Semoga entri Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji dapat membantu memudahkan anda mengakses maklumat pendapatan anda secara online, dengan cepat dan mudah!

Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Terima kasih kerana setia membaca sehingga akhir, dan jangan lupa untuk daftar EMEL daripada laman OhKerjaya.com untuk mendapatkan update entri baru secara PERCUMA.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran