Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga? Anda tahu tak, sebenarnya tidak susah untuk meneka apakah soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga kepada anda semasa sesi temuduga.
Bagaimana? Jom baca tips-tips yang akan kami kongsikan, Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga.
Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga
Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya oleh Panel Penemuduga
1 – Sila dalami apakah bidang kerja anda.
Tahukah anda, sebenarnya kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.
2 – Sila peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am.
Soalan ini merupakan soalan yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Sebenarnya, penemuduga nak lihat adakah anda peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
3 – Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan.
Jangan malu untuk bertanya pengalaman rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka ketika ditemuduga. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan soalan yang bakal ditanya kepada anda.
4 – Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga.
Ini tips yang agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Dengan anda membayangkan posisi anda sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya jika anda ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda.
5 – Baca bahan-bahan bantuan yang membantu.
Misalnya ebook yang dijual secara online sekarang. Kebiasaannya, ebook-ebook yang dijual sarat dengan tips-tips yang berpatutan dan merupakan gabungan pengalaman-pengalaman dari calon-calon yang telah menghadiri temuduga. Jadi apalagi! Jangan lokek untuk spend sedikit duit anda bagi mendapatkan ilmu yang sangat bermanfaat!
Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga
Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat. Semoga apa yang telah kami kongsikan, dapat anda manfaatkan untuk menghadiri temuduga anda kelak.
Jumpa lagi entri yang akan datang!
Leave a Reply