• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for 2015

Archives for 2015

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Anda pasti tertanya-tanya, di manakan anda boleh mendapatkan sumber “soalan bocor” untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 ini, bukan?

Tahniah kerana anda telah datang ke website yang betul, yang mana kami akan kongsikan dengan anda Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17

Buat persediaan yang mantap berkaitan jawatan pilihan anda!

Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17.

Ketahui Skop Tugas jawatan Pembantu Tadbir mengikut bahagian.

Sedikit maklumat dari kami untuk pengetahuan anda bahawa Pembantu Tadbir Gred 17 terdiri daripada pelbagai bidang perkhidmatan seperti Perkeranian/Operasi, Kewangan dan Undang-Undang.

Di bawah ini kami senaraikan skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 mengikut bahagian masing-masing.

1) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian yang selari dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian seperti menyelenggara fail atau dokumen, pengiraan, menyediakan laporan bulanan dan statistik.

2) Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

  • Bertanggungjawab bagi tugas-tugas kewangan dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan yang berkaitan.
  • Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

3) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17

  • Bertanggungjawab menyediakan fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam lain mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.

Soalan yang kami sediakan untuk anda di bawah ini adalah soalan yang mungkin anda rasa simple dan remeh. Untuk pengetahuan anda, soalan beginilah sebenarnya soalan yang menyerlahkan identiti diri anda tanpa anda sedar. Pastikan anda membuat persiapan yang mantap bagi menjawab persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan.

  1. Cara Perkenalkan Diri
  2. Mengapa tidak sambung belajar ke IPT
  3. Pengalaman kerja terdahulu?
  4. Kenapa memohon jawatan ini?

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua untuk membantu anda membuat persiapan rapi sebelum ditemuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred 17.

Terima kasih kerana membaca artikel Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Panduan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

oleh admin Leave a Comment

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini dirahsiakan?

Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda memberikan tips dan info Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41

Pastikan anda mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kuat untuk menceburi bidang ini.

Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Ringkasan mengenai Pegawai Psikologi S41.

  • Skop tugas seorang Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti – aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
  • Pegawai Psikologi S41 adalah jawatan dalam kategori kumpulan Pengurusan dan Professional. Pegawai Psikologi S41 yang layak akan berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam Sektor Kerajaan.

Syarat untuk menjadi Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)

Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaGaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,521.70 atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;Gaji Permulaan : RM2,828.32 dan
Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL).

  1. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41. Namun, ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Antara Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi S41

Berikut kami berikan contoh–contoh soalan temuduga yang kebiasaannya akan disoal oleh penemuduga. Pastikan anda bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan.

  1. Bagaimana Cara Anda Perkenalkan Diri
  2. Pengalaman kerja terdahulu?
  3. Kenapa memohon jawatan ini?

Terima kasih kerana anda telah meluangkan masa dengan membaca info dalam Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 ini. Semoga apa yang kami kongsikan dengan anda dapat membantu anda membuat persiapan sebelum melangkah ke fasa temuduga bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41.

Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ini Maklumat Sebenar Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan

oleh admin 1 Comment

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan bukanlah perkara yang baru sebenarnya. Namun, ramai dari kalangan fresh graduate kebanyakannya telah melatah mendengar berita

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan, memandangkan mereka golongan yang amat memerlukan pekerjaan. Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan dengan anda Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan

Anda sudah ambil tindakan alternatif menangani masalah pembekuan kerja sektor awam?

Maklumat Sebenar Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan.

Mengapa Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan?

1) Sebagai langkah untuk mengawal saiz perkhidmatan awam

Graduan lepasan universiti saban tahun semakin meningkat. Lalu, wujudnya persaingan yang sengit antara para graduan untuk merebut satu-dua jawatan kerajaan yang kosong. Tapi jangan risau! Insya Allah kami team Oh! Kerjaya akan cuba membantu anda semua untuk merealisasikan impian anda untuk berkerja dazlam sektor awam.

2) Kekosongan jawatan MASIH wujud kerana wujudnya faktor seperti persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan kakitangan awam yang lain.

Maklumat yang amat penting untuk anda tahu ialah pengambilan baru tidak dibekukan 100%, sebaliknya anda masih mempunyai peluang untuk mebgisi kekosongan jawatan dalam sektor awam jika berlaku kes-kes seperti berikut.

3) Pembekuan jawatan pernah dilaksanakan pada tahun-tahun terdahulu. ndekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.

Untuk makluman anda, sebenarnya isu pembekuan jawatan baru dalam sektor awam ini telah lama dilaksanakan seperti tahun 2008, 2010 dan 2011. Hal ini kebiasaannya bersifat sementara, namun tetap memakan masa untuk menunggu keadaan pulih seperti sediakala. Namun, jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa! Teruskan memburu kerja dalam bidang swasta pula.

4) Berlaku penyeimbangan antara perkhidmatan awam dengan peluang pekerjaan di sektor swasta.

Perkara ini sebenarnya memberikan kesan yang baik juga tanpa kita sedar. Ini kerana, para graduan akan beralih penumpuan dalam mencari kerja kepada bidang swasta. Terdapat pelbagai syarikat yang memerlukan kepakaran fresh graduate seperti anda untuk memajukan syarikat mereka. Hal ini selaras dengan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang Perlu Anda Lakukan?

  1. Kemaskini borang SPA8i sekerap mungkin.
  2. Cari kerja dalam sektor awam dan juga swasta.  Antara laman web yang berkaitan adalah seperti Portal JobsMalaysia
  3. Jangan lupa untuk terokai peluang kerjaya dalam sektor swasta juga bagi menambah pengalaman kerana Pengalaman kerja di sektor swasta sangat berbeza dengan sektor awam. Sekurang-kurangnya, dengan pengalaman yang anda ada bolehlah dijadikan sebagai modal meningkatkan prestasi kerja anda di tempat baharu kelak!
  4. Pastikan resume anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terbaru. Jangan lupa untuk ‘menggoda’ bakal majikan anda melalui persembahan resume anda!

Jadi, anda suda jelas dengan isu pembekuan kerja kerajaan ini.

Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua!

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

oleh admin Leave a Comment

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga pasti pernah dilalui oleh setiap orang. Kami yakin, anda pasti mempunyai cerita tersendiri tentang kejayaan atau kegagalan temuduga anda. Apa kata anda kongsikan di sini pengalaman temuduga anda, sama ada anda berjaya atau telah gagal dalam temuduga tersebut. Mana tahu, ia boleh menjadi panduan kepada kawan-kawan lain yang bakal menghadapi temuduga.

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga

Berjaya atau gagal dalam temuduga bukanlah penamat segalanya.

Bagi anda yang telah berjaya diterima bekerja dalam sektor awam atau sektor swasta, tahniah kami ucapkan. Selaamt menjalankan kerja dengan penuh amanah.

Kepada anda yang telah mencuba berkali-kali namun gagal dalam temuduga anda, jangan risau! Jangan putus asa. teruskan berusaha. Usaha dan yakin, insya Allah giliran anda pula untuk diterima masuk dalam sektor awam atau swasta untuk berkhidmat.

Sampai sini dahulu coretan untuk hari ini. Mungkin anda mahu panduan lulus temuduga ini?

Jangan lupa ya! Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga anda di sini untuk manfaat kita bersama.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan medan pertempuran anda dengan ratusan calon-calon Pembantu Tadbir Kewangan yang lain. Dalam sesi temuduga inilah anda perlu tonjolkan mengapa anda perlu dipilih untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ini, bukannya orang lain. Jadi, artikel ini akan cuba membantu anda untuk memberikan tips-tips yang berguna sebelum anda hadir ke Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

Jangan datang temuduga dengan otak yang kosong!

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

ana anda bertugas sepenuh masa dalam bidang kewangan bagi membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  • Menyediakan gaji kakitangan;
  • Selenggara buku vot
  • Membuat kutipan hasil
  • Menyediakan baucar bayaran
  • Menguruskan pembayaran bil-bil
  • Mengeluarkan resit penerimaan bayaran
  • Menerima penyata tuntutan elaun-elaun
  • Menyelenggara buku tunai
  • Menyediakan penyata pemungut/audit
  • Mengeluarkan waran peruntukan mengurus
  • Menyediakan laporan perbelanjaan
  • Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender
  • Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer
  • Menyediakan surat-menyurat
  • Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa

Pastikan anda sekurang-kurangnya mengetahui tentang ‘Akta Acara Kewangan 1957′, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’.

Penguasaan Bahasa Inggeris

Anda perlu menguasai penggunaan Bahasa Inggeris ini memandangakan bahasa ini kebiasaannya menjadi bahasa pengantar dalam sesi temuduga.

Berdasarkan pengalaman calon-calon terdahulu, mereka biasanya disuruh untuk memperkenalkan diri di dalam Bahasa Inggeris.

Bahkan, ada juga yang berkongsi bahawa sesi temuduga mereka hampir 50% dijalankan dalam Bahasa Inggeris!

Semoga info-info yang kami kongsi ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua untuk lebih kemas mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami, jangan lupa subscribe emel anda di bawah ini, ya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ini Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam yang dirahsiakan

oleh admin Leave a Comment

Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini dirahsiakan?

Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda untuk mendapatkan Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam. 

format dan tips peperiksaan online penguasa kastam

Pastikan anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan online ini.

Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam.

Format terbaru bagi soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam.

Soalan Peperiksaan Online ini terbahagi kepada 3 seksyen, iaitu:

Seksyen A: Ujian Pengetahuan Am

Seksyen B: Ujian Penyelesaian Masalah

Seksyen C: Ujian Psikometrik

Seperti biasa, Seksyen A adalah penting bagi mebgukur tahap pengetahuan anda kepada pengetahuan am. Bagi Seksyen B pula, kebiasaannya calon-calon akan diberikan soalan-soalan yang mencabar bagi menguji tahap kreativiti anda dalam menyelesaikan masalah. Manakala Seksyen C bertujuan untuk mengetahui sahsiah dan sikap calon-calon Penguasa Kastam.

Ini adalah format baru bermula tahun 2014. Format peperiksaan sebelum ini hanya terdiri daripada dua seksyen sahaja iaitu ujian tentang pengetahuan am dan penyelesaian masalah.

Jika sebelum ini, peperiksaan online ini telah dibuat pada hari-hari bekerja, tetapi sekarang sudah ditukar yang peperiksaan ini diadakan pada hari Sabtu, bagi memudahkan calon-calon untuk fokus dengan peperiksaan mereka.

Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam

  1. Ketika sampai masa untuk anda menjalani Peperiksaan Online ini, sila pastikan internet anda keadaan yang baik.
  2. Patikan anda menjawab semua soalan-soalan yang diberikan sepantas yang boleh, ok?
  3. Anda perlu habiskan untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam masa yang diperuntukkan.
  4. Jika anda nota berkaitan dengan Penguasa Kastam, anda boleh rujuk nota tersebut. Tapi, pastikan jangan sampai tak sempat masa menjawab soalan gara-gara masa anda habis dengan membelek nota sahaja!
  5. Sekadar peringatan kepada anda, anda akan jawab soalan-soalan peperiksaan ini dari rumah, bukannya jawab secara berpusat di mana-mana pusat peperiksaan.
  6. Jangan lupa untuk masuk ke link exam SPA pada hari peperiksaan dijalankan. Jika anda tidak dapat akses pada link tadi, anda boleh cuba akses melalui Fan Page SPA sebelum peperiksaan dijalankan.
  7. Sila alert pada peperiksaan ulangan (disebabkan server down). Pastikan anda tidak terlepas untuk jalani semula peperiksaan online untuk jawatan ini kerana anda mempunyai peluang untuk lulus lebih tinggi.

Semoga artikel Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini dapat membantu anda untuk memperkemaskan persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Koleksi Format dan Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 membantu lebih 10,000 calon

oleh admin 1 Comment

Contoh Soalan Pengetahuan AM  Pembantu Tadbir N17 memang dicari-cari oleh calon-calon Pembantu Tadbir N17 sebagai peprsediaan sebelum melalui peperiksaan online.

Antara tujuan diwujudkan bahagian Soalan Pengetahuan AM adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan am dalam kalangan calon-calon Pembantu Tadbir N17 .

Teruskan membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui Contoh Soalan Pengetahuan AM  Pembantu Tadbir N17!

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17

Ingat, tanpa pengetahuan yang cukup, anda bakal terjerat dengan soalan yang dikemukakan.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17

Untuk pengetahuan anda, Soalan Peperiksaan yang dibuat terdiri daripada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling

Seksyen B: Ujian Menyelesaikan Masalah Matematik Pembantu Tadbir

Seksyen C: Ujian Penaksiran Personaliti

Soalan di bawah merupakan antara contoh soalan dari Seksyen A: Pengetahuan Am.

1- Deklarasi Kuala Lumpur 1971 adalah satu persetujuan mengenai:

A. Penubuhan ASEAN

B. Penubuhan pasaran bersama ASEAN

C. Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN

D. Penubuhan kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara

2- Apabila YDPA melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam

B. berketurunan Melayu

C. pernah menjadi Menteri Kabinet

D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

Apa yang kami gariskan tersebut adalah jawapan bagi contoh soalan yang dikemukakan.

Anda sudah nampak trick soalan ini dibuat? Ya, soalan-soalan ini boleh memerangkap anda dalam membuat pilihan jawapan, lebih-lebih lagi jika anda tidak betul-betul menguasai pengetahuan am mengenai negara.

Semoga maklumat yang kami “bocorkan” ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk buat persediaan sebelum menjalani peperiksaan bagi jawatan Pembantu Tadbir N17.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 ini.

Oh ya! Jangan lupa subscribe emel anda untuk dapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami!

Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Apakah Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 yang terbaru?

oleh admin Leave a Comment

Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 merupakan soalan di Seksyen C dalam Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Tujuan wujudnya Ujian Psikometrik ini adalah untuk menilai tahap psikologi calon-calon Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Disebabkan keunikan Seksyen C ini, anda perlu membuat persediaan mental untuk menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Ujian Psikometrik merupakan ujian yang menguji berkaitan psikologi calon-calon.

Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Konsep Soalan Ujian Psikometrik

Melalui Ujian Psikometrik inilah akan menentukan sama ada calon tersebut sesuai atau tidak dari segi psikologi untuk meneruskan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Penerangan S27.

Tiada sebarang format yang tetap atau bentuk soalan ramalan bagi bahagian ini.

Biasanya, anda hanya akan diberikan DUA sahaja pilihan jawapan seperti YA atau TIDAK, SETUJU atau TIDAK SETUJU, BETUL atau SALAH.

Skop Soalan Ujian Psikometrik

Lazimnya bagi Seksyen C ini adalah membabitkan 4 perkara sebagai skop soalan iaitu:-

  1. Kemahiran Berfikir
  2. Sikap
  3. Perwatakan
  4. Emosi
  5. Dan lain-lain

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Berikut kami kongsikan contoh soalan bagi Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

1- Saya akan rasa menyampah bila orang lain berperangai pelik

A. Ya                                                           B. Tidak

2- Saya sanggup untuk membantu rakan saya supaya kami sama-sama berjaya di dalam akademik.

A. Ya                                                           B. Tidak

3- Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan kawan-kawan sekerja, saya akan mencari peluang untuk mendekati mereka.

A. Ya                                                           B. Tidak

4- Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.

A. Ya                                                           B. Tidak

5- Bila saya berasa letih, saya akan menyambung tugasan saya pada hari esok walaupun tugasan tersebut amat mustahak.

A. Ya                                                           B. Tidak

6- Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.

A. Ya                                                           B. Tidak

7- Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya.

A. Ya                                                           B. Tidak

Apa yang penting, setiap soalan yang dikemukakan mempunyai sebab tersendiri yang diperlukan bagi menilai sahsiah anda. Jadi, berfikir dengan tenang semasa menjawab soalan-soalan Ujian Psikometri ini.

Semoga apa yang telah kami kongsikan di sini dapat anda jadikan panduan untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Selamat maju jaya!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Koleksi Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 membantu calon lulus peperiksaan

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 kali ini adalah bertujuan untuk membantu calon lulus peperiksaan online yang bakal berlangsung.

Dalam artikel ini, kami akan cuba membantu anda semaksima mungkin dengan mendedahkan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 sebagai panduan anda.

Anda berminta untuk tahu bagaimana Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27? Teruskan membaca artikel ini.

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

Pastikan anda bersedia sepenuhnya sebelum menghadapi peperiksaan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27.

Terbahagi kepada 3 Seksyen:-

Seksyen A: Pengetahuan Am Malaysia & Dunia

  • Calon perlu mengetahui perkara-perkara umum berkaitan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara berkaitan pengurusan sumber manusia, infrastruktur, pentadbiran dan pengurusan wilayah, pengurusan sumber kewangan, hal ehwal negeri, hubungan antarabangsa, keselamatan dan pertahanan negara dan lain-lain perkembangan yang berkaitan.
  • Calon perlu menguasai perkembangan dalam dan luar negara.
  • Berikan tumpuan kepada isu-isu yang ditanya pada sesi sebelum anda seperti Sejarah Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah, Perlembagaan Malaysia, Bidang Ekonomi Malaysia (NKEA), Defisit Malaysia, Kewangan dan Perbankan Malaysia dan pelbagai lagi.

Tujuan Seksyen A diwujudkan adalah bagi menilai tahap kepekaan anda terhadap pengetahuan am dan juga  berita-berita semasa berkaitan dalam dan luar negara, selari dengan bidang tugasan anda kelak sebagai Penolong Pegawai Penerangan S27.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Bagi Seksyen ini, calon-calon  Penolong Pegawai Penerangan S27 perlu peka bahawa ada tiga pecahan bahagian iaitu:-

1- Kemahiran Logik

Di sini, kemahiran berfikir dan kemahiran menggunakan segala macam maklumat adalah diperlukan bagi bahagian ini.

2- Kemahiran Menginterpretasi Data

Bagi menguji kemahiran calon-calon menginterpretasikan data, maka soalan-soalan yang diberikan adalah berkisar perangkaan. Ini kerana perangkaan memerlukan calon-calon untuk lebih teliti menganlisis segala permasalahan yang diberikan melalui graf tersebut.

3- Konsep-konsep Matematik

Anda perlu revise semula konsep matematik, kerana dalam soalan seksyen ini membabitkan soalan berkaitan algebra dan geometri. Silibus yang dimasukkan juga tidaklah melebihi sukatan pelajaran Menengah Atas (SPM).

Seksyen C: Ujian Psikometrik Calon (menggantikan bahagian Esei  Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27)

  • Tujuan Seksyen ini diwujudkan adalah bagi mengenalpasti jenis personaliti calon-calon, sama ada mereka ada ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang Penolong Pegawai Penerangan S27.
  • Selain itu, Seksyen ini juga adalah bertujuan untuk mengetahui sahsiah dan gambaran peribadi para calon.
  • Secara tidak langsung, pemikiran calon-calon juga boleh diukur melalui ujian ini seterusnya memudahkan penapisan calon untuk ditemuduga pula, selepas selesai melalui peperiksaan online.
  • Biasanya, anda hanya akan diberikan DUA sahaja pilihan jawapan seperti YA atau TIDAK, SETUJU atau TIDAK SETUJU, BETUL atau SALAH.

Diharap, kepada semua calon Penolong Pegawai Penerangan S27 yang bakal menduduki peperiksaan online hendaklah menjawab segala soalan yang dikemukakan dengan tenang. Sebenarnya, jika anda berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan tenang dan teliti, secara tidak langsung akan meminimakan kesalahan yang dilakukan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Hal ini secara tidak langsung membantu anda untuk melangkah ke peringkat seterusnya – TEMUDUGA!

Tidak dinafikan juga, bahawa calon tidak tahu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan betul juga boleh menyebabkan anda GAGAL dalam peperiksaan yang dijalankan.

Oleh sebab itu, pastikan anda bersedia sepenuhnya dan berikan jawapan yang terbaik ketika menghadapi peperiksaan online tersebut.

Didoakan semoga anda terus sukses dalam apa jua yang anda lakukan!

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Terima kasih kerana membaca artikel Koleksi Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 membantu calon lulus peperiksaan sehingga tamat!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27 jarang-jarang dibongkarkan dengan teliti di mana-mana, termasuklah alam maya. Sebenarnya, Soalan Matematik bagi peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 adalah terdiri daripada 3 bahagian. Mahu tahu lebih lanjut Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27? Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat!

Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27

Bersedia untuk bergelut dengan Matematik?

Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27

Seksyen A – Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Penerangan

Seksyen B – Keupayaan Menyelesaikan Permasalahan Matematik

Seksyen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

1- Kemahiran Logik

Di sini, kemahiran berfikir dan kemahiran menggunakan segala macam maklumat adalah diperlukan bagi bahagian ini.

Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27 (2)

Fikir dahulu dengan teliti sebelum menjawab.

2- Kemahiran Menginterpretasi Data

Bagi menguji kemahiran calon-calon menginterpretasikan data, maka soalan-soalan yang diberikan adalah berkisar perangkaan. Ini kerana perangkaan memerlukan calon-calon untuk lebih teliti menganlisis segala permasalahan yang diberikan melalui graf tersebut.

3- Konsep-konsep Matematik

Anda perlu revise semula konsep matematik, kerana dalam soalan seksyen ini membabitkan soalan berkaitan algebra dan geometri. Silibus yang dimasukkan juga tidaklah melebihi sukatan pelajaran Menengah Atas (SPM).

Seksyen C – Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan

Ok, ini adalahs edikit gambaran yang kami telah bocorkan kepada anda! Apa lagi, teruslah bertindak sekarang untuk mendapatkan lagi dan lagi Contoh Soalan Matematik Penolong Pegawai Penerangan S27!

Jangan biarkan diri anda tewas dalam peperiksaan ini kerana hanya pemikiran yang kreatif dan kritis yang mampu untuk memberikan jawapan-jawapan yang tepat.

Jadi, apa tunggu lagi! Buat persiapan yang sepatutnya sebelum melangkah ke peringkat peperiksaan bagi  jawatan Penolong Pegawai Penerangan ini.

Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Selamat maju jaya dari kami!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • …
  • 12
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran