• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / 2015 / Archives for June 2015

Archives for June 2015

Oh! 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan

oleh admin Leave a Comment

9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan kali ini sebenarnya untuk membantu anda semua bagaimana untuk perform dalam sesi temuduga anda. Berapa ramai daripada anda yang tahu apa perkara yang menyebabkan kita gagal dalam suatu temuduga tertentu? Sebenarnya, ramai di antara kita yang sibuk memburu rahsia lulus temuduga dan mengabaikan perkara-perkara “remeh” yang menyebabkan mereka gagal temuduga kerjaya dan tidak tahu rahsia gagal temuduga kerjaya.

Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya

Banyak perkara orang anggap remeh, tapi menyebabkan anda GAGAL dalam temuduga!

Antara 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang akan dibongkarkan di sini ialah:-

#1: Datang ke temuduga tanpa persediaan.

Anda perlu ingat, bila anda terpilih disenarai pendekkan dalam temuduga, bermaksud anda mempunyai kriteria-kriteria yang perlu untuk sesuatu jawatan tersebut. Jadi, takkan nak datang temuduga tanpa buat persediaan yang sepatutnya? Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga dapat lihat anda tidak serius dan seolah-olah tidak berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

#2: Tidak yakin untuk ditemuduga.

Ramai orang tidak perasan, ketidak yakinan kita biasanya boleh dilihat melalui air muka kita. Kita tahu kita bakal ditemuduga, tapi kita masuk tanpa persediaan maklumat-maklumat yang sepatutnya, menjadikan kita rasa tidak yakin untuk bertemu dengan panel penemuduga.

#3: Beri resume anda pada penemuduga!

Jangan simpan resume anda, terutamanya selepas anda masuk ke bilik untuk ditemuduga. Bila nak bagi resume tersebut? Ok,  selepas anda masuk ke dalam bilik temuduga, beri salam dan hadiahkan senyuman pada panel. Kemudian, hulurkan resume anda kepada mereka sebelum anda duduk.

#4: Duduk sebelum disuruh.

Ini juga secara tidak langsung menunjukkan adab anda. Selepas masuk ke dalam bilik tersebut, tolong kekal berdiri sebelum dipersilakan duduk oleh para panel.

#5: Postur badan ketika ditemuduga.

Elakkan dari memegang sebarang benda lain semasa ditemuduga, misalnya memegang beg tangan ketika ditemuduga. Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga akan lihat anda seorang yang gugup atau tidak mempunyai keyakinan diri. Pastikan postur badan anda sentiasa tegak dan jangan lupa hadiahkan senyuman kepada para panel semasa anda ditemuduga.

#6: Bermain dengan pen atau mengetuk-ngetuk jari di meja.

Nampak remeh, kan? Main pen sahaja, bukannya menguap depan panel. Tapi, sebenarnya sikap ini mencerminkan sikap anda yang tidak serius ketika ditemuduga dan nampak agak tidak beradab.

#7: Tidak menegur panel penemuduga bila bertembung.

Jika anda berpeluang bertembung dengan panel penemuduga, misalnya pada waktu rehat. Jika anda berani menegur, secara tak langsung anda menunjukkan sikap anda yang mesra dan mudah bergaul.

#8: Zero pengetahuan asas tentang organisasi negara.

Ini paling bahaya. Soalan yang biasanya penemuduga akan tanya adalah berkisar dengan organisasi negara, misalnya nama Agung Negara, nama Perdana Menteri terdahulu hingga terkini, siapa nama Timbalan Perdana Menteri?

#9: Zero pengetahuan asas tentang negeri anda sendiri.

Ini juga tidak sepatutnya berlaku. Misalnya anda ditemuduga untuk kekosongan jawatan dalam badan kerajaan negeri. Sudah semestinya panel akan bertanya soalan berkisar negeri anda. Kena jadi orang yang tackle pengetahuan am, barulah ada sedikit nilai tambah pada diri anda.

9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini hanyalah sebagai panduan untuk kita semua. Ada banyak lagi perkara-perkara yang anda anggap remeh, tetapi boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga anda.

Pastikan anda jadi orang yang teliti dan bersedia dengan 1001 maklumat berkisar pengetahuan am dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Diharap agar entri 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persiapan yang lebih mantap untuk menghadapi sesi temuduga anda!

Terima kasih kerana membaca entri Oh! 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan! Selamat maju jaya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! 4 Pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib dilakukan oleh anda

oleh admin Leave a Comment

4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan walaupun rata-rata diberitakan bahawa pengambilan pekerja baru dalam sektor awam dibekukan. Persoalannya, apa tindakan kita untuk menghadapi berita pembekuan pengambilan pekerja baru khususnya dalam sektor awam? Anda mahu tahu, apa 4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan?

Pelan Tindakan Pasca Pembekuan

Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda akan dapat hasilnya!

Antara 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ialah:-

#1: Sentiasa “update” maklumat anda dalam SPA8i.

Anda mungkin tidak tahu, kekerapan anda mengemaskini maklumat anda dalam laman sesawang SPA8i sebenarnya membuka peluang anda untuk lebih mudah terpilih untuk bekerja dengan badan kerajaan. Kenapa? Kerana sebenarnya sentiasa ada kekosongan jawatan dalam sektor awam. Bayangkan jika ada kakitangan yang berhenti atau pencen atau telah meninggal dunia. Nah, bukankah itu peluang kerja untuk anda?

#2: Peka dengan info kekosongan jawatan dengan badan-badan kerajaan.

Jangan bergantung kepada satu sumber sahaja. Maksud saya, jika anda mahu mohon kerja kerajaan, jangan merasa cukup dengan mengisi SPA8i sahaja. Ingat, ada berates-ratus badan kerajaan di Malaysia ini yang setiap hari sebenarnya menawarkan jawatan kosong pada anda!

#3: Cari peluang kerja dalam sektor awam dan swasta.

Jangan hadkan diri kita, fokus mencari kerja dalam sektor swasta sahaja. Jika anda pernah mempunyai pengalaman kerja dengan sektor swasta, anda mempunyai sedikit kelebihan kerana pengalaman anda. Yang penting, terus usaha mencari kerja kosong dalam sektor awam atau swasta.

#4: Pastikan maklumat dalam resume anda sentiasa dikemaskini.

Ya! Ini juga termasuk dalam pelan tindakan pasca pembekuan yang anda wajib buat! Sila dan sila pastikan yang resume anda sentiasa diupdate. Jika ada sebarang jawatan kosong  nanti, anda tinggal “alter” sedikit objektif resume anda, supaya selari dengan jawatan yang dipohon.

4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini hanyalah sebagai panduan sahaja, untuk membantu anda supaya tidak “give up” dalam mencari kerja terutamanya dalam sektor awam. Peluang masih ada dan sebenarnya masih banyak.

Yang penting, anda jangan cepat putus asa dan teruskan memburu kerja. Selamat memburu kerja! Semoga artikel 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! 5 Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan Yang Tak Didedahkan

oleh admin Leave a Comment

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang tak didedahkan kepada masyarakat umum. Anda tahu apa kelebihan-kelebihan dan keseronokan bercuti dalam kerja kerajaan? Jom kita ambil tahu apa faedah-faedah yang seronok cuti yang kakitangan awam dapat dan tidak didedahkan kepada umum!

Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan

Sebenarnya, banyak kelonggaran cuti yang diberikan kepada penjawat awam, yang kita semua tak tahu!

Antara keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kakitangan awam bakal dapat ialah:-

#1: Kemudahan untuk Cuti Sakit

Anda semua tahu bahawa sudah ada polisi baru yang membenarkan kakitangan awam untuk dapat cuti sakit walaupun menggunakan surat cuti sakit dari klinik swasta? Haaaa Prosedur baru ini dibuat bagi membantu kakitangan awam unuk mudahkan urusan mereka mohon cuti sakit.

#2: Sempena isteri bersalin, suami juga dapat cuti!

Ini pula keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kedua! Daripada cuti sebanyak 3 hari, pihak pentadbiran kerajaan telah menambah lagi 4 hari untuk para suami bercuti sempena menyambut kelahiran cahaya mata yang baru. Khusus kepada para suami kakitangan awam sahaja ya!

#3: Mahu cuti tanpa gaji atau cuti dibawa ke hadapan atau cuti separuh gaji?

Berkhidmatlah dengan kerajaan! Anda boleh mohon untuk cuti tanpa gaji, iaitu paling maksimum selama 3 tahun atau lebih mengikut jawatan anda. Untuk cuti tanpa gaji ini, anda boleh mohon untuk cuti selama tiga tahun berturut-turut atau ambil cuti secara berperingkat hingga cukup kuota 3 tahun yang diberi. Jika ada cuti anda pada tahun ini yang masih berbaki, cuti tersebut boleh dibawa ke hadapan! Jadi, pilihlah cuti jenis macam mana yang sesuai dengan urusan anda.

#4: Cuti bersalin!

Bagi kakitangan wanita, pihak pentadbiran memberikan anda cuti bersalin selama 42 hari! Panjang, bukan? Maka manfaatkanlah cuti bersalin yang anda peroleh untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta! Jika anda cuti lebih dari 42 hari, cuti itu dikira sebagai cuti sakit.

#5: Cuti untuk melaksanakan haji.

Saya yakin, ramai yang tidak tahu bahawa pentadbiran kerajaan menyediakan kelonggaran cuti yang khusus bagi penjawat awam yang hendak menjalani ibadah haji. Dengan adanya cuti ini, secara tak langsung penjawat awam diberi kelebihan untuk menunaikan ibadah haji, tanpa perlu tunggu masa pencen, barulah tunaikan ibadah haji.

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini adalah sebahagian cuti yang kami kongsi dengan anda dalam artikel ini. Disebabkan banyak kelonggaran cuti dalam kerja sektor awam inilah yang menarik minta orang ramai untuk memohon kerja dengan kerajaan!

Seronok kan bercuti? Manfaatkan cuti yang ada dengan sebaiknya. Jangan saja-saja bercuti tanpa sebab ya! Itu ponteng namanya. Selamat bekerja! Semoga artikel 5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini membantu anda.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Oh! Tips Mudah Cari Kerja Kosong di Sektor Kerajaan dan Swasta

oleh admin Leave a Comment

Tips mudah cari kerja kosong di sektor kerajaan dan swasta? Bila anda lihat, kawan-kawan yang lain sudah berkerja, pasti anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya mereka cari kerja kosong tidak kiralah dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Jadi, dalam post ini kami akan dedahkan kepada anda sedikit sebanyak Tips Mudah Cari Kerja Kosong dalam badan kerajaan dan swasta.

Tips Mudah Cari Kerja Kosong

Anda pasti teruja mencari kerja selepas membaca artikel ini.

Antara tips-tipsnya adalah seperti berikut:-

Tips Mudah Cari Kerja Kosong di Sektor Kerajaan dan Swasta

#1: Peka dengan sebarang iklan kerja kosong

Bukan perkara yang susah untuk tahu ada kerja kosong sektor kerajaan dan swasta. Bagaimana? Anda boleh mengetahui jawatan kosong dalam kerajaan dan swasta melalui laman web badan-badan tertentu, Facebook, blog, surat khabar, majalah dan bermacam-macam cara lagi. Yang penting, kena rajin, alert dan pantas bertindak!

#2: “Update” Resume Anda

Sila dan sila pastikan resume anda-anda semua sentiasa diupdate, ok? Jangan sesekali guna sistem “1 resume untuk 100 kerja”. Sebab, setiap pekerjaan yang kita mohon adalah berbeza. Jadi, perlu gunakan prinsip, “1 kerja, 1 resume”. Walau apa jawatan sekalipun kita mohon untuk kerja kerajaan dan swasta, ingat jangan lupa update resume.

#3: Tahu “job scope” kerja yang dipohon.

Sama ada anda mohon kerja dengan kerajaan atau swasta, anda kena faham “job scope” kerja anda. Eh, job scope tu apa? Job scope ialah apa bidang tugas yang bakal anda laksanakan kelak. Kalau tak faham job scope kerja yang anda minta, susahlah untuk anda sediakan resume dan hadapi temuduga nanti!

#4: Serlahkan diri anda.

Apa yang perlu anda serlahkan tentang diri anda pada bakal majikan anda ketika memohon kerja? Serlahkan tahap profesional yang ada dalam diri anda! Ia bermula dengan bagaimana cara anda mempromosikan diri anda untuk dapatkan kerja tersebut!

#5: Ramalan soalan temuduga.

Anda nak tahu satu rahsia, sebenarnya soalan untuk temuduga itu boleh diramal! Bagaimana? Biasanya, bakal majikan akan tanya soalan kepada anda, tentang diri anda – berdasarkan resume anda. Ya, soalan biasanya berdasarkan resume! Jadi, masa inilah anda sepatutnya buat persediaan awal-awal, untuk perkenalkan diri anda dengan lebih detail!

#6: “Highlight” kelebihan anda.

Bila anda perlu “highlight” kelebihan anda? Pertama, mestilah melalui resume. Kemukakan pencapaian-pencapaian terhebat anda untuk anda promosikan diri anda. Seterusnya, jika  terpilih untuk menghadiri temuduga, jangan lepaskan peluang untuk anda “highlight” kan kembalik untuk kali kedua, kelebihan yang anda ada. Contohnya, anda boleh hasilkan kerja yang berkualiti dalam masa yang singkat, atau anda seorang yang helpful.

Tips Mudah Cari Kerja Kosong di atas adalah sekadar panduan ringkas, untuk memudahkan anda mencari kerja kosong di sektor kerajaan dan swasta.

Bertindak cepat kerana anda bersaing dengan puluhan ribu graduan lain yang menganggur! Ingat, rajinkan diri anda untuk sentiasa intai kerja-kerja kosong, sama ada di internet atau di mana-mana sahaja. Semoga bermanfaat entri Tips Mudah Cari Kerja Kosong kali ini.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

oleh admin 6 Comments

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini merupakan perkara yang selalu menjadi isu utama para graduan bagi menghasilkan resume kerja yang terbaik dan mampu memukau majikan ketika ditemuduga. Sebenarnya, mudah sahaja untuk untuk anda tulis resume yang menarik untuk mohon kerja dan memukau majikan anda melalui temuduga!

Sudah bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar?

Sudah bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar?

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk hasilkan resume kerja dan pukau majikan anda melalui temuduga?

Anda mahu tahu cara untuk pukau majikan anda melalui resume kerja anda dan juga melalui temuduga?

Baik, jom lihat cara-caranya di bawah..

#1: “Copy Paste” Resume daripada Internet?

Bahaya! Cara ini adalah cara paling bahaya untuk anda pikat majikan anda! Template resume kerja memang boleh didapati dengan mudah di hujung jari anda, tapi satu perkara anda perlu ingat!

Bayangkan ada sepuluh orang yang guna template resume yang sama dengan anda, yang bersumberkan dari internet dan dihantar kepada majikan yang sama. Apa persepsi majikan anda?

sebenarnya, secara tidak langsung, anda sudah “merendahkan” sedikit market value diri anda. Anda kena ingat, anda sedang dinilai oleh majikan walaupun hanya melalui helaian kertas!

Lebih baik jika anda gunakan sepenuh kreativiti anda untuk persembahkan diri anda kepada bakal majikan anda!

#2: Resume Tanpa Edit!

Apa maksudnya? Resume tanpa edit ialah anda hasilkan satu resume untuk satu jawatan tertentu. kemudian, anda gunakan resume yang sama untuk mohon jawatan yang lain.

Saya bagi contoh, anda mohon kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam dan buat resume kerja berdasarkan jawatan tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga mohon jawatan sebagi Guru dan anda terus hantar resume untuk kerja Guru, menggunakan resume kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam.

Sepatutnya, anda pastikan satu resume, satu jawatan. Barulah anda boleh tonjolkan spesifikasi anda dalam jawatan yang dipohon pada majikan anda.

#3: Berapa Panjang Resume Kerja Anda?

Jangan panjang-panjang, kerana majikan anda tidak ada banyak masa untuk “kenal” dengan anda.

Pastikan resume kerja anda mengandungi maklumat yang ringkas dan padat mengenai anda. Masukkan pencapaian sekurang-kurangnya 3 tahun yang terkini sahaja.

#4: Gambar Untuk Resume Kerja.

Gunakan gambar yang boleh menampakkan anda seorang yang ceria bagi menarik minat majikan untuk mengambil anda sebagai  pekerjanya.

#5: Pakaian Untuk Temuduga.

Bagi yang beragama Islam khususnya wanita, lebih elok jika anda memakai pakaian mengikut syarak.

#6: Terangkan Latar Belakang Anda.

Ini soalan pertama yang biasanya majikan akan minta anda untuk ceritakan. Jika anda cerita anda berasal dari mana, bilangan adik-beradik, anda gagal!

Soalan ini adalah soalan pembuka untuk anda promote diri anda pada majikan. Jelaskan pencapaian-pencapaian anda sebelum ini, misalnya anda penerima anugerah “Pekerja Contoh”.

Secara tidak langsung, jika anda ceritakan kelebihan anda, anda mampu memikat dan memukau majikan dengan mempamerkan kelebihan anda.

#7: Confident!

Ini adalah perkara paling penting ketika anda ditemuduga! Pastikan anda menjawab soalan anda dengan yakin dan jangan lokek untuk senyum pada bakal majikan anda!

Saya harap tips-tips di atas dapat membantu anda bagaimana untuk hasilkan resume kerja yang tip top, dalam masa yang sama mampu memukau majikan anda bila anda ditemuduga. Semoga berjaya mendapat pekerjaan yang baik!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran