• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Archives for Penulisan Resume

Oh! Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

oleh admin Leave a Comment

Senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume ini dikongsikan kepada anda sebagai rujukan. Tak susah sebenarnya nak mengarang objektif kerjaya. Tapi boleh jadi susah sekiranya anda tidak mempunyai rujukan. Kami ingin membantu anda semua, sebab itu kami kongsikan senarai objektif kerjaya yang digunakan dalam resume kerja.

Klik untuk dapatkan Kit Penulisan Resume TERHAD

Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume

#1 – Pertumbuhan Sumber

Perubahan adalah satu proses yang pasti berlaku dalam kehidupan seharian termasuklah dalam aspek pekerjaan. Melalui pertumbuhan dan perubahan dalam pekerjaan, sangat wajar anda mengambil inisiatif untuk menaik taraf serta menambah pengetahuan dan kemahiran.

#2 – Aspek Kewangan

Anda perlu dibayar sama dengan nilai kerja anda. Ini sangat penting, sebab ia akan memberi kesan yang buruk dalam etika kerja jika anda tidak diabayar secukupnya. Sebaliknya jika terlebih bayaran pula, kemungkinan kerja yang dilakukan tidak produktif kerana perlu disuntik dengan wang barulah kerja berjalan.

#3 – Kepuasan

Satu lagi contoh resume objektif kerjaya yang perlu diambil kira ialah tahap kepuasan. Ini bakal memberi kesan kepada kerjaya anda jika anda tidak puas hati dengan pencapaian anda. Perjalanan kerjaya mungkin terganggu.

#4 – Pengalaman Baru

Tahukah anda hampir ¾ daripada hidup kita diperuntukkan dalam dunia kerjaya. Pengalaman baru juga termasuk dalam objektif kerjaya jangka pendek atau panjang. Anda harus maju sambil menimba ilmu dan pengalaman baru. Belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai tahap masyarakat dapat meningkatkan kemahiran toleransi anda.

#5 – Kestabilan

Ini akan menjadi sebab mengapa anda tetap bertahan dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Sudah tentu anda tidak mahu bekerja dalam sesebuah syarikat yang goyang. Ia hanya melambatkan proses kerja anda. Anda boleh jimatkan masa memikirkan tentang perkara tersebut sekaligus dapat menumpukan  perhatian dalam perkembangan syarikat jika syarikat yang anda sertai sedia stabil.

Selamat maju jaya…

Itu sahaja sample resume objektif kerjaya yang dapat kami kongsikan kepada anda. Anda boleh gunakan matlamat kerjaya ini. Sama ada objektif resume pembantu tadbir, objektif resume akauntan, objektif resume kerani, objektif resume penguasa kastam, atau apa sahaja objektif resume kerja kerajaan mahupun objektif resume kerja swasta. Gunakan senarai ini dalam resume kerja anda.

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OK, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini.

Sekiranya artikel Senarai Objektif Kerjaya Yang Digunakan Dalam Resume ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Klik untuk dapatkan Kit Penulisan Resume TERHAD

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Punca Resume Anda Dilongkangkan

oleh admin Leave a Comment

Punca Resume Dilongkangkan? Punca Resume Anda Dilongkangkan dikongsikan untuk membantu anda memperbaiki cara penulisan resume kerja. Terdapat beberapa kesilapan pada resume kerja yang mana ia menjadi punca resume anda dilongkangkan.

Ini yang anda mahukan?Kesilapan-kesilapan ini amat kritikal, sangat kerap berlaku. Dilakukan oleh calon berulang kali dan tiada usaha yang serius dalam penambahbaikan penulisan resume kerja yang lengkap.

Oleh itu, dikongsikan kepada anda 7 kesilapan utama yang kerap berlaku dalam penulisan resume. Anda perlu membaca dan cuba mengelakkan diri dari melakukan 7 kesilapan ini. Jika tidak, salah satu dari kesilapan ini akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan atau dilongkangkan. Bukan ‘dikangkangkan‘ ye..

Antara Punca Resume Anda Dilongkangkan

#1 Copy & Paste Resume

Terdapat perbezaan yang sangat besar di antara ‘mencontohi’ dan ‘meniru’. Untuk mendapatkan ganjaran yang jelas, anda sememangnya memerlukan contoh resume lengkap untuk dicontohi. Anda perlu memerhatikan cara mereka yang sudah berjaya menerangkan butiran tentang pengalaman kerja mereka. Namun, jangan sesekali meniru untuk mengelakkan menjadi punca resume dilongkangkan.

#2 Crowded Data

Keinginan yang membuak-buak untuk diterima bekerja dalam syarikat adakalanya membuatkan anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda secepat yang mungkin. Lalu anda berfikir untuk memasukkan keseluruhan pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

Elakkan dari melakukan kesilapan ini kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak, pastikan ia berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.

#3 Tulisan atau Font yang Fancy

Untuk memastikan yang resume anda benar-benar menarik perhatian majikan, anda mengambil inisiatif untuk meragamkan resume anda. Ini tidak perlu dan merupakan suatu kesalahan melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik atau artis.

Anda hanya perlu menggunakan font menurut piawaian biasa untuk resume kerja iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma. Jika tidak, resume kerja anda akan mengelirukan majikan anda. Ini akan menyebabkan punca resume anda ditongsampahkan. Siapa saja mahu membaca tulisan yang berlingkar-lingkar jika ia hanya menyakitkan mata?

#4 Guna Lebih dari 2 Warna

Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, anda hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu. Tidak perlu meletakkan warna yang menyakitkan mata.

#5 Resume Umum

Kebanyakan calon menghantar resume yang sama untuk memohon kerja dari beberapa syarikat. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum. Manakala setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama. Pembaca resume tersebut juga mempunyai jenis pemikiran yang berbeza.

Jalan yang paling terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume kerja untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume lengkap yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.

#6 Surat Iringan

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga memakan 2 hingga 3 helai kertas lalu menenggelamkan resume kerja yang dihantar.

Sebahagian daripada maklumat di dalam resume telah diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume kerja anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.

#7 Tak Faham Keperluan Jawatan

Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama. Elakkan daripada membuat andaian sendiri dan carilah sumber rujukan kerja yang dipohon dengan tepat.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak layak dengan kelulusan dan kemahiran anda. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja tersebut, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Oleh kerana resume merupakan tangga untuk anda dipanggil ke sesi temuduga kerja, anda mestilah berusaha untuk menyediakan resume yang lengkap dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Biarpun anda memiliki kelulusan tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh, ia bakal memberi impak kepada kerjaya anda.

Jika anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda perlu mengambil serius dengan kaedah penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti adalah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan.

Ramai rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya masing-masing telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan panduan menulis resume tersebut supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah demi masa depan kerjaya anda:

>> Panduan Penulisan Resume yang Betul dan disukai Majikan. <<

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Punca Resume Anda Ditongsampahkan

oleh admin Leave a Comment

Punca Resume Anda Ditongsampahkan? Punca Resume Anda Ditongsampahkan ini dikongsikan untuk membantu calon lepas cabaran skrin pertama iaitu dihubungi oleh majikan untuk ke temuduga pertama. Banyak kesilapan yang sering berlaku dalam resume yang akan membuatkan pengurus pengambilan tak berminat untuk memanggil anda ke sesi temuduga. Ketahui lebih lanjut punca resume anda ditongsampahkan.

Ini dia dikongsikan beberapa kesilapan yang selalu berlaku dalam proses pengambilan temuduga yang menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Kesalahan yang nampak kecil dan mudah ini sangat kerap terjadi. Hal ini akan merosakkan kewibawaan resume anda. Menjauhi dari melakukan kesalahan ini dapat memberikan anda kelebihan jauh ke hadapan dari calon yang lain.

Punca Resume Anda Ditongsampahkan

Kesilapan #1: Typo atau Kesalahan Menaip

Ini adalah kesilapan yang paling ketaradan mungkin menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Namun, ia tetap berlaku. Mengikut survey yang dijalankan oleh CareerBuilder menunjukkan bahawa terdapat 58% resume mengandungi kesalahan menaip. Hal ini sangat bahaya kerana majikan akan fikir anda tidak mampu berhadapan dalam mengendalikan butiran yang terperinci.

Oleh itu, baca resume anda berkali-kali. Semak ayat dan perkataan dari atas ke bawah pada setiap muka surat. Kemudian, minta seseorang mengoreksikan resume tersebut untuk anda.

Kesilapan #2: Ayat Meleret

Penting untuk diingatkan bahawa tujuan penyediaan resume adalah supaya mereka menghubungi anda untuk menghadiri sesi temuduga. Bukan peranan resume untuk membuatkan pengurus pengambilan merasa takjub dengan anda dan mengatakan ‘Ya, calon ini diterima bekerja’. Ini kerana peranan tersebut dimainkan semasa sesi temuduga.

Tidak perlu ceritakan jalan hidup anda dalam resume. Resume anda sebenarnya adalah alat untuk memolehkan anda ke temuduga pertama. Sebaik sahaja anda berada di dalam ruang temuduga, resume sudah tidak penting.

Justeru, potong mana yang tidak berkaitan. Kurangkan mana yang meleret.

Kesilapan #3: Format

Anda mesti memastikan resume anda bersih, kemas serta dapat dibaca dengan baik dan mudah. Melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik, pelukis dan sebagainya. Gunakan kertas putih manakala tulisan berdakwat hitam. Selaraskan jarak di antara garisan dan sejajarkan kolum. Pastikan nama anda dan maklumat untuk dihubungi terdapat pada setiap muka surat.

Kemudian, paparkan ‘soft-copy’ resume anda di kedua-dua perisian Google Docs dan Word. Cuba attach-kan (lampirkan) resume tersebut ke email dan membukanya sebagai pratonton (preview). Hal ini kerana ia berkemungkinan akan pemutarbalikan perkataan di antara satu format dengan yang lain, antara perisian dengan yang lain. Menjadikan ia dalam format PDF adalah cara paling terbaik dan selamat.

Kesilapan #4: Pendedahan Maklumat Sulit

Menjadi perkara yang mustahak untuk diingatkan bahawa terdapat firma yang mempunyai polisi yang tegas berkaitan maklumat dalaman. Laporan sulit syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan oleh seseorang. Anda mesti pertimbangkan antara keperluan syarikat lama anda (memastikan laporan rahsia syarikat dalam penjagaan) dan kehendak anda (menonjolkan kehebatan diri anda dengan mendedahkan maklumat sulit agar dipandang hebat jadi mereka akan mengambil anda sebagai pekerja).

Kesilapan #5: Pembohongan

Perkara ini amat menyedihkan. Tidak perlu menipu di dalam resume untuk menampakkan kehebatan diri anda. Tindakan ini benar-benar tidak berbaloi. Terdapat ramai calon yang mereka cerita tentang berapa lama mereka berkhidmat di suatu syarikat. Berapa besar kumpulan pekerja yang mereka pernah sertai berkhidmat bersama. Berapa hasil jualan mereka.

Terdapat 3 masalah pada pembohongan:

1. Anda akan jatuh; maklumat di internet, rujukan lepas dan mereka yang bekerja bersama-sama dengan anda di syarikat lama mampu mendedahkan segala pendustaan

2. Apabila pembohongan anda itu dibongkarkan nanti, anda akan dipecat serta-merta. Bagaimana untuk anda terangkan kejadian atau insiden ini dalam temuduga seterusnya bagi mendapatkan pekerjaan baru?

3. Kita tidak diajar oleh ibubapa untuk berkelakuan begitu

Melakukan satu sahaja dari kesilapan di atas akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan. Jangan sesekali lakukannya jika anda mahu dipanggil ke sesi temuduga pertama.

Berita baiknya, majoriti calon melakukan kesilapan ini dalam resume mereka. Menjauhkan diri dari kesalahan di atas dapat memberikan banyak kelebihan kepada diri anda. Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel punca resume anda ditongsampahkan.

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Mudah Membuat Resume Kerja Yang Disukai Majikan

oleh admin Leave a Comment

Contoh Mudah Membuat Resume Kerja Yang Disukai Majikan ini ditulis untuk memberi panduan kepada graduan untuk membuat resume kerja yang disukai majikan. Jika majikan tertarik dengan resume anda, maka mereka akan memanggil anda untuk ditemuduga agar pilihan majikan tepat, sesuai dengan maklumat yang terdapat pada resume kerja. Ketahui lagi contoh mudah membuat resume kerja yang disukai majikan.

Apa itu Resume Kerja?

Resume kerja adalah satu bentuk maklumat profil peribadi yang menerangkan secara ringkas dan mudah difahami akan maklumat seperti nama, umur, pendidikan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ia seolah-olah sebuah kertas yang mengandungi maklumat untuk dijual atau dipamerkan kepada majikan supaya mereka dapat menilai calon yang ingin diambil bekerja di syarikat mereka.

Tips Resume Kerja

Perkara yang paling asas untuk anda tahu bagi membolehkan anda menyiapakan satu resume yang mantap adalah butiran yang perlu diletakkan di dalamnya.

Usah serabutkan fikiran dengan template resume kerja. Bentuk template resume kerja ada pelbagai tetapi kebanyakan di Malaysia ini biasanya menggunakan bentuk yang ringkas dan mudah sahaja.

Apa yang penting, ia mempunyai maklumat yang tepat dan ringkas berkenaan anda. Ini yang ingin dilihat oleh bakal majikan anda.

Panduan Membuat Resume Kerja

Perkara asas yang perlu ada dalam resume yang baik adalah;

  • Personal data; Nama, No. IC, jantina, email, nombor telefon dan alamat rumah
  • Education background; SPM, diploma, degree
  • Career objective
  • Skill languages
  • Work experience
  • Reference

Semua ini merupakan maklumat asas utama tetapi anda boleh juga menambah perkara lain yang dapat menambah kekuatan dan kebolehan anda di dalam menarik majikan agar berminat untuk menemuduga anda.

Selamat mencuba, besar harapan kami agar anda semua dapat sedikit sebanyak manfaat dari artikel contoh mudah membuat resume kerja yang disukai majikan.

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Resume Kerja Kerajaan

oleh admin Leave a Comment

Contoh Resume Kerja Kerajaan? Anda pasti tertanya-tanya bagaimana contoh resume kerja kerajaan mahupun contoh resume kerja swasta. Jika anda tidak tahu cara membuat resume, anda boleh lihat contoh-contoh atau model-model resume yang berjaya diterima oleh majikan. Untuk itu, baca lagi untuk tahu contoh resume kerja kerajaan dalam bahasa Melayu.

Info penting Contoh Resume Kerja Kerajaan

Butiran paling penting yang perlu ada dalam resume kerja kerajaan adalah seperti berikut;

  1. Nama anda
  2. Objektif kerjaya anda, apa yang anda ingin dicapai sekiranya terima bekerja
  3. Alamat, no. telefon dan email anda
  4. Kelebihan dan kekuatan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda
  5. Latar belakang pendidikan, pencapaian akademik bermula dari SPM sehingga peringkat tertinggi
  6. Pengalaman bekerja, tempat lama anda bekerja, berapa lama bekerja, jawatan yang dipegang juga pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
  7. Kemahiran komputer atau kemahiran berbahasa anda
  8. Rujukan, pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda

Anda boleh tulis resume anda dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Disarankan untuk menggunakan bahasa Melayu bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Hal ini kerana anda mungkin akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.

Klik untuk dapatkan Contoh Lengkap Resume Kerja Kerajaan

Senaraikan kelebihan dan pencapaian anda dalam resume, jangan malu dan segan. Tujuan anda menulis resume adalah untuk menjual ‘siapa’ anda kepada bakal majikan anda.

Sebaik saja jumpa kerja kerajaan kosong yang anda minat, segera isi borang dan tulis resume anda sebaik mungkin. Jika anda tak tahu bagaimana cara menulis resume, anda boleh gunakan sample resume kerja kerajaan di atas sebagai panduan permulaan.

Nota penting untuk diberi perhatian bagi Resume Kerja Kerajaan:

  • Menyediakan resume yang baik hanyalah permulaan untuk anda dipanggil temuduga
  • Walaupun anda menulis resume yang baik tetapi jika anda tidak bersedia untuk menghadapi temuduga, anda pasti kecewa apabila calon lain diambil bekerja kerana berjaya menjawab soalan temuduga dengan lebih baik
  • Jadi, langkah seterusnya adalah bersedia untuk temuduga.

Cara Mendapatkan Contoh Resume Kerja Kerajaan yang sudah TERBUKTI BERKESAN!

Saya sangat menyarankan supaya anda menjadi antara terawal untuk mendapatkan contoh Resume Kerja kerana ianya sangat TERHAD dan dikawal oleh Tim InfoKerjaya bagi menjaga kualiti setiap Panduan dan Contoh Resume tersebut.

Oleh sebab itu, jika anda berminat mahu tahu lebih lanjut bagaimana menghasilkan RESUME KERJA KERJAAAN yang lebih baik dan terbukti berkesan dengan mudah.. (ditambah dengan Resume Generator, alat mudah untuk hasilkan resume dengan satu klik), anda boleh KLIK SAHAJA link dibawah:

>> PANDUAN MUDAH BUAT RESUME KERJA YANG MEMIKAT MAJIKAN <<

Selamat mencuba, terima kasih kerana membaca contoh resume kerja kerajaan ini ya..

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Resume Kerja Bahasa Melayu

oleh admin 1 Comment

Contoh Resume Kerja Bahasa Melayu? Contoh Resume Kerja dalam Bahasa Melayu ini ditulis untuk membantu graduan menulis resume dengan baik dan mudah.

Seperti mana yang kita semua tahu, sekarang ini memang terlalu banyak persaingan bagi mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta mahupun sektor kerajaan bahasa melayu. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut mengenai contoh resume kerja lengkap bahasa melayu.

Bagi seseorang itu mendapatkan pekerjaan, langkah pertama yang perlu diambil sebelum dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga ialah menyediakan contoh resume yang lengkap dan menepati syarat dalam bahasa yang sesuai.

Tindakan ini perlu dilakukan dengar segera. Hal ini kerana kita mengalami masalah lambakan graduan setiap tahun. Graduan lepasan universiti tempatan mahupun luar Negara bertambah dengan begitu mendadak manakala peluang pekerjaan bertambah secara sederhana sahaja.

Klik untuk dapatkan Contoh Lengkap Resume Kerja Kerajaan

Sebenarnya tiada format rasmi untuk menulis contoh resume kerja bahasa melayu bagi permohonan perkerjaan. Ini semua bergantung kepada masing-masing dan teknik sendiri. Pun begitu, harus diingatkan bahawa contoh resume kerja yang terlalu panjang dan meleret adalah tidak bagus.

Terlalu pendek juga tidak bagus, ini akan menyebabkan banyak fakta info yang diperlukan tertinggal. Anda juga harus berikan maklumat yang lengkap dan tepat, jangan sesekali tipu penemuduga atau bakal majikan anda dalam surat iringan semasa permohonan tersebut.

Contoh Resume Kerja Bahasa Melayu yang baik

Berikut butiran yang perlu ada dalam sesebuah resume kerja bahasa melayu yang baik:

  • Maklumat Peribadi
  • Objektif & Matlamat Kerja
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Pengalaman Kerjaya
  • Sumbangan & Pencapaian
  • Kemahiran
  • Kekuatan Peribadi
  • Rujukan

Peringatan khas untuk ‘fresh graduate‘:

  • Jika anda tiada pengalaman bekerja, tidak perlu tulis maklumat kerjaya dalam re-sume me-layu.
  • Kerja ‘part time’ walaupun sebulan adalah dikira sebagai pengalaman kerja. Tulis apa sahaja kerja yang pernah anda lakukan.
  • Sumbangan dan pencapaian semasa di institusi pengajian juga boleh diberi.Misalnya;
  1. Mewakili IPT menyertai sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara badminton, tempat ke-2
  2. Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar
  3. Menyertai misi bantuan kemasyarakatan di Kemoja dan sebagainya
  • Bagi Objektif dan Matlamat Kerjaya iaitu apa yang anda ingin capai dan laksanakan dalam syarikat tersebut, anda boleh lihat contoh ini;
  1. Berhasrat meningkatkan mutu dan kualiti jabatan melalui prestasi kerja yang unggul
  2. Membina kerjaya cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi, masyarakat dan Negara
  3. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap, cepat, amanah serta bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan

Cara Mendapatkan Contoh Resume Kerja Kerajaan yang sudah TERBUKTI BERKESAN!

Saya sangat menyarankan supaya anda menjadi antara terawal untuk mendapatkan contoh Resume Kerja kerana ianya sangat TERHAD dan dikawal oleh Tim InfoKerjaya bagi menjaga kualiti setiap Panduan dan Contoh Resume tersebut.

Oleh sebab itu, jika anda berminat mahu tahu lebih lanjut bagaimana menghasilkan RESUME KERJA KERJAAAN yang lebih baik dan terbukti berkesan dengan mudah.. (ditambah dengan Resume Generator, alat mudah untuk hasilkan resume dengan satu klik), anda boleh KLIK SAHAJA link dibawah:

>> PANDUAN MUDAH BUAT RESUME KERJA YANG MEMIKAT MAJIKAN <<

Semoga bermanfaat, terima kasih kerana membaca Contoh Resume Kerja Bahasa Melayu.

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja

oleh admin Leave a Comment

RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja. Percayakah anda RESUME adalah penyebab 367,000 graduan atau pencari kerja gagal mendapat kerja idaman mereka? Sebelum itu..Baca fakta ini…

  • 367,000 GAGAL mendapat kerja adalah kerana tidak tahu menghantar resume merupakan antara fakta menarik yang berlaku dalam senario sektor pekerjaan Malaysia.
  • Kegagalan memikat majikan juga merupakan antara faktor utama ramai pencari kerja kerajaan dan swasta gagal menjawat jawatan yang diimpikan.
  • Susah betul nak dipanggil temuduga. Padahal ‘skill’ temuduga dah TIP TOP dah…
  • Resume dah hantar kepada 37 buah syarikat. Satu pun tak sangkut…

Ok, itu antara fakta sebenar dan keluhan yang seringkali OhKerjaya terima dari pencari kerja.

Panduan Terbaru Kami – Rahsia Resume Kerja (RRK)

Ramai graduan pandang mudah pada resume kerana ianya hanya sekadar tulis latarbelakang kita dan akademik
Tetapi graduan tidak tahu, resume harus ditulis dengan ‘seni’nya dan harus menepati kriteria yang betulResume AHMAD tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Chong Keat.

Resume Chong Keat tidak boleh digunakan bulat-bulat oleh Kalaivani.

Ya, betul, anda harus ‘craft’ resume anda menjadi sesuatu yang unik dan  mewakili anda. Bukan sekadar menceritakan tentang latar belakang akademik terbaik anda hanya untuk “menjual” kepada bakal majikan sahaja. Anda perlu lakukan lebih dari itu.

Jangan abaikan resume. Hasilkan resume yang terbaik untuk anda dipanggil ke temuduga.

Anda perlukan rujukan ini kerana dalamnya ada ‘blueprint’ resume yang graduan abaikan. Ia hasil dari kajian kami selama ini.

Akses laman jualan Rahsia Resume Kerja (RRK)

Apa Yang Terkandung Dalam Rahsia Resume Kami?

Rahsia Resume Kerja yang baru sahaja kami edarkan pada hari ini mempunyai komponen berikut:
  1. Persediaan Resume Kerja – 92 muka surat
  2. 10 Template Resume Menarik – Pasang Siap Untuk Anda
  3. Cover Letter Sukses – 3 Contoh Cover Letter Sukses
  4. Soal Jawab Spesifik Resume – 39 muka surat
  5. Resume 5 Angka – 4 Contoh Resume Berjaya

Sekiranya OhKerjaya merasakan RESUME sesuatu yang perlu maka anda boleh dapatkan panduan tersebut di bawah.

https://ohkerjaya.com/panduan-rahsia-resume-kerja

OK! Jumpa di ruangan download nanti ya. OH! RESUME Punca 367,000 Tidak Mendapat Kerja.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa, Penulisan Resume

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran