Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga? Tentu sekali majikan atau penemuduga tidak sepatutnya menjadi satu-satunya yang bertanya soalan ketika sesi temuduga.
Hal ini penting sebagai calon untuk memutuskan adakah kerjaya tersebut bersesuaian dengan matlamat anda. Oleh itu, anda wajib tahu soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga. Selanjutnya, baca lagi soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga.
Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga
Apakah soalan terbaik untuk ditanya kepada penemuduga?
Kerjaya yang dipohon mungkin menjadi kerjaya sepanjang hayat anda. Justeru, pilihlah dengan sepenuh kewarasan anda dengan berfikiran jauh.
Sebagai tambahan, bertanya soalan yang betul dan tepat dapat menjadikan anda calon terkehadapan berbanding calon lain. Ini kerana anda telah menunjukkan minat anda dengan jawatan tersebut.
Tentunya orang yang berminat dengan apa yang dikerjakan lebih berprestasi tinggi dari mereka yang melakukannya kerana terpaksa. Berikut soalan yang patut anda Tanya kepada penemuduga untuk mengetahui jika itu adalah kerja yang anda cari-cari selama ini.
Soalan yang patut anda Tanya kepada penemuduga
- Boleh tuan terangkan budaya kerja yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di syarikat ini?
- Apakah tanggungjawab mereka yang memegang jawatan ini dari hari ke hari?
- Apakah jalan untuk kerjaya yang lebih hebat melalui jawatan ini?
- Boleh tuan terangkan sedikit tentang beberapa projek yang saya akan ikut sama jayakan?
- Untuk jawatan ini, berapa kali atau hari seminggu yang dijangka saya akan ‘travel’ ke luar untuk menjalankan urusan kerja?
- Adakah saya akan bekerja secara individu atau berkumpulan?
- Kepada siapa saya mahu rujuk dan melaporkan diri untuk jawatan ini?
- Adakah tuan merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam beberapa bulan ini?
- Adakah syarikat ini menawarkan atau menyediakan latihan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu dan sebagainya?
- Berapa kerap syarikat ini menjalankan penilaian semula prestasi kerja pekerja?
- Apakah perkara yang tuan suka tentang syarikat ini?
- Apakah perkara yang tuan tidak suka sepanjang bekerja di sini, mengapa?
- Boleh tuan terangkan rancangan syarikat ini untuk mengembangkan perniagaannya? Adakah tuan merancang untuk melancarkan produk baru atau memulakan projek baru?
- Adakah masa bekerja di sini lebih fleksibel atau adakah insuran kesihatan disediakan?
- Adakah hari permulaan untuk jawatan ini?
- Apakah langkah seterusnya untuk jawatan ini? Bagaimana nanti untuk saya mengetahui maklumat lebih lanjut?
- Ada apa-apa lagi perkara yang tuan mahu saya jawab dan beri penjelasan?
Ketahui Lanjut Tips Sebelum Menghadiri Temuduga
Semoga berjaya! Terima kasih kerana meluangkan masa membaca Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga.
Leave a Reply