• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Berita Semasa / Oh! Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 Diperlukan!

Oh! Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 Diperlukan!

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Terbuka Tapisan Pertama Bagi Mengisi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Jawatan Kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jangan lepaskan peluang ini!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri Temuduga Terbuka Tapisan Pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

  • 8 Mac 2015 (Ahad)
  • 10 Mac 2015 (Selasa)
  • 12 Mac 2015 (Khamis)

Semua sesi temuduga akan berlangsung pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari di Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6, Aras 1, Kompleks Kota Darul Naim. Terhad kepada 30 orang sahaja.

Jawatan Kosong

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaunan)

i. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Gaji (termasuk elaun): Gaji adalah dibayar secara elaun sebanyak RM 2 336 sebulan (Secara Pukal) tanpa diberi pergerakan gaji tahunan.

(Gaji Pokok : RM 1 746 + ITKA : RM 160.00 + ITP : RM 180 + COLA : RM 250)

iii.  Taraf Lantikan : Pegawai Berelaun (Bergaji Pukal)

      Dekripsi Tugas : Bertanggungjawab membangun perisian baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Peringatan

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba aal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Sumber : laman SPA

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran