4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan walaupun rata-rata diberitakan bahawa pengambilan pekerja baru dalam sektor awam dibekukan. Persoalannya, apa tindakan kita untuk menghadapi berita pembekuan pengambilan pekerja baru khususnya dalam sektor awam? Anda mahu tahu, apa 4 Pelan Tindakan Pasca Pembekuan yang wajib anda lakukan?
Antara 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ialah:-
#1: Sentiasa “update” maklumat anda dalam SPA8i.
Anda mungkin tidak tahu, kekerapan anda mengemaskini maklumat anda dalam laman sesawang SPA8i sebenarnya membuka peluang anda untuk lebih mudah terpilih untuk bekerja dengan badan kerajaan. Kenapa? Kerana sebenarnya sentiasa ada kekosongan jawatan dalam sektor awam. Bayangkan jika ada kakitangan yang berhenti atau pencen atau telah meninggal dunia. Nah, bukankah itu peluang kerja untuk anda?
#2: Peka dengan info kekosongan jawatan dengan badan-badan kerajaan.
Jangan bergantung kepada satu sumber sahaja. Maksud saya, jika anda mahu mohon kerja kerajaan, jangan merasa cukup dengan mengisi SPA8i sahaja. Ingat, ada berates-ratus badan kerajaan di Malaysia ini yang setiap hari sebenarnya menawarkan jawatan kosong pada anda!
#3: Cari peluang kerja dalam sektor awam dan swasta.
Jangan hadkan diri kita, fokus mencari kerja dalam sektor swasta sahaja. Jika anda pernah mempunyai pengalaman kerja dengan sektor swasta, anda mempunyai sedikit kelebihan kerana pengalaman anda. Yang penting, terus usaha mencari kerja kosong dalam sektor awam atau swasta.
#4: Pastikan maklumat dalam resume anda sentiasa dikemaskini.
Ya! Ini juga termasuk dalam pelan tindakan pasca pembekuan yang anda wajib buat! Sila dan sila pastikan yang resume anda sentiasa diupdate. Jika ada sebarang jawatan kosong nanti, anda tinggal “alter” sedikit objektif resume anda, supaya selari dengan jawatan yang dipohon.
4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini hanyalah sebagai panduan sahaja, untuk membantu anda supaya tidak “give up” dalam mencari kerja terutamanya dalam sektor awam. Peluang masih ada dan sebenarnya masih banyak.
Yang penting, anda jangan cepat putus asa dan teruskan memburu kerja. Selamat memburu kerja! Semoga artikel 4 pelan tindakan pasca pembekuan yang wajib anda lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Leave a Reply