Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Anda pasti tertanya-tanya, di manakan anda boleh mendapatkan sumber “soalan bocor” untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 ini, bukan?
Tahniah kerana anda telah datang ke website yang betul, yang mana kami akan kongsikan dengan anda Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.
Panduan Temuduga Kerjaya Pembantu Tadbir Gred 17.
Ketahui Skop Tugas jawatan Pembantu Tadbir mengikut bahagian.
Sedikit maklumat dari kami untuk pengetahuan anda bahawa Pembantu Tadbir Gred 17 terdiri daripada pelbagai bidang perkhidmatan seperti Perkeranian/Operasi, Kewangan dan Undang-Undang.
Di bawah ini kami senaraikan skop tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred 17 mengikut bahagian masing-masing.
1) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian yang selari dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian seperti menyelenggara fail atau dokumen, pengiraan, menyediakan laporan bulanan dan statistik.
2) Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
- Bertanggungjawab bagi tugas-tugas kewangan dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan yang berkaitan.
- Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
3) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
- Bertanggungjawab menyediakan fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam lain mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.
Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17.
Soalan yang kami sediakan untuk anda di bawah ini adalah soalan yang mungkin anda rasa simple dan remeh. Untuk pengetahuan anda, soalan beginilah sebenarnya soalan yang menyerlahkan identiti diri anda tanpa anda sedar. Pastikan anda membuat persiapan yang mantap bagi menjawab persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan.
- Cara Perkenalkan Diri
- Mengapa tidak sambung belajar ke IPT
- Pengalaman kerja terdahulu?
- Kenapa memohon jawatan ini?
Semoga info yang kami kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua untuk membantu anda membuat persiapan rapi sebelum ditemuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred 17.
Terima kasih kerana membaca artikel Panduan Temuduga Pembantu Tadbir Gred 17 ini.
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi!
Jumpa lagi dalam entri akan datang.
Leave a Reply