Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling) ini dirahsiakan?
Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda memberikan tips dan info Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).
Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling).
Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41
Ringkasan mengenai Pegawai Psikologi S41.
- Skop tugas seorang Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti – aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
- Pegawai Psikologi S41 adalah jawatan dalam kategori kumpulan Pengurusan dan Professional. Pegawai Psikologi S41 yang layak akan berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam Sektor Kerajaan.
Syarat untuk menjadi Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)
Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya | Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau |
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau |
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | Gaji Permulaan : RM2,521.70 atau |
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; | Gaji Permulaan : RM2,828.32 dan |
Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
- mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41. Namun, ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Antara Contoh Soalan Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi S41
Berikut kami berikan contoh–contoh soalan temuduga yang kebiasaannya akan disoal oleh penemuduga. Pastikan anda bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dilontarkan.
- Bagaimana Cara Anda Perkenalkan Diri
- Pengalaman kerja terdahulu?
- Kenapa memohon jawatan ini?
Terima kasih kerana anda telah meluangkan masa dengan membaca info dalam Panduan Temuduga Pegawai Psikologi Gred S41 ini. Semoga apa yang kami kongsikan dengan anda dapat membantu anda membuat persiapan sebelum melangkah ke fasa temuduga bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41.
Dapatkan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41
Selamat maju jaya!
Leave a Reply