• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2020

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Motivasi Kerjaya / Oh! 5 Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan Yang Tak Didedahkan

Oh! 5 Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan Yang Tak Didedahkan

June 25, 2015 by admin Leave a Comment

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang tak didedahkan kepada masyarakat umum. Anda tahu apa kelebihan-kelebihan dan keseronokan bercuti dalam kerja kerajaan? Jom kita ambil tahu apa faedah-faedah yang seronok cuti yang kakitangan awam dapat dan tidak didedahkan kepada umum!

Keseronokan Cuti Dalam Kerja Kerajaan

Sebenarnya, banyak kelonggaran cuti yang diberikan kepada penjawat awam, yang kita semua tak tahu!

 

Antara keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kakitangan awam bakal dapat ialah:-

#1: Kemudahan untuk Cuti Sakit

Anda semua tahu bahawa sudah ada polisi baru yang membenarkan kakitangan awam untuk dapat cuti sakit walaupun menggunakan surat cuti sakit dari klinik swasta? Haaaa Prosedur baru ini dibuat bagi membantu kakitangan awam unuk mudahkan urusan mereka mohon cuti sakit.

#2: Sempena isteri bersalin, suami juga dapat cuti!

Ini pula keseronokan cuti dalam kerja kerajaan yang kedua! Daripada cuti sebanyak 3 hari, pihak pentadbiran kerajaan telah menambah lagi 4 hari untuk para suami bercuti sempena menyambut kelahiran cahaya mata yang baru. Khusus kepada para suami kakitangan awam sahaja ya!

#3: Mahu cuti tanpa gaji atau cuti dibawa ke hadapan atau cuti separuh gaji?

Berkhidmatlah dengan kerajaan! Anda boleh mohon untuk cuti tanpa gaji, iaitu paling maksimum selama 3 tahun atau lebih mengikut jawatan anda. Untuk cuti tanpa gaji ini, anda boleh mohon untuk cuti selama tiga tahun berturut-turut atau ambil cuti secara berperingkat hingga cukup kuota 3 tahun yang diberi. Jika ada cuti anda pada tahun ini yang masih berbaki, cuti tersebut boleh dibawa ke hadapan! Jadi, pilihlah cuti jenis macam mana yang sesuai dengan urusan anda.

#4: Cuti bersalin!

Bagi kakitangan wanita, pihak pentadbiran memberikan anda cuti bersalin selama 42 hari! Panjang, bukan? Maka manfaatkanlah cuti bersalin yang anda peroleh untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta! Jika anda cuti lebih dari 42 hari, cuti itu dikira sebagai cuti sakit.

#5: Cuti untuk melaksanakan haji.

Saya yakin, ramai yang tidak tahu bahawa pentadbiran kerajaan menyediakan kelonggaran cuti yang khusus bagi penjawat awam yang hendak menjalani ibadah haji. Dengan adanya cuti ini, secara tak langsung penjawat awam diberi kelebihan untuk menunaikan ibadah haji, tanpa perlu tunggu masa pencen, barulah tunaikan ibadah haji.

 

5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini adalah sebahagian cuti yang kami kongsi dengan anda dalam artikel ini. Disebabkan banyak kelonggaran cuti dalam kerja sektor awam inilah yang menarik minta orang ramai untuk memohon kerja dengan kerajaan!

Seronok kan bercuti? Manfaatkan cuti yang ada dengan sebaiknya. Jangan saja-saja bercuti tanpa sebab ya! Itu ponteng namanya. Selamat bekerja! Semoga artikel 5 keseronokan cuti dalam kerja kerajaan ini membantu anda.

 

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan? April 12, 2016
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran? April 12, 2016
  • Review Rahsia Bijak Temuduga August 25, 2015
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat August 22, 2015
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan August 20, 2015
  • Review Rahsia Resume Kerja August 19, 2015
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya August 17, 2015

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Laman Kerjaya

Kerjaya Malaysia

Rakan Kerjasama

Zafesha Simply Beauty

Zafesha Simply Foundation

Alkurma Ajwa

Carian

Copyright 2015-2021 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran