• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Penulisan Resume / Oh! Kemahiran Utama Yang Diperlukan Dalam Resume

Oh! Kemahiran Utama Yang Diperlukan Dalam Resume

oleh admin Leave a Comment

Kemahiran utama yang diperlukan dalam resume ini dikongsikan atas faktor pasaran kerja. Pasaran kerja memang bertambah baik tapi masih lagi ketat dan sangat kompetetif. Sebab itu, anda perlu mengetengahkan kemahiran yang amat diperlukan oleh bakal majikan anda.

Untuk membantu anda mencapai matlamat kerjaya ini, kami senaraikan beberapa kemahiran utama yang diperlukan oleh sebahagian besar majikan. Selepas ini anda boleh masukkan kemahiran utama anda yang diperlukan dalam resume.

Kemahiran Utama Yang Diperlukan Dalam Resume

#1 – Keupayaan bekerja dalam pasukan

Skop kerja anda nanti menuntut anda untuk bersama-sama berganding bahu dengan ahli kumpulan bagi menyiapkan tugas dengan jayanya sehingga selesai.

Majikan mahu anda berminat untuk berkongsi idea dan perlukan input dari orang lain. Jadi pastikan resume anda mempunyai komponen ini untuk menunjukkan kelebihan diri anda.

#2 – Kebolehan untuk berkomunikasi dengan efektif

Anda perlu berkomunikasi dengan pelbagai jabatan dalam organisasi untuk menyelesaikan tugas. Anda juga perlu berkomunikasi secara efektif dengan pelanggan dan pembekal. Mereka yang boleh berkomunikasi dengan efektif selalunya seorang motivator yang baik. Ini bermaksud anda boleh bercampur dengan ahli kumpulan untuk melakukan kerja.

#3 – Kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Masalah baru pasti ada dalam setiap organisasi, tetapi bagaimana anda memberi maklum balas adalah penting. Dapat menyelesaikan masalah dengan efisien adalah perkara bagus yang terdapat pada pekerja yang cemerlang.

#4 – Kebolehan dalam memproses maklumat

Sebagai pekerja baru, anda akan berada dalam persekitaran pembelajaran. Berapa pantas anda mampu menyesuaikan diri dengan tugas? Anda kebiasaannya tidak akan ditinggalkan bersendirian sehingga majikan anda yakin yang anda mampu melakukan tugasan tersebut dengan baik. Seseorang yang mampu memproses maklumat dengan baik adalah ciri-ciri pekerja yang majikan cari.

#5 – Kebolehan dalam merancang, mengurus dan menyusun prioriti kerja

Lazimnya majikan akan memberi tugasan yang berbeza-beza. Pekerja yang dicari-cari oleh majikan adalah mereka yang mampu mengkategorikan tugasan mengikut tarikh akhir (deadline) dan tahap keutamaan, berdasarkan garis panduan yang diberikan. Tiada maknanya tugasan yang disiapkan dengan sempurna jika ia lewat atau memberi kesan buruk pada tugasan lain.

#6 – Kebolehan menganalis data kuantatif

Setiap syarikat mengukur kejayaan berdasarkan angka. Ia bergantung pada jabatan di mana anda bekerja. Contohnya, dalam perkhidmatan pelanggan anda perlu memahami mengapa ramai pelanggan membuat panggilan dalam tempoh tertentu. Kemahiran memahami statistik berkaitan dengan syarikat dapat membantu anda merancang strategi bagi menambah kualiti prestasi kerja dan membantu syarikat menjana pendapatan.

Rumusan…

Sebelum memohon pekerjaan, lakukan sedikit kajian supaya anda tahu apa kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan. Kemahiran yang diperlukan mungkin berbeza dengan majikan lain bergantung pada kerja yang dipohon. Nyatakan kemahiran kerja anda dalam resume dengan jelas.

Selain artikel Oh! Kemahiran Utama Yang Diperlukan Dalam Resume ini, kami ada banyak lagi tip-tip panas dan info menarik untuk dikongsikan kepada anda. Jangan lupa share untuk manfaat bersama!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran