Apakah jenis bidang jururawat yang perlu anda tahu? Anda mesti sudah tahu apa tugas seorang jururawat kan? Jika belum, anda boleh baca post lepas. Kami kongsikan apakah tugas jururawat dan kenapa anda sepatutnya tidak memandang rendah pada kerjaya sebagai jururawat.
Jika anda perasan, terdapat beberapa warna jalur pada cap atau tudung jururawat. Sebenarnya setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas berlainan pada jururawat.
Contohnya, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 manakala jalur ungu pula adalah Jururawat Masyarakat U19. Bergantung pada hospital.
Ketahui Lanjut Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat
Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda Tahu
#1 – Jururawat Pelatih
Jururawat ini masih seorang pelajar kejururawatan dan sedang mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf. Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun RM1165.58 sebulan.
Lazimnya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.
#2 – Jururawat Masyarakat Gred U19
Jururawat ini mesti berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 tidak termasuk elaun. Mereka juga biasanya dipanggil jururawat kebidanan.
Biasanya, jururawat ini memakai topi atau tudung jururawat berjalur warna ungu.
#3 – Jururawat Terlatih Gred U29
Jururawat ini adalah dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Institusi tersebut mestilah diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 belum masuk elaun. Jururawat jenis ini dapat kita kenal dengan jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat mereka.
#4 – Jururawat Terlatih Gred U41
Jururawat jenis ini pula adalah dari kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan adalah RM2259.08 tidak termasuk elaun.
#5 – Jururawat Pergigian U29
Mereka mestilah dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugasnya berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat. Gaji permulaannya adalah RM1687.
Kerjaya Sebagai Jururawat
Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan? Anda berminat dengan laluan kerjaya jururawat yang mana satu?
Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti dapatkan ebook ini!
Apa yang ebook ini dapat bantu anda? Apa intipati menarik yang didedahkan dalam ebook ini?
- Anda akan didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Ini penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
- 5 kelebihan sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca… ini yang dikatakan lumayan!
- Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.
dan banyak lagi kami dedahkan dalam ebook ini…
Nak tahu semuanya? Dapatkan ebook tersebut segera dengan klik di sini!
aliah says
nak tanya ade ke nurse yg jaga bayi lepas bersalin
admin says
Ada
Salma says
lepas menjadi jururawat pelatih, apa yang boleh dimohon selepas itu?
nurul aida says
berapa kos perbelanjaan untuk menjadi seorang nurse