Maklumat Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 2015 ini ditulis bagi memenuhi permintaan yang tinggi dikalangan pembaca OhKerjaya.com. Penolong Pustakawan merupakan salah satu jawatan yang ditawarkan pihak kerajaan dan proses pelantikan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Bagi anda yang berkelayakan dan mempunyai syarat-syarat seperti dibawah, mohonlah jawatan Penolong Pustakawan Gred S27.
Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 termasuk di dalam kumpulan sokongan dan diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Sosial.
Selain dari itu, pegawai yang dilantik juga akan mengikuti latihan yang disediakan,bergantung pada ketua jabatan/perkhidmatan yang berkenaan.
Dibawah, kami sediakan maklumat jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 untuk kemudahan anda.
Anda juga berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Penolong Pustakawan Gred S32 sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
Berikut adalah syarat lantikan yang diperlukan :
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii. Kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
- Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,661.95]
iii. Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Penolong Pustawan Gred S27
Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27
Atas permintaan dari calon-calon, pihak kami, OhKerjaya.com telah bekerjasama dengan Tim InfoKerjaya untuk menghasilkan satu panduan temuduga. Panduan ini sangat lengkap dan merangkumi pelbagai aspek bermula dari persediaan sebelum temuduga, cara pemakaian yang sesuai, dan paling eksklusif Contoh Soalan Temuduga yang sering ditanya panel penemuduga.
Layari Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27 untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply