Contoh Soalan Temuduga SPA adalah perkara penting kepada anda, anda dan anda sebelum melangkah ke dunia temuduga! Ramai sebenarnya calon-calon temuduga SPA tertanya-tanya, bagaimanakah contoh soalan temuduga SPA ini? Apa yang biasanya ditanya? Maklumat mana yang perlu diambil tahu? Jangan risau! Insya Allah dalam entri ini, kami akan cuba menyelesaikan soalan-soalan anda mengenai soalan temuduga SPA.
Contoh Soalan Temuduga SPA
Empat item utama yang biasanya akan ditanya ketika temuduga:-
1- Tentang latar belakang anda
2- Kaitan jawatan yang dipohon dengan SPA
3- Dasar kerajaan
4- Isu-isu semasa, sama ada dalam negara dan luar negara.
1- Latar Belakang Anda
- Perkenalkan diri seara ringkas -Waktu ini adalah waktu yang paling tepat untuk anda tonjolkan pada panel penemuduga, kenapa mereka perlu pilih anda untuk isi kekosongan jawatan tersebut.
- Apa kelebihan anda yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan?
- Ceritakan projek akhir semester anda. Jika anda ada menjalani latihan praktikal akhir semester, jangan lupa ceritakan sekali kemahiran yang anda ada hasil latihan praktikal tersebut.
- Apa kelemahan anda? Bagaimana anda uruskan kelemahan anda dalam bekerja?
2- Sejauh mana anda faham tentang jawatan yang dipohon?
- Apa yang anda tahu, job scope jawatan yang anda mohon?
- Apa kepakaran yang anda perlu ada dan kaitannya dengan jawatan yang anda mohon?
- Apa inisiatif untuk menambah baik jabatan jika menyandang jawatan tersebut?
- Apa sumbangan yang anda boleh berikan apabila diberi peluang menjawat jawatan tersebut?
3- Dasar Kerajaan
- Anda tahu bagaimana konsep KPI diaplikasi untuk ukur tahap kecekapan para mnteri dalam melaksanakana tugas?
- Apa yang anda faham tentang konsep satu Malaysia?
- Terangkan bajet tahunan negara? Apa fungsi BR1M kepada ekonomi negara?
- Senaraikan dasar-dasar negara yang telah dilaksanakan?
4- Isu-isu semasa
Isu semasa dalam negara
- Konflik ekonomi negara?
- Bencana-bencana yang berlaku di Malaysia tahun 2015.
- Tahap penganguran graduan Malaysia?
- Diskaun PTPTN.
Isu semasa luar negara
- Krisis negara-negara Islam seperti Palestin, Syria, Rohingya.
- Krisis ekonomi Greece.
- Campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran sesebuah negara.
Macam-macam lagi sebenarnya isu yang boleh ditanya. Tujuan panel penemuduga bertanya isu-isu semasa adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan anda terhadap dunia luar. Kerana kebanyakan calon yang datang, mereka hanya excellent atas kertas, sehingga terlupa khabar dunia luar.
Selepas anda bersusah-payah mencari 1001 kerja kosong, pastikan anda tidak mensia-siakan peluang untuk membuat sehabis baik, ketika anda diberi peluang untuk sampai ke fasa temuduga. Jangan lupa., intai-intai apa perkara-perkara yang membuatkan anda gagal dalam temuduga.
Diharap agar entri Oh! Contoh Soalan Temuduga SPA ini membantu anda untuk merapikan lagi persiapan anda menghadapi temuduga. Mana tahu, kali ini rezeki anda untuk terpilih menyandang jawatan yang anda mohon tersebut. Siapa tahu?
Semoga terus sukses dalam apa jua yang anda lakukan. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama kami membaca sehingga akhir artikel ini!
Leave a Reply