Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini merupakan perkara yang selalu menjadi isu utama para graduan bagi menghasilkan resume kerja yang terbaik dan mampu memukau majikan ketika ditemuduga. Sebenarnya, mudah sahaja untuk untuk anda tulis resume yang menarik untuk mohon kerja dan memukau majikan anda melalui temuduga!
Jadi, bagaimana cara yang betul untuk hasilkan resume kerja dan pukau majikan anda melalui temuduga?
Anda mahu tahu cara untuk pukau majikan anda melalui resume kerja anda dan juga melalui temuduga?
Baik, jom lihat cara-caranya di bawah..
#1: “Copy Paste” Resume daripada Internet?
Bahaya! Cara ini adalah cara paling bahaya untuk anda pikat majikan anda! Template resume kerja memang boleh didapati dengan mudah di hujung jari anda, tapi satu perkara anda perlu ingat!
Bayangkan ada sepuluh orang yang guna template resume yang sama dengan anda, yang bersumberkan dari internet dan dihantar kepada majikan yang sama. Apa persepsi majikan anda?
sebenarnya, secara tidak langsung, anda sudah “merendahkan” sedikit market value diri anda. Anda kena ingat, anda sedang dinilai oleh majikan walaupun hanya melalui helaian kertas!
Lebih baik jika anda gunakan sepenuh kreativiti anda untuk persembahkan diri anda kepada bakal majikan anda!
#2: Resume Tanpa Edit!
Apa maksudnya? Resume tanpa edit ialah anda hasilkan satu resume untuk satu jawatan tertentu. kemudian, anda gunakan resume yang sama untuk mohon jawatan yang lain.
Saya bagi contoh, anda mohon kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam dan buat resume kerja berdasarkan jawatan tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga mohon jawatan sebagi Guru dan anda terus hantar resume untuk kerja Guru, menggunakan resume kerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam.
Sepatutnya, anda pastikan satu resume, satu jawatan. Barulah anda boleh tonjolkan spesifikasi anda dalam jawatan yang dipohon pada majikan anda.
#3: Berapa Panjang Resume Kerja Anda?
Jangan panjang-panjang, kerana majikan anda tidak ada banyak masa untuk “kenal” dengan anda.
Pastikan resume kerja anda mengandungi maklumat yang ringkas dan padat mengenai anda. Masukkan pencapaian sekurang-kurangnya 3 tahun yang terkini sahaja.
#4: Gambar Untuk Resume Kerja.
Gunakan gambar yang boleh menampakkan anda seorang yang ceria bagi menarik minat majikan untuk mengambil anda sebagai pekerjanya.
#5: Pakaian Untuk Temuduga.
Bagi yang beragama Islam khususnya wanita, lebih elok jika anda memakai pakaian mengikut syarak.
#6: Terangkan Latar Belakang Anda.
Ini soalan pertama yang biasanya majikan akan minta anda untuk ceritakan. Jika anda cerita anda berasal dari mana, bilangan adik-beradik, anda gagal!
Soalan ini adalah soalan pembuka untuk anda promote diri anda pada majikan. Jelaskan pencapaian-pencapaian anda sebelum ini, misalnya anda penerima anugerah “Pekerja Contoh”.
Secara tidak langsung, jika anda ceritakan kelebihan anda, anda mampu memikat dan memukau majikan dengan mempamerkan kelebihan anda.
#7: Confident!
Ini adalah perkara paling penting ketika anda ditemuduga! Pastikan anda menjawab soalan anda dengan yakin dan jangan lokek untuk senyum pada bakal majikan anda!
Saya harap tips-tips di atas dapat membantu anda bagaimana untuk hasilkan resume kerja yang tip top, dalam masa yang sama mampu memukau majikan anda bila anda ditemuduga. Semoga berjaya mendapat pekerjaan yang baik!