• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

oleh admin Leave a Comment

Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga Anda Di Sini

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga pasti pernah dilalui oleh setiap orang. Kami yakin, anda pasti mempunyai cerita tersendiri tentang kejayaan atau kegagalan temuduga anda. Apa kata anda kongsikan di sini pengalaman temuduga anda, sama ada anda berjaya atau telah gagal dalam temuduga tersebut. Mana tahu, ia boleh menjadi panduan kepada kawan-kawan lain yang bakal menghadapi temuduga.

Kejayaan atau Kegagalan Temuduga

Berjaya atau gagal dalam temuduga bukanlah penamat segalanya.

Bagi anda yang telah berjaya diterima bekerja dalam sektor awam atau sektor swasta, tahniah kami ucapkan. Selaamt menjalankan kerja dengan penuh amanah.

Kepada anda yang telah mencuba berkali-kali namun gagal dalam temuduga anda, jangan risau! Jangan putus asa. teruskan berusaha. Usaha dan yakin, insya Allah giliran anda pula untuk diterima masuk dalam sektor awam atau swasta untuk berkhidmat.

Sampai sini dahulu coretan untuk hari ini. Mungkin anda mahu panduan lulus temuduga ini?

Jangan lupa ya! Kongsikan Kejayaan atau Kegagalan Temuduga anda di sini untuk manfaat kita bersama.

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan medan pertempuran anda dengan ratusan calon-calon Pembantu Tadbir Kewangan yang lain. Dalam sesi temuduga inilah anda perlu tonjolkan mengapa anda perlu dipilih untuk mengisi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan ini, bukannya orang lain. Jadi, artikel ini akan cuba membantu anda untuk memberikan tips-tips yang berguna sebelum anda hadir ke Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

Jangan datang temuduga dengan otak yang kosong!

Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

ana anda bertugas sepenuh masa dalam bidang kewangan bagi membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  • Menyediakan gaji kakitangan;
  • Selenggara buku vot
  • Membuat kutipan hasil
  • Menyediakan baucar bayaran
  • Menguruskan pembayaran bil-bil
  • Mengeluarkan resit penerimaan bayaran
  • Menerima penyata tuntutan elaun-elaun
  • Menyelenggara buku tunai
  • Menyediakan penyata pemungut/audit
  • Mengeluarkan waran peruntukan mengurus
  • Menyediakan laporan perbelanjaan
  • Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender
  • Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer
  • Menyediakan surat-menyurat
  • Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa

Pastikan anda sekurang-kurangnya mengetahui tentang ‘Akta Acara Kewangan 1957′, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’.

Penguasaan Bahasa Inggeris

Anda perlu menguasai penggunaan Bahasa Inggeris ini memandangakan bahasa ini kebiasaannya menjadi bahasa pengantar dalam sesi temuduga.

Berdasarkan pengalaman calon-calon terdahulu, mereka biasanya disuruh untuk memperkenalkan diri di dalam Bahasa Inggeris.

Bahkan, ada juga yang berkongsi bahawa sesi temuduga mereka hampir 50% dijalankan dalam Bahasa Inggeris!

Semoga info-info yang kami kongsi ini, dapat memberikan manfaat kepada kita semua untuk lebih kemas mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Untuk mendapatkan info-info kerjaya yang terkini daripada kami, jangan lupa subscribe emel anda di bawah ini, ya!

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Ini Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam yang dirahsiakan

oleh admin Leave a Comment

Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini sebenarnya “dirahsiakan” dari pengetahuan umum. Mengapa Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini dirahsiakan?

Ini bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab segala jenis bentuk soalan yang bakal dikemukakan. Walaubagaimana pun, kami berhajat untuk membantu anda untuk mendapatkan Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam. 

format dan tips peperiksaan online penguasa kastam

Pastikan anda bersedia untuk menghadapi peperiksaan online ini.

Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam.

Format terbaru bagi soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam.

Soalan Peperiksaan Online ini terbahagi kepada 3 seksyen, iaitu:

Seksyen A: Ujian Pengetahuan Am

Seksyen B: Ujian Penyelesaian Masalah

Seksyen C: Ujian Psikometrik

Seperti biasa, Seksyen A adalah penting bagi mebgukur tahap pengetahuan anda kepada pengetahuan am. Bagi Seksyen B pula, kebiasaannya calon-calon akan diberikan soalan-soalan yang mencabar bagi menguji tahap kreativiti anda dalam menyelesaikan masalah. Manakala Seksyen C bertujuan untuk mengetahui sahsiah dan sikap calon-calon Penguasa Kastam.

Ini adalah format baru bermula tahun 2014. Format peperiksaan sebelum ini hanya terdiri daripada dua seksyen sahaja iaitu ujian tentang pengetahuan am dan penyelesaian masalah.

Jika sebelum ini, peperiksaan online ini telah dibuat pada hari-hari bekerja, tetapi sekarang sudah ditukar yang peperiksaan ini diadakan pada hari Sabtu, bagi memudahkan calon-calon untuk fokus dengan peperiksaan mereka.

Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam

  1. Ketika sampai masa untuk anda menjalani Peperiksaan Online ini, sila pastikan internet anda keadaan yang baik.
  2. Patikan anda menjawab semua soalan-soalan yang diberikan sepantas yang boleh, ok?
  3. Anda perlu habiskan untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam masa yang diperuntukkan.
  4. Jika anda nota berkaitan dengan Penguasa Kastam, anda boleh rujuk nota tersebut. Tapi, pastikan jangan sampai tak sempat masa menjawab soalan gara-gara masa anda habis dengan membelek nota sahaja!
  5. Sekadar peringatan kepada anda, anda akan jawab soalan-soalan peperiksaan ini dari rumah, bukannya jawab secara berpusat di mana-mana pusat peperiksaan.
  6. Jangan lupa untuk masuk ke link exam SPA pada hari peperiksaan dijalankan. Jika anda tidak dapat akses pada link tadi, anda boleh cuba akses melalui Fan Page SPA sebelum peperiksaan dijalankan.
  7. Sila alert pada peperiksaan ulangan (disebabkan server down). Pastikan anda tidak terlepas untuk jalani semula peperiksaan online untuk jawatan ini kerana anda mempunyai peluang untuk lulus lebih tinggi.

Semoga artikel Format dan Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam ini dapat membantu anda untuk memperkemaskan persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Koleksi Format dan Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 membantu lebih 10,000 calon

oleh admin 1 Comment

Contoh Soalan Pengetahuan AM  Pembantu Tadbir N17 memang dicari-cari oleh calon-calon Pembantu Tadbir N17 sebagai peprsediaan sebelum melalui peperiksaan online.

Antara tujuan diwujudkan bahagian Soalan Pengetahuan AM adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan am dalam kalangan calon-calon Pembantu Tadbir N17 .

Teruskan membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui Contoh Soalan Pengetahuan AM  Pembantu Tadbir N17!

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17

Ingat, tanpa pengetahuan yang cukup, anda bakal terjerat dengan soalan yang dikemukakan.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17

Untuk pengetahuan anda, Soalan Peperiksaan yang dibuat terdiri daripada 3 seksyen iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling

Seksyen B: Ujian Menyelesaikan Masalah Matematik Pembantu Tadbir

Seksyen C: Ujian Penaksiran Personaliti

Soalan di bawah merupakan antara contoh soalan dari Seksyen A: Pengetahuan Am.

1- Deklarasi Kuala Lumpur 1971 adalah satu persetujuan mengenai:

A. Penubuhan ASEAN

B. Penubuhan pasaran bersama ASEAN

C. Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN

D. Penubuhan kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara

2- Apabila YDPA melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam

B. berketurunan Melayu

C. pernah menjadi Menteri Kabinet

D. menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

Apa yang kami gariskan tersebut adalah jawapan bagi contoh soalan yang dikemukakan.

Anda sudah nampak trick soalan ini dibuat? Ya, soalan-soalan ini boleh memerangkap anda dalam membuat pilihan jawapan, lebih-lebih lagi jika anda tidak betul-betul menguasai pengetahuan am mengenai negara.

Semoga maklumat yang kami “bocorkan” ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk buat persediaan sebelum menjalani peperiksaan bagi jawatan Pembantu Tadbir N17.

Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Pengetahuan AM Pembantu Tadbir N17 ini.

Oh ya! Jangan lupa subscribe emel anda untuk dapatkan info-info terkini mengenai kerjaya daripada kami!

Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Apakah Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 yang terbaru?

oleh admin Leave a Comment

Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 merupakan soalan di Seksyen C dalam Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Tujuan wujudnya Ujian Psikometrik ini adalah untuk menilai tahap psikologi calon-calon Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Disebabkan keunikan Seksyen C ini, anda perlu membuat persediaan mental untuk menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Ujian Psikometrik merupakan ujian yang menguji berkaitan psikologi calon-calon.

Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Konsep Soalan Ujian Psikometrik

Melalui Ujian Psikometrik inilah akan menentukan sama ada calon tersebut sesuai atau tidak dari segi psikologi untuk meneruskan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Penerangan S27.

Tiada sebarang format yang tetap atau bentuk soalan ramalan bagi bahagian ini.

Biasanya, anda hanya akan diberikan DUA sahaja pilihan jawapan seperti YA atau TIDAK, SETUJU atau TIDAK SETUJU, BETUL atau SALAH.

Skop Soalan Ujian Psikometrik

Lazimnya bagi Seksyen C ini adalah membabitkan 4 perkara sebagai skop soalan iaitu:-

  1. Kemahiran Berfikir
  2. Sikap
  3. Perwatakan
  4. Emosi
  5. Dan lain-lain

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

Berikut kami kongsikan contoh soalan bagi Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

1- Saya akan rasa menyampah bila orang lain berperangai pelik

A. Ya                                                           B. Tidak

2- Saya sanggup untuk membantu rakan saya supaya kami sama-sama berjaya di dalam akademik.

A. Ya                                                           B. Tidak

3- Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan kawan-kawan sekerja, saya akan mencari peluang untuk mendekati mereka.

A. Ya                                                           B. Tidak

4- Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.

A. Ya                                                           B. Tidak

5- Bila saya berasa letih, saya akan menyambung tugasan saya pada hari esok walaupun tugasan tersebut amat mustahak.

A. Ya                                                           B. Tidak

6- Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.

A. Ya                                                           B. Tidak

7- Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya.

A. Ya                                                           B. Tidak

Apa yang penting, setiap soalan yang dikemukakan mempunyai sebab tersendiri yang diperlukan bagi menilai sahsiah anda. Jadi, berfikir dengan tenang semasa menjawab soalan-soalan Ujian Psikometri ini.

Semoga apa yang telah kami kongsikan di sini dapat anda jadikan panduan untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan S27.

Ketahui Lanjut Panduan Penolong Pegawai Penerangan

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga tamat.

Selamat maju jaya!

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran