• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

oleh admin Leave a Comment

Persediaan fizikal menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dikongsikan khusus  kepada anda yang bakal menghadiri peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Berikut adalah persediaan yang dapat dikongsikan kepada anda.

 

Seperti yang kita ketahui, peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM sememangnya memerlukan persediaan yang lebih, bukan sekadar membaca semata-mata. Tidak membuat persediaan yang rapi akan membuatkan pelajar mendapat keputusan yang tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.

Begitu juga dengan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik, mahu tidak mahu calon yang peperiksaan ini perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sebagai calon peperiksaan PTD, calon tidak perlu takut dan gementar dengan peperiksaan kerana samada bersedia atau tidak, calon tetap menempuh peperiksaan tersebut. Oleh itu, calon digalakkan untuk fokus kepada persediaan untuk berjuang dalam peperiksaan.

Untuk cemerlang dalam peperiksaan PTD, calon hendaklah bersedia dari segala aspek. Hal ini bermaksud calon bukan setakat membaca rujukan tertentu dan mengulangkaji topik semata-mata., malah lebih daripada itu perlu dilakukan oleh calon. Persediaan yang rapi akan memupuk keyakinan yang tinggi untuk calon menghadapi peperiksaan tersebut.

PERSEDIAAN FIZIKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN PTD

1. Kesihatan

Sebagai calon peperiksaan, anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persediaan ulangkaji sehingga ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang kurang baik akan menganggu persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan. Gangguan kesihatan sememangnya tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini pastinya membawa kepada tekanan emosi. Sekiranya masih banyak yang perlu diulangkaji, ia pastinya akan membuat anda bertambah bimbang. Jadi, pastikan anda menjaga perkara tersebut.

2. Tidur Yang Cukup

Anda haruslah mempunyai tidur yang cukup iaitu diantara 6-7 jam sehari. Kurang tidur akan menyebabkan anda mengantuk, letih dan kemungkinan untuk jatuh sakit. Namun, tidur yang berlebihan juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, anda perlu latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

3. Jaga Pemakanan

Makan makanan yang baik atau lebih jelas lagi baik dari segi sumber iaitu halal, kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Oleh itu, ibu bapa haruslah prihatin dengan memberi anak-anak makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menggelapkan hati mereka.

4. Beriadah

Anda tidak perlu beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai calon yang bermain hingga penat dan akhirnya mereka akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda dinasihatkan beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukan senaman ringan yang mengeluarkan peluh.

5. Keselamatan

Calon haruslah menjaga keselamatan diri dengan sebaiknya. Jauhkan diri daripada aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecederaan teruk. Anda pastinya tidak mahu mengambil peperiksaan dalam wad di hospital. Kecelakaan sememangnya diundang, namun sekiranya anda tidak berhati-hati, anda sebenarnya telah mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Jadi, lebihkan masa anda untuk berada dirumah ketika musim peperiksaan menjelang.
gambar exam ohkerjaya

Gambar oleh ccarlstead cc

Semoga berjaya kepada semua calon yang mengambil peperiksaan ini nanti. Diharap anda semua dapat berjaya lulus dengan cemerlang dan seterusnya dapat menjawat jawatan ini. Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

 

Filed Under: Peperiksaan Bertulis

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27. Berikut merupakan contoh soalan dan panduan peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W27 bagi tahun 2014.

Rata-rata calon yang gagal dalam peperiksaan bertulis SPA adalah mereka yang tidak mempunyai rujukan yang lengkap sebagai panduan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal mereka hadapi.
Mereka bukanlah malas hendak mengulangkaji, namun masalah utama bagi setiap calon adalah tidak mempunyai sumber rujukan dan panduan yang terbaik sebelum menghadapi peperiksaan.

Mengulas mengenai masalah yang dihadapi ini, di sini saya akan kongsikan beberapa jenis dan bentuk soalan yang bakal dihadapi oleh calon terutamanya yang mengambil peperiksaan bertulis bagi jawatan W27.

Daripada beberapa sumber rujukan yang diperoleh, bentuk soalan sememangnya menguji tahap pemikiran calon di mana calon akan diuji lebih daripada pemikiran yang biasanya. Skop soalan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

perakaunan

Jenis Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27

Bahagian A lebih menjurus kepada pemikiran secara global dan pemahaman berbentuk soalan berkaitan fakta termasuk yang berkaitan di seluruh dunia. Sebagai contoh :

Pada tahun berapakah penubuhan OIC diperkenalkan?
A- 1956
B-1963
C-1961
D-1969
Jawapan D iaitu pada tahun 1969.

Bahagian B pula akan menguji tahap pemikiran yang biasanya melibatkan perkiraan yang agak mengelirukan. Soalannya tampak mudah tetapi sebenarnya jauh daripada perkiraan biasa seperti :

 

 

Dapatkan Panduan Lengkap Nota dan Koleksi Soalan Peperiksaan W27

Untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan seperti ini, calon disarankan untuk mendapatkan Pakej Rujukan Periksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 yang disediakan khas untuk calon supaya lebih bersedia dengan nota tambahan serta koleksi soalan serta jawapan yang terbaik.
Kandungan Pakej Rujukan ini adalah koleksi soalan-soalan terdahulu disertakan sekali dengan nota yang berkaitan dengan jawatan penolong akauntan W27 yang diperoleh berdasarkan carian daripada pelbagai sumber yang bagus.

Kepada calon yang bakal menghadapi peperiksaan bertulis Penolong Akautan W27 yang akan diadakan nanti, anda bolehlah menggunakan fungsi langganan dibawah untuk mendapatkan link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke email anda.

Dalam pakej rujukan ini terkandung pelbagai informasi berguna sebagai persediaan calon sebelum menghadapi peperiksaan itu nanti.
Lebih daripada itu, calon dapat menyesuaikan diri dengan melakukan latihan daripada contoh soalan dan skema jawapan yang disediakan nanti.

Mahirkan diri anda dengan jenis soalan, skop perbincangan dengan menggunakan skema jawapan yang diberikan supaya anda lebih mudah menjawab soalan peperiksaan itu nanti.

Jika anda merupakan calon peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Akauntan W27, rujukan ini pasti berguna untuk anda kerana sudah terbukti ramai yang berjaya dengan panduan khas ini daripada maklum balas calon terdahulu. Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27.

Filed Under: Peperiksaan Bertulis

Oh! Semak Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan

oleh admin Leave a Comment

Semakan keputusan peperiksaan pegawai penerangan S41 ini dikongsikan kepada anda yang telah menghadiri peperiksaan pegawai penerangan S41 2015.

Berikut merupakan link semakan secara online yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti di bawah.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41 2015

Harus diingatkan, masih ada dua lagi penilaian oleh pihak SPA bagi calon yang berjaya dalam keputusan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 sebelum dapat menjawat jawatan Pegawai Penerangan. Tahap penilaian yang dimaksudkan ialah Sesi Penilaian Assessment Center (PAC) dan temuduga Pegawai Penerangan S41.

 

gambar queue ohkerjaya

Gambar oleh gadl cc

Sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ini, anda tidak perlu bersedih kerana anda boleh jadikan peperiksaan ini sebagai pengalaman dan mendapat kelebihan untuk menjawab soalan-soalan pada peperiksaan sesi terbaru nanti.

Kenalpasti dahulu kelemahan anda, cuba mengatasi kembali topik-topik yang anda lemah tersebut dan gunakan pengalaman tersebut untuk mengatasi calon lain. Semoga berjaya kepada yang kurang berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.

Filed Under: Berita Semasa

Oh! Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

oleh admin Leave a Comment

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27: Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 untuk tahun 2014 kepada calon yang terpilih.Adakah anda calon bagi peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Arib S27? Sudahkah anda bersedia dengan bentuk soalan yang bakal diajukan nanti? Jangan risau lagi, satu panduan khas telah disediakan kepada semua calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan bagi Gred S27 kali ini.

Berdasarkan pengalaman daripada calon, pihak Oh Kerjaya berbesar hati untuk membantu anda supaya boleh menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah menggunakan contoh soalan yang diperoleh daripada peperiksaan yang terdahulu.

Secara ringkasnya, calon haruslah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 sebagaimana persaingan dengan calon yang lain semakin tinggi saban tahun.

gambar exam ohkerjaya

Punca Ramai Yang Gagal

Kita semua sedia maklum bahawa statistik yang gagal dalam peperiksaan bertulis ini adalah tinggi kerana tiada persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti ini.

Mungkin ianya tampak remeh bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya ramai yang sudah bersedia daripada awal untuk mendapatkan pekerjaan seperti Penolong Pegawai Arkib S27 ini.

Calon haruslah bersedia daripada bentuk dan jenis soalan yang akan dikemukakan nanti. Secara amnya, peperiksaan bertulis ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu bahagian A dan bahagian B sahaja.

  • bahagian A – Pengetahuan Am
  • bahagian B – Daya Penyelesaian Masalah

Contoh Soalan Peperiksaan Penjawat Awam

Bahagian A
Soalan : 50
Markah : 40 minit

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon di mana ianya lebih berkait dengan soalan yang lebih terarah kepada pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini?
A – England
B – Brazil
C – Sepanyol
D – Perancis

Bahagian B 
Soalan : 40
Markah : 45 minit

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

 

Filed Under: Peperiksaan Bertulis

Oh! Apakah Definisi Kerjaya yang perlu anda tahu

oleh admin Leave a Comment

Apakah definisi kerjaya yang perlu anda tahu? Menurut Zunker kerjaya merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu. Lagi definisi kerjaya menurut Omar Awang menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan didalam kehidupan seseorang. Tolbert mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu.

Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Ketahui dengan lebih lanjut apakah definisi kerjaya yang perlu anda tahu.

gambar career ohkerjaya

DEFINISI PENDIDIKAN KERJAYA

Terdapat pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh individu dan organisasimengikut bidang masing-masing. Berikut diterangkan perkara tersebut. Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokuskepada kerjaya.

Perkara ini bermula dari peringkat awal, mungkin pada peringkat rendah danberlanjutan hinnga ke peringkat dewasa. Pendidikan kerjaya merupakan satu program yang membekalkan seseorang dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran, tetapi pendidikan kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap kepentingan kerja sama ada dari segi peribadi, psikologi, social mahupun ekonomi.

Dari sudut lain pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang memberi penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat agar mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan.

Pendidikan kerjaya merangkumi semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi, melatih, memberi kaunseling, dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan. Ia juga memberi penekanan kepada nilai instrumental semua jenis. Apakah Definisi Kerjaya yang perlu anda tahu.

Filed Under: Motivasi Kerjaya

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran