• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Cara Menulis Resume Paling Sempurna

oleh admin Leave a Comment

Cara menulis resume paling sempurna adalah dengan memberikan tanggapan pertama yang baik kepada bakal majikan atau pengurus pengambilan. Ada beberapa cara menulis resume paling lengkap yang ingin kami kongsikan di sini. Harapnya, selepas ini anda tahu bagaimana menulis resume paling terbaik.

Tahukah anda nama lain bagi resume adalah Curriculum Vitae (CV). Resume ini sebetulnya adalah ringkasan kelaykan seseorang. Jadi melalui resume ini dapatlah majikan menapis dari beribu pemohonan, yang mana resume paling terbaik. Seterusnya majikan akan mengadakan sesi temuduga untuk mengenal dan menilai calon dengan lebih dekat.

Semua ini sebab nak tengok calon mana paling sesuai untuk diambil bekerja di syarikat mereka. Ingat! Tugas anda adalah menulis resume sesempurna mungkin supaya dipanggil ke temuduga kerja.

Sebenarnya tidak ada resume yang paling sempurna. Tetapi berita baiknya, anda boleh guna 8 rahsia menulis resume ini untuk menjadikan resume anda lebih baik dan sempurna dari ribuan pesaing. Hasilnya, anda tetap akan dihubungi untuk ke sesi temuduga.

8 Rahsia Cara Menulis Resume Paling Terbaik

#1 – Guna Kata Kunci Yang Power ini;

  • Pengalaman
  • Pengurusan
  • Projek
  • Pembangunan
  • Perniagaan/Perusahaan
  • Kemahiran
  • Kepakaran
  • Pengetahuan
  • Tahun
  • Pasukan
  • Kepimpinan

Guna kata kunci ini dapat meningkatkan 70% kemungkinan untuk resume anda digolongkan dalam resume kerja bertaraf 5 bintang.

#2 – Jangan guna kata kunci ini;

  • Saya
  • Memerlukan
  • Peluang
  • Kesukaran
  • Pertama kali
  • Dalam proses pembelajaran
  • Dalam proses perkembangan

Semua kata kunci ini dapat mengurangkan 79% peluang untuk resume anda menjadi taraf 5 bintang, jika anda berkeras juga untuk guna.

#3 – Resume Kerja Anda Mesti Merangkumi Seksyen Ini;

  • Objektif
  • Ringkasan
  • Sejarah Kerjaya
  • Latihan
  • Pendidikan
  • Rujukan

Selepas itu, anda 1.7 kali ganda dapat meningkatkan kebarangkalian resume kerja anda dinilai sebagai resume bertaraf 5 bintang,

#4 – Jangan Masukkan Seksyen Ini;

  • Bahasa
  • Minat atau kepentingan peribadi
  • Pencapaian
  • Hobi

Seksyen ini akan mengurangkan 24% kemungkinan resume kerja anda dinilai sebagai resume bertaraf 5 bintang.

#5 – Panjang

Tulis resume kerja kerajaan atau resume kerja swasta dalam 600 ke 700 patah perkataan sahaja. Jangan terlalu lebih, jangan terlalu kurang. Resume yang ditulis dalam rangkungan bilangan patah perkataan ini adalah lebih baik.

#6 – Ucap Terima Kasih

Didapati 10% resume kerja bertaraf 5 bintang menggunakan ayat ini pada cover letter mereka. Frasa itu adalah; “Terima kasih atas perhatian dan pertimbangan anda”.

29% kemungkinan untuk resume anda bertaraf 5 bintang meningkat dengan menggunakan rahsia cara penulisan resume ini.

#7 – Pastikan Perkara Ini;

Semasa menulis resume terbaik anda, pastikan ayat yang digunakan dapat menangkap perhatian majikan anda.

  • Tunjukkan bahawa anda seorang yang bijaksana
  • Jelaskan anda boleh bekerja secara berkumpulan
  • Kemukakan kepada mereka yang anda adalah ‘solusi’ dalam permasalahan perkembangan syarikat
  • Pamerkan keyakinan bahawa anda mampu menggalas tugas atau jawatan itu

#8 – Akhir sekali…

Pastikan resume anda relevan!

Dapatkan kit penulisan resume yang lengkap di sini

Khas untuk pembaca OhKerjaya.com, kami sediakan beberapa kit panduan penulisan resume yang lengkap mengandungi:

  1. Ebook Rahsia Resume Kerja
  2. Soal jawab spesifik resume
  3. Cover letter sukses
  4. 4 contoh resume yang berjaya
  5. 10 template resume kerja pasang siap

Anda  boleh dapatkan kit penulisan resume tersebut di sini

Sekiranya artikel Cara Menulis Resume Paling Sempurna ini tidak cukup membantu anda. Boleh langgan emel kami untuk dapatkan lebih banyak tips berkaitan cara tulis resume sekarang!

Filed Under: Penulisan Resume

Oh! Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 Diperlukan!

oleh admin Leave a Comment

Temuduga Terbuka Tapisan Pertama Bagi Mengisi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.

Jawatan Kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jangan lepaskan peluang ini!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri Temuduga Terbuka Tapisan Pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Bertaraf Sambilan Berelaun) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

  • 8 Mac 2015 (Ahad)
  • 10 Mac 2015 (Selasa)
  • 12 Mac 2015 (Khamis)

Semua sesi temuduga akan berlangsung pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari di Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Blok 6, Aras 1, Kompleks Kota Darul Naim. Terhad kepada 30 orang sahaja.

Jawatan Kosong

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaunan)

i. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Gaji (termasuk elaun): Gaji adalah dibayar secara elaun sebanyak RM 2 336 sebulan (Secara Pukal) tanpa diberi pergerakan gaji tahunan.

(Gaji Pokok : RM 1 746 + ITKA : RM 160.00 + ITP : RM 180 + COLA : RM 250)

iii.  Taraf Lantikan : Pegawai Berelaun (Bergaji Pukal)

      Dekripsi Tugas : Bertanggungjawab membangun perisian baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Peringatan

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba aal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Sumber : laman SPA

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Punca Resume Anda Dilongkangkan

oleh admin Leave a Comment

Punca Resume Dilongkangkan? Punca Resume Anda Dilongkangkan dikongsikan untuk membantu anda memperbaiki cara penulisan resume kerja. Terdapat beberapa kesilapan pada resume kerja yang mana ia menjadi punca resume anda dilongkangkan.

Ini yang anda mahukan?Kesilapan-kesilapan ini amat kritikal, sangat kerap berlaku. Dilakukan oleh calon berulang kali dan tiada usaha yang serius dalam penambahbaikan penulisan resume kerja yang lengkap.

Oleh itu, dikongsikan kepada anda 7 kesilapan utama yang kerap berlaku dalam penulisan resume. Anda perlu membaca dan cuba mengelakkan diri dari melakukan 7 kesilapan ini. Jika tidak, salah satu dari kesilapan ini akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan atau dilongkangkan. Bukan ‘dikangkangkan‘ ye..

Antara Punca Resume Anda Dilongkangkan

#1 Copy & Paste Resume

Terdapat perbezaan yang sangat besar di antara ‘mencontohi’ dan ‘meniru’. Untuk mendapatkan ganjaran yang jelas, anda sememangnya memerlukan contoh resume lengkap untuk dicontohi. Anda perlu memerhatikan cara mereka yang sudah berjaya menerangkan butiran tentang pengalaman kerja mereka. Namun, jangan sesekali meniru untuk mengelakkan menjadi punca resume dilongkangkan.

#2 Crowded Data

Keinginan yang membuak-buak untuk diterima bekerja dalam syarikat adakalanya membuatkan anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda secepat yang mungkin. Lalu anda berfikir untuk memasukkan keseluruhan pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

Elakkan dari melakukan kesilapan ini kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja. Paling tidak, pastikan ia berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.

#3 Tulisan atau Font yang Fancy

Untuk memastikan yang resume anda benar-benar menarik perhatian majikan, anda mengambil inisiatif untuk meragamkan resume anda. Ini tidak perlu dan merupakan suatu kesalahan melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik atau artis.

Anda hanya perlu menggunakan font menurut piawaian biasa untuk resume kerja iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma. Jika tidak, resume kerja anda akan mengelirukan majikan anda. Ini akan menyebabkan punca resume anda ditongsampahkan. Siapa saja mahu membaca tulisan yang berlingkar-lingkar jika ia hanya menyakitkan mata?

#4 Guna Lebih dari 2 Warna

Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, anda hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan putih. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakan seksyen dalam resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu. Tidak perlu meletakkan warna yang menyakitkan mata.

#5 Resume Umum

Kebanyakan calon menghantar resume yang sama untuk memohon kerja dari beberapa syarikat. Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum. Manakala setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama. Pembaca resume tersebut juga mempunyai jenis pemikiran yang berbeza.

Jalan yang paling terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume kerja untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume lengkap yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.

#6 Surat Iringan

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga memakan 2 hingga 3 helai kertas lalu menenggelamkan resume kerja yang dihantar.

Sebahagian daripada maklumat di dalam resume telah diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume kerja anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.

#7 Tak Faham Keperluan Jawatan

Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama. Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama. Elakkan daripada membuat andaian sendiri dan carilah sumber rujukan kerja yang dipohon dengan tepat.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak layak dengan kelulusan dan kemahiran anda. Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja tersebut, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.

Kesimpulan

Oleh kerana resume merupakan tangga untuk anda dipanggil ke sesi temuduga kerja, anda mestilah berusaha untuk menyediakan resume yang lengkap dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Biarpun anda memiliki kelulusan tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh, ia bakal memberi impak kepada kerjaya anda.

Jika anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam kerjaya, anda perlu mengambil serius dengan kaedah penulisan resume anda. Satu cara yang paling mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti adalah dengan merujuk kepada panduan penulisan resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan.

Ramai rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya masing-masing telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan panduan menulis resume tersebut supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah demi masa depan kerjaya anda:

>> Panduan Penulisan Resume yang Betul dan disukai Majikan. <<

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Punca Resume Anda Ditongsampahkan

oleh admin Leave a Comment

Punca Resume Anda Ditongsampahkan? Punca Resume Anda Ditongsampahkan ini dikongsikan untuk membantu calon lepas cabaran skrin pertama iaitu dihubungi oleh majikan untuk ke temuduga pertama. Banyak kesilapan yang sering berlaku dalam resume yang akan membuatkan pengurus pengambilan tak berminat untuk memanggil anda ke sesi temuduga. Ketahui lebih lanjut punca resume anda ditongsampahkan.

Ini dia dikongsikan beberapa kesilapan yang selalu berlaku dalam proses pengambilan temuduga yang menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Kesalahan yang nampak kecil dan mudah ini sangat kerap terjadi. Hal ini akan merosakkan kewibawaan resume anda. Menjauhi dari melakukan kesalahan ini dapat memberikan anda kelebihan jauh ke hadapan dari calon yang lain.

Punca Resume Anda Ditongsampahkan

Kesilapan #1: Typo atau Kesalahan Menaip

Ini adalah kesilapan yang paling ketaradan mungkin menjadi Punca Resume Anda Ditongsampahkan. Namun, ia tetap berlaku. Mengikut survey yang dijalankan oleh CareerBuilder menunjukkan bahawa terdapat 58% resume mengandungi kesalahan menaip. Hal ini sangat bahaya kerana majikan akan fikir anda tidak mampu berhadapan dalam mengendalikan butiran yang terperinci.

Oleh itu, baca resume anda berkali-kali. Semak ayat dan perkataan dari atas ke bawah pada setiap muka surat. Kemudian, minta seseorang mengoreksikan resume tersebut untuk anda.

Kesilapan #2: Ayat Meleret

Penting untuk diingatkan bahawa tujuan penyediaan resume adalah supaya mereka menghubungi anda untuk menghadiri sesi temuduga. Bukan peranan resume untuk membuatkan pengurus pengambilan merasa takjub dengan anda dan mengatakan ‘Ya, calon ini diterima bekerja’. Ini kerana peranan tersebut dimainkan semasa sesi temuduga.

Tidak perlu ceritakan jalan hidup anda dalam resume. Resume anda sebenarnya adalah alat untuk memolehkan anda ke temuduga pertama. Sebaik sahaja anda berada di dalam ruang temuduga, resume sudah tidak penting.

Justeru, potong mana yang tidak berkaitan. Kurangkan mana yang meleret.

Kesilapan #3: Format

Anda mesti memastikan resume anda bersih, kemas serta dapat dibaca dengan baik dan mudah. Melainkan anda memohon pekerjaan sebagai pereka grafik, pelukis dan sebagainya. Gunakan kertas putih manakala tulisan berdakwat hitam. Selaraskan jarak di antara garisan dan sejajarkan kolum. Pastikan nama anda dan maklumat untuk dihubungi terdapat pada setiap muka surat.

Kemudian, paparkan ‘soft-copy’ resume anda di kedua-dua perisian Google Docs dan Word. Cuba attach-kan (lampirkan) resume tersebut ke email dan membukanya sebagai pratonton (preview). Hal ini kerana ia berkemungkinan akan pemutarbalikan perkataan di antara satu format dengan yang lain, antara perisian dengan yang lain. Menjadikan ia dalam format PDF adalah cara paling terbaik dan selamat.

Kesilapan #4: Pendedahan Maklumat Sulit

Menjadi perkara yang mustahak untuk diingatkan bahawa terdapat firma yang mempunyai polisi yang tegas berkaitan maklumat dalaman. Laporan sulit syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya didedahkan oleh seseorang. Anda mesti pertimbangkan antara keperluan syarikat lama anda (memastikan laporan rahsia syarikat dalam penjagaan) dan kehendak anda (menonjolkan kehebatan diri anda dengan mendedahkan maklumat sulit agar dipandang hebat jadi mereka akan mengambil anda sebagai pekerja).

Kesilapan #5: Pembohongan

Perkara ini amat menyedihkan. Tidak perlu menipu di dalam resume untuk menampakkan kehebatan diri anda. Tindakan ini benar-benar tidak berbaloi. Terdapat ramai calon yang mereka cerita tentang berapa lama mereka berkhidmat di suatu syarikat. Berapa besar kumpulan pekerja yang mereka pernah sertai berkhidmat bersama. Berapa hasil jualan mereka.

Terdapat 3 masalah pada pembohongan:

1. Anda akan jatuh; maklumat di internet, rujukan lepas dan mereka yang bekerja bersama-sama dengan anda di syarikat lama mampu mendedahkan segala pendustaan

2. Apabila pembohongan anda itu dibongkarkan nanti, anda akan dipecat serta-merta. Bagaimana untuk anda terangkan kejadian atau insiden ini dalam temuduga seterusnya bagi mendapatkan pekerjaan baru?

3. Kita tidak diajar oleh ibubapa untuk berkelakuan begitu

Melakukan satu sahaja dari kesilapan di atas akan menjadi punca resume anda ditongsampahkan. Jangan sesekali lakukannya jika anda mahu dipanggil ke sesi temuduga pertama.

Berita baiknya, majoriti calon melakukan kesilapan ini dalam resume mereka. Menjauhkan diri dari kesalahan di atas dapat memberikan banyak kelebihan kepada diri anda. Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel punca resume anda ditongsampahkan.

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Tips Resume 2015: Teknik Memikat Majikan Cara Pantas

oleh admin Leave a Comment

Tips resume 2015: Teknik Memikat Majikan Cara Pantas | Tips resume 2015: Teknik Memikat Majikan Cara Pantas ini ditulis untuk membantu graduan menyediakan resume yang dapat memikat hati majikan. Oleh itu, ketahui lebih lanjut tips resume 2015: teknik memikat majikan cara pantas.

Bagi menangkap perhatian para majikan, resume anda mempunyai kurang dari 10 saat. Anda boleh terkeluar dari ruang perhatian majikan untuk tapisan seterusnya dengan mengabaikan kesilapan kecil dalam resume anda seperti kesalahan tatabahasa.

Sangat penting untuk anda membetulkan setiap kesilapan dan memastikan resume anda mempunyai format yang terkini, menarik dan sesuai.

Tips Resume 2015

Isi kandungan resume yang mantap dapat memberikan kelebihan pada anda. Oleh itu;

  • Letak nama anda dengan jelas, alamat, nombor telefon dan juga email
  • Setiap resume mesti disesuaikan dengan sasaran portfolio anda
  • Kategorikan resume anda mengikut jenis format yang betul

Setiap elemen ini akan membantu anda menghasilkan resume yang cemerlang.

Tips Temuduga 2015

Bonus Tips Temuduga 2015

  • Menjadi antara kesilapan terbesar ketika menghadiri temuduga adalah dengan mengabaikan isu-isu berkaitan dengan syarikat juga agensi anda ditemuduga
  • Mulakan dengan membuat carian yang terperinci tentang syarikat atau agensi melalui laman web utama mereka
  • Lihat setiap profil majikan dan peranan mereka
  • Baca 5 blogpost yang terawal mereka keluarkan
  • Objektif utama temuduga diadakan adalah untuk menentukan sama ada pemohon memiliki kriteria yang dikehendaki oleh majikan serta boleh menjadi sebahagian pasukan kerja yang dinamik dan proaktif
  • Mereka yang bijak mengambil peluang dan mencari inisiatif dan tidak hanya menjual dirinya adalah ciri-ciri umum yang dicari-cari oleh majikan

Semoga berjaya, terima kasih kerana membaca Tips Resume 2015.

Filed Under: Penulisan Resume

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran