• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Blog

Oh! Maklumat Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 2015

oleh admin Leave a Comment

Maklumat Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 2015 ini ditulis bagi memenuhi permintaan yang tinggi dikalangan pembaca OhKerjaya.com. Penolong Pustakawan merupakan salah satu jawatan yang ditawarkan pihak kerajaan dan proses pelantikan dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bagi anda yang berkelayakan dan mempunyai syarat-syarat seperti dibawah, mohonlah jawatan Penolong Pustakawan Gred S27.

Jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 termasuk di dalam kumpulan sokongan dan diklasifikasikan sebagai Perkhidmatan Sosial.

Selain dari itu, pegawai yang dilantik juga akan mengikuti latihan yang disediakan,bergantung pada ketua jabatan/perkhidmatan yang berkenaan.

Dibawah, kami sediakan maklumat jawatan Penolong Pustakawan Gred S27 untuk kemudahan anda.

Anda juga berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Penolong Pustakawan Gred S32 sekiranya terdapat kekosongan jawatan dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

Berikut adalah syarat lantikan yang diperlukan :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [Gaji Permulaan : RM1,362.00]
  • Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,661.95]

iii. Calon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan Penolong Pustawan Gred S27

Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27

Atas permintaan dari calon-calon, pihak kami, OhKerjaya.com telah bekerjasama dengan Tim InfoKerjaya untuk menghasilkan satu panduan temuduga. Panduan ini sangat lengkap dan merangkumi pelbagai aspek bermula dari persediaan sebelum temuduga, cara pemakaian yang sesuai, dan paling eksklusif Contoh Soalan Temuduga yang sering ditanya panel penemuduga.

Layari Panduan Temuduga Penolong Pustakawan Gred S27 untuk maklumat lanjut.

Filed Under: Persediaan Temuduga Tagged With: Persediaan Temuduga

Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan

oleh admin 1 Comment

Contoh surat iringan permohonan kerja yang berjaya memikat hati majikan ini dikongsikan supaya anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana membuat surat iringan permohonan kerja terbaik. Untuk makluman anda, ada lagi banyak surat iringan seperti contoh surat iringan sekolah, contoh surat iringan asal ketua jabatan, contoh surat iringan rancangan perniagaan, contoh surat iringan ke ppd, contoh surat iringan kepada imigresen, contoh surat iringan penghantaran dokumen dan banyak lagi.

Tetapi kali ini kami memfokuskan khas kepada contoh surat iringan mohon kerja.

Cara Menulis Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan

Surat iringan mohon kerja yang lengkap mempunyai 3 bahagian utama iaitu;

  • Permulaan
  • Pertengahan
  • Penutup

Permulaan

Bahagian ini anda memperihalkan tentang memperkenalkan diri dan menjelaskan sebab kenapa anda menulis kepada mereka.

Pertengahan

Bahagian Pertengahan menceritakan menyenai kelayakan anda, pengalaman dan kemahiran anda. Jangan lupa untuk pastikan ia bersesuaian dengan organisasi berkenaan.

Penutup

Ini bahagian yang mengisarkan tentang diri anda kepada mereka. Tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat surat menyurat dan nombor telefon anda.

Terima kasih kerana membaca Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan. 

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik

oleh admin Leave a Comment

Cara tulis objektif resume terbaik adalah pertamanya jelas dengan matlamat anda. Matlamat pertama pemohon kerja adalah dengan menyediakan resume kerja terbaik yang mampu memberikan tawaran kerja sebaik sahaja mereka menghantar resume kepada bakal majikan yang berpotensi. Itu sepatutnya menjadi matlamat utama pemohon kerja seperti anda. Selepas itu, anda akan tahu cara tulis objektif resume terbaik.

Cara Tulis Objektif Resume Terbaik

Nak buat resume kerja bahasa Melayu terbaik mestilah terdiri dari komponen-komponen penting dalam penulisan resume. Komponen yang dimaksudkan adalah maklumat diri, maklumat akademik, pengalaman kerja dan komponen asas lain.

Jika anda belum jelas, boleh baca di sini. Kami kongsikan dengan terperinci komponen-komponen penting dalam penulisan resume.

Jangan tak tahu yang objektif resume adalah salah satu komponen penting. Kerap sekali pemohon kerja tidak ambil endah tentang perkara ini. Objektif resume yang baik menurut pandangan pakar-pakar, mampu menarik minat majikan untuk mengetahui kelebihan dan kemahiran yang ada pada pemohon.

Objektif resume kerja bahasa Melayu terbaik tidak harus melebihi 3 barus perkataan, ringkaskan ayat tersebut dengan ayat pilihan sinonim yang baik.

Untuk menghasilkan resume kerja yang lebih relevan, pastikan anda memilih perkataan yang mampu menerangkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada diri anda dan padankan dengan jawatan yang tawarkan.

Ingat, jangan tiru objektif resume kerja orang lain. Ini merupakan salah satu punca objektif resume tidak memberi maklum balas yang baik kepada pemohon. Jadi, tulis objektif resume bahasa Melayu terbaik anda berdasarkan keperluan syarat jawatan tersebut.

Selalunya kebanyakan calon menulis “untuk mendapatkan jawatan XXX dan berpeluan untuk menggunakan XXX…”

Ini cara tulis objektif resume terbaik yang salah. Sebaliknya, gunakan pendekatan seperti “sumbangan” dan “kekuatan” yang boleh anda berikan kepada jawatan tersbeut seperti pengurusan masa yang baik, komunikasi dan sebagainya.

Sekarang sudah jelas cara tulis objektif resume terbaik? Bagus, selamat maju jaya kami ucapkan!

Filed Under: Penulisan Resume Tagged With: Penulisan Resume

Oh! Contoh Soalan Dan Format Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

oleh admin Leave a Comment

Pada 25 Mac 2015 ini akan diadakan Peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Anda boleh membuat semakan menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau klik link semakan di bawah.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Untuk calon yang belum jelas tentang jawatan tersebut, anda boleh baca post lepas berkaitan jawatan sebagai Pegawai Psikologi. Kami sertakan juga maklumat tentang gaji dan syarat lantikan. (Sila baca di sini)

Format Peperiksaan Online SPA

Bermula tahun 2014, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia memperkenalkan format peperiksaan online terdiri daripada 3 seksyen utama iaitu;

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan Am

Soalan bergantung pada jawatan yang ditawarkan. Untuk Pegawai Psikologi contohnya berkemungkinan besar akan ditanya tentang pengetahuan am dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini lebih memfokuskan kepada ujian berkaitan pengiraan. Ada tiga komponen ujian iaitu;

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data
  • Konsep Matematik

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Untuk makluman anda, ujian ini masih baru diperkenalkan. Ia sebenarnya bagi menguji sikap calon tentang apakah reaksi bagi setiap situasi yang diberikan.

Exam bagi seksyen ini agak mengelirukan bagi kami. Jadi kami kongsikan contoh soalan peperiksaan pegawai psikologi s41 ini untuk anda. Harapnya ia dapat sedikit sebanyak memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda tentang jenis soalan yang akan ditanya nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Psikologi S41

Contoh soalan exam online ini adalah contoh rasmi yang diedarkan melalui Portal SPA.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Oh! Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 25 Mac 2015

oleh admin Leave a Comment

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Di Malaysia, selalunya bidang ini dikaitkan dengan perkhidmatan kaunseling. Pegawai yang bertugas dikenali sebagai Pegawai Psikologi S41 (perkhidmatan awam). Mereka bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

Gaji Pegawai Psikologi S41

Di bawah ini kami senaraikan gaji bagi jawatan Pegawai Psikologi S41 yang berkhidmat di kementerian/jabatan perkhidmatan awam.

Gaji Minimum:

  • RM 1,909.00

Gaji Maksimum:

  • RM 8,644.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan adalah RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Psikologi S41

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,112.86 atau 

2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,112.86 atau

3. Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,521.70 atau

4. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Gaji Permulaan : RM 2,828.32 dan

5. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon Wajib Lulus Exam Online Pegawai Psikologi S41

Tahukah anda, bermula tahun 2014 SPA memperkenalkan peperiksaan online. Antara exam terbesar tahun lepas termasuklah:

1. Peperiksaan Online Kastam W41
2. Peperiksaan Online Pegawai Pentadbir Diplomatik M41
3. Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Untuk makluman anda, exam online Pegawai Psikologi S41 ini merupakan peperiksaan online pertama SPA bagi tahun 2015.

Semakan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • …
  • 24
  • Next Page »

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran