Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga? Suatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan apabila anda ditembak dengan soalan-soalan tertentu oleh panel penemuduga. Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk anda mengawal diri supaya tidak terlalu beremosi semasa sesi temuduga? Jom teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan tips-tips yang menarik dengan anda!
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Anda Beremosi Semasa Sesi Temuduga?
Contoh Situasi “Beremosi” oleh Calon Temuduga.
1. Calon marah apabila berasa dipermain-mainkan oleh panel penemuduga. Panel tu saja nak psiko anda.
2. Calon sangat sensitif sehingga ada yang menangis jika dimarahi atau dihina oleh panel penemuduga.
3. Calon berasa diri mereka sangat hebat sehingga memperlekeh-lekehkan panel penemuduga.
4. Calon terlalu bermosi ketika menceritakan kesusahan hidup, sehingga merayu-rayu kepada panel untuk mendapatkan sesuatu jawatan tersebut.
5. Bila panel beri soalan yang agak “up” sikit, calon memuncungkan bibir tanda protes.
Tips untuk Mengatasi Suasana Beremosi Semasa Sesi Temuduga.
1. Sentiasa ingatkan diri kita bahawa penemuduga hanya sedang menguji kita. Seperti orang yang sedang berlakon drama. Bukannya betul-betul. Panel ni sebenarnya nak lihat reaksi kita apabila ditanya soalan-soalan tertentu. Kerana dari situ mereka boleh menilai akan keperibadian diri kita sebenarnya.
2. Jawab dengan jelas dan lantang apabila menjawab soalan berbentuk provokasi ini. INi supaya anda lebih berasa yakin dan bersemangat dan tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi.
3. Kikiskan sifat ego kita jika ada. Kita perlu merendah diri dan menghormati penemuduga kita.
4. Cuba untuk bertenang sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
5. Banyakkan senyuman walau sesusah mana kita di psikologi oleh para panel kerana senyuman itu penawar. Penawar yang mampu melembutkan hati orang yang senyum dan juga orang yang melihat senyuman kita.
6. Berikan penekanan dalam jawapan yang kita berikan untuk menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume kita. Misalnya, berikan penekanan kepada pencapaian kita yang tidak boleh dicapai orang lain. Kiranya kita rasakan kita memang berkelebihan dalam sesuatu bidang.
7. Jangan sesekali menunjukkan kita hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan. Kita perlu tunjukkan sikap ‘excited’ kita kepada panel penemuduga.
Baiklah, setakat ini dahulu yang kami kongsikan kepada anda.
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jangan lupa untuk subscribe emel anda untuk mendapatkan pelbagai info yang terkini daripada kami.
Semoga terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan!
Leave a Reply