Kelebihan Kerja Swasta juga tidak kurangnya jika mahu dibandingkan dengan kerja kerajaan. Antaranya, anda berpeluang untuk mendapatkan bonus yang lebih tinggi daripada kerja di sektor awam. Anda mahu tahu apa lagi kelebihan yang bakal anda peroleh jika berkhidmat di sektor swasta? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan-kelebihan bekerja dalam syarikat swasta.
Kelebihan Kerja Swasta.
Janji Kerajaan
Program yang sedang dijalankan oleh kerajaan dinamakan sebagai Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Program ini bermaksud kerajaan sedang menjalankan proses pembekuan bagi kemasukan baru sebarang jawatan.
Menurut statistik Pekerjaan & Perburuhan 2014, sebanyak sektor swasta menawarkan 8.53 jutapekerja berbanding dengan sektor kerajaan yang mana hanya menawarakan 1.63 juta sahaja.
Pada tahun ini pula, Perdana Menteri telah menjanjikan bahawa terdapat 3.3 juta kekosongan dengan bekerja di bawah sektor swasta. Ini kerana pihak kerajaan telah mengadakan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam laporan ETP ini, kerajaan turut memberikan komitmen bagi memastikan Program ETP ini tercapai dengan bantuan pihak swasta.
Ini juga dibuktikan dengan tertubuhnya ‘Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)’ di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa inisiatif lain.
Sebab itu, anda jangan hanya fokus kepada kerja di sektor kerajaan sahaja. Alihkan fokus anda kepada kerjaya swasta memandangkan kekosongan yang ditawarkan dalam sektor ini jauh lebih tinggi berbanding sektor kerajaan.
Anda tahu, apa kelebihan yang anda akan dapat jika anda berkhidmat dalam sektor swasta?
Kelebihan Kerja di Sektor Swasta yang Anda Perlu Tahu
- Gaji yang boleh dirunding. Konsep kerjka di sektor swasta ialah anda cadangkan gaji anda!
- Caruman KWSP.
- Polisi Takaful dan Insurans.
- Komitmen dalam kerjaya yang lebih mementingkan elemen disiplin.
- Bonus. Ada sesetengah syarikat yang menyediakan bonus tahunan, ada juga yang memberikan bonus setiap kali berjaya mencapai tahap keuntungan yang disasarkan.
- Cuti. Ada faedah cuti yang anda berhak dapat kerana pakan mempunyai cuti tahunan kerana ianya telah disyaratkan oleh jabatan buruh.
- Tidak terikat. Kebiasaanya anda akan diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan yang anda boleh berhenti tanpa syarat. Jika anda dah mula kerja 2 bulan dan dapati ianya tidak serasi, anda boleh terus berhenti dan cari kerja lain.
Jadikan Kerja Swasta sebagai Pilihan Anda!
Anda dah tahu cara sebenar untuk mencari kerja di sektor swasta bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lengahkan peluang yang anda untuk anda merebut pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta.
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca artikel ini bersama kami.
Klik untuk dapatkan Strategi sebenar cari kerja di sektor Swasta
Jangan lupa subscribe emel anda bersama kami untuk dapatkan pelbagai info yang terkini dengan PERCUMA!
Leave a Reply