Jika anda merupakan calon yang bakal menghadiri temuduga, ingat beberapa perkara sebelum terus ke temuduga. Walaupun sekarang banyak iklan mengenai kekosongan jawatan, namun anda perlu peka, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan calon itu diterima untuk bekerja dalam jawatan yang dipohon. Jom ketahui kriteria yang diambil kira oleh penemuduga ke atas calon yang memohon jawatan tersebut.
Beringat bila pergi temuduga!
1. Status pekerjaan calon
Walau bagaimanapun, mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.
Bagi penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudah berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga amat sengit. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya.
2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan
Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan
minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mereka hadir temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO.
Berkeyakinan? Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah ”maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya”.
Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan yang ditanya.
3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai
Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan.
Tetapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai.
Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidakadilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh mohon jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.
Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan. Ada caranya, iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit.
Tipsnya:
- Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda.
- Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita.
- Jangan sampai ”terkantoi” semasa temuduga
Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Namun, lebih baik untuk berterus-terang supaya kita lebih tenang dan yakin untuk menjawab soalan temuduga. Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, insya Allah ada rezeki yang lebih baik.
Ketahui Lanjut Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Semoga tips yang diberikan ini dapat menjadi panduan yang berguna buat anda semua.
Teruskan berusaha dan jangan sesekali putus asa.
Selamat maju jaya!
Leave a Reply