410 Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil sangat diperlukan sekarang. Disebabkan semakin banyak klinik-klinik dan hospital baru telah beroperasi, kakitangan baru seperti Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil adalah diperlukan. Ini bermaksud, terdapat 410 kekosongan jawatan dalam sektor awam untuk dipenuhi oleh anda, asalkan anda merupakan Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil.
Ketahui perkara-perkara PENTING untuk menjadi Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil.
Syarat-syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil:-
1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains
3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!
Umur calon ketika lantikan adalah seperti berikut:-
- Mestilah tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Bagi pegawai yang sedang berkhidmat bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
- Bagi pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Bidang latihan yang diperlukan bagi mengisi kekosongan Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil adalah seperti berikut:-
- Jururawat
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pembantu Kesihatan Awam
Seperti dalam post-post yang lalu, kami ingatkan kembali kepada anda semua calon-calon Pelatih Separa Perubatan bertaraf Sijil untuk membuat permohonan secara ONLINE di laman web SPA8i.
Cepat-cepat bertindak ya! Sementara kekosongan masih ada. Mana tahu, kali ini rezeki berpihak kepada anda untuk diterima berkhidmat dalam sektor awam.
Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:
Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini
Semoga berjaya dan terus berjaya dalam kerjaya anda!
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca artikel 410 Pelatih Separa Perubatan Bertaraf Sijil Diperlukan ini.
Khairul Zamri says
Ramai juga yang berebut-rebut nak jadi pelatih separa perubatan ini.