• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Peperiksaan Online / PERHATIAN buat lepasan SPM yang berminat menjalani Latihan Separa Perubatan di Malaysia. Ada pengumuman penting di sini!

PERHATIAN buat lepasan SPM yang berminat menjalani Latihan Separa Perubatan di Malaysia. Ada pengumuman penting di sini!

oleh admin Leave a Comment

Pengambilan sebagai Separa Perubatan di Malaysia biasanya dibuka khusus untuk para pelajar lepasan SPM. Kerjaya sebagai Separa Perubatan merupakan kerjaya yang diminati ramai. Ini kerana selepas anda tamat mengikuti latihan tersebut, anda akan ditawarkan untuk berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Entri kali ini, kami akan berkongsi pelbagai maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk menyertai Latihan Separa Perubatan di Malaysia!

separa perubatan di Malaysia

Anda tahu bagaimana cara untuk menyertai Latihan Separa Perubatan di Malaysia?

Pengambilan Sebagai Separa Perubatan di Malaysia.

Apa bidang yang ditawarkan dalam Separa Perubatan di Malaysia?

Ada 13 bidang yang ditawarkan jika anda mengikuti Latihan Separa Perubatan. Apa yang anda perlu buat ialah, PILIH bidang mana yang sesuai dengan jiwa anda. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Jururawat Masyarakat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Oh ya! Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan ini di sini.

Bila permohonan untuk Latihan Separa Perubatan di Malaysia ini dibuka?

Permohonan akan dibuka DUA KALI setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Flow untuk memohon Latihan Separa Perubatan di Malaysia.

  1. Anda perlu mengisi permohonan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika ini kali pertama anda log in di laman sesawang SPA, anda perlu Daftar Pengguna terlebih dahulu sebelum log in.
  2. Bagi yang LAYAK untuk menduduki Peperiksaan Online, pihak SPA akan memaklumkan kepada anda  melalui emel atau sms. Anda sudah tahu, bagaimana bentuk soalan bagi Peperiksaan Online Separa Perubatan? Klik sini.
  3. Jika anda LULUS peperiksaan online tersebut, anda akan disenarai pendekkan untuk tapisan kedua – TEMUDUGA!
  4. Bagi calon yang LULUS TEMUDUGA, anda kemudian akan mengikuti latihan selama 2 tahun setengah bagi program Sijil dan 3 tahun bagi program Diploma di kolej kejururawatan atau isntitusi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh anda mengikuti latihan tersebut, anda akan mendapat elaun bulanan dan juga beberapa elaun tamabahan yang lain.
  5. Selepas anda LULUS Latihan Separa Perubatan peringkat Sijil atau Diploma, insya Allah anda bakal dilantik untuk menjawat jawatan di dalam KKM mengikut bidang latihan anda. Anda akan menyertai staf paramedik di hospital atau klinik kesihatan kerajaan.
  6. Jika anda lulusan SIJIL, anda akan bermula dengan jawatan Staf Separa Perubatan Gred U17/Gred U/19. Manakala jika anda lulusan DIPLOMA, jawatan anda adalah Staf Separa Perubatan Gred U29.

Semoga entri ini dapat membantu anda memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan Separa Perubatan di Malaysia.

Anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:

Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini

Filed Under: Peperiksaan Online Tagged With: Peperiksaan Online

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran