Syarat Permohonan Separa Perubatan yang mungkin ramai yang telah terlepas pandang. Anda mahu tahu apa syarat permohonan separa perubatan bagi tahun 2015? Dalam entri kami yang sebelum ini, kami telah jelaskan kepada anda secara terperinci apakah syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan.
Apakah Syarat Permohonan Separa Perubatan untuk tahun 2015?
1) Sijil
Apa kelayakan yang anda perlu ada bagi program Sijil di bawah Latihan Separa Perbuatan?
1- Wajib ada sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2- Kepujian Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan), Matematik dan Sains
3- Calon yang LULUS Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan!
Di bawah program Sijil ini, ada 3 program yang ditawarkan untuk anda iaitu:-
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
2) Diploma
1- Wajib ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2- Lulus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan)
3- Lulus 6 matapelajaran, 2 daripadanya mestilah kepujian.
Di bawah program Diploma pula, ada 10 program yang ditawarkan untuk anda, seperti:
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Jururawat
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi.
Kami ada informasi tambahan untuk anda!
Ya! Khas untuk anda yang bakal berkecimpung dalam dunia Latihan Separa Perubatan ini!
Peperiksaan Online
- Peperiksaan online ini akan dijalankan pada jam 8.00 pm.
- Pastikan line internet anda bebas dari sebarang gangguan.
- Skop soalan akan diberitahu oleh pihak SPA melalui semakan online.
- Mengandungi 2 seksyen soalan iaitu Seksyen Pengetahuan Am dan Seksyen Psikometrik.
- Seksyen Pengetahuan Am – adalah berkisar bidang perubatan, penyakit, pentadbiran Malaysia dan teknologi maklumat.
- Seksyen Ujian Psikometrik – soalan ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan para pemohon.
Paling penting, jangan lupa bahawa permohonan ini adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ya! Bukan ejen-ejen lain!
Terima kasih kerana membaca dengan teliti artikel Syarat Permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada DUA bahagian. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat persediaan yang cemerlang!
Jangan lupa subscribe emel anda untuk dapatkan artikel-artikel kami akan datang yang sarat dengan pelbagai info semasa secara PERCUMA.
dan..
Adakah anda bakal bersaing dengan ribuan calon untuk jawatan SEPARA PERUBATAN? Mahu buat persediaan pantas?.. Klik dibawah:
Klik di sini untuk dapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini
Jumpa lagi untuk entri akan datang!
Leave a Reply