9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan kali ini sebenarnya untuk membantu anda semua bagaimana untuk perform dalam sesi temuduga anda. Berapa ramai daripada anda yang tahu apa perkara yang menyebabkan kita gagal dalam suatu temuduga tertentu? Sebenarnya, ramai di antara kita yang sibuk memburu rahsia lulus temuduga dan mengabaikan perkara-perkara “remeh” yang menyebabkan mereka gagal temuduga kerjaya dan tidak tahu rahsia gagal temuduga kerjaya.
Antara 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang akan dibongkarkan di sini ialah:-
#1: Datang ke temuduga tanpa persediaan.
Anda perlu ingat, bila anda terpilih disenarai pendekkan dalam temuduga, bermaksud anda mempunyai kriteria-kriteria yang perlu untuk sesuatu jawatan tersebut. Jadi, takkan nak datang temuduga tanpa buat persediaan yang sepatutnya? Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga dapat lihat anda tidak serius dan seolah-olah tidak berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
#2: Tidak yakin untuk ditemuduga.
Ramai orang tidak perasan, ketidak yakinan kita biasanya boleh dilihat melalui air muka kita. Kita tahu kita bakal ditemuduga, tapi kita masuk tanpa persediaan maklumat-maklumat yang sepatutnya, menjadikan kita rasa tidak yakin untuk bertemu dengan panel penemuduga.
#3: Beri resume anda pada penemuduga!
Jangan simpan resume anda, terutamanya selepas anda masuk ke bilik untuk ditemuduga. Bila nak bagi resume tersebut? Ok, selepas anda masuk ke dalam bilik temuduga, beri salam dan hadiahkan senyuman pada panel. Kemudian, hulurkan resume anda kepada mereka sebelum anda duduk.
#4: Duduk sebelum disuruh.
Ini juga secara tidak langsung menunjukkan adab anda. Selepas masuk ke dalam bilik tersebut, tolong kekal berdiri sebelum dipersilakan duduk oleh para panel.
#5: Postur badan ketika ditemuduga.
Elakkan dari memegang sebarang benda lain semasa ditemuduga, misalnya memegang beg tangan ketika ditemuduga. Jika anda buat begitu, besar kemungkinan panel penemuduga akan lihat anda seorang yang gugup atau tidak mempunyai keyakinan diri. Pastikan postur badan anda sentiasa tegak dan jangan lupa hadiahkan senyuman kepada para panel semasa anda ditemuduga.
#6: Bermain dengan pen atau mengetuk-ngetuk jari di meja.
Nampak remeh, kan? Main pen sahaja, bukannya menguap depan panel. Tapi, sebenarnya sikap ini mencerminkan sikap anda yang tidak serius ketika ditemuduga dan nampak agak tidak beradab.
#7: Tidak menegur panel penemuduga bila bertembung.
Jika anda berpeluang bertembung dengan panel penemuduga, misalnya pada waktu rehat. Jika anda berani menegur, secara tak langsung anda menunjukkan sikap anda yang mesra dan mudah bergaul.
#8: Zero pengetahuan asas tentang organisasi negara.
Ini paling bahaya. Soalan yang biasanya penemuduga akan tanya adalah berkisar dengan organisasi negara, misalnya nama Agung Negara, nama Perdana Menteri terdahulu hingga terkini, siapa nama Timbalan Perdana Menteri?
#9: Zero pengetahuan asas tentang negeri anda sendiri.
Ini juga tidak sepatutnya berlaku. Misalnya anda ditemuduga untuk kekosongan jawatan dalam badan kerajaan negeri. Sudah semestinya panel akan bertanya soalan berkisar negeri anda. Kena jadi orang yang tackle pengetahuan am, barulah ada sedikit nilai tambah pada diri anda.
9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini hanyalah sebagai panduan untuk kita semua. Ada banyak lagi perkara-perkara yang anda anggap remeh, tetapi boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga anda.
Pastikan anda jadi orang yang teliti dan bersedia dengan 1001 maklumat berkisar pengetahuan am dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Diharap agar entri 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persiapan yang lebih mantap untuk menghadapi sesi temuduga anda!
Terima kasih kerana membaca entri Oh! 9 Rahsia Gagal Temuduga Kerjaya yang dibongkarkan! Selamat maju jaya!
Leave a Reply