• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2025

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / Motivasi Kerjaya / Oh! 7 Strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda

Oh! 7 Strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda

oleh admin Leave a Comment

[su_dropcap]Oh[/su_dropcap] 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda, ya, anda menentukan masa depan sendiri. Tiada orang lain yang akan merancang untuk anda. Untuk masa depan yang cemerlang, anda sepatutnya mempunyai strategi untuk merancang masa depan khususnya dalam merancang masa depan kerjaya anda.

Sama ada anda sudah lama tidak bekerja atau sudah lama mengangggur, anda harus mengetahui 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda. Anda tidak perlu mengusutkan lagi fikiran anda, kami sedia membantu. Oleh itu, kami sediakan artikel ini buat bacaan anda. Teruskan membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.

1. Senaraikan sebanyak mungkin tawaran jawatan kosong.

Maklumat tersebut perlu selari dengan kebolehan dan kelulusan anda. Sumber yang paling mudah dicari ialah di internet contohnya laman www.jobstreet.com, suratkhabar harian dan tabloid, poster dan rakan-rakan. Kemudian pilih jawatan kosong yang bersesuaian dengan diri anda. Ambil kira faktor seperti tempat, pengangkutan, kelulusan, skop kerja, cara bekerja dan kos sara hidup.

2. Kemaskini biodata peribadi.

Buat semakan pada butir-butir peribadi anda sebelum ianya dicetak dan dihantar kepada bakal majikan. Ada maklumat yang perlu ditambah dan ada yang perlu dikeluarkan.

3. Tampilkan profil yang kemas.

Kekemasan pakaian anda mampu mempengaruhi bakal majikan supaya mengambil anda sebagai salah seorang kakitangan di sana. Penampilan yang lusuh dan tak terurus bakal merosakkan imej anda dan organisasi yang dianggotai oleh anda. Penampilan mencerminkan pengurusan.

strategi memulakan kerjaya

4. Tonjolkan keupayaan anda.

Kebolehan diri anda bukanlah untuk disimpan. Tetapi untuk ditampilkan supaya keupayaan anda diiktiraf. Bukan mudah hendak membuktikan data dalam resume sebagai persembahan di depan bakal majikan.

5. Rancang teliti soalan temuduga yang bakal ditanya.

Resume yang anda sediakan adalah cerminan soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya. Oleh itu gambaran jawapan haruslan anda karang lebih awal supaya dapat menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya.

6. Mengapa perlu lantik anda?

Mereka membelanjakan wang setiap bulan untuk memberi pulangan yang bernilai kepada syarikat. Jadi apa jenis sumbangan yang bakal anda berikan pada mereka? Anda perlu fikirkan apakah sumbangan yang bakal anda kongsikan untuk membuktikan bahawa anda bernilai untuk bekerja bersama mereka.

7. Isi borang dengan cermat.

Usah jadikan borang permohonan kerja anda sebagai tempat conteng. Jaga kebersihan borang dan bekas yang dipadam.

Mahu tahu lebih lanjut strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda? Saya sarankan anda untuk mendapatkan e-book ini yang telah banyak membantu ramai orang dalam merancang masa depan kerjaya. Semoga anda berjaya dalam kerjaya suatu hari nanti dan selamat maju jaya saya ucapkan. Terima kasih kerana membaca 7 strategi untuk merancang masa depan kerjaya anda.

Filed Under: Motivasi Kerjaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Infaq Masjid


Carian

Copyright 2015-2025 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran