• Home
  • Blog
  • Tentang Kami
  • Penafian

Oh Kerjaya

Blog Info Kerjaya 2022-2026

  • Berita Semasa
  • Persediaan Temuduga
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
You are here: Home / 2015 / Archives for July 2015

Archives for July 2015

Oh! Cara Semak Gaji Secara Online menggunakan Servis e-Penyata Gaji

oleh admin 3 Comments

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji adalah satu sistem yang digunakan khusus kepada penjawat awam. Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada juga yang tidak tahu yang gaji penjawat awam boleh diakses melalui e-Penyata gaji.

Servis e-Penyata Gaji ini telah disediakan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) bagi membantu kakitangan awam menyemak gaji mereka dengan cepat dan mudah.

Anda tahu cara-cara untuk menggunakan e-Penyata Gaji ini?

Teruskan membaca artikel ini!

Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji.

#1: Klik pada Portal Rasmi ANM

Anda akan lihat 3 item ini selepas akses ke Portal Rasmi ANM.

Cara Semak Gaji Online (1)

Inilah apa yang anda akan lihat ketika membuka laman web Jabatan AKauntan Negara.

#2: Klik logo paling kiri.

Logo tersebut ada tertulis e-Penyata Gaji & Laporan. Kemudian, anda hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan / Pasport anda berserta Kata Laluan untuk proses log in.

Cara Semak Gaji Secara Online (2)

Masukkan data-data anda di sini untuk yang sudah pernah log in. Jika belum, teruskan baca artikel ini.

#3: Daftar dulu jika baru pertama kali mahu akses!

Di bawah kotak “Daftar Masuk”, ada tulisan “Pertama Kali Mendaftar”. Jika anda baru nak gunakan e-Penyata Gaji ini, daftar dahulu ya, baru boleh log in!

#4: Boleh mula semak slip gaji anda!

Mudah, bukan? Oh, ya! Selain daripada anda menyemak gaji anda menggunakan servis e-Penyata gaji ini, anda juga boleh menyemak laporan tahunan pendapatan anda.

Data-data ini akan kekal tersimpan di dalam laman web ANM ini. Secara tidak langsung, memudahkan anda untuk cetak apa-apa maklumat yang anda mahu pada bila-bila masa sahaja. Oh, mudahnya!

Anda sudah faham bagaimana cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji?

Banyak betul kan kelebihan kakitangan awam ni? Sudahlah cuti yang diberikan juga banyak, ada pula cara mudah untuk akses gaji dan pendapat tahunan!

Semoga entri Cara semak gaji secara online menggunakan servis e-Penyata Gaji dapat membantu memudahkan anda mengakses maklumat pendapatan anda secara online, dengan cepat dan mudah!

Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Terima kasih kerana setia membaca sehingga akhir, dan jangan lupa untuk daftar EMEL daripada laman OhKerjaya.com untuk mendapatkan update entri baru secara PERCUMA.

Filed Under: Berita Semasa Tagged With: Berita Semasa

Oh! Apakah 10 Pekerjaan Gaji Paling Tinggi di Malaysia?

oleh admin Leave a Comment

10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia – perkara yang mungkin tak ramai mahasiswa atau masyarakat ambil tahu. Kenapa anda perlu tahu tentang pekerjaan gaji tinggi di Malaysia?

Jika anda tahu apakah pekerjaan-pekerjaan tersebut,secara tak langsung ia memotivasikan anda untuk belajar dan bekerja dengan lebih tekun dan gigih dalam bidang anda sekarang untuk selesa di masa hadapan. Jom kita lihat, apakah 10 pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di Malaysia!

Pekerjaan Gaji Paling Tinggi

Jom lihat jika pekerjaan anda tersenarai dalam gaji tertinggi di Malaysia!

10 pekerjaan di Malaysia yang menawarkan gaji tertinggi adalah seperti berikut:-

PEKERJAAN

GAJI

Farmasi

RM 3,640

Strategi Korporat

RM 3,200

Perkhidmatan Awam

RM 3,054

Doktor

RM 2,719

Jualan – Kejuruteraan/IT

RM 2,612

Geofizik

RM 2,600

Penerbangan

RM 2,533

Sains Aktuarial

RM 2,457

Korporat

RM 2,456

IT – Perisian

RM 2,452

Oh ya! Ada info baik yang saya mahu kongsi dengan anda semua! Pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif khususnya seperti bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat biasanya memperoleh gaji permulaan yang lebih tinggi pada waktu permulaan, iaitu sekitar RM 2,800 sebulan!

Ini adalah berdasarkan kaji selidik dari laman web Jobstreet.com berdasarkan senarai gaji yang ditawarkan oleh para majikan, sekitar 1 Januari sehingga 31 Ogos 2013.

Entri 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia ini hanyalah sebagai panduan untuk kita semua. Sebagai motivasi kepada kita supaya belajar dengan lebih tekun hari ini, untuk tackle ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Perlu tetapkan matlamat dan capai objektif dalam kerjaya anda, bukan kejar gaji semata-mata, ok?

Saya amat berharap supaya anda tidak memilih bidang pengajian anda berdasarkan gaji yang ditawarkan semata-mata. Tapi pilihlah bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan anda.

Ingat, gaji yang ditawarkan biasanya setimpal dengan pekerjaan yang anda lakukan. Semakin rumit sesuatu pekerjaan tersebut, semakin tinggilah “habuan” yang bakal anda peroleh.

Semoga entri 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat anda untuk lebih serius dalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri Oh! 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia! 

Semoga sukses selalu!

Filed Under: Motivasi Kerjaya Tagged With: Motivasi Kerjaya

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3

Post Terbaru

Oh! Bagaimana Tulis Resume Kerja dan Temuduga Yang Memukau Majikan.

Bagaimana untuk tulis resume dan temuduga yang mampu memukau majikan? Ini … Baca selanjutnya

  • Oh! Contoh Surat Iringan Permohonan Kerja Yang Berjaya Memikat Hati Majikan
  • Oh! Cara Tulis Objektif Resume Terbaik
  • Oh! Resume Yang Bagus Menarik Perhatian Di Awal Penulisan

Terkini

  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Jualan?
  • Oh! Apakah skop tugas Pembantu Pengurus Pemasaran?
  • Review Rahsia Bijak Temuduga
  • Review Panduan Lengkap Temuduga Jururawat
  • Review Ebook Senarai 241 Agensi Kerajaan
  • Review Rahsia Resume Kerja
  • Review Kerjaya Swasta oleh Tim InfoKerjaya

TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KAMI SEJAK 2009 !

Tim Infokerjaya telah membantu lebih 65,000 Graduan untuk Lulus Exam SPA dan berpengalaman sejak 2009 sehingga ke hari ini membantu calon peperiksaan kerajaan dan temuduga.

Categories

  • Berita Semasa
  • Motivasi Kerjaya
  • Penulisan Resume
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Online
  • Persediaan Temuduga
  • Review

Pages

  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Terms Of Service
  • Archive

Rakan Kerjasama

Persediaan Temuduga

Peperiksaan Online

Rakan Kerjasama

Simply Beauty

Bual Pro


Carian

Copyright 2015-2026 © Info Kerjaya · All Rights Reserved · WordPress · Doktor Pemasaran